Support My Blog

Tuesday, October 3, 2017

BENANG NANAS - ADA POTENSI

BENANG NANAS adalah produk yang terhasil daripada proses yang menggunakan daun nanas (Ananas comosus) sebagai satu usaha industri asas tani yang semakin dikenali di Malaysia. Benang nanas adalah bahan asas yang mana ia diperlukan didalam industri kraftangan terutama bagi tujuan untuk menghasilkan kain tenun, alas meja, songkok dan pelbagai cenderamata lain. Penulis blog yang sebelum uini kurang tahu mengenai kegunaan daun nanas teruja melihat babarapa usahawan memproses daun nanas secara serius untuk menghasilkan produk yang ada nilai ekonomi dan nilai kesenian tersendiri. Tanaman nanas mengeluarkan buah nanas untuk makan segar dan juga diproses menjadi produk makanan lain. Bagaimana pun selepas pokok berbuah dan dipetik maka ia akan menghasilkan sulur benih dan daunnya akan dibuang begitu sahaja. Oleh itu daun nanas yang segar dan berkualiti dimana ia panjang dan lebar boleh dikutip untuk dipproses bagi menghasilkan benang nanas. Lazimnya daun yang lebar dan baik akan menghasilkan benang yang tahan lama dan warna yang menarik. Daun-daun nanas ini akan dikerok bagi mengeluarkan benang seratnya dan kemudian ia perlu dijemur.  Benang serat nanas ini perlu dijemur segara bagi tujuan kualiti dan warnanya dan ianya akan dijemu selama 2-3 hari dibawah matahari. Selepas dijemur maka kerja berikutnya adalah untuk memintal benang nanas ini (Sila lihat foto diatas sekali). Proses sebenar yang dilakukan adalah melerai benang, memintal dan mencantum benang ini yang perlukan kemahiran, kesabaran dan ketekunan. Lazimnya daripada 10 kg daun nanas yang diproses akan menghasilkan 100 gram benang nanas yang boleh dijadikan 1 meter kain benang nanas. Usaha ini sesuai dilakukan dikawasan yang ada banyak menanam nanas dan pembaziran daun nanas dapat dijadikan produk bernilai. Artikel pagi Sabtu ini saya terus menulis dalam "Anim Agro Technology" berkenaan potensi memproses daun nanas uuntuk dijadikan benang nanas dan produk bernilai akhirnya.

Daun nanas dimusnahkan selepas menuai hasilnya dan kurang mendapat perhatian penanam nanas. Bagaimana pun dibeberapa negara yang banyak menanam nanas seperti di Filipina dan Indonesia mereka akan ambil daun nanas dan diproses menjadi serat benang nanas dan kemudian dijadikan kain serta barangan cenderahati atau kraf. Dalam lawatan penulis ke negara berkaitan seperti di Filipina pakaian berasalkan daun nanas yang dikenali dengan 'Baju Barong' kini dijual dengan harga premium yang mahal. Pernah lama dulu sekitar 1997 pengunjung berkursus di Manila dan juga membeli baju barung ini pada harga RM250 sehelai. Bagaimana pun pada 2016 penulis membuat survey di Hypermarket dimana sehelai baju yang hampir sama saizn dan rekabentuknya dijual pada jarga lebih RM500 sehelai. Penulis juga berpeliang melawat sebuah pusat tradisional membuat benang nanas di negara tersebut (Sila lihat foto disebelah). Pada saya aktiviti ini masih diperingkat tradisional dimana tidak menggunakan mesin moden untuk tujkuan mereka menghasilkan benang nanas. Ia mengambil masa agak lama dan perlahan bagi menghasilkan benang nanas dan perlukan kemahiran dan kesabaran. Apabila melihat bagaimana proses membuat bebang nanas ini di kilang kecil ini memang patut harga baju barong ini perlu dijual dengan harga yang tinggi. Produk lain yang ada dihasilkan dari benang nanas seperti saputangan, tali leher, kain alas meja, lukisan dan sebagainya. Pelancong asing adalah diantara mereka yang suka mendapatkan produk ini yang asli kerana ia menghasilkan aroma benang nanas sebenar.

Di Malaysia terdapat seluar lebih 15,000 hektar tanaman nanas setiap tahun. Daripada jumlah tersebut sebanyak 68% kawasan tanaman nanas adalah di Negeri Johor dan bakinya banyak di Pahang. Nanas varieti MD2 pada masa ini paling hebat mendapat perhatian ramai penanam dan mereka yang gemar makan buah nanas. Varieti ini telah dijadikan produk nanas segar untuk pasaran domestik dan eksport. Daun daripada pokok nanas MD2 istimewa kerana ia berwarna hijau sepenohnya (tiada warna merah iaitu bahan anthocyanin) serta tidak berduri. Ini membolehkan daun nanas MD2 sesuai untuk dijadikan bahan asas didalam membuat benang serat nanas. Setiap pokok nanas dewasa mampu menghasilkan diantara 30-35 helai daun segar untuk diproses dan setiap hektar ada sebanyak 42,000 pokok nanas yang ditanam. Jika diambil hanya 10% sahaja daun nanas yang hendak diproses penulis dapati penghasilan benang nanas dapat di kira selanjutnya. Bagaimana pun apa yang penting adalah bagaimana untuk menkomersilkan aktiviti memproses daun nanas ini kerana teknologi sedia ada hanya secara tradisional sahaja. Belum ada aktiviti dalam memproses daun nanas ini secara besar-besaran kerana masaalah uutama dalam membuat benang nanas adalah kerja menyambung benang nanas. Kini kerja-kerja menyambung benang nanas dilakukan secara manual dan mengambil masa agak lama. Diharap suatu masa nanti akan ada teknilogi yang boleh selesaikan masaalah ini.

Dalam satu laporan akhbar tempatan yang bertajuk "Popular dengan benang serat nenas" yang dipetik di Johor Bahru melaporkan dimana kini benang serat nenas merupakan salah satu daripada produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kampung Sinaran Baru yang semakin popular di kalangan para pengunjung yang hadir ke inap desa berkenaan. Pengerusi Koperasi Usahawan Dinamik Johor Bahru Berhad, Zaleha Md. Tahir berkata, permintaan terhadap produk tersebut semakin meningkat tetapi pengeluarannya adalah sangat minimum dan hanya dihasilkan untuk pasaran setempat sahaja. Kini jelasnya penghasilan produk benang nanas berkenaan adalah menggunakan kaedah manual dan ia merupakan kekangan utama dalam usaha untuk tujuan menghasilkan produk berkenaan pada skala besar. Bagi menghasilkan 100 gram benang mereka akan memerlukan sejumlah 10 kilogram daun nenas dan hanya daun tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk menghasilkan benang tersebut. Jangka hayat daun itu juga adalah sangat singkat iaitu tiga hari sahaja kerana selepas itu daun itu akan melecur dan tidak boleh digunakan lagi. Menurut pengusaha sebanarnya kesukaran untuk mendapatkan bahan utama juga menyukarkan penghasilan produk itu selain tidak ramai individu yang mahu melibatkan diri dalam menghasilkannya. Pada masa ini ada yang berkebolehan tetapi tidak mahu melibatkan diri kerana upahnya kecil berbanding penghasilan produk kraftangan yang lain. Benang serat nenas diproses sebenarnya mempunyai pelbagai kegunaan dalam usaha penghasilan tekstil berkualiti tinggi termasuk digunakan untuk membuat baju dan ia juga boleh digunakan bagi penghasilan motif songket menggantikan benang emas.

Pada masa ini kualiti benang serat nenas ini adalah sangat tinggi dimana ia mampu memberikan hasil pendapatan yang sangat menguntungkan jika dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Kini meskipun tahap pengeluarannya menggunakan kaedah manual tetapi ia secara tidak langsung menjadi tarikan kepada para pelancong yang hadir ke sini kerana mereka dapat melihat sendiri kaedah penghasilan benang itu. Terdapat empat proses utama dalam menghasilkan benang tersebut dimanan ia dimulakan dengan meleraikan kelopak daun nenas sebelum ia dikikis dengan menggunakan peralatan khas seumpama pahat halus. Daun tersebut akan dilarik sehingga uratnya dapat diceraikan daripada daun asal dan urat nenas itulah merupakan produk yang dihasilkan. Benang itu kemudiannya dikeringkan dan sebahagiannya akan diwarnakan dengan cara menggunakan pewarna tiruan. Hasil daripada produk benang nanas kini dipasarkan didalam dan diluar negara melalui promosi dalam lamanweb dan juga melalui beberapa agensi yang berkaitan.

Sementara itu di Terengganu dilaporkan testimoni akhbar berjudul "Songket dari benang serat nanas". Foto sebelah menunjukkan Cik Asfaziha menunjukkan bantal yang dihasilkan daripada songket yang dijual dengan harga RM150 pada Sambutan Bulan Pengguna 2013 di Dataran Batu Buruk. Kini tenunan kain songket yang diperbuat daripada benang serat nanas adalah antara produk yang paling mencabar untuk dihasilkan. Anak kelahiran Johor Bahru yang kini menetap di Marang berkata, sepanjang 10 tahun berkecimpung di dalam industri songket kain mendapati tenunan daripada benang yang diperbuat daripada serat nanas adalah paling sukar untuk dihasilkan. Benang daripada serat nanas perlu asasnya disambung dahulu sebelum dicantum menjadi kain songket. Tempoh untuk hasilkan bergantung kepada produk, biasanya, paling lama pun dalam tiga bulan. Songket dari benang serat nanas ini akan dihasilkan produk seperti sampin dan pakaian tradisional. Semuanya memerlukan komitmen yang tinggi, sabar dan tumpuan yang tinggi. Beliau telah menuntut selama tiga tahun setengah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Diploma Seni Kraf Tenunan. Sebenarnya minat mendalam dalam bidang itu juga telah mendorongnya untuk menyertai Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia sebagai tenaga pengajar. Mengajar tenunan dan beberapa kemahiran lain juga adalah satu bidang yang mencabar, tambahan pula jika kita mengajar mereka yang tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang ini. Setakat ini dia mengajar 10 individu yang mengambil latihan jangka pendek selama enam bulan. Di samping menghasilkan songket, terdapat beberapa produk lain yang diajar seperti anyaman, batik, kayu, logam dan seramik. Songket dan logam (tembaga) adalah asas seni warisan di Terengganu dan tidak hairanlah bidang tenunan songket dan ukiran tembaga mendapat sambutan ramai untuk mempelajari dengan lebih mendalam. Mereka akan mengajar dan menjual produk yang dihasilkan oleh usahawan bumiputera itu. Hasil keuntungan akan diberikan kepada mereka dan dia bertindak sebagai platform untuk usahawan ini mencipta dan iuga untuk memasarkan produk. Beliau akan membantu mereka mencari idea baru untuk hasilkan ciptaan atau produk yang setanding pasaran antarabangsa. Bukan mudah untuk mencipta kelainan dalam sesuatu produk supaya mendapat sambutan ramai dalam bidang benanag nanas ini. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
DAUN NANAS... IA DIPETIK HIJAUNYA...
DIKEROK LAMA...BENANG JEMURNYA...
DIPINTAL2 SAMBUNG...KAIN JADINYA...
PELBAGAI PRODUK...BERBALOI HARGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Muzeum Nanas,
Stesyen Pertanian Pontian,
Pintian, Johor,
Malaysia.
(3 Muharam 1439H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...