Support My Blog

Monday, September 24, 2018

MANJAKANI - APA BENDANYA?

POKOK MEMPENING (Lithocarpus edulis) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fagaceae yang mana ia  tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama lain botaninya Lithocarpus sp, Quercus sp dan Trigonobalanus sp. Mungkin ramai yang tidak mengetahui dimana pokok Mempening (Dipanggil juga sebagai Japanese Oak) merupakan pokok yang berbuah darimana buah manjakani dituai. Buah manjakani merupakan hasil dari tidakbalas pokok terhadap serangan sejenis Tebuan (Cynips gallae tinctoria). Serangan oleh serangga tebuan  ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas dan apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang didalam pertumbuhan puru akan terhasil.  Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus kandungan tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani. Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering (Sila lihat foto diatas sekali). Bahagian dalamnya selalunya berwarna putih kekuningan. Dari segi kedapatan selalunya pokok manjakani boleh ditemui di hutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan asas iaitu perubatan. Di India pokok Oak ini digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok Mempening. Pokok Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekitar 1.8 meter. Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang, licin, berbentuk bulat dan berwarna hijau muda. Bagaimana pun kini telah ada usahawan yang menanam pokok manjakani ini untuk dikomersilkan. Paling berguna adalah biji manjakani dimana ia didakwa mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid. Dilaporkan dimana antara kualiti biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo, Syria. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pokok mempening dan juga khasiat daripada bijinya yang juga dipanggil sebagai manjakani untuk bacaan dan rujukkan anda.

Penulis blog pada asalnya beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasilkan oleh pokok manjakani. Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti dari pokok mempening (Japanese oak) yang mana hasil dari tindakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (Cynipsh gallae tinctoria). Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1. 8 meter. Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin, berbentuk bulat dan berwarna hijau muda. Ia berbuah pada ranting (Sila lihat foto disebelah). Di sesetengah tempat, bijinya yang telah direbus dan kemudian dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup (seperti untuk kegunaan tepung jagung) dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti. Bijinya yang telah siap dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi. Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita. Penyediaannya ialah dengan cara merebus 6 biji majakani dengan 3 helai daun beluntas dan 1 helai daun tutup bumi. Airnya yang direbus hingga mendidih dan menghasilkan air berwarna keperangan. Air ini akan diambil sebagai minuman sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya air rebusan tidak disimpan terlalu lama walaupun di dalam peti sejuk. Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga. Manjakani ini boleh direndam seketika dengan air suam dan dimakan bersama madu. Air rendamannya juga diminum. Ia begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran. Untuk kegunaan luaran buah manjakani boleh diasah pada belakang pasu dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka. Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma. Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Dikalangan masyarakat kita mempercayai dimana Manjakani adalah apa yang mereka katakan "perapat wanita". Sering didengar di kaca TV di negara kita dimana Majakani disebut oleh promoter produk yang juga pemilik sebagai salah satu campuran untuk dijadikan bahan ramuan. Beberapa syarikat pengeluar produk makanan kesihatan seperti ALMAS Jus Nusantara dengan moto "Penghulu Segala Produk" menyatakan tentang manjakani berulang kali. Dia ada menyebut pelbagai jenis campuran herba yang digunakan dalam merumuskan produk jus nusantara ini. Apabila merujuk banyak artikel, sebenarnya diluar sana terdapat sesetengah wanita yang mengalami masalah kesihatan berbentuk kegatalan mahupun masalah keputihan pada alat sulit. Biarpun begitu tidak ramai yang tampil kedepan kepada pihak doktor untuk menjalani rawatan. Dalam pada itu dilaporkan dalam media dimana ada produk dikenali sebagai Sabun Manjakani keluaran Reisya Care yang diperkaya dengan buah manjakani dan perapat berfungsi untuk membantu membersih dan menyihatkan alat sulit wanita serta mengatasi kegatalan. Didakwa selain bertindak sebagai sabun pembersih, sabun ini juga diperkaya dengan perapat untuk membantu isteri dan suami dalam hubungan kelamin yang lebih intim dan segar. Menurut Pengasas Reisya Care sabun itu memang terbukti membantu golongan isteri dan suami untuk membentuk hubungan lebih intim. Pengguna juga mendapati hasilnya boleh dirasai hanya beberapa hari selepas menggunakan sabun ini. Selain membantu hubungan suami isteri, ia juga membantu menghindarkan bau yang kurang menyenangkan dan mudah digunakan. Dalam pada itu beberapa produk lain yang menerima reaksi yang amat memberangsangkan daripada para pengguna ialah skrub dewberry yang mqnq iq bertindak menyingkirkan black head atau white head, menanggalkan sel-sel kulit mati, membantu mengurangkan masalah kulit berminyak, membantu sekatakan kulit wajah atau badan membantu mencerahkan kulit wajah atau badan dalam masa yang singkat.

Dilaporkan sejak kebelakangan ini nama MANJAKANI semakin menjadi sebutan ramai walaupun ia bukanlah produk daripada herba tempatan tetapi sebaliknya puru pokok itu yang terdapat di Malaysia diimport dari India seperti yang dilaporkan oleh akhbar utusan oleh wartawan Ramli Abd Karim baru-baru ini. Puru pokok manjakani menjadi begitu popular apabila air rebusan puru pokok manjakani dikatakan mampu didalam meningkatkan `penguasaan' golongan wanita ketika mereka mengadakan hubungan seks. Malah ungkapan seperti "dengan manjakani, setiap malam adalah malam pertama'' juga semakin popular di kalangan mereka yang mengamalkan peminuman air manjakani. Dilaporkan juga dimana di negara ini, puru manjakani ini boleh didapati di kedai-kedai rempah ratus yang kebanyakannya dijual oleh peniaga India (Sila lihat foto disebelah). Banyak jenama produk ini dipasaran dengan pelbagai jenama tetapi dilaporkan juga akan produk yang tiruan memang ujud dipasaran yang perlu pengguna berhati-hati membelinya. Biji atau puru manjakani sebenarnya terhasil daripada gigitan sejenis haiwan seumpama lebah pada kulit dahan pokok manjakani atau nama saintifiknya Quercus infectoria dari keluarga tumbuhan fagaceae. Merujuk kepada Pegawai Penyelidik Kanan (Tumbuhan Ubatan) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd. Ilham Adenan berkata selalunya gigitan itu akan menyebabkan cecair lendir daripada serangga itu membesar membentuk bijian keras yang menggerutu.  Akhirnya haiwan itu akan terbang keluar daripada biji yang dijadikan sebagai sarangnya menerusi lubang-lubang kecil pada puru manjakani itu. Menurut beliau lagi dimana manjakani juga mempunyai khasiat-khasiat lain termasuk membantu dalam mengubati masalah keputihan yang sering membelenggu wanita, terutama mereka yang telah berkahwin. Selain puru manjakani ada beberapa helai daun beluntas dan tapak sulaiman diperlukan untuk menyediakan ramuannya. Bila ketiga-tiga bahan berkenaan termasuk puru manjakani kemudiannya bolehlah direbus sehingga airnya kelihatan menjadi berwarna gelap. Kemudian selepas disejukkan maka mereka yang menghadapi masalah keputihan bolehlah cuba khasiat air rebusan dengan meminumnya. Bagi tujuan untuk mendapatkan kesan penggunaan yang lebih ketara maka air rebusan manjakani itu perlu diminum sekali sehari dan boleh diamalkan secara berterusan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology semuanya. Wasallam!!!.
POKOK MEMPENING... ASAL USULNYA....
TEBUAN GANGGU.. BERPURU BIJINYA....
BANYAK KHASIAT ... UNTUK WANITA...
BACA ARTIKEL...FAHAM JUGA AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 547, Hotel Mariott,
Putrajaya, WP,
Malaysia,
(14 Muharram 1440H)
Posted from:
Room 1038, Hotel Royale Chulan Damansara,
Kuala Lumpur (24 September 2018).. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...