Support My Blog

Sunday, September 30, 2018

NANAS MD2 - PASARAN EKSPORT

NANAS MD2 (Ananas commosus) merupakan sejenis varieti nanas yang semakin popular ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. LPNM dalam usaha untuk membangunkan kawasan penanaman nanas di negara ini berusaha keras bersama pihak swasta dan pekebun kecil nanas bagi mempastikan pengeluaran nanas yang diiktiraf sebagai Sumber Rezeki Baru (SRB) terus berkembang. Penanaman nanas MD2 memerlukan masa agak lama berbanding dengan nanas tradisional seperti nanas Morris, Josapine, N36 dan sebagainya. Seluas 13,400 hektar nanas ditanam pada tahun 2017 dengan nilai pengeluaran sebanyak RM610 juta melibatkan seramai 3,000 orang pengusaha. Beberapa program penanaman nanas seperti Program Pasaran Nanas bagi Premium MD2, Program Pengukuhan Penanaman Nanas, Program Tanaman Nanas Secara Intergrasi dan Pembangunan Industri Asas Tani berasaskan nanas menjadii tumpuan pembangunan nanas dalam negara. Terkini permintaan untuk pasaran eksport nanas MD2 semakin luas terbuka apabila negera China telah menerika protokol pengeksportan nanas MD2 ke negera tersebut pada tahun 2017. Negara China memerlukan kuantiti yang banyak untuk nanas MD2 berbanding dengan pasaran konvensional sedia ada seperti ke Singapura, Korea, Timur Tengah, Jepun dan sebagainya. Nanas segar MD2 yang berkualiti dari negara kita mampu menembusi pasaran antarabangsa dengan menentukan penanam mengikuti persijilan MyGAP yang menjamin kualiti. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Dato' Salahuddin ayub telah melawat projek tanaman nanas di Ladang Kulim PIneapple Farm (KPF) untuk melihat sendiri aktiviti penanaman nanas dan melancarkan eksport pertama nanas kr Kuwait. Artikel dalam "Anim Agro Technology" kali ini akan paparkan testimoni akhbar mengenai potensi eksport nanas terutama nanas MD2.

Dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 224 September 2018 bertajuk "Malaysia perlukan kawasan penanaman nanas lebih luas penuhi permintaan eksport" dinyatakan negara memerlukan 3,000 hektar tanah lagi sebagai kawasan penanaman nanas Premium MD2 bagi memenuhi permintaan eksport yang semakin meningkat pada masa ini (Sila lihat foto disebelah)Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata buah tersebut ketika ini mendapat permintaan tinggi di 13 negara termasuk Oman, Iran, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Turki, China, Singapura, Korea Selatan dan terbaharu Kuwait. Namun dengan kawasan penanamannya yang hanya seluas 2,000 hektar di seluruh Malaysia setakat ini maka ia sedikit menyukarkan Malaysia menampung permintaan berkenaan. “Potensi nanas ini sangat besar, malah hari ini pun dua kontena nenas (bersamaan 36 tan) telah dihantar ke pasaran Kuwait. Jadi kita menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 100 kontena bersamaan 1,800 tan metrik nanas sebulan. Menurutnya daripada jumlah itu sebanyak 50 kontena atau 900 tan metrik nanas akan dieksport,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melawat ladang nanas Kulim (Malaysia) Berhad di Ulu Tiram, Johor Bahru. 

Testimoni lain bertajuk "Malaysia perlu kawasan penanaman nanas lebih luas penuhi permintaan eksport" oleh Bernama. YB Menteri, KSU Moa dan KP LPNM ketika melihat buah nanas dilabelkan ketika lawatan ke Ladang Nanas Kulim di Ulu Tiram, Johor Bharu semalam (Sila lihat foto disebelah). Berita yang dipetik Bernama nyatakan negara memerlukan 3,000 hektar tanah lagi sebagai kawasan penanaman nanas Premium MD2 bagi memenuhi permintaan eksport yang semakin meningkat pada masa ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata buah tersebut ketika ini mendapat permintaan tinggi di 13 negara termasuk Oman, Iran, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Turki, China, Singapura, Korea Selatan dan terbaharu Kuwait. Namun, dengan kawasan penanamannya yang hanya seluas 2,000 hektar di seluruh Malaysia setakat ini, ia sedikit menyukarkan Malaysia menampung permintaan berkenaan. “Potensi nanas ini sangat besar, malah hari ini (semalam) pun dua kontena nanas (bersamaan 36 tan) telah dihantar ke pasaran Kuwait. Jadi kita menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 100 kontena bersamaan 1,800 tan metrik nanas sebulan. “Daripada jumlah itu, 50 kontena atau 900 tan metrik nanas akan dieksport,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melawat ladang nanas Kulim (Malaysia) Berhad di Ulu Tiram, di sini, semalam. Salahuddin berkata pada masa depan, pihaknya menyasarkan untuk menembusi pasaran Eropah namun kini fokus lebih terarah kepada pasaran China berikutan bekalan nanas belum mencukupi. Beliau berkata, buat masa ini, dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak bersetuju menawarkan tanah untuk diusahakan dengan penanaman nanas namun belum diputuskan secara muktamad. Beliau berkata semua pihak diingatkan agar harus menjaga mutu dan kualiti buah yang dieksport supaya tidak menjejaskan kepercayaan negara luar terhadap pengeluaran nanas di negara ini.- Bernama.


Dalam laporan lain oleh Bernama dinyatakan tajuk "JCorp sasar keluar 3,800 tan metrik nanas" dimana YB Salahuddin Ayub (dua dari kanan) meletakkan buah nanas MD 2 di dalam mesin pengumpulan disaksikan Kamaruzzaman Abu Kassim (tiga dari kanan) di Ulu Tiram, Johor Bahru kelmarin (Sila lihat foto disebelah).  Kini Johor Corporation (JCorp) menerusi anak syarikatnya, Kulim (Malaysia) Bhd. (Kulim) menyasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 3,800 tan metrik nanas premium MD2 dengan 30 peratus adalah untuk eksport pada tahun depan. Diberitahu pengeluaran nanas MD2 de­ngan jenama Melita oleh Kulim itu dijalankan di ladang milik mereka, Kulim Pineapple Farm (KPF) di Ulu Tiram di sini dan anak syarikatnya, Renown Value Sdn. Bhd. di Ladang Selai dekat Kluang. Pengurus Besar KPF, Moha­mad Yami Bakar berkata, sasaran jumlah hasil pengeluaran na­nas MD2 sebanyak 3,800 tan metrik pada 2019 itu menyaksikan peningkatan sebanyak 200 tan metrik daripada 3,600 tan metrik yang disasarkan tahun ini.  Pada tahun ini sehingga Ogos, syarikat telah mengeluarkan 2,582 tan metrik nanas dan dijangka mampu mencapai 3,600 tan metrik akhir tahun ini, jumlah tersebut meningkat berbanding 2,176 tan metrik nanas dikeluarkan pada 2017.


 Syarikat Kulim (KPF) akan terus mengorak langkah dalam mengembangkan penanaman nanas dan sehingga kini terdapat 360 hektar tanaman nanas MD2 diusahakan secara komersial di Ulu Tiram di sini, Kluang dan terbaharu di Tanah Abang, Mersing, Johor. "Syarikat kini dalam perancangan untuk meluaskan tanaman kepada 1,000 hektar menje­lang tahun 2021,” katanya berucap semasa lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ke KPF di Ulu Tiram di sini semalam. Antara yang turut hadir, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, KSU Kementerian Pertanian Datuk Salehuddin, Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Datuk Jamal Harizan. Mohamad Yami dalam taaklimatnya berkata pengeluaran benih nanas MD2 juga telah meningkat dari 2017 iaitu sebanyak 3.4 juta benih kepada 4.4 juta benih yang disasarkan pada tahun ini yang mana sehingga Ogos telah mencapai 2.6 juta benih. Dakwanya lagi buat masa ini jenama Melita sudah menembusi pasaran antarabangsa antaranya ke Emiriah Arab Bersatu, Oman, Iran, Mesir, Arab Saudi, Jordan, Lebanon, Pakistan, Turki, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan terbaharu ke Kuwait selain bakal menembusi pasaran China tidak lama lagi.


Dalam pada promosi pasaran nanas ke negara China terus dipergiatkan dimana dilaporkan "Promosi nanas Malaysia di China" dilakukan oleh Menteri Pertanian. Lawatan oleh B Menteri bagi merasmikan program mempromosikan nanas Malaysia di Walmart Beijing, China bersama beberapa pengeksport dari Malaysia dilancarkan (Sila lihat foto disebelah). Akhbar Harian Metro melaporkan dimana telah ada kebenaran mengeksport pelbagai jenis tanaman berasaskan buah-buahan mencerminkan keyakinan China terhadap mutu hasil pertanian Malaysia, sama ada dari segi kebersihan, keselamatan atau keenakannya. Dalam pada itu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) giat menjalankan promosi buah-buahan tempatan ke luar negara khususnya China. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, objektif program promosi ini untuk memperkenalkan keunikan nanas Malaysia. Malaysia kin tahu nanas MD2 tempatan itu memang manis, lebih berair dan serat yang bagus untuk kesihatan. Tambahan pula dengan keadaan iklim dan cuaca Malaysia yang menyebabkan nanas paling sesuai ditanam sepanjang tahun. Kes ini menjadikan nanas Malaysia sentiasa berada di pasaran. Di samping itu, tujuan promosi adalah untuk meningkatkan kesedaran jenama nanas segar dari negara ini. Diantara jenama yang terkenal di Malaysia termasuk Tropicale, Aqina Farm, Melita dan Royalmast. Kita harap jenama ini akan berada di pasar raya di China terutama di Beijing. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program mempromosikan nanas Malaysia di Walmart Beijing, baru-baru ini.


Eksport nanas segar Malaysia yang pertama ke China adalah pada Oktober 2017 menerusi beberapa syarikat. Hingga kini, 15 kontena nanas Malaysia berjaya dihantar ke China dengan anggaran 202 tan metrik dan nilai sebanyak RM1.5 juta. Dikhabarkan pada 2017 Malaysia mempunyai keluasan penanaman nanas sebanyak 13, 733 hektar dengan pengeluaran 394,000 tan metrik dan nilai RM515 juta sementara eksportnya pula RM155 juta. Pada masa ini Malaysia menyasarkan RM320 juta untuk eksport produk nanas dengan jumlah pengeluaran sebanyak 700,000 metrik tan pada 2020. Sektor nanas akan terus diperkasakan di sepanjang rantaian bekalan dengan meluaskan lagi program penanaman nanas MD2 Malaysia apabila kita menyasarkan keluasan tanaman nanas ini sebanyak 5,500 hektar menjelang 2020. Diantara usaha yang dilakukan seperti pembukaan dan perluasan kawasan baru untuk tanaman nanas bagi memastikan nanas dapat dibekalkan dengan kuantiti mencukupi (Sila lihat foto disebelah). Pengeluaran nanas yang berkualiti dengan penggunaan Sijil Amalan Pertanian Baik (MyGAP) dan program ini dibantu Jabatan Pertanian (DOA). Pada masa ini lebih banyak kebun nanas telah dipersijilkan dengan MyGAP untuk membolehkan pasaran nanas akan terus berkembang.


Dalam akhbar berbahasa China bertajuk "Buah nanas MD2 mendapat sambutan di China" didapati memberikan inpirasi baru kepada ramai penanam nanas. Ini kerana telah ada halatuju industri nanas di Malaysia dibawah program Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) termasuk pembangunan nanas MD2 untuk pasaran domestik dan eksport. Dalam keterangan oleh Ketua Pengarah LPNM Datuk Mohd Anim menyatakan antara tujuan pembangunan nanas adalah untuk meningkatkan pengeluaran nanas secara komersial terutama untuk tujuan eksport serta hendak melahirkan pengusaha pendapatan tinggi selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN). Dalam pada itu pengeluaran nanas dijangka tumbuh pada kadar 22.1 peratus setahun dengan unjuran pengeluaran nanas sebanyak 700,000 tan metrik pada 2020. Pendekatan Program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Program Kawasan Nanas Lestari (KNaL) akan diperluaskan ke seluruh Malaysia untuk mencapai matlamat peningkatan pengeluaran dan jaminan bekalan khususnya nanas yang mencukupi, konsisten serta berterusan. Jumlah eksport produk nanas Malaysia pada 2016 adalah RM138 juta dan ianya terus meningkat. Sasaran nilai eksport nanas pada 2020 adalah RM320 juta sejajar dengan pembukaan pasaran yang meluas di China terutama varieti MD2. Nilai pengeluran nanas negara dijangka mencecah RM1 bilion pada 2020 dengan perancangan pengeluaran yang rapi. Pada masa ini seluas 13,148 hektar kawasan nanas menghasilkan sebanyak 391,714.4 tan metrik dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 515,248,678 telah dicapai. Keluasan tanaman nanas utama mengikut negeri pastinya di Negeri Johor (8934.5 ha atau 63%), Sabah (988 ha), Sarawak (972.5 ha), Kedah (778.3 ha) dan juga Pahang (572 ha). Negara China pada masa sama akan mengimport Durian Musang King, Nangka (Telam Yellow - J33) dan pastinya Nenas MD2 dari Malaysia dengan lebih banyak dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology semua. Wasallam!!!...
NANAS DITANAM... DISELURUH NEGARA...
PALING LUAS... JOHOR ADALAH JUARA...
KEGUNAAN DOMESTIK...EKSPORT KECHINA...
PETANI GEMBIRA... NEGARA MAKMURNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 109, Executive Suite,
Doubletree Hilton, Dubai Al-Barsha,
Dubai, UAE.
(29 September 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...