Support My Blog

Thursday, September 27, 2018

INOVASI PETIK BUAH MANGGA

ALAT INOVASI PETIK BUAH MANGGA telah ada banyak jenisnya tetapi kali ini penulis blog ambil kaedah paling guna alat mudah dan senang untuk membuat dan senang untuk menggunakanya. Buah Mangga (Mangifera indica) ada banyak varieti di negara kita daripada jenis ditanam secara komersial monokrop seperti Mangga Chok Aban (MA224) kepada jenis mangga yang ditanam secara selingan atau suka-suka seperti varieti Mangga Pauh atau Pelam Pauh. Selain itu di Perlis memang sudah amat popular jenis mangga yang menjadi ikon negeri tersebut iaitu Mangga Harumanis (MA 128) dimana ia ditanam secara komersil dan mampu menerima harga runcit sangat tinggi setiap musim. Dalam pada itu penulis blog membuat penelitian dimana terdapat sebanyak 26 juta metrik tan mangga dikeluarkan setiap tahun diseluruh dunia dan jumlah ini merupakan 40% daripada pengeluaran buah-buahan tropika. India merupakan pengeluaran mangga terunggul didunia dengan pengeluaran sebanyak 12 juta metrik tan setahun atau kira-kira 35% daripada pengeluaran dunia. Terdapat seluas 9,500 hektar tanaman mangga ditanam di Malaysia pada tahun 2017 dengan pengeluaran sebanyak lebih 25,000 metrik tan dari bebagai jenis dan varieti. Pokok mangga merupakan jenis buah-buahan bermusim untuk kebanyakan varieti walau pun varieti Chok Anan dilaporkan mampu untuk berbuah tanpa musim jika diuruskan dengan baik. Buah mangga lazimnya mempunyai kulit yang nipis dimana jika jatuh kebawah semasa memetiknya akan menyebabkan kerosakkan buah. Ia menjadi lebih bermasaalah jika pokok mangga telah tinggi dan sukar untuk aktiviti memetik buah. Terdapat banyak kaedah untuk memetik buah mangga seperti menggunakan galah buluh, memanjant dan memetiknya secara manual, membaling dengan kayu dari bawah, menggunakan sabit pengait buah, menggunakan tangga dan sebagainya. Artikel malam ini saya menulis dalam blog popular "Anim Agro Technology" inovasi mudah menggunakan alat memetik buah mangga dengan lebih cekap, effisien dan amat signifikan untuk semua pemilik pokok mangga.


Terdapat banyak pokok mangga yang ditanam dikawasan dusun yang akan berbuah apabila tiba musimnya. Jenis mangga yang tradisional ini biasanya tumbuh tinggi sebab ianya tidak dikawal dengan membuat cantasan pembentukkan agar pokoknya rendah sahaja untuk memudahkkan kaedah pengurusan agronomi. Bagaimana pun pokok mangga jenis Chok Anan dan Harumanis yang ditanam secara komersil dikawasan monokrop biasanya dikawal ketinggiannya tetapi masih juga tinggi untuk menuai hasilnya. Jika penjagaan dijalankan dengan betul mengikut amalan MyGAP dan menerima cuaca yang mengizinkan biasanya mangga akan dituai sekitar bulan Mei hingga Julai mengikut varieti di negara kita (Sila lihat foto disebelah). Sama ada buah mangga ini dipetik semasa mentah untuk dijadikan jeruk mangga atau seperuh matang atau hampir matang ianya dilakukan dengan berhati-hati dan sistematik. Buah mangga yang hampir masak apabila jatuh kebawah akan rosak apa lagi kalau ketinggiannya melebihi 5 - 10 kaki. Apabila ia jatuh ketanah yang keras akan menyebabkan buah mangga jadi pecah, lebam atau rosak kulit buahnya (terutama jika buah mangga yang tidak berbalut). Hanya buah manggga yang berkualiti boleh dimakan atau dijual kepada pengguna.


Alat memetik buah mangga yang penulis jumpa untuk dijadikan alat yang berguna mudah dibuat sendiri. Penulis blog telah pun berjaya membuatnya sendiri dan berpuas hati menggunakannya. Alat ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu Komponen PVC untuk memetik buah, Komponen Galah kayu atau Galah Buluh atau Galah Jenis Aluminium Bolehlaras, Komponen kain Sarung Plastik atau Nylon untuk melorotkan buah dan juga Komponen Tali serta Guni atau Bakul pengumpulan buah mangga (Sila lihat foto disebelah). Bahagian Pemetik Mangga dibuat daripada PVC 3 inci yang di potong 3 segi dan diikat dengan menggunakan kawat pada galah (Sila lihat foto paling atas). Pastikan lubang tersebut cukup besar untuk membolehkan tangkai dan buah mangga (saiz mengikut jenis) dimasukkan kedalam PVC dan bila galah ditarik maka tangkainya terssebut pada hujung PVC tajam mudah putus. Seebaiknya hanya sebiji buah sahaja yang ditarik setiap kali memetik buah bagaimana pun jika saiz buah kecil maka beberapa biji boleh dipetik sekali gus. Alat yang amat mudah digunakan dan ringan ini amat sesuai kepada mereka yang ada kemahiran untuk mereka memetik buah mangga walau pun yang yang baru kali pertama mencubanya akan kata ia alat yang mudah diguna.

Buah mangga yang terputus tangkainya akan jatuh kedalam PVC yang disambung dibawahnya dengan sarung panjang yang mana mempastikan buah tidak jatuh ketanah. Buah mangga akan tergolek dengan baik terus turun dan terkumpul dibahawah (Sila lihat foto disebelah). Buah ini kemudian digredkan dan dimasukkan kedalam bakul atau guni. Kerja memetik ini boleh dilakukan seorang pemetik atau dua orang untuk mempercepatkan penuaian mangga. Seorang akan memegang galah dan melihat dimana buah mangga yang hendak dipetik dan seorang lagi memegang hujung sarung beesama abakul sambil berjalan bersama pemetik buah. Kaedah memetik mangga ini sama ada mangga muda atau mangga matang membolehkan ia selamat daripada kerosakan pada kulit dan juga bahagian isinya. Alat ini mudah disediakan atau dibuat sendiri dengan kos kurang daripada RM20.00 untuk alat yang sangat baik atau pun jika ada cukup bahan hanya menggunakan bahan terpakai. Semuga artikel malam ini mamberi info yang sangat berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

BUAH MANGGA ... TINGGI DUDUKNYA....
PERLU DIPETIK... BAGAIMANA CARA...
GUNAKAN ALAT...IA SUDAH DICERITA...
BUAT SENDIRI ... MUDAH SAHAJA DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1038, Executive Floor,
Royale Chulan Damansara Hotel,
Damansara, Kuala Lumpur,
Malaysia.
(18 Muharram 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...