Support My Blog

Tuesday, September 25, 2018

54th APCC MINISTERIAL MEETING 2018

54th APCC MINISTERIAL MEETING telah diadakan dari 24 - 28 September 2018 di Royale Chulan Damansara, Kuala Lumpur melibatkan sebanyak 19 negara seluruh dunia. Seramai 66 peserta mesyuarat APCC dan 20 secretariat dari APCC dan MoA mengenadlikan mejlis ini dengan kehadiran beberapa Menteri dan Timbalan Menteri dari negara-negara gabungan APCC. APCC adalah singkatan kepada Asia Pacific Coconut Community dianggotai oleh Malaysia, Micronesia, Fiji, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Kiribati, Papua New Guinea, Filipina, Samoa, Kepulauan Solomon, Sri Lanka, Thailand, Tonga, Vanuatu dan Timor Leste. Ramai pemerhati yang turut hadir dalam Mesyuarat ini terdiri daripada mereka yang terlibat dengan komuniti dan tanaman kelapa seperti CABI (Centre for Agriculture and Bioscience Institute), MSG (Melanesian Spearhead Group), The Pasific Community, APCC Scientific Advisory on Health,  APCC Secretariat serta lain-lain pihak pengurusan dari Malaysia. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato' Salahuddin Ayub telah hadir merasmikan mesyuarat ini dan mempengerusikan mesyuarat sessi pertama (Sila lihat foto diatas). Dalam ucapan perasmian beliau berterimakasih kepada pihak urusetia APCC yang telah memilih Malaysia sebagai tuan rumah pada tahun 2018 ini mengikut giliran abjad negara-negara dalam APCC.  Menurutnya industri kelapa dunia kini semakin tercabar apabila banyak negara yang mengubah tanaman kelapa kepada komoditi lain serta ditebang untuk pembangunan lain seperti perbandaran dan industri pembuatan. Permintaan untuk kelapa biji terus meningkat saban tahun tetapi ancaman bencana alam seperti typhoon, cyclone, hakisan pantai dan serangan penyekit menyebabkan bekalan kelapa dunia terus mengurang. Beliau nyatakan kempen 'anti minyak kelapa' yang dilakukan oleh negara-negara barat menyebabkan isdustri minyak kelapa terjejas dan patut ditangani oleh negara-negara gabungan APCC. Malaysia akan terus komited dalam industri pembangunan kelapa dimana pada tahun 2018 peruntukkan pembangunan kelapa yang besar diberikan untuk penanaman semula dan pemulihan tanaman yang sedia ada. Beliau juga menyetakan dimana komitment kerajaan untuk menggabungkan industri kelapa dan nanas dalam proses untuk direalisasikan. Artikel malam ini dari tingkat 10 Hotel Royale Damansara, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aktiviti perjumpaan masyarakat kolepa dunia ke 54 yang diadakan di Malaysia.


Dalam ucapan aluan oleh Pengarah Eksekutif APCC Mr. Ulan Salum yang beribupejabat di Jakarta, Indonesia ada menyatakan dimana tahun 2019 nama APCC akan ditukar kepada International Coconut Community (ICC) yang akan diperluaskan keanggotaannya ke seluruh dunia. Ini kerana sudah ada permohonan rasmi daripada PBB (United Nation) agar gabungan komuniti ini diperluaskan keseluruh dunia dengan melibatkan negara lain seperti Brazil, Mexico, Nigeria dan sebaginya yang juga aktif didalam penanaman dan industri kelapa. Jika semuanya berjalan lancar maka perlancaran ICC akan diadakan di Manila pada tahun 2019 sempena dengan Hari Kelapa Dunia yang akan dilaksanakan. Beberapa negara baru yang ingin bergabung dengan APCC seperti Timor Leste telah dipeakukan dalam mesyuarat ini untuk menjadi anggota penoh. Menurut beliau kini industri kelapa dunia memang menghadapi banyak cabaran untuk pengekalannya dimana ia dilaporkan berkurangan pengeluaran kelapa dunia walau pun permintaannya terus meningkat. Banyak negara-negara barat yang selama ini tidak mengambil produk berasaskan kelapa telah berubah. Pada masa ini Indonesia merupakan negara paling kuas menanam dan mengeluarkan kelapa diikuti dengan Filipina dan India. Malaysia hanya mempunyai kawasan kelapa seluas 96,000 hektar dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 650 juta biji setahun. Keperluan kelapa di Malaysia sebanyak 750 juta biji setahun dimana sebanyak 100 - 120 juta biji kelapa tua akan diimport terutama daripada Indonesia. Bagaimana pun Mr Ulan Salum bangga dimana Malaysia diantara negara yang mampu menghasilkan produktiviti kelapa yang baik dengan purata sehingga 30,000 sehektar dengan jenis kelapa hibrid. Kawalan atas komoditi kelapa sebagai produk eksport kini semakin tercabar apabila permintaan kelapa tinggi lebih tinggi daripada kadar penghasilan kelapa.


Beberapa pameran berkaitan kelapa diadakan diruang legar aras 2, Grand Royale Ballroom. Syarikat Linaco sebagai sebuah kilang memproses produk kelapa membariskan beberapa produk asas kelapa seperti santan jenama 'RASAKU' dan produk minuman kelapa tua jenama 'Cowa watercoconut'. Syarikat Linaco yang beroperasi di Batu Pahat juga mengeksport santan dan produk kelapa keseluruh dunia dalam pelbagai produk. Pihak Jabatan Pertanian juga mempamerkan beberapa varieti baru kelapa seperti Kelapa MATAG, Kelapa Renek merah (MRD), Kelapa Renek Kuning (MYD), Kelapa Wangi Pandan, Kelapa Malaysn Tall dan juga beberapa produk berasaskan kelapa. Pihak MARDI mempamerikan dua varieti bari kelapa iaitu CARENA dan CARENI iaitu kelapa hibrid yang benihnya akan mula diedarkan pada tahun 2020. Minuman air kelapa muda berkabornat merupakan produk baru yang mempunyai potensi tinggi untuk dikomersilkan (Sila lihat foto disebelah). Sebuah gerai swasta mempamerkan produk air kelapa untuk diminum iaitu  'kelapa telur' dan kelapa muda. Beberapa produk bernilai seperti Minyak Kelapa Dara (VCO) berjaya menarik minat delegasi peserta APCC kali ini dimana negara mereka kagum dengan kualiti dan pembungkusan yang dipemerkan. Pihak penguruasn penganjur MAHA 2018 juga membuka booth pameran untuk mempromosikan pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara ini dari 22 November sehingga 2 Disember 2018.

Mesyuarat APCC kali ke 53 telah diadakan di Kirbati pada Oktober 2017 dimana telah pun memperakukan 'Deklarasi Tarawa' yang akan digunapakan pada mesyuarat kali ini yang ke 54 di Kuala Lumpur. Semua negara APCC yang hadir membentangkan status semasa industri dinegara masing-masing selama 30 minit dengan sessi soaljawab. Mesyauart sessi pertama di pengerusikan oleh Menteri Pertannian Dato' Salahuddin Ayub, Mesyuarat Sessi Ke 2 oleh YB Timbalan Menteri Pertanian YB Sim, Sessi ke 3 dipengerusikan oleh Yg Bhg Dato' Mohd Anim (Ketua Pengarah LPNM) dan Sessi ke 4 oleh Tn Hj Nasir (Pengarah Bahagian Jabatan Pertanian).Lawatan teknikal dilakukan pada hari ke 3 ke projek tanaman kelapa MATAG di Kg Yu, Kuala Selangor, Projek Industri Asas Tani berasaskan kelapa di Kg Jaya dan Kilang memproses kelapa Kapar Coconut Factory di Kelang. Beberapa pembentangan saintis dari Filipina, Indonesia telah perincikan kebaikan kelapa yang dijadikan sasaran negara-negara barat sebagai bahaya kepada kesihatan manusia. Kekurangan bahan tanaman atau benih kelapa menjadi topik dan isu kepada banyak negara yang sedang menjalankaan program penanaman semula kelapa terutama negara yang diancam bencana alam. Perbincangan mengenai kebaikan dan kelemahan kelapa hibrid juga dibincangkan bagaimana teknologi pengurusan tanaman kela[a ini akan dipertingkatkan dimasa akan datang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMA SINGKAT APCC... JAGA KELAPA...
MENANAM KELAPA... DARI 18 NEGARA...
BANYAK ISU-ISU...DIBINCANG BERSAMA...
SATU GAGASAN.. KESELURUH DUNIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Royale Chulan Damansara Ballroom,
Hotel Royale Damansara,
Kuala Lumpur, Malaysia.
(16 Muharram 1440H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...