RUMPUT JARUM MAS (Striga asiatica) daripada kumpulan rumput Scrophulariaceae biasanya tu,nuh meliar dikawasan tanah lapang dan padang. Rumput ini juga adalah dikenali dengan nama 'Rempah Padang' dikalangan penduduk kampong di Malaysia. Rumput Jarum Mas juga dikenali sebagai rempah padang kerana khasiat perubatannya yang didakwa memberikan tenaga luarbiasa kepada pengguna. Ia biasa dijumpai dikawasan padang yang terbuka dan tumbuh dicelah-celah rumput. Ia muadah dikenali melalui bunganya yang berwarna kuning terang yang akan muncul dicelah-celah rumput.Ini menyebabkan ia dipanggil jarum mas. Apa yang penulis blog pasti dimana rumput ini pernah dijadikan bahan cariab dikalangan masyarakat tempatan untuk dijadikan ubat. Rumput Jarum Mas adalah sejenis rumput yang selalunya akan tumbuh diantara celah-celah rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya. Dari tinjauan penulis blog lazimnya ada beberapa jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan warna ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia. dimana jenis ini sering dicabur untuk kegunaan perubatan. Apa yang selalu dibaca dalam artikel (Sila klik disini) ia mempunyai banyak khasiat. Walau pun kajian saintifik mengenai rumput jarum mas ini dibuat oleh pihak penyelidikkan tetapi hasilnya masih kurang dipromosi atau diketahui umum. Bagaimana pun artikel dikeheningan subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya menulis lagi mengenai rumput jarum mas serta bagaimana herba jika hendak dibandingkan dengan penggunaan Viagra terhadap kesihatan.
Apa yang didakwa dalam banyak penulisan dilaporkan khasiat rumput jarum Mas adalah untuk perubatan dimana ia telah diketahui lama sejak turun temurun. Umumnya masyarakat Melayu berkaitan rumput jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan seleoas bersalin. Ia dikaotkan dengan cerita lama dimana selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. Melihat keadaan ini maka cara sama telah digunakan dengan mengambil satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. Apa pun sebaiknya pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengmbilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya. Hanya rumput jarum mas yang organik, bersih dan tiada racun rumpai sesuai digunakan untuk tujuan ini. Ada dakwaan umum dimana selain dari mengembalikan akan kesihatan rahim dan sistem reproduktif manusia dilaporkan kehebatan rumput ini juga dapat mengubati penyakit seperti keputihan dan menghilangkan sakit urat dan sengal pada badan dengan kaedah penyedianya yang sama.
Dalam satu artikel di Utusan Malaysa dengan tajuk "Antara herba dan Viagra" sangat baik dikaitkan dan dikupas juga dengan rumput ini. Merujuk kepada beberapa jenis herba tempatan, beberapa tahun yang lalu heboh tentang pokok tongkat ali, kononnya mujarab untuk memulihkan tenaga batin lelaki dan juga rumput jarum mas serta beberapa jenis herba lain di Malaysia. Peristiwa seperti ini timbul setelah sebuah penerbitan penyelidikan universiti tempatan telah berjaya menerbitkan secara gurauan tentang khasiat pokok tongkat ali dan dipetik pula oleh Utusan Malaysia sebagai satu penemuan perangsang syahwat. Ada juga dikalangan pembaca blog yang merujuk kepada Anim Agro Technology untuk capaian jenis herba yang lain. Kesan daripada gurauan itu, ramailah yang mencari pokok tongkat ali sehingga pokok ini hampir ranap di sekitar hutan simpanan dan di hutan-hutan lain. Penyelidikan juga dijalankan dan analisis dibuat terhadap pokok ini oleh sebuah pusat pengajian tinggi. Tetapi apa yang ditemui, pokok ini tidak mengandungi apa-apa khasiat afrodisiak, melainkan terdapat khasiat antiviral yang boleh mengubati demam. Pokok ini yang mana nama saintifiknya Eurycoma longifolia sebenarnya bukanlah pokok yang mengandungi khasiat afrodisiak tetapi pokok lain yang salah proses untuk kenalpasti juga dan didakwa sebagai sebagai tongkat ali mungkin tiada apa-apa kesan perubatan. Kemudian diviralkan dimana terdapat pula tumbuhan yang dipanggil jarum mas. Ramai yang memungut tumbuhan ini di tepi-tepi jalan atau di halaman berumput di mana terdapat jarum mas ini tumbuh meliar. Tumbuhan rumput jarum mas ini dikatakan juga dapat merangsang kebatinan lelaki dan ada pula yang mengatakan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Daripada penulisan dan penelitian saya didapati sebenarnya tumbuhan ini ialah Rumput Jarum Mas atau juga dipanggil Rumput siku-siku (Striga asiatica) sejenis tumbuhan semiparasit yang hidup pada akar-akar rumput (Sila lihat foto disebelah). Apa yang dicari oleh orang tertentu ialah teh macao (Scoparia dulcis) yang rupanya seakan-akan sama dengan rumput siku-siku dan tergolong dalam famili yang sama, iaitu Scrophulariaceae. Teh Macao pula memang tidak terdapat di Malaysia tetapi terdapat di selatan China dan merupakan herba stimulan. Kemudian timbul pula kisah minyak dhab, iaitu minyak daripada sejenis biawak padang pasir yang kononnya dikatakan boleh merangsang tenaga batin lelaki. Daripada catatan di atas jelas menunjukkan sebilangan besar rakyat negara ini mungkin ada mengalami masalah mati pucuk. Ini disahkan oleh Pengarah Pusat Kepakaran dan Reproduksi Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Mohd. Ismail Thambi yang menganggarkan 1.5 juta lelaki berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk (lihat Massa Bil. 135. 16-22 Mei, 1998). Kebanyakan mereka malu untuk mendapatkan rawatan doktor dan juga ingin mencari sesuatu daripada tumbuhan seperti peristiwa mencari tongkat ali atau jarum mas dan minyak dhab. Akhirnya mereka ini termakankan pokok yang mengandungi racun dan memakan biawak padang pasir yang dibawa dari negeri Arab.
Viagra merupakan sejenis ubat moden iaitu jenis ubat yang dikeluarkan oleh Pfizer Pharmaceuticals New York ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia (Sila lihat foto disebelah). Ubat ini adalah ubat ditunggu terutama mereka yang menghidap masalah mati pucuk dan ada pula yang tersenyum-senyum ingin mencuba kebatinannya dengan Viagra. Kaum wanita pula ada yang tersenyum lebar dan ada pula yang kecut perut. Viagra merupakan penemuan saintis perubatan Barat yang tidak jemu menjalankan penyelidikan untuk kepentingan manusia dan sudah tentu mengaut keuntungan yang lumayan hasil daripada penemuan ini. Kita rasa akan terbanglah berjuta-juta ringgit Malaysia ke luar negara untuk membeli ubat ini. Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian spesies tumbuh-tumbuhan, sebenarnya mempunyai banyak spesies tumbuhan yang dapat mengubati penyakit mati pucuk atau merangsang syahwat lelaki dan masalah 'dedingin' kaum perempuan. Nenek moyang kita zaman dahulu amat arif tentang tumbuhan ini dan memberi berbagai-bagai nama mengikut dialek daerah atau negeri. Tumbuhan ini juga dikaitkan dengan nama Saidina Ali dan isterinya Siti Fatimah, seperti tongkat ali, payung ali, akar ali bagi tumbuhan yang boleh mengubati penyakit kaum laki-laki dan kacip fatimah, selusuh fatimah, kunci fatimah, pokok fatimah pula bagi tumbuhan yang boleh mengubat penyakit kaum perempuan. Nama-nama ini agak kegasangan (salacious) yang juga bermaksud ereksi seperti tongkat dan kemutan seperti kacip. Begitulah khasiatnya pokok dan herba tempatan ini sebagai afrodisiak yang belum diterokai lagi. Malangnya tumbuhan ini sukar ditemui lagi dan generasi yang ada sekarang ini tidak lagi dapat mengecam tumbuhan atau mungkin tahu namanya sahaja. Ini ditambah pula nama-nama pokok dan herba ini diberi dengan berbagai-bagai nama dimana ia juga sangat mengelirukan. Kemungkinan pula tumbuhan ini sudah pupus dan tidak ada institusi yang berminat untuk mencari atau menjalankan penyelidikan terhadap pokok atau herba ini.
Pokok Eurycoma longifolia yang disebut sebagai tongkat ali sebenarnya bukanlah pokok tongkat ali dan tidak langsung termasuk dalam golongan tumbuhan afrodisiak. Pokok ini diberi beberapa nama yang mengelirukan seperti tongkat baginda, penawar pahit, bidara pahit, bidara merah, Bidara Putih. Kulit dan akar pokok ini digunakan untuk mengubati demam. Spesies yang lain yang seakan-akan sama, iaitu Eurycoma apiculata. Amat sukar untuk membezakan antara dua spesies ini dan yang terkemudiannya pula dikatakan pokok beracun. Pokok tongkat ali yang sebenarnya yang dikatakan mengandungi khasiat afrodisiak ialah Smilax calophylla dan Smilax myosotiflora. Ubi pokok ini dimakan bersama-sama sirih (Piper betle) dan pinang makan (Areca catechu) yang juga tergulung dalam tumbuhan yang mengandungi khasiat afrodisiak dan stimulan (Sila lihat foto disebelah). Seperti pokok Eurycoma, pokok Smilax juga diberi berbagai-bagai nama yang mengelirukan. Smilax calophylla diberi beberapa nama seperti dawai-dawai, rancang besi, tampang besi, tembaga suasa, daun tembaga suasa dan lain-lain. Pokok Smilax myosotiflora juga diberi berbagai-bagai nama seperti akar tanding, akar dedingin, itah besi, ubi besi, kerating dan lain-lain. Nama-nama pokok dalam bahasa Melayu yang diberi oleh nenek moyang kita.
Kemungkinan juga ramai kaum wanita yang menghadapi masalah rumah tangga seperti yang dialami oleh kaum lelaki. Dalam mengubati penyakit 'dedingin' perempuan terdapat pokok atau herba yang diberi nama yang agak garang juga seperti kacip fatimah (Labisia pumila, Phyllagathis rotundifolia, dan Sonerila pidularia). Kadang-kadang pokok ini juga dipanggil seluruh fatimah, kunci fatimah, pokok fatimah yang juga mungkin mengelirukan kepada umum (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan pokok atau herba ini banyak dirahsiakan oleh bidan-bidan kampung zaman dahulu dan sering disebut sahaja sebagai ubat selepas bersalin, tetapi sebenarnya bertujuan mengekalkan status wanita sehingga seperti 'kacip' dan boleh menambat kaum lelaki. Bagaimanapun, pokok atau herba ini semakin dilupakan dan tidak lagi diamalkan oleh wanita selepas bersalin. Di Malaysia terdapat lebih kurang 55 spesies tumbuhan yang dikenal pasti mungkin ada mengandungi khasiat afrodisiak atau yang pernah diamalkan oleh nenek moyang kita sebagai ubat untuk lelaki atau perempuan dalam menjalani hidup berumah tangga. Usaha perlu dijalan untuk mencari dan seterus menanam pokok atau herba ini sebagai warisan negara. Kajian perlu dibuat tentang khasiat tumbuhan ini dan besar kemungkinan kita boleh mendapat alternatif kepada Viagra tanpa mempunyai masalah kesan sampingan. Untuk memajukan tumbuhan afrodisiak tradisional Melayu ini, satu caranya adalah dengan menyediakan sebuah ladang atau taman penyelidikan yang dipanggil Taman Berahi. Pokok atau herba ini boleh dikaji dan dianalisis di makmal tentang tahap kemujarabannya. Herbarium juga perlu diadakan bagi memudahkan proses pengenalpastian tumbuhan ini dan seterusnya diberi nama-nama yang baku dalam bahasa Melayu dan juga nama saintifiknya. Selain menjalankan penyelidikan, taman yang dipenuhi oleh tumbuhan afrodisiak yang berunsur seksual ini boleh menarik ramai pelancong dalam dan luar negara. Sekiranya kita dapat mencipta ubat untuk kaum lelaki, apatah lagi untuk kaum perempuan, Malaysia akan lebih terkenal dengan ''bio-Viagranya'' pula. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA DIBERI... JARUM MAS DIA...
MUDAH DICARI... DIPROSES SEGERA..
HENDAK DILAWAN... DENGAN VIAGRA...
BACA ARTIKEL... IA SERONOK JUGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar BAru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(5 Muharram 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.