Support My Blog

Friday, September 1, 2017

BROMELIN - APA DIA?

 
BROMELIN adalah satu jenis enzim proteolitik yang selau didapati daripada bahagian tengan (empulur) buah nenas (Ananas comosus)Bromelin adalah enzim proteolitik yang selalu dijumpai dalam bahagian dalam batang dan buah nanas. Enzim ini selalu dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada pembuatan memproses jus nanas. Dalam kilang menghasilkan atau mengekstrak Bromelin terdapat beberapa teknologi atau cara khusus yang dapat digunakan untuk proses Pemendapan (presipitation) enzim ini dengan menggunakan bahan yang dikenali dengan nama Amonium Sulfat dan Alkohol. Kepada mereka yang makan nenas segar dan memilih isi buah nenas serta makan bahagian tengah berserat bermakna ia telah mengambil bromelin yang didakwa mampu untuk mencegah kes kanser. Ini adalah kehebatan makan buah nenas yang selama ini kurang diketahui umum. Rata-rata kita semua hanya suka makan bahagian isi nenas yang lembut dan manis sedangkan bahagian empulur nenas tawar, keras sedikit dan berserat ada yang membuangnya. Mungkin masih ramai kurang tahu akan kehebatan khasiat buah nenas terutama empulurnya yang banyak kandungan bromelin. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan kandungan bahan enzim Bromelin sebagai satu bahan yang berguna daripada buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan.


Enzim Bromelin ini merupakan dalam bentuk cecair dalam keadaan semulajadi. Ia juga dilaporkan berkesan pada suhu sekitar 40 - 60 °C (celcius) dimana pada suhu lebih tinggi ianya mudah berubah kepada bentuk lain. Bagaimana pun difahamkan bahawa suhu optima enzim bromelin sekitar pada 50 - 60 °C sahaja. Dikatakan suhu deaktivasi ± di atas 65 °C. Kajian makmal menunjukkan dimana pH efektif adalah diantara pH4.0 - pH8.0 dengan bacaan optima adalah sekitar pada pH 4.5 - 5.5. Penghasilan enzim dalam bentuk komersil masih kurang dijalankan kerana banyak faktor selain ianya sebenarnya tidak tahan disimpan lama dalam keadaan biasa. Bromelin adalah enzim proteolitik yang dijumpai didalam tanaman dan buah nenas. Enzim ini di hasilkan sebagai hasil sampingan dari kilang yang membuat jus nanas. Kini didalam kaedah moden mendapatkan bromelin beberapa bahan khas digunakan untuk presipitasi (pengendapan) enzim ini iaitu bahan Amonium sulfat dan Alkohol. Beberapa khasiat dan penggunaan untuk enzim ini adalah mengurangkan rasa sakit dan pembengkakan disebabkan oleh luka atau akibat pembedahan, mengurangkan radang sendi, menyembuhkan luka terbakar, meningkatkan fungsi paru-paru pada penderita infeksi saluran pernapasan dan sebagainya. Bromelin juga berkesan untuk meningkatkan kelancaran pencernaan pada manusia umumnya jima menggunakan bromelin dengan kadar dos 500 mg dalam bentuk kapsul. Apabila seseorang itu mengambil bahan bromelin seakan ia mengambil bahan anti-koagulan dimana kesannya risiko terjadinya pendarahan akan meningkat.


Bromelain adalah enzim protease yang ditemukan dalam buah nanas (Ananas comosus) yang mana termasuk dalam keluarga tanaman Bromeliaceae. Enzim bromelain juga terkandung pada bahagian batang nanas dan pada beberapa jenis buah-buahan lain (walau pun kandungan bromelin pada buah lain rendah berbanding dengan pada buah nanas). Ahli kimia mendapati strukturnya yang utama terdiri dari unsur Protease sistein. Kajian saintis mendapati bromelain juga mengandung bahan Amilase, Celulase, Asid fosfatase dan Asid peroksidase walau pun jumlahnya adalah agak kecil. Enzim bromelin ini memiliki kemampuan untuk menguraikan struktur kompleks protein sehingga lebih mudah diserap oleh bahagian tubuh. Laporan menunjukkan enzim bromelain aktif dimana ia memerlukan suhu optima antara 50 °C - 60 °C dan pH pada bacaan pH3.0-pH8.0. Walau pun ia lebih aktif semasa dalam bentuk cecair tetapi apabila dikomersilkan telah dimudahkan mengambilnya ada produk bromelain juga tersedia dalam bentuk suplemen sama ada serbuk atau kapsul. Bromelain pertama kali diekstrak pada tahun 1891 dan diperkenalkan sebagai suplemen terapi pada tahun 1957 oleh saintis di barat. Kini beberapa syarikat penyedia makanan suplement ada meneluarkan dan menjual produk bromelain dipasaran dengan pelbagai sukatan, jenama dan harga.


Pada penulis blog anim agro technology memang lebih berminat untuk mengetahui dan menyebarkan maklumat khasiat dan kegunaan enzim bromelin ini. Beberapa jurnal yang dirujuk mendakwa dimana bromelain sangat berkesan menjaga kesihatan jantung sebab ia mengurangkan pembentukan abnormal pembekuan darah dan terjadinya plak di arteri yang menyebabkan masaalah darah tinggi dan sakit kronik. Ini dikaitkan juga dimana bromelain memiliki sifat anti-koagulan yang membantu berlakunya atau boleh mengurangkan pembentukan gumpalan darah beku dalam pembuluh darah sehingga mengurangkan risiko penyakit jantung. Bromelin dilaporkan mampu memecahkan protein dalam rantaiannya yang mana kesannya mampu mengurangkan berlaku kejang otot. Aspek kegunaan ke 4 yang dirujuk menyatakan dimana bromelin mempunyai sift 'analgesik' dan 'anti-inflamasi' yang mampu merawat pesakit rheumatik. Enzim ini mampu meningkatkan penyerapan Sulfur dan Glukosamine yang penting untuk memperbaiki bahagian sendi. Dalam kes ligamen cedera atau robek didakwa dimana bromelain membantu dalam mempercepatkan pemulihan sekaligus mengurangkan kes pembengkakan dan rasa sakit. Dalamn pada itu ada testimoni yang mendakwa dimana bromelin mampu mengatasi masaalah sakit kulit. Penyakit kulit selalunya akan dikaitkan dengan peradangan kulit atau sensasi rasa gatal seperti pruritus dapat secara efektif disembuhkan dengan bromelain. Bromelain juga digunakan dalam produk untuk menyembuhkan luka akibat terbakar pada kulit sekaligus menghilangkan sel-sel kulit mati. 

Apakah kita semua tahu akan kehebatan buah nanas yang mengandungi banyak enzim bromelin terutama pada bahagian empulur buah?. Sifat anti-inflamasi bromelain dapat membantu menyingkirkan pengumpulan lendir pada saluran pernafasan bahagian atas sehingga mengurangkan risiko penyakit seperti sinusitis dan bronkitis. Bromelain didakwaa membantu menyembuhkan penyakit Peyroni dengan memecah kolagen yang bertanggung jawab pada pembentukan jaringan parut. Kaedah dengan memecah protein dalam perut dimana bromelain membantu dalam meringankan sakit perut dan juga menyembuhkan masalah pencernaan. Kajian mendapati dimana bromelain mampu mengurangi aktiviti bagi sel kanser. Dilaporkan kajian yang dijalankan kepada beberapa haiwan mendapati enzim bromelain efektif mengubati beberapa jenis bakteria dan virus secara efektif. Kajian juga mendapati bromelain amat berguna sebagai peerubatan untuk gangguan autoimun dan mengobati infeksi saluran organ servik.


Bagaimana pun pembaca perlu tahu dimana pengambilan Bromelin yang berlebihan (Overdose) yang tersedia dalam bentuk tablet dan kapsul akan mengakibatkan berbagai kesan sampingan. Antaranya adalah mungkin berlakunya Gangguan Gastrointestinal dalam perut. Ini adalah kesan sampingan paling biasa yang dialami akibat terlebih ambil bromelain. Kesanini termasuk rasa muntah-muntah, cirit, palpitation, gangguan sistem pencernaan, kehilangan nafsu makan, sakit kepala, sakit otot, pening kepala, mengantuk dan kelesuan. Oleh itu wanita yangmengalami pendarahan rahim dan menstruasi berat tidak boleh mengambil bromelain dalam bentuk apapun. Mereka yang ada gangguan pencernaan juga harus mendapatkan nasihat doktor sebelum bercadang dalam menggunakan bromelain. Kesan sampingan ke 2 adalah berkaitan dengan Reaksi Alergi kerana bromelain boleh menyebabkan berlaku alergi kulit yang meliputi gatal-gatal, ruam kulit, dan pembengkakan kulit. Kadangkala ia juga menyebabkan masalah pernafasan dan tekak sehingga merasa sesak nafas. Risiko ke 3 adalah berkaitan dengan kesan Pendarahan Berat disebebkan bromelin secara teorinya akan meningkatkan aliran darah dimana mereka yang menderita penukaran darah atau kelainan perdarahan disyorkan tidak mengambil bromelain. Bromelain juga tidak boleh diambil dua sampai tiga minggu sebelum pembedahan gigi dan pembedahan lain. Apa yang penting adalah anda JANGAN ambil bromelain semasa hamil dan menyusukan bayi disebabkan kesan sampingan. Mereka yang menderita penyakit hati dan penyakit ginjal juga harus menghindarinya. Ke 4 kesan sampingan jika makan bromelin berlebihan adalah kesan Interaksi Ubat lain. Mereka yang didalam rawatan dengan ubatan Antikoagulan dan anti platelet seperti warfarin, aspirin, heparin, bisulfat clopidogrel, ibuprofen, naproxen dan sebagainya akan mengalami beberapa kesan sampingan dengan bromelain. Kesan lain kepada meraka yang mengambil ubatan herba seperti ginkgo biloba dan bawang putih. Akhirnya bromelin juga akan memberikan kesan sampingan jika pesakit tersebut masih dalam perawatan dengan ubat kemoterapi, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi, lorazepam benzodiazepin, diazepam dan antidepresan. Apa pun jangan ambil sebarang suplimen dengan dos berlebihan memadai dengan makan mengikut kadar yang disyorkan sahaja. Semuga tulisan subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
NAMANYA BROMELIN...ENZIM BERGUNA...
BUAH NANAS... BANYAK DIDALAMNYA...
PELBAGAI KHASIAT...SUDAH DICERITA...
MEULIS ARTIKEL....UNTUK ANDA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar BAru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(24 Zulkaedah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...