BELIMBING (Averrhoa carambola Linn) adalah sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Oxalidaceae yang menpunyai banyak varieti. Tanaman belimbing di Malaysia adalah satu industri yang terkenal dikalangan negara Eropah dan China serta Hong Kong yang mengimpot belimbing segar semenjak lama dahulu. Pengeluaran buah belimbing ditingkatkan lagi pada masa akan datang dibawah program penanaman belimbing secara komersil dibawah program pengkomersilan di TKPM dan juga pihak swasta. Antara beberapa puloh varieti belimbing yang telah didaftarkan di Malaysia, terdapat beberapa jenis yang perlu ditanam secara bercampur bagi meningkatkan pengeluaran hasilnya. Tanaman belimbing di Malaysia merupakan satu aktiviti perkebunan yang menghasilkan buah belimbing segar untuk pasaran domestik dan pasaran eksport. Pada tahun 2016 kawasan tanaman fizikal belimbing di Malaysia adalah seluas 872.2 hektar tetapi hanya seluas 542.3 hektar atau sekitar 63% sahaja yang dapat dituai. Rekod dari Jabatan Pertanian menunjukkan sebanyak 8,474.3 metrik tan buah belimbing dihasilkan dengan bila pengeluaran sebanyak RM20.917 juta (Sumber: Laporan Statistik Tanaman Buah-buahan 2016, Jabatan Pertanian Malaysia). Artikel sempena cuti Thun Baru Hijrah 1439 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Teknologi Belimbing berkaitan Kompatibiliti (Campatibility) beberapa jenis varieti belimbing untuk pengetahuan anda semua berdasarkan kepada teks Kursus Starfruit for ASEAN member country yang saya berikankepada peserta kursus dan pengalamann serta tinjauan penulis dibeberapa ladang belimbing.
Penelitian penulis blog mengenai varieti atau Klon Belimbing daripada Jabatan Pertanian mendapati masa ini ada sebanyak 18 varieti belimbing yang telah didaftarkan semenjak tahun 1866 seperti artikel saya bertajuk Klon Belimbing di Malaysia (Sila Klik disini). Varieti ini telah dikenalpasti mempunyai ciri-ciri pokok, buah, bunga dan sebagainya yang berbeza-beza. Antara varieti yang paling popular di komersilkan di Malaysia untuk pasaran domestik dan pasaran ekspot adalah Varieti B10, B2 dan B17. Varieti lain sebanyak 15 lagi ditanam untuk dijadikan pengeluaran secara kecil-kecilan atau untuk tujuan biak baka. Lazimnya pokok belimbing akan mengeluarkan bunga aabila pokok telah matang dimana selalunya didalam satu jambak bunga terdapat banyak jumlahnya. Jika diteliti marfologi bunga belimbing ada banyak unit melekat setiap jambak. Saiznya kecil iaitu berukuran hanya 8 mm -10 mm sahaja yang berwarna putih dihujung kelopak dan ungu kemerahan dibahagian tengah (Lihat foto diatas sekali). Bergantung kepada amalan agronomi dan kesuburan tanah lazimnya bunga belimbing keluar sekitar bulan Febuari - Mac dengan banyak (peak season) setiap tahun. Walau pun begitu jika pokok belimbing ini dijaga dengan baik ia mampu menghasilkan bunga sepanjan tahun juga.
Penulis dapati daripada pemerhatian dikebun dimana terdapat dua jenis bentuk bunga belimbing secara marfologinya iaitu Bunga Stigma Pendek (Short style) dan Bunga Stigma Panjang (Long style). Kedudukan organ stigma bunga ini mempengaruhi proses pendebungaan yang dipanggil sebagai 'Tak-sama Serasi' diantara klon dalam proses pendebungaan (Sila lihat rajah disebalah). Lazimnya bunga belimbing akan melalui proses pendebungaan berlaku secara semulajadi atau oleh agen pendebungaan seperti lebah, semut, lalat, kelulut atau serangga lain . Penelitian penulis blog mendapati dimana diantara jenis Belimbing dengan Stigma Bunga Pendek adalah Varieti B3, B4, B8, B9, B30 dan B17 sementara jenis Stigma Bunga Panjang adalah varieti B1, B2, B5, B6, B7, B11, B12, B14, B15 dan B16. Laporan kadar kejayaan juga menunjukkan dimana pendebungaan bagi bunga pendek adalah tahap sederhana dan boleh ditingkatkan lagi tahp keupayaannya lagi dengan mendekatan kehadiran debunga lain dari varieti bunga belimbing panjang dengan kaedah atau cara mencamporkn pelbagai varieti belimbing didalam kawasan kebun yang sama. Ini selalunya akan dapat lagi meningkatkan kualiti buah belimbing dari segi bentuk, aroma, kemanisan, rupabentuk , kadar kejayaan buah melekat dan sebagainya.
Penanaman pokok belimbing perlu ditanam dengan jarak 6m x 6m untuk memberikan kepadatan sebanyak 276 pokok sehektar. Cara menanam pula boleh dibuat dalam susunan Segi Empat Sama, Segi Empat Tepat atau Susunan Tigasegi Sama. Teknologi menanam pokok belimbing perlu dirancang bagi menentukan proses pendebungaan yang akan menentukan hasil dan kualliti buah belimbing kelak. Caranya adalah dengan menanam pokok belimbing dari pokok varieti lain (B2) yang berasingan atau pun mencantum sebahagian dahan setiap pokok dengan jenis varieti lain yang dikehendakki. Teknologi ini didapati berjaya diamalkan oleh penanam belimbing komersil di Malaysia semenjak lama dahulu. Bagaimana pun apa yang penting adalah pekebun mengenali akan varieti ini dahulu dengan merujuk kepada Jabatan Pertanian atau Pekebun Belimbing komersil sedia ada. Antara belimbing yang dikomersilkan buahnya iaitu varieti B10 dan B17 ditanam dengan varieti B2. Sila rujuk rajah dibawah untuk melihat suaunatur penanaman pokok belimbing yang disyorkan.
Penanaman Belimbing selalunya ditanam secara tanaman TUNGGAL (Monocrop) untuk memudahkan aktiviti kerja pengurusan didalam ladang. Sebaiknya elakan daripada menanam secara dusun bercampur kerana kurang ekonomik kecuali untuk hobi keliling rumah sahaja. Pengalaman oleh penulis blog mendapati adalah disyorkan menanam klon belimbing komersil (B10 atau B17) bersama dengan Klon Pendebunga (B2) pada kadar 5:1 (5 pokok klon komersil bersama 1 klon pokok klon belimbing pendebunga). Cara menyusun benyak kaedah sama ada diselang seli dimana setiap beberapa baris atau diletakan ditengah setiap varieti komersil (Lihat rajah ditas). Bagaimana pun teknologi terbaik adalah dengan mencantum setiap pokok klon komersil pada dahannya satu klon belimbing pendebunga. Petani amat digalakkan untuk menternak agen pendebunga seperti lebah, kelulut, lalat untuk dipelihara dikawasan kebun bagi tujuan untuk meningkatkan proses pendebungaan. Laporan dari beberapa pekebun menyatakan kadar pendebungaan kesan dari penternakan kelulut dikebun belimbing telah pun berjaya meningkatkan hasil dan putik buah belimbing sehingga 60%.
Bagi mengatasi masaalah serangan Lalat Buah (Bactocera carambolae) yang merupakan musuh utama dalam industri penanaman belimbing kini telah dibuat kajian penanaman belimbing dalam struktur kalis serangga seperti yang saya lawat di TKPM Lanchang, Pahang (Sila lihat foto sebelah). Struktur ini didapati mampu mengelakan kerosakan akibat lalat buah dan tidak perlu kerja membalut buah. Hasilnya buah belimbing adalah lebih cantik kulitnya dan mendapat jaminan untuk pasaran ekspot lebih baik. Pastikan untuk masukkan koloni Lebah keran atau Kelulut dalam struktur ini untuk membantu dalam proses pendebungaan. Walau kos pembinaan struktur ini mahal tetapi ianya berkesan untuk jangkamasa panjang dan boleh di kaji lagi teknologi lain yang lebih murah. Bagaimana pun kaedah terbaik mengawal serangan lalat buah adalah dengan cara membalutnya menggunakan kertas. Aktiviti membalut buah belimbing ada saya tulis dalam artikel berkaitan sebelum ini (Sila klik Disini). Semuga artikel ini memberikan ilmu yang berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam...
POKOK BELIMBING...BANYAK BUNGA...
VARIETI B10, B17...KOMERSIL JENISNYA....
VARIETI B2 PULA...VARIETI PENDEBUNGA...
BUAH DIBALUT... TINGGILAH KUALITINYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Ladang Belimbing Komersil,
TKPM Batang Si, Semenyeh,
Selangor,
Malaysia
(2 Muharam 1439H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.