PENANAMAN PADI PULUT (Oryza sativa var glutinosa) di negara kita semakin kurang kedengaran dilakukan oleh pesawah. Pesawah lebih suka menanam padi varieti komersil yang disyorkan seperti MR219, MR220 dan sebagainya kerana kemudahan insentif yang diberikan oleh kerajaan. Pada masa kini tahap saradiri pengeluaran beras negara pada tahap 70% kecukupan dan bakinya keperluan beras negara adalah diimport. Penanaman padi merupakan satu aktiviti penting demi keselamatan makanan negara dijalankan disebanyak lapan (8) buah jelapang padi diseluruh negara. Malaysia kini banyak mengimport beras pulut iaitu daripada negara jiran terutamanya dari Thailand dan juga beberapa negara lain untuk menampung keperluan ramai pengguna. Saya ada menulis mengenai beberapa pesawah yang masih aktif menanam padi pulut sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan (Sila rujuk disini) dan (Sila rujuk disini). Beras Pulut (Sticky Rice atau Glutinuous Rice) adalah sejenis beras (Oryza sativa var. glutinosa) yang melekit setelah dimasak dengan keadaan melekat seperti gam. Beras jenis ini juga dipanggil sebagai Beras Pulut (Malaysia), Beras manis (Sweet rice), Beras Berlilin (Waxy rice), Beras Permata (Pearl rice), Beras Botan, Beras Mochi dan Beras Biroin. Kita di Malaysia memang biasa dengan beras pulut kerana masyarakat Melayu telah menggunakan beras pulut untuk dijadikan banyak jenis makanan tradisional yang enak dal lazat. Beras Pulut di negara kita lebih dikenali dengan nama Beras Pulut Putih dan Beras Pulut Hitam. Kedua-dua jenis beras pulut ini telah ditanam disawah padi semenjak dulu kala sehingga kini walau pun tidak ada data rasmi mengenai keluasan penanamannya dicatitkan. Saya berpeluang melawat pesawah di Bukit Rambai , Melaka dan Merlimau yang menanam pulut hitam untuk tujuan pasaran tempatan. Sebenarnya kandungan'gluten' dalam beras pulut akan menyebabkan pulut akan melekit dan 'sticky' apabila dimasak. Kita di Malaysia banyak mengimpot beras pulut putih dari negara-negara jiran bagi kegunaan kecil-kecilan dan industri perkilangan yang mengeluarkan makanan berasaskan beras pulut. Artikel subuh ini bagaimana pun dalam blog "Anim Agro Technology" dipaparkan aktiviti penanaman padi Pulut Siding (MR47) oleh pesawah di Terengganu sebagai satu usaha murni.
Sebenarnya Padi pulut siding di Ketara (MR47) yang penulis blog membuat rujukkan adalah didaftarkan dengan MARDI dan benihnya ada didalam Bank benih MARDI. Usaha IADA KETARA yang merupakan salah satu daripada agensi yang menumpukan kawasan Jelapang Padi di Besut, Terengganu telah mengusahakan penanaman padi pulut secara komersil. Projek ini dilaporkan dalam beberapa media tempatan termasuk oleh Utusan Malaysia. Media tersebut mempaparkan foto dimana seorang petani menunjukkan padi pulut yang dihasilkan di Baruh Gong Tebu, Hulu Besut (Sila lihat foto disebelah) sebagai projek berjaya. Media tersebut melaporkan dimana hasil padi yang semakin berkurangan akibat serangga perosak dan perubahan cuaca sejak dua tahun lalu membuatkan 32 petani di projek penanaman padi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA Ketara) mencari tanaman lain untuk diusahakan. Kemudian hasil perbincangan dengan pelbagai agensi berkaitan maka mereka memilih untuk mencuba tanaman padi pulut yang belum pernah diusahakan di kawasan itu. Apa yang penuli blog tertarik dimana diputuskan agar tanaman yang dipilih adalah padi pulut siding (penulis rujuk dengan nombor daftar sebagai MR47) iaitu pulut gred panjang yang diisytiharkan di Kampung Padang Siding, Perlis 27 tahun lepas bagi penambahbaikan Pulut Malaysia 1. Benih padi pulut ini disimpan didalam Bank Benih MARDI dan ada beberapa petani tradisional yang masih ada menyimpannya. Pesawah kurang berminat dengan tanaman padi pulut kerana ia tidak mendapat sambutan petani kerana harga pulut import yang rendah daripada negara jiran dan beras pulut tidak mendapat subsidi padi yang sedia ada.
Peringkat ini projek berkenaan menjadikan mereka perintis kepada penanaman padi pulut itu di kawasan seluas 38.1 hektar di Kampung Baruh Gong Tebu, Hulu Besut. Pemilihan ini berdasarkan kepada beberapa faktur seperti kesesuaian tanah, kecukupan bekalan air dan juga kerjasasama yang baik dengan kelompok pesawah. Asal usul cetusan projek disini dilaporkan dimana projek penanaman yang dicetuskan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan sokongan Dekan Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan UMT, Prof. Dr. Sayed mendapat kerjasama para petani serta IADA Ketara. Dilaporkan selepas dua musim pesawah mencuba menanamnya hasilnya amat memberangsangkan dan majlis perasmian penuaian padi pulut itu baru-baru ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Muhammad Pehimi Yusof. Pengarah IADA Ketara, Mohamed Kaberi ketika ditemui berkata, dengan menggunakan bekalan benih dari Institut Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) maka pihaknya telah memulakan petak untuk pemerhatian padi pulut itu bersama beras wangi di satu kawasan seluas 1.2 hektar. Menurutnya, usaha itu bertujuan menilai kesesuaian dan potensi hasil setiap jenis itu sama ada boleh dimajukan secara komersial. ''Hasilnya amat memberangsangkan apabila padi pulut itu mampu untuk menghasilkan kira-kira 4.10 metrik tan sehektar. Seterusnya untuk memastikan ia benar-benar mencapai potensi, pemerhatian itu diulang pada musim pertama tahun lalu dan hasilnya didapati lebih baik iaitu 4.8 metrik tan sehektar. Disebabkan kejayaan itu mendorong agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencari kawasan yang sesuai dan pada akhir tahun lalu dimana seramai 32 petani menyertai projek penanaman di satu kawasan seluas kira-kira 38 hektar di Baruh Gong Tebu, Hulu Besut.
Daripada penelitianan oleh IADA KETARA dan pengamatan yang dijalankan dijangkakan hasil purata padi pulut itu adalah sekitar 4 - 4.5 metrik tan sehektar yang akan dapat menghasilkan kira-kira 106 tan metrik beras pulut yang mana dipasaran tempatan bernilai RM300,000. Padi pulut yang dituai diproses di Bernas serta dibungkus menggunakan jenama khusus dan akan diedarkan oleh anak syarikat Bernas melalui outlet terpilih. Pihak UMT telah berusaha melaksanakan Projek Penilaian Setempat Padi Pulut Siding di kawasan Ketara dengan kerjasama MARDI dan Jabatan Pertanian. Kajian mendapati dimana kualiti beras tidak semata-mata bergantung kepada varieti dan pengurusan tanaman yang baik namun turut bergantung kepada kaedah pemprosesan yang sempurna di kilang. Sehingga kini UMT telah berjaya memproses beras pulut ini menjadi lebih berkualiti menggunakan pengisar padi padat (compact rice milling) yang terdapat di UMT. Mesin ini merupakan mesin pertama seumpamanya di negara ini yang mampu memproses 260 kilogram padi sejam dan sangat sesuai digunakan oleh komuniti kecil petani. Dari segi analisis zat pemakanan ke atas padi pulut itu, beras pulut yang dihasilkan mengandungi 7.9 peratus protein, lemak (0.37 peratus), air (10.45 peratus), abu (0.57 peratus) dan karbohidrat/kanji (80 peratus) dengan kanji jenis amilos kurang daripada tiga peratus yang merupakan tanda aras bagi beras pulut. Kesimpulan hasil percubaan mendapati padi pulut siding boleh diusahakan secara komersial di kawasan Ketara dan pengeluaran beras berkualiti boleh ditingkatkan melalui penggunaan mesin yang sesuai dan canggih Dalam pada itu UMT amat gembira dengan tahap kejayaan yang telah dicapai kerana formula yang dibincang di makmal dan bilik kuliah di kampus dapat direalisasikan di ladang dan dimanfaatkan oleh masyarakat di luar universiti. Kejayaan itu juga menjadi dorongan kepada UMT untuk terus memberikan kerjasama dan sokongan teknikal kepada agensi-agensi pertanian di negeri Terengganu bukan sahaja untuk tanaman padi malah untuk komoditi lain. Penanaman beras pulut perlu digalakkan untuk mengurangkan kadar kebergantungan import beras pulut dimasa akan datang. Semuga artikel ini membei info berguna kepada semua pembaca blog anim agro tchnology kali ini. Wasallam!!!..
BERAS PULUT ... ADA KEPERLUANNYA...
PROJEK KOMERSIL... DI IADA KETARA...
HASIL 4.5 MT SEHEKTAR... BERJAYA DIA...
PERLU DIPERLUASKAN...KEMANA SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(31 Ogos 2018).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.