PEARL MADU KELULUT (Stingless Bee pearl) merupakan salah satu produk hasil inovasi penyelidik tempatan yang telah diketengahkan pada HPPNK 2017 di MAEPS, Serdang, Selangor. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan standard Madu Kelulut (MS2683) di pentas utama dewan A dengan menyatakan produk baru 'mutiara madu kelulut' atau 'Pearl madu kelulut' sebagai satu inovasi yang kini telah boleh diketengahkan. Pearl Madu Lebah banyak dibuat produk unik ini seperti dilaporkan telah dibuat diluar negara dikenali dengan nama 'Honey Safron Caviar' atau 'Making Caviar Spheres'. Selain daripada madu lebah, madu kelulut dilaporkan teknologi ini sesuai untuk jus buah-buahan dan pelbagai bahan makanan lain seumpamanya. Dalam majlis tersebut mereka juga melancarkan Piawaian Pemeliharaan Lebah Kelulut (MS2673) yang dibangunkan lebih daripada satu tahun. Penulis yang turut hadir didalam majlis ini amat teruja dengan produk ini dimana telah cuba meminumnya beberapa mini-cup yang enak dan memberi satu 'thump-up' kepada produk seperti ini. Madu Kelulut terhasil daripada ternakan Kelulut (Trigona spp) yang mana lazimnya spesis Trigona itama dan Trigona thoracica yang mampu dalam menghasilkan madu kelulut terbaik dan sistem pengurusan yang mudah dilakukan penternak. Selain daripada madu lazimnya kelulut akan menghasilkan propolis dan debunga yang mempunyai nilai tersendiri. Penulis melihat bagaimana demonstrasi membuat pearl madu kelulut dilakukan dengan mudah asalkan tahu tekniknya dan mempunyai peralatan serta bahan yang sesuai. Artikel malam Ahad ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" rencana ke 4,509 tentang teknologi membuat pearl madu kelulut untuk dijadikan bahan rujukan.
Madu Kelulut berbeza dengan Madu Lebah yang dihasilkan oleh Lebah Madu. Di Malaysia kini terdapat beberapa jenis lebah madu yang menghasilkan madu iaitu Madu lebah Import (Apis mellifera), Madu Lebah Keran (Apis cerana) dan Madu Lebah Tualang (Apis dorsata). Terdapat juga madu lebah yang diimport daripada luar negara yang kuantitinya jauh lebih banyak daripada pengeluaran madu lebah tempatan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam negara. Malaysia banyak mengimport madu lebah ini dari Australia, China, Vietnam dan beberapa negara lain. Terdapat juga madu tiruan didalam pasaran dijual kepada pengguna. Madu Tiruan ini adalah merbahaya untuk kesihatan dimana dilaporkan oleh Persatuan Perlebahan Kebangsaan kini terdapat hampir 60% madu dipasaran tempatan adalah madu tiruan. Universiti Malaya yang aktif dalam membuat kajian mengenai madu lebah ini juga ada melaporkan akan madu tiruan ini. Berlainan dengan kelulut yang diternak dan menjadi kegilaan terutama kepada masyarakat kampong sama ada orang muda dan orang lama yang mempunyai kemahuan untuk menternak kelulut. Madu Kelulut adalah lebih masam berbanding dengan madu lebah. Dalam membuat pearl madu kelulut dua bahan yang digunakan adalah Sodium Alginate dan juga Calcium Lactate (Sila lihat foto disebelah). Bahan-bahan ini digunakan sebagai bahan untuk membuat kulit pearl yang lembut dan sesuai dimakan.
Penyediaan pearl madu kelulut dimulakan dengan mengambil madu kelulut asli. Proses selanjutnya adalah menyediakan bahan untuk dicampurkan dengan madu kelulut dan dikacau. Apabila dicampurkan sodium alginate dan dikacau maka ia boleh disedut menggunakan penyedut Syrink atau Straw dan perlu dititiskan kedalam larutan dalam bekas cairan calsium lactate. Titisan bersaiz mutiara diletakkan dalam tray sehingga ia membeku 2-5 minit kemudian (Sila lihat foto disebelah). Cara melepaskan madu kelulut juga perlu berhati-hati agar saiznya seragam dan tidak pecah. Penulis blog yang berpeluang buat sendiri pearl madu kelulut mendapati ia merupakan satu proses yang sangat mudah. Apabila pearl madu kelulut terbentuk sebaiknya ia diambil keluar dengan sudu plastik dan dikumpulkan dalam bekas khas simpanan pearl ini (Sila lihat foto paling atas sekali). Pearl madu kelulut yang berwarna kuning jernih amat cantik bentuk dan warnanya.
Bagi menggunakan pearl madu kelulut ini amat mudah iaitu boleh dimasukkan terus sesudu pearl ini kedalam mulut tetapi sebaiknya dimasukkan kedalam gelas atau cawan yang mengandungi air masak atau air mineral (Sila lihat foto disebelah). Satu kelas kecil untuk promosi diisikan dengan 3-5 biji pearl madu kelulut dimana air mineral yang jernih juga akan berubah seakan warna madu kelulut. Anda boleh lihat pearl yang bulat didalam cawan plastik disebelah dengan jelas. Pearl ini masih utuh bentuknya walau pun diletakkan beberama minit dan mungkin beberapa jam. Bergantung kepada kepekatan agar maka kekenyalan pearl ini berbeza-beza. Penulis blog membuat ujirasa 4 cawan madu pearl kelulut ini dan mendapati ia memebrikan satu kepuasan mengambil madu kelulut yang menjadi pearl ini. Pertama sebab bentuknya iaitu bentul mutiara (pearl) sangat ekslusif dan membuka selera meminumnya. Kedua rasa kenyal dan kemudian pearl ini pecah dalam mulut memberikan rasa madu yang manis dan airnya yang ada aroma madu kelulut.Semua orang munkin sudah tahu akan khasiat dan kehebatan madu kelulut yang asli. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Sila dapatkan madu kelulut asli jika anda ingin mencuba membuatnya sendiri dirumah. Semuga rencana ini berjaya memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PEARL MADU KELULUT...APA BENDA...
MADU DIOLAH...BAHAN LAIN DIGUNA...
BWNTUK BULAT...CANTIK WARNANYA...
DIMINUM SELALU... IA SIHAT JADINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pentas Pameran,
Dewan A, MAEPS,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(10 Muharam 1439H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.