NANAS RED SPANISH (Ananas bracteatus) merupakan sejenis nanas yang berasal atau natif daripada Amerika Selatan iaitu dari Brazil, Bolivia, Paraguay, Equador atau Argentina. Spesis nanas merah ini unik kerana ia mempunyai buah yang berwarna merah dimana lazimnya nanas 'Red Pineapple' dimana ia selalu dijadikan nanas hiasan atau Ornamental pineapple. Nanas ini mempunyai warna buah yang berwarna kemerahan dengan warna daun berbagai warna sesuai untuk dilihat sebagai nanas yang cantik. Tumbuhan daripada keluarga Bromaliceae ini juga didapati mempunyai beberapa nana synonim lain seperti Ananassa bracteata Lindl., Bromelia silvestris Vell., Ananas sagenaria (Arruda) Schult. Schult.f., Ananassa sagenaria D.Dietr.,
Ananas silvestris (Vell.) F.J.Müll., Pseudananas sagenarius (Arruda) Camargo dan juga nama Ananas fritzmuelleri Camargo. Daunnya memunyai duri yang keras dan tajam dimana ada yang menggunakan pokok nanas ini sebagai 'Tanaman Pagar'' yang menyebabkan pencuri luka bila kena durinya. Dikawasan yang beriklim sejuk sedikit nanas jenis ini sesuai ditanam sebagai tanaman dalam rumah (indoor plants) dan dijadikan tanaman hiasan dalam rumah. Ia mampu tumbuh pada ketinggian diantara 450 - 1,050 kaki dari paras laut. Nanas ini mampu tumbuh dimana daunnya berukuran sekitar 100 cm panjang berwarna hijau gelap dan akan menjadi kemerahan atau jingga (pink) apabila terdedah dibawah sinaran cahaya matahari. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan sejenis nanas merah yang kurang ditanam di negara kita untuk tujuan nns hiasan.
Nanas Merah ini lazim ditanam atau pun dijadikan tanaman komersil di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Sifat-sifat asal merupakan ciri diantara nanas jenis 'Cayenne' dan nanas jenis 'Queen'. Ia juga mempunyai ciri daunnya yang panjang dan berduri tajam dan keras serta ada yang berjalur kuning hijau (Sila anda lihat foto disebelah). Daun nanas jenis ini mengandungi serat yang sangat kuat dengan regangan tinggi. Apa yang menarik adalah kepelbagaian warna pada daun, buah dan juga jambulnya yang banyak varian. Jika ia berbuah lazimnya akan menghasilkan buah yang sederhana saiznya dengan berat buahnya 0.9 -1.8 kg sebiji. Lazimnya ia mempunyai mata buah yang jelas berwarna merah dan jika diperiksa isinya selalunya berwarna kuning pucat. Dalam keadaan biasa ia digunakan sebagai nanas hiasan tetapi dilaporkan di Filipina dimana nanas merah ini dilaporkan ditanam untuk tujuan tradisional diambil serat daunnya atau bebang nanas bagi digunakan untuk membuat kain benang nenas bagi dijadikan pakaian seperti Baju Barong yang berkualiti. Kain yang diperbuat daripada benang nanas dari spesis nanas ini mempunyai nilai yanag baik dipasaran. Buahnya ada juga yang dipetik untuk buah meja dan dimakan.
Nanas jenis ini juga mudah tumbuh diatas tanah atau pun didalam pasu besar (Sila lihat foto disebelah). Jika nanas ini ditanam dalam pasu maka ia mudah dijaga dan dialihkan mengikut kehendak pemiliknya. Nanas ini juga sangat mudah ditanam dan dapat tumbuh di kawasan tanah amah rendah mahu pun dikawasan tanah agak tinggi. Bagaimana pun lazimnya pertumbuhan yang optima berlaku pada ketinggian antara 100 - 700 m di atas permukaan laut dengan curahan hujan yang banyak. Bila ditanam di kawasan tanah yang kurang air atau kering sebaiknya tanahnya mesti memiliki sistem pengairan yang baik dengan kadar kedalaman air tanahnya tidak lebih dari 150 cm. Suhu di persekitaran sebaiknya berada sekitar 30° C untuk pertumbuhan terbaik. Tanah sebaiknya dari jenis ringan sehingga jenis tanah sedang dengan tekstur setengah berat atau liat, porous dan mempunyai kandungan humus yang banyak. Tahap pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini sekitar pH4.5 - pH5.5. Kesuburan tanah tidak menjadi halangan kepada nanas jenis ini asalkan sering diberikan baja mencukupi dengan penjagaan yang baik.
Pembiakan nanas seperti jenis nanas yang lain selalunya melalui sulur tanah yang dikeluarkan secara semulajadi (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun benih tanaman ini juga boleh menggunakan sulur udara (slips) atau aripada Jambul Nanas. Kaedah lain pembiakan melalui menggunakan batang dan mahkota bunga yang boleh dipotong dan dibelah untuk dijadikan benih (Quartering). Antara Sulur Anak (raton), Tunas Batang (sucker) dan Jambul (crown) terdapat perbezaan sifat fisiologinya dalam umur untuk nanas merah ini berbunga dan penghasilannya. Daripada kajian didakwa dimana semakin bahan tanaman yang digunakan ini daripada bahagian atas tanaman maka lazimnya mempunyai jangkahayat lebih lama dan penghasilan buahnya rendah. Bagaimana pun didapati jangkahayat tanaman berbunga tidak menjadi persoalan sebab pembungaan tanaman nanas dapat diatur dengan memberikan bahan Hormon. Antara jenis hormon yang sesuai digunakan adalah Karbid dan ethrel 40 PGR. Jika ada bahagian sulur atau jambul yang baru diambil atau dipotong (dipisahkan) dari pokok induk sebaiknya sesuai ditanam terus dan tidak perlu disemai dahulu. Bagaimana pun penulis blog syorkan agar benih tersebut dibiarkan dulu selama beberapa hari sebelum ditanam. Cara ini bertujuan untuk membolehkan lukanya tertutup kalus lebih dulu kerana cara ini menjadikan benih cepat berakar. Kaedah Penanaman adalah dengan sistem dua-dua baris. Setiap baris tanaman adalah pada jarak 60 cm x 60 cm dan jarak antarabaris 150 cm. Bagaimana pun nanas juga sesuai ditanam pada jarak antara 30-40 cm. Semakin rapat jarak tanamnya maka buah nanas yang dihasilkan semakin kecil. Untuk keperluan dalam industri nanas kaleng sebaiknya diperlukan buah berukuran kecil (jarak tanam 30 cm x 40 cm). Pemberian baja organik membantu kesuburan tanaman nanas dan pemberian baja kimia iaitu 300 kg urea, 600 kg TSP dan 300 kg KCl per hektar per tahun adalah disyorkan.
Penjagaan tanaman nanas merah ini menyerupai dengan nanas varieti lain.
Baja kimia ini diberikan dua kali iaitu pada umur empat minggu dan lapan minggu setelah ditanam. Pemberian baja Urea yang berlebihan dapat menbantu terjadinya Jambul Berganda (multiple crown) dalam satu buah sehingga menyebabkan buah nanas akan menjadi kecil dan terbentuk buah ganda (satu tangkai ada banyak buah yang berdekatan). Pembersihan rumput terutama jenis Lalang (Imperata cylindrica L.) adalah sangat penting dihapuskan. Jika kebun nanas ini banyak rumpai maka ia akan menurunkan hasil buah antara 20-42%. Sistem Saliran yang baik sangat disyorkan untuk mencegah serangan penyakit busuk akar dan reput perdu hati. Dalam mengatur jadual penuaian atau mmetik hasil sebaiknya proses aruhan pembungaan tanaman nanas dapat diatur. Bila tanaman disembur dengan ethrel 40 PGR pada kadar dos 70-200 ppm (1 ppm = 1 mg /liter air) iaitu pada titik tumbuhnya lazimnya sebulan kemudian tanaman nanas ini akan berbunga. Sebagai gantinya bahan hormon lain yang sesuai digunakan adalah karbid dengan kadar 200-300 mg yang dimasukkan ke bahagian tengah pokok nanas.
Dalam amalan agronomi tanaman nanas ini lazimnya kawalan serangga dan penyakit dilakukan. Diantara jenis perosak tanaman nanas adalah seperti Kutu merah, Kutu Sisik atau Scale Insect (Diaspis bromeliae Kerner), Kutu Tepung atau Kutu Putih (Dysmicoccus breuipes),yang perlu dikawal (Sila lihat foto disebelah). Perosak lain adalah seperti Lipan Seribu (Scutigerella immaculata Newp) dan jenis cacing Nematoda Pratylenchus yang menyebabkan terjadinya bintil-bintil pada akar nanas. Tanaman yang terserang kutu daun akan jadi kerekot dan pucat. Sementara penyakit nanas yang masih merbahaya adalah cendawan Phytophthora cinnamomi Rand yang menyebabkan busuk hati (pada titik tumbuh) dan busuk buah bakteria (Erwinia chrysanthemi). Penanaman nanas yang saliranya tidak baik atau tergenang air juga akan menyebabkan penyakit busuk akar oleh sejenis cendawan iaiitu Phytophthora parasitica mengancam tanaman. Selain itu ada juga penyakit virus yang menyebabkan daun nanas menjadi kecil dan ada bergaris kuning yang disebut Emilia sonchifolia. Virus ini disebarkan oleh Kutu Thrips tabaci Lind. Penanaman nanas komersial yang berskala besar sebaiknya kawalan perosak dan penyakit perlu dicegah sebelum menyerang tanaman. Semuga rtikel ini memberi info berguna kepad semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!...
NANAS MERAH...HIASAN GUNANYA...
BERASAL AMERIKA SELATAN...DIANYA...
MUDAH DIBIAKAN....SULUR BENIHNYA...
BOLEH DIUSAHAKAN... DI MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Muzeum Nanas,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(3 Muharram 1439H)
Dalam amalan agronomi tanaman nanas ini lazimnya kawalan serangga dan penyakit dilakukan. Diantara jenis perosak tanaman nanas adalah seperti Kutu merah, Kutu Sisik atau Scale Insect (Diaspis bromeliae Kerner), Kutu Tepung atau Kutu Putih (Dysmicoccus breuipes),yang perlu dikawal (Sila lihat foto disebelah). Perosak lain adalah seperti Lipan Seribu (Scutigerella immaculata Newp) dan jenis cacing Nematoda Pratylenchus yang menyebabkan terjadinya bintil-bintil pada akar nanas. Tanaman yang terserang kutu daun akan jadi kerekot dan pucat. Sementara penyakit nanas yang masih merbahaya adalah cendawan Phytophthora cinnamomi Rand yang menyebabkan busuk hati (pada titik tumbuh) dan busuk buah bakteria (Erwinia chrysanthemi). Penanaman nanas yang saliranya tidak baik atau tergenang air juga akan menyebabkan penyakit busuk akar oleh sejenis cendawan iaiitu Phytophthora parasitica mengancam tanaman. Selain itu ada juga penyakit virus yang menyebabkan daun nanas menjadi kecil dan ada bergaris kuning yang disebut Emilia sonchifolia. Virus ini disebarkan oleh Kutu Thrips tabaci Lind. Penanaman nanas komersial yang berskala besar sebaiknya kawalan perosak dan penyakit perlu dicegah sebelum menyerang tanaman. Semuga rtikel ini memberi info berguna kepad semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!...
BERASAL AMERIKA SELATAN...DIANYA...
MUDAH DIBIAKAN....SULUR BENIHNYA...
BOLEH DIUSAHAKAN... DI MALAYSIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Muzeum Nanas,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(3 Muharram 1439H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.