Support My Blog

Sunday, September 2, 2018

INDUSTRI MEWAH WALET

INDUSTRI SARANG BURUNG WALET merupakan satu bidangusaha dikelaskan sebagai Sumber kekayaan Baru Negaga (SKB) kerana ia mampu memberikan pulangaan baik. Burung Walet seringkali disalah ertikan sebagai burung layang-layang tetapi hakikatnya ia adalah dua spesies yang berbeza. Burung walet berasal daripada keluarga ‘Apodidae’ dan mempunyai tabiat tidak suka bertenggek. Sarangnya pula boleh dimakan dan terdapat tujuh spesies kesemuanya. Manakala, burung layang-layang pula berasal daripada keluarga ‘Hirudininae’, gemar bertenggek, dan sarangnya pula tidak boleh dimakan kerana ia diperbuat daripada rumput dan batu. Terdapat hanya dua spesies burung walet yang sarangnya boleh dimakan iaitu jenis ‘Aerodramus fuciphagus’ (edible nest-swiflet) dan ‘Aerodramus maximus’ (black nest-swiflet). Kedua-dua spesies ini banyak ditemui di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan juga di Indonesia. Lazimnya untuk bersarang jenis burung walet memerlukan suhu di sekitar antara 26-31 darjah celsius dan kebiasaannya hidup berpasang-pasangan. Anak burung walet yang baru menetas akan buta selama 20 hari dan apabila berusia 7-9 hari lazimnya ia akan mula memakan bolus serangga dan mula minum pada usia 10 hari. Burung walet gemar memakan serangga dan segala aktiviti yang dilakukan adalah ketika terbang kerana spesies ini tidak dapat bertenggek. Aktiviti tersebut termasuklah makan, minum, dan mengawan. Kesemua aktiviti ini akan dilakukan di udara dan ia hanya akan pulang ke sarang pada waktu senja untuk berehat dan bertelur. Permintaan sarang burung walet memiliki potensi yang besar dalam pasaran dan semakin menjadi pilihan utama usahawan pada hari ini. Jika diimbas kembali dari segi sejarah, penuaian sarang burung walet dari gua-gua secara komersial bermula sejak 100 tahun dahulu di Malaysia. Hasil tuaian pertama adalah di Gua Niah, Sarawak pada 1878. Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan. Permintaan terbesar bagi pasaran sarang burung walet kini tentulah dari negara China yang mempercayai khasiat produk ini sejak ratusan tahun dahulu. Sarang burung walet mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu. Harga bagi satu kilogram produk tersebut pula mencecah RM4, 000 hingga RM6, 000 untuk pasaran tempatan dan boleh mencapai hingga RM12, 000/kg di pasaran dunia. Purata permintaan bagi seluruh dunia untuk produk ini adalah sekitar 12, 000 tan metrik setahun, namun jika dicampur pengeluaran dari semua negara-negara sekitar Asia Tenggara, kita hanya mampu menghasilkan sehingga 500 tan metrik sahaja. Kini industri ini dikelaskan sebagai Industri Mewah. Artikel dalam "Anim Agro Technology" ini saya paparkan mengenai industri burung walet yang mencecah billion ringgit nilainya setiap tahun di Malaysia.

Penternakan sarang burung walet pada masa ini masih dikuasai lebih dari 90% oleh kaum bukan bumiputera kerana tahap kesedaran awal mereka bahawa industri ini mampu memberikan keuntungan yang lumayan. Mereka sedar dengan hanya mengeluarkan modal sekali sahaja untuk memulakan dalam industri ini didakwa keuntungan yang bakal dituai adalah untuk selama-lamanya. Kelebihan industri ini adalah keuntungan yang diperoleh adalah 80%-90% daripada hasil perolehan dan tentunya tidak mudah diperolehi daripada pelaburan yang lain. Apa yang penting usahawan memang perlu membina rumah burung walet. Premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman (Sila lihat foto disebelah). Di samping itu juga, kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan perlu diperolehi terlebih dahulu. Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walet akan terus menetap di situ. Berlaku pengubahsuaian premis dilakukan untuk menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua, terutamanya ciri-ciri gelap dan lembab. Rumah untuk burung walet juga perlu disediakan dengan ‘roving room’ kerana semasa memasuki bangunan burung walet akan berputar-putar dahulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. ‘Resting room’ perlu disediakan sebagai tempat untuk burung walet berehat dan membina sarang. Lubang untuk burung keluar dan masuk sesuai diletakkan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga pencahayaan di dalam bangunan.

Purata permintaan bagi seluruh dunia untuk produk sarang burung ini adalah kuantiti sekitar 12, 000 tan metrik setahun namun jika dicampur pengeluaran dari semua negara-negara sekitar Asia Tenggara Malaysia dilaporkan hanya mampu untuk menghasilkan sebanyak 500 tan metrik sahaja setahun. Didalam rumah burung walet yang 'mewah' kos pembuatannya mesti ada ciri-ciri lain yang perlu diambil kira dalam membina rumah burung walet. Pertama ia mesti mempynyai sistem ventilasi yang sesuai bagi mengawal suhu. Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung adalah antara 25 hingga 28 darjah celsius, kadar kelembapan antara 80% - 90% dan kegelapan kurang dari 1 lux. Ketika cuaca panas perlu ada paip dipasang bagi tujuan menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan berada di tahap yang tinggi. Ke 2 cirinya dimana pada bahagian dalam bangunan perlu terlindung daripada cahaya matahari. Bumbung bangunan hendaklah diperbuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari. Ke 3 adalah dimana ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi. Rumah ini mesti selamat daripada haiwan pemangsa. Rumah burung perlu sentiasa dikawal daripada tikus, semut, cicak, kelawar, biawak, burung hantu dan helang yang sama ada akan merosakkan atau menakutkan burung untuk terus tinggal di dalam bangunan. Tikus bukan sahaja gemar memakan telur burung, malah turut memakan anak burung dan sarangnya sekali. Perlu ada pemasangan sistem audio yang bertujuan untuk memainkan suara burung pada waktu tertentu bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan, membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. Burung walet membuat sarang daripada cecair yang dikeluarkan dari kalenjar yang terdapat bersebelahan kalenjar saliva. Cecair ini akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara. Lazimnya ia lebih ekonomik jika bangunan dibina secara bertingkat.

Industri Sarang Burung Walet (SBW) kini antara sektor pertanian popular dalam kalangan usahawan yang berpotensi untuk terus berkembang dan menjadi sumber kekayaan baru negara. Ia bukan satu industri yang baru di Malaysia malah negara ini antara pembekal ketiga terbesar SBW dunia selepas Thailand dan pertama di IndonesiaSBW adalah sumber makanan berkhasiat untuk kesihatan yang kini antara komoditi yang mampu meraih harga tinggi di pasaran. Statistik pembangunan industri menganggarkan bilangan premis burung walet meningkat daripada 50,000 premis kepada 63,000 dalam tempoh Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020. Kini pengguna boleh mendapatkan produk minuman produk ini atau produk SBW yang siap dimasak dijadikan minuman. Dalam pada itu dilaporkan satu organisasi iaitu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi anak syarikatnya, NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd menghasilkan SBW melalui jenamanya iaitu Peladang. Ketua Pegawai Eksekutif NAFAS Sialin, Datuk S.S. Sia berkata kini produk hiliran SBW yang sebelum ini tertumpu pada pasaran China kini turut juga mendapat permintaan dari serata dunia. Beliau berkata ujud peningkatan positif itu membuktikan asas yang kukuh dari segi keupayaan negara mengeluarkan SBW sehingga menerajui pasaran dunia. Kini dilaporkan kadar pengeluaran SBW terbahagi kepada dua jenis iaitu SBW Mentah (mentah, tidak bersih) atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Raw Uncleaned- Bird Nest dan SBW Bersih (mentah, bersih) atau dalam bahasa Inggeris sebagai Cleaned Bird Nest.

Penulis blog ada banyak menulis dalam anim agro technology tajuk mengenai Burun Walet ini. SBW dihasilkan daripada air liur burung terbabit dan disebabkan bulu serta kotoran di udara melekat pada permukaan air liurnya yang masih basah menyebabkan kebersihan sarangnya terjejas. Kualiti kebersihan produk SBW antara aspek paling penting yang dititikberatkan (Sila lihat foto disebelah). Mengikut cara tradisional biasanya sarang burung dibersihkan tanpa diceraikan bagaimana pun cara pembersihan tradisional ini tidak dapat membersihkan sarang burung dengan sempurna dan tidak dapat mencapai tahap kebersihan yang tinggi. Jadi pengusaha perlu untuk mematuhi garis panduan penyediaan produk SBW yang berkualiti bagi mencapai tahap kebersihan yang mana ia akan meyakinkan. Disakwa produk SBW Peladang adalah tulen dan dijamin kebersihan selain mengekalkan khasiatnya. ini kerana SBW melalui proses pembersihan menggunakan teknologi buih-nano. Khasiat SBW yang paling penting ialah Asid Sialik yang melindungi sel badan manusia dan melambatkan proses penuaan. Selain itu ia juga memberi manfaat kepada minda, meningkatkan tahap memori dan pelbagai kebaikan lain kepada tubuh manusia. Kebanyakan orang tidak makan SBW kerana mereka beranggapan ia adalah kotor maka proses pembersihan adalah amat penting.


PROSES memotong bahagian tapak SBW. Syarikat mengambil SBW asli dari tujuh pusat pengumpulan yang telah pun ditubuhkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Menurut pengurus syarikat En Sia Swee, bagi menghasilkan produk SBW berkualiti maka pihaknya menggunakan teknik dan teknologi pembersihan yang dicipta sendiri, di mana sarang burung diceraikan supaya ia dapat dicuci dan dibersihkan dengan sempurna. Pekerja akan memberus SBW bagi membuang kotoran dimana mereka menggunakan teknik profesional, teknologi canggih dan sistem pengurusan kualiti yang teratur dan ketat. Pertama sekali adalah SBW akan dicuci dengan menggunakan teknologi buih-nano untuk menanggalkan kotoran halus yang larut di dalam air. Selepas itu, SBW akan dikeringkan dan kemudian dicerai-ceraikan menjadi serpihan untuk dibersihkan daripada bulu burung dan kotoran yang kasar dan ditimbang (Sila lihat foto disebelah). Kemudian ia akan dicuci berulang kali dengan aliran air yang deras bagi membersihkan secara keseluruhan dan diproses sekali lagi untuk mengeluarkan bulu-bulu dan kotoran yang halus,” katanya. Kemudian SBW yang sudah dibersihkan akan dibentuk mengikut acuan, dikeringkan dan dirawat di bawah sinaran UV untuk membasmi kuman.


Penting dilakukan proses pengasingan sisa kotoran bulu halus yang berwarna hitam (Sila lihat foto paling bawah). SBW yang sudah siap dimasukkan ke dalam kotak.Selain produk SBW bersih syarikat ini juga turut mengeluarkan produk hiliran iaitu sup yang dibotolkan dan kopi. Premis pengeluaran kami mempunyai pensijilan ISO22000, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Analisis Bahaya Titik Kawal Kritikal (HACCP), Halal dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), ISO22000 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pengiktirafan pihak berkuasa negara China. Pada masa ini terdapat 7 Pusat Pengumpulan SBW LPP untuk NAFAS Sialin iaitu di Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah, PPN Terengganu, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gua Musang, Kelantan, PPK Bandar Baharu, Kedah, PPK Manjung Selatan, Perak, PPK Tanjung Karang, Selangor dan juga PPK Pagoh, Johor. Antara khasiat SBW didakwa ia mampu meningkatkan sistem imun, antibodi dan kadar metabolisme, Mengandungi 18 jenis asid amino yang baik untuk lelaki dan wanita, Makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan, Memberikan tenaga dan melancarkan aliran darah, Mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif dan gelatin, Membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan dn juga Menghasilkan kulit yang muda, lembut, licin dan halus. Semuga artikel ini memberi info teraik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


SARANG BURUNG WLIT (SBW)... APA DIA...
INDUSTRI MEWAH...BERBILLION NILAINYA...
SYARIKAT NAFAS ...ADA PRODUKNYA...
MEMBACA ARTIKEL... INGIN MEMBELINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor BAhru, Johor,
Malaysia.
(20 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...