Support My Blog

Saturday, September 2, 2017

LEMBU MAKAN BUAH NANAS - Kajian Kes

LEMBU MAKAN BUAH NANAS?.... Itulah satu perkara yang jarang penulis blog dapat lihat sendiri sebelum ini. Nanas (Ananas comosus) adalah sejenis buah-buahan tropika yang kini semakin popular di tanam di Malaysia untuk pasaran domesitk dan juga pasaran eksport. Selain daripada buah nanas dimakan segar, terdapat juga beberapa varieti nanas yang diproses untuk dijadikan nanas dalam tin, jus nanas, tart nanas, paceri nanas, sos nanas, kopi nanas, biskut nanas, nanas goreng (vacuum fry), halwa nanas dan sebagainya. Buah nanas didakwa sebagai buah yang sangat baik untuk kesihatan sehinggakan ada dakwaan dimana buah nanas mampu mengelakan daripada masaalah kanser dan membolehkan proses pencernaan yang sangat baik kepada pemakannya. Kandungan Asid citrik dan Bromelain dalam buah nanas membolehkan ia adalah salah satu pilihan terbaik dikalangan buah-buahan untuk dimakan selalu. Bergantung kepada varieti nanas, jangkamasa daripada menanam sehingga menuai hasil adalah diantara 12 bulan sehingga 20 bulan. Jenis nanas Moris selalunya mengambil masa selama 12-13 bulan untuk dituai, Nenas MD2 pula sekitar 14-15 bulan dan Nanas Sarawak pula sekitar 18 -19 bulan. Memang mereka yang makan nanas segar aakan mendapat manafaatnya. Bagaimana pula kajian kes dimana LEMBU kini juga sudah suka makan nanas?. Peristiwa ini memang amat baik dalam industri nanas yang menghasilkan biomas yang banyak daripada daunnya yang tidak digunakan dan buah-buah nanas yang rosak terbuang begitu sahaja. Artikel subuh ini saya berusaha menulis dalam "Anim Agro Techmology" kisah lembu yang suka makan buah nanas untuk dijadikan bahan bacaan dan perbincangan.


Penulis mendengar dimana konsep 'zero waste' dalam industri penanaman nanas perlu digiatkan perlaksanaannya. Daun nanas memang amat banyak dihasilkan sepanjang proses pertumbuhan (Sila anda lihat foto disebelah).Tanaman nanas menghasilkan sebanyak 49 metrik tan silaj jika semua daun dan batangnya dijadikan silaj. Daripada kiraan kasar jumlah ini dijangka mampu untuk memberikan makanan 50 ekor lembu dewasa dengan kadar pemberian silaj sebanyak 15 kg seekor dalam tempoh sekurang-kurangnya untuk 2 bulan. Bagaimana pun lembu ini perlu juga diberikan makanan berasaskan protin yang lain yang asas seperti makanan lembu komersil. Proses membuat daun silaj dilakukan dengan mengambil daun nanas dan kemudian perlu dihancurkan dan dicampur dengan larutan molases serta baja UREA dan diperam dengan baik. Ia diperam dalam bekas tong khas membuat silaj selama 2 minggu untuk proses fermentasi. Kajian menunjukkan silaj daun nanas mampu disimpan untuk dijadikan makanan lembu selama 6 bula didalam tong kedap udara. Pada penulis pada masa ini masih belum ramai pengusaha nanas yang mahu membuat sijaj daun nanas untuk dijadikan makanan lembu. Penghasilan silaj daripada daun nanas dijangka dapat membantu menyelesaikan masaalah kekurangan bekalan makanan ternakan ruminan dan mengurangkan bebas kos pengimportan bahan makanan seperti jagung dan kacang soya yang amat tinggi masa kini. Ia juga elakkan pembaziran daun nanas yang selalunya dibiarkan reput dalam kebun.


Lawatan penulis blog di Kebun Nanas Moris kepunyaan Cikgu Mohamad di Kg Meranek, Samarahan, Sarawak mendapati lembu yang dipelihara beliau suka makan buah nanas. Beliau menanam sekitar 15 ekar nanas dari varieti nanas moris dan nanas moris MM (Moris Meranek dari Indonesia). Sebahagian buah nanas masak yang dituai lazimnya ada 1% - 5% yang akan rosak atau busuk atau terlebih masak (over ripe) dimana ianya selalunya dulu dibuang begitu sahaja. Faktur cuaca, serangan patogen perosak dan amalan agronomi menybabkan kejadian buah reput pada nanas moris ini berlaku. Buah-buahan nanas ini mempunyai tompok-tompok hitan (Fruit Rot) yang tidak boleh dijual atau diproses untuk kegunaan lain (Sila anda lihat foto disebelah). Buah ini akan dikumpulkan dalam satu bekas dan dibawa kekandang lembu beliau yang berada ditengah-tengah ladang nanasnya. Jadual penanaman dan penuaian yang berjadual membolehkan bekalan buah rosak ini sentiasa ada semasa proses penuaian dijalankan. Buah yang rosak ini jika dicampakkan kedalam parit atau atas tanah dipercayai akan menyebarkan lagi patogen untuk menyerang tanaman sedia ada dan dimusim akan datang. 


Terdapat 6 ekor lembu jenis tempatan yang diberi makan buah nanas dikebun beliau. Pada peringkat awal pemberian nanas kepada lembu, Cikgu Mohamad membuang kulit dan jambul dan hanya memberikan isi buah sahaja. Lembunya sangat suka makan nanas moris jenis MM yang manis. Bagaimana pun kini cara pemberian makan buah nanas kepada lembu lebih mudah dimana beliau hanya mencam[akannya buah tersebut kedalam tong-tong bekas makanan yang disediakan (Sila lihat foto disebelah). Lembu yang menunggu buah ini dalam tong makanan akan mula mengigit dan mengunyah semua buah nanas tersebut dengan cepat. Seekor lembu yang diternaknya mampu makan diantara 5 - 10 biji sehari bergantung kepada makanan tambahan yang disberikan. Rasa manis dan aroma buah nanas membolehkan lembu amat suka makan nanas masak dikebun nanas ini. Daripada pengalaman lepas, lembu yang disembelis dan dijual mendapat sambutan yang amat baik daripada pengguna kerana ia mempunyai daging yang sangat lembut dan kurang lemak. Kandungan bahan Bromelain, Gula, Vitamin dan sebagainya dalam buah nanas dipercayai memyebabkan lembu ternakannnya menjadi sihat. Penulis blog percaya tanaman nanas amat baik dibuat intergrasi dengan ternakan lembu dimasa akan datang. Semuga rencana ini memberikan info terbaik kepada pembaca blog anim agro semua. Wasallam!!!..


BUAH NANAS... YANG ROSAK DIGUNA...
NENAS MORIS... INOVASI DILAKSANA...
DIBERIKAN LEMBU...SUKA MAKANNYA...
PERLU DIKEMBANG...KEPADA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1232, Aras 12,
Hotel Hilton, Kuching,
Sarawak, Malaysia.
(7 Zulhijjah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...