Support My Blog

Saturday, September 30, 2017

3 VARIETI KELEDEK UNGU BARU

TANAMAN KELEDEK (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Convulvulaceae yang kaya dengan zat Karbohiderat dan Vitamin A. Bagi tujuan mendapatkan hasil tinggi, tanaman ubi keledek memerlukan keadaan panas yang agak panjang iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan dikawasan lapang. Ia dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditanam di tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi keledek segar yang dihasilkan tidak empuk isinya apabila direbus. Namun ia tahan terhadap keadaan cuaca kemarau tetapi ada air yang cukup. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir yang mengandungi banyak bahan organik dan juga kadar penyerapan air yang baik. Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan selalu berbentuk memanjang. Tanah liat juga kurang sesuai kerana lazimnya ia kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima. Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik. Di Malaysia terdapat banyak varieti keledek yang selalu ditanam oleh petani. Penelitian penulis blog mendapati menujukkan kini terdapat 10 jenis varieti keledek yang telah didaftarkan didalam 'National Listing'. Bagaimana pun didapati dilapangan, penulis hanya jumpa dua (2) jenis keledek yang sangat popular ditanam dikalangan petani di Malaysia iaitu Keledek Gendut (MSP 94) dan juga Keledek Cina. Pada beberapa buku rujukkan ada menyatakan ubi keledek boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu UBI JENIS BERAIR dan sejenis lagi ialah UBI JENIS KERING. Jenis Ubi Berair adalah dimana ubi ini akan menjadi lembut apabila di rebus atau digoreng dan lazimnya jenis ini mempunyai kulit yang berwarna merah dan mampu memberikan hasil yang tinggi. Contoh jenis ubi berair adalah seperti Keledek Cina. Jenis Ubi Kering adalah jenis keledek yang tidak mudah lembut apabila direbus atau digoreng. Jenis ini lazimnya mempunyai kulit yang berwarna putih walau pun hasilnya agak kurang seperti varieti Keledek Gendut. Terdapat 10 jenis keledek yang boloeh kita tahu di Malaysia iaitu Keledek 57 Tainung, Keledek Banting, Keledek Biru Jepun, Keledek Biru Johor, Keledek CH Purple, Keledek CH Red, Keledek Guan, Keledek Hao Pao/ Kuala Bikam, Keledek Indonesia dan Keledek Jalomas. Anda boleh baca mengenai artikel varieti keledek yang saya tulis (Sila klik disini) dan kosting tanaman keledek (Sila klik disini) bagi keterangan lebih jelas. Ramai diantara kita yang saya percaya dan tidak berapa kenal akan varieti-varieti ini. Oleh itu mari kita lihat foto varieti keledek ini agar dapat kenal akan rupanya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai keratan akhbar bertajuk 'MARDI perkenal 3 varieti keledek ungu' untuk bahan rujukkan dan bacaan.


Foto paling atas menunjukkan Timbalan Menteri Pertanian 1 iaitu YB Dato Seri TAJUDDIN melihat keledek ungu selepas merasmikan varieti baharu ubi tersebut di Pusat Kecemerlangan MARDI, Bachok, Kelantan. Turut hadir adalah Ketua Pengarah MARDI dan Awang Adek Hussin yang juga Pengerusi MARA pada 25 September 2017. Pihak MARDI hari kini berjaya untuk memperkenalkan tiga varieti baharu ubi keledek ungu dalam usaha untuk menyokong dan merancakkan kembali pengeluaran hasil tanaman itu di Kelatan khususnya dan diseluruh negara amnya. Tiga varieti baharu itu dikenali sebagai Keledek Anggun 1, Anggun 2 dan Anggun 3 dihasilkan menerusi penyelidikan ke atas varieti Keledek Ungu 2, Keledek Ungu 5 dan Keledek Ungu 6 yang dijalankan semenjak beberapa tahun lepas. Pada masa ini dilaporkan harga pasaran bagi varieti ubi keledek ini adalah sekitar RM2.50 sekilogram iaitu untuk digunakan sebagai makanan berkhasiat yang kaya dengan nutrien. Kajian di pusat ini yang mana ianya dilakukan diatas tanah Bris dimana setiap satu hektar tanah mampu mengeluarkan diantara 20 - 30 metrik tan ubi keledek. Jangkamasa tanaman keledek varieti ini dalam tempoh diantaraa empat bulan sahaja. Tanaman keledek merupakan sejenis tanaman menjalar yang memerlukan sistem batas untuk mendapatkan umbisinya yang besar dengan pembajaan dan amalan agronomi yang baik. Tanam yang gembur dengan saliran baik serta mempunyai bahan organan yang banyak akan memberikan hasil yang baik.


Dalam beberapa laporan yang dikeluarkan MARDI mendakwa dimana petani mampu memperolehi nilai jualan kasar sehingga RM60,000 bagi satu musim penanaman dengan modal yang dikeluarkan adalah sebanyak RM20,000 sahaja bermakna ada keuntungan bersih sebanyak RM40,00 sehektar. Kalau dibahagikan dengan 3 - 4 bulan jangkamasa penanaman bermanka petani mampu mendapat purata RM12,500 sebulan. Tanaman keledek antara jenis tanaman kontan dimana ia memerlukan input pertanian yang rendah seperti baja dan racun.Bagaimana pun bagi kawasan tanah bris ia memerlukan lebih baja organan bagi menentukan tahap kesuburan tanah. Diantara keistimewaan varieti baharu ubi keledek itu adalah varieti ini lebih mudah hidup walaupun dalam keadaan tanah yang kurang su­bur, toleran kepada cuaca kemarau dan tahan serangan penyakit serta serangga perosak berban­ding tanaman sayur-sayuran yang lain. Menilai mengenai kelebihan kedek jenis ungu ini didakwa ia mengandungi nilai nutrisi yang tinggi selain bahan antioksida dipanggil Antosianin dimana bahan ini didakwa amat berkesan dalam mencegah dan mengurangkan risiko pe­nyakit berbahaya seperti serangan kanser dan gangguan kardiovaskular. Varieti baharu ubi keledek ungu itu sangat sesuai diperke­nalkan untuk program makanan sekolah, makanan bayi, ahli sukan dan makanan kepada go­­long­an tertentu, sekaligus memberi peluang besar kepada industri untuk meningkatkan hasil pendapatan petani dan pengusaha menerusi pelbagai produk hiliran. Keledek ini sesuai dimakan dengan pelbagai menu masakan. Mereka yang ingin mendapatkan benih keledek Anggun 1, Anggun 2 dan Anggun 3 boleh membuat inkuiri dari MARDI Kelandan di Bachok dengan melayari lamanweb MARDI. Semuga tulisan teknikal dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada semua. Wasallam!!!...
KELEDEK UNGU... BANYAK GUNA...
TIGA VARIETI... DIISTIHAR SEMUA...
ANGGUN 1, 2 DAN 3... VARIETINYA...
JUMPA MARDI... CARI BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Dewan A, Pusat MAEPS, 
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(7 Muharam 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...