Support My Blog

Tuesday, September 5, 2017

KRISIS MAKAN DUNIA 2007-2008 - SATU ANALISA

KRISIS HARGA MAKANAN DUNIA (World food price crisis) pernah berlaku beberapa kali dalam sejarah dunia tetapi yang paling terkesan adalah krisis harga makanan sedunia pada tahun 2007- 2008. Krisis harga makanan ini merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang menagkibatkan keadaan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta menyebabkan kesan ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara. Keadaan itu telah menjejaskan pengeluaran makanan asasi di negara masing-masing dan seterusnya telah meningkatkan harga pasaran. Terdapat beberapa kerajaan hanya mengawal harga dan memberi subsidi empat makanan utama termasuk langkah kerajaan Malaysia masa itu seperti gula, gandum, beras dan minyak masak manakala harga makanan lain ditentukan berdasarkan permintaan dan penawaran serta faktor lain. Pada masa tersebut kadar pengeluaran makanan adalah tidak seimbang dengan keperluan penduduk dunia di mana pertambahan penduduk dicatatkan sebanyak 4.0% manakala peningkatan pengeluaran bahan makanan hanya sebanyak 2.0% sahaja. Rajah diatas menunjukkan dimana kenaikan harga jagung meningkat 34%, Harga Beras naik 74%, Harga Soya naik 87% dan Harga Gandum naik 130%. Diantara beberapa punca kekurangan bekalan makanan dimana berlaku penuaian berkurangan sesetengah kawasan di dunia khususnya dirantau atau negara penting yang menghasilkan makanan bijirin seperti di USA, Thailand, Vietnam dan Australia. Punca-punca lain bagi kenaikan harga makanan sedunia juga disebabkan oleh peningkatan penggunaan bio- bahan api di negara-negara maju. Ia disokong dengan kadar peningkatan permintaan untuk diet yang lebih terutamanya daging di kalangan golongan kelas menengah yang semakin mengembang di Asia. Begitu juga masa itu berlaku kenaikan harga minyak yang berterusan telah menaikkan harga baja dan input pertanian lain. Semua faktor-faktor ini ditambah pula dengan kadar simpanan stok makanan sedunia yang menurun serta ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham telah pun menyumbang kepada kenaikan harga makanan secara mendadak di seluruh dunia pada tahun 2007-2008. Artikel petang ini sambil berehat saja dirumah sempena cuti khas kemenangan sukan SEA KL 2017, saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" bagaimana krisis harga makanan dunia melanda dan beberapa fakta berkaitan dengannya.

Banyak perbincangan dibuat diseluruh dunia pada masa itu berkaitan krisis bekalan dan harga makanan termasuk di negara kita Malaysia. Ini melibatkan semua pihak daripada perancangan, pembekalan dan pengedaran makanan asasi yang amat kritikal pada masa itu. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada harga makanan yang meningkat. Para penganalisa telah menjelaskan bahawa kenaikan harga ini adalah akibat kemerosotan hasil penuaian di merata tempat di dunia, simpanan makanan asasi yang kian berkurangan, permintaan pengguna meningkat di China dan India, pertambahan penduduk sedunia, serta perubahan dalam ekonomi dunia. Kesan dan impak amat ketara dibeberapa negara bukan pengeluar makanan dan kesan kebergantungan kepada makanan yang diimport. Walau negara tersebut 'kaya' dan mampu mengimport tetapi bekalan makanan dunia tidak mencukupi menyebabkan negara pengeluar tidak mahu menjual. Mereka pentingkan rakyat dalam negara mereka sendiri dan ianya dianggap sebagai 'kedaulatan makanan' negara tersebut. Tentunya rakyat akan 'marah' jika mereka yang ada bekalan makanan tetapi hasilnya dijual kepada orang luar dan ini memberikan kesan kepada kestabilan negara tersebut. Menteri Pertanian ketika itu dilaporkan ke Thailand dan Vietnam untuk negara mendapatkan jaminan bekalan beras tetapi ada sedikit masaalah perdagangan akibat krisis makanan ini.

Terdapat juga teori diantara penyebab lain kenaikan harga bahan makanan dunia masa itu adalah kerana kesan penggunaan bahan tanaman makanan (khususnya jagung dan tebu) untuk menghasilkan bio-bahan api (Bio-Fuel). Pada masa itu para petani lebih menumpukan tanaman mereka kepada penghasilan bahan api berbanding dahulu dimana faktor tanah dan sumber yang sedia ada untuk penghasilan makanan sama telah pun berkurangan. Ini mengakibatkan kurangnya keluaran makanan yang sedia untuk penggunaan manusia, terutamanya di negara-negara membangun dan negara yang mundur di mana peruntukan harian sesebuah keluarga untuk pembelian makanan amat terhad. Krisis ini boleh dilihat dari satu segi sebagai jurang antara negara-negara kaya dan miskin kerana sebagai kes contoh dimana bagi mengisi tangki kereta biasa dengan biofuel ia lebih kurang sama jumlahnya dengan jagung (makanan ruji utama Afrika) yang boleh dimakan seorang Afrika sepanjang setahun. Sejak akhir tahun 2007 fenomena dinamakan 'Agflasi' yang disebabkan peralihan penuaian jagung ke biofuel yang kian menjadi-jadi dimana ia telah berlaku pengikatan antara bahan jagung kepada harga minyak yang meningkat oleh pedagang komoditi dimana kesannya adalah kenaikan harga dunia. Dikaji dari sudut perdagangan ia telah mengakibatkan penggantian pasaran dimana kenaikan harga melata melalui komoditi lain telah berlaku dimulakan dengan harga gandum dan soya kemudian ia diikuti harga beras dan pelbagai jenis minyak masak.

Krisis ini telah pun menyebabkan peningkatan permintaan seluruh Asia dimana kawasan ini jumlah bilangan penduduk kelas menengah telah banyak meningkat di seluruh Asia sejak 20 tahun dahulu. Walaupun dilaporkan dimana kebanyakan besar penduduk Asia masih tinggal di luar bandar dan hidup dalam kemiskinan tetapi perkembangan kelas menengah di rantau ini amat pesat sekali dimana ia diramal terus meningkat lagi. Sebagai satu perbandingan, pada tahun 1990 dilaporkan kelas menengah di India dan China masing-masing hanya meningkat 9.7% dan 8.6% tetapi pada tahun 2008 kadar pertumbuhan masing-masing sudah mencapai hampir 30% dan 70% (Sila lihat foto disebelah). Peningkatan taraf hidup ini turut menyebabkan perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan yang khususnya permintaan untuk makan lebih kepelbagaian dan lebih daging dalam diet. Mereka mampu membeli makanan walau pun berlaku kenaikan permintaan dan kenaikan harga untuk sumber pertanian. Selain itu isu kenaikan harga minyak turut memacu kenaikan kos baja yang kebanyakannya memerlukan petroleum sebagai asas untuk membuat baja dan bahan kimia lain. Harga Asas bahan minyak juga memainkan peranan penting dalam proses penghasilan dan pengangkutan makanan dengan menggunakan jentera.

Punca lain yang dikaitkan dengan krisis makanan ini adalah kadar kemerosotan simpanan stok makanan sedunia. Jika dulunya negara-negara cenderung untuk menyimpan simpanan stok makanan yang lebih tetapi kini disebabkan oleh kadar penumbuhan makanan serta kemudahan mengimport makanan, maka keperluan menyimpan stok dianggap kurang penting. Sebagai contoh pada Februari 2008 kadar simpanan gandum menjunam kepada takat terendah sejak 60 tahun di Amerika Syarikat (Sila lihat foto disebelah). Selain itu krisis kewangan diperingkat antarabangsa dan ketidakstabilan akibat dari spekulasi pasaran saham termasuk peristiwa "Black Monday" pada bulan Januari 2008 juga dikaitkan dengan krisis makanan dimana ia telah menjejaskan pelaburan dalam komoditi makanan. Amerika Syarikat khususnya telah dilaporkan sedang menghadapi krisis ekonomi yang boleh mengakibatkan kemelesetan. Selain itu adalah kesan dari Liberalisasi kewangan dimana sesetengah pihak mendakwa bahawa negara-negara membangun telah bertukar dari penghasil makanan sendiri menjadi pengimport bersih makanan sejak mengikuti dasar ekonomi pasaran bebas Tabung Kewangan Antarabangsa (kemudiannya Perjanjian Pertanian Pertubuhan Perdagangan Sedunia) dikeluarkan kepada negara-negara penghutang pada 1970-an dan 1980-an. Sambil membuka negara-negara membangun kepada import makanan negara maju yang terus disubsidi oleh kerajaan Barat, negara-negara membangun semakin banyak bergantung pada import makanan yang lebih murah berbanding yang hasil pertanian tempatan di rantau-rantau termiskin di dunia. Dalam erti kata lain sambil menggesa negara-negara membangun agar memansuhkan subsidi demi kepentingan liberalisasi perdagangan tetapi negara-negara kaya banyak mengekalkan subsidi untuk petani mereka sendiri. Bagaimana pun kini subsidi-subsidi ini menganjakkan penghasilan ke arah biofuel makanan dari makanan.


Faktur krisis makanan ini juga dikaitkan dengan isu subsidi bio-fuel di USA dimana mengikut laporan FAO atau ECMB bahawa penggunaan tanah sedunia untuk pertanian telah banyak merosot semenjak tahun 1980-an lagi. Keadaan menjadi lebih parah apabila subsidi di luar USA dan EU terus menurun semenjak tahun 2004 dimana kesannya terhadap bekalan makanan dunia amat ketara. Dilaporkan bekalan yang meskipun masih cukup untuk memenuhi permintaan pada tahun 2004 tetapi ia masih terancam apabila USAmula menukar komoditi pertanian kepada tanaman untuk biofuel. Laporan oleh USDA pada waktu itu menunjukkan dimana jumlah import dan simpanan gandum dunia semakin berkurangan emngakibatkan kes penggunaan domestik terbantut. Dilaporkan dimana kadar penghasilan gandum sedunia merosot sejak tahun 2006 hingga 2008. Di USA juga subsidi kerajaan bagi penghasilan etanol telah mendorong ramai petani beralih kepada tanaman untuk membuat bio-fuel dan kesannya sekitar 23% kawasan tanaman jagung digunakan untuk etanol pada tahun 2007 (iaitu naik 6% dari tahun 2005) dan perkara ini seterusnya menyebabkan bekalan makanan berkurangan. Walau pun perkara ini adalah punca komulatif yang menyebabkan krisis harga makanan dunia tetapi selepas pulih pun harga makanan tetap pada paras lebih tinggio sebelum krisis berlaku. 


Paling teruk kesannya adalah pada negara membangun apa lagi terhadap negara miskin. Dilaporkan sejak awal tahun 2007 hingga tahun 2008 didapati harga sesetengah komoditi iaitu makanan antarabangsa paling asas naik mendadak di pasaran antarabangsa. Sebagai analisa, harga pasaran gandum antarabangsa naik berganda dari Februari 2007 hingga Februari 2008 iaitu ia mencapai rekod melebihi AS$10 sebusyel. Harga beras juga terkesan dan turut mencapai takat tertinggi dalam jangkamasa 10 tahun. Di sesetengah negara lain dilaporkan dimana harga susu dan daging meningkat lebih dua kali ganda. Bagi komoditi penting seperti kacang soya ia juga dilaporkan menuncak harga tertinggi sejak 34 tahun pada Disember 2007 dan berlaku juga pada jagung yang turut naik mendadak. Bagi memastikan bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk tempatan serta mengekang inflasi harga yang serius ada dimana sesetengah negara Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain (termasuk Mesir) mengenakan pengharaman eksport beras dengan ketat. Sesetengah negara Eropah pula termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia turut sama mengenakan tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali dimana ini sekaligus memacu lagi kesan peningkatan harga untuk negara-negara yang pengimport makanan. Seperti negara membangun yang lain negara kita Malaysia masa itu juga menghadapi tekanan harga makanan yang melambung tinggi di pasaran dunia. Walaupun harga makanan asas seperti beras dikawal oleh kerajaan Malaysia sudah ada desakan terutama dari golongan petani supaya harga padi dinaikkan sejajar dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa. Kesan lain dari sudut politik adalah disebabkan kenaikan harga sudah menjejaskan tempat-tempat di Asia dan Afrika agak teruk seperti apa yang berlaku di Burkina Faso, Cameroon, Senegal, Mauritania, Cote d'Ivoire, Mesir dan Maghribi yang telah menyaksikan tunjuk perasaan dan rusuhan pada akhir tahun 2007 dan awal 2008 mengenai ketandusan makanan ruji asasi mereka. Negara-negara lain yang menyaksikan rusuhan makanan atau pergolakan seumpamanya termasuk negara seperti di Mexico, Bolivia, Yaman, Uzbekistan, Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Penulis blog juga berharap pengeluaran makanan dunia akan terus meningkat dengan meningkatkan produktiviti pengeluaran melalui teknologi yang lebih moden. Semuga tulisan ini memberi info imbasan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KRISIS MAKANAN DUNIA...ADA CERITA...
BANYAK FAKTOR... BERMULA DI SANA...
PERLU DIRANCANG...SEMUA NEGARA....
MAKANNAN CUKUP... SEMUA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Bruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(14 Zulhijjah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...