SEKTOR PERTANIAN adalah satu sektor yang penting bagi setiap negara untuk membekalkan makanan dan jaminan keharmonian kepada rakyatnya. Sektor ini walau pun kini semakin berkurangan sumbangannya didalam KDNK tetapi jumlah nilainya semakin meningkat setiap tahun. Malaysia adalah sebuah negara tropika yang mempunyai cuaca baik untuk pembangunan seektor pertanian kerana mempunyai sinaran matahari sepanjang tahun dan tanah yang subur. Negara mampu mengeluarkan makanan asasi sendiri iaitu daripada padi, sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan, produk IAT malahan dalam sektor tanaman industri. Malaysia bukan sahaja mampu menghasilkan bahan makanan untuk keperluan domestik malahan mampu mengeksport keluar negara. Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan produk perishable yang banyak dieksport terutama ke negara jiran Singapura. Kalau dicampur dengan tanaman industri seperti getah, kelapa sawit dan koko maka jumlah eksport negara bagi komoditi ini berbillion ringgit setahun. Namun sektor ini juga diancam dengan pelbagai ketidaktentuan pengeluaran akibat daripada bencana alam, serangan penyakit dan juga turun naik harga komoditi. Negara kita saban tahun terdedah kepada masaalah bencana alam terutama BANJIR yang akan memusnahkan banyak tanaman terutama dikawasan tanah rendah. Ramai golongan petani, pesawah, penternak, pemilik kolam ikan, pengusaha IAT, peniaga dan sebagainya terjejas akibat kesan banjir atau kemarau yang melanda. Belum ada kaedah untuk mendapatkan gantirugi yang dialami oleh mereka kecuai bantuan wang ihsan yang mungkin diberikan oleh kerajaan. Oleh itu mungkin perlu ada kaedsesuai dalam sektor pertanian memberikan sistem perlindungan insurans. Usaha kearah mengadakan insuran tanaman dan aktiviti pertanian lain sedang difikir bagaimana untuk tujuan ini. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai keperluan perlindungan insuran pertanian untuk dijadikan rujukkan.
Sebenarnya sektor pertanian dan juga pengeluaran hasil pertaniana boleh musnah akibat bencana alam. Bencana yang sering melanda adalah banjir dikawasan pengeluaran utama makanan seperti dikawasan jelapang padi, TKPM Sayuran dan Buah-buahan dan pelbagai lokasi lain. Adalah menjadi satu keperluan untuk meningkatkan sumber makanan yang mana ia mencukupi bagi sesebuah negara sentiasa menjadi fokus utama. Walau bagaimanapun lazimnya jika berlakunya bencana alam maka sektor ini akan terjejas dan memberi kesan yang buruk kepada bekalan makanan dalam negara. Kejadian tanah runtuh dikawasan berbukit yang aktif dengan pertanian juga sering menjejaskan pengeluaran sayuran dikawasan tanah tinggi (Sila lihat foto disebelah). Kini bagi mengatasi masalah tersebut ujud pelbagai usaha lain yang dilaksanakan sama ada pada peringkat global mahu pun dalam negara. Antaranya idea menginsuranskan produk pertanian yang diusahakan dan terdapat negara yang telahpun melaksanakannya. Malaysia tidak ketinggalan dalam usaha menangani isu tersebut menerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan menganjurkan seminar khas berkaitan dengannya.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Azizan Mohamad Shahid, seminar yang dikenali sebagai Round Table On Agricultural Insurance - A Climate Change Adaptation Tool In African, Asian and Pacific Regions tersebut perlu diperluas. Dakwanya fenomena global khususnya ketidaktentuan alam sekitar secara langsung menjejaskan pengeluaran pertanian, sosioekonomi petani dan prestasi ekonomi negara. Kini menerusi seminar sebegini kita dapat membincangkan pelbagai kajian dan penilaian model perkhidmatan insurans pertanian di rantau Afrika dan Asia Pasifik. Terdapat perbandingan antara setiap negara yang terlibat serta perkongsian pengalaman dapat membantu negara lain terutama Malaysia membangunkan sistem yang terbaik buat petani. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar tersebut di Serdang, Selangor baru-baru ini. Yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah MARDI, Datuk Sharif Haron; Ketua Setiausaha AARDO (African-Asian Rural Development Organisation), Wassfi Hassan El-Sreihin; serta Ketua Pengarah Centre on Integrated Rural Development for Asia and The Pacific (CIRDAP), Tevita G. Boseiwaqa Taginavulau. Pada masa ini insurans tanaman adalah satu alat yang mana ia sangat penting dari perspektif ekonomi yang boleh untuk mengekalkan semangat petani untuk terus mengeluarkan hasil tanaman.
Insurans pertanian dapat meyakinkan aktiviti pertanian serta pendapatan mereka terjamin atau sekurang-kurangnya dapat meminimumkan kerugian. Pertanian di Malaysia menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sekurang-kurangnya satu pertiga daripada masyarakat bergantung kepadanya sebagai mata pencarian. Perubahan dalam iklim, kepelbagaian hasil dari tahun ke tahun dalam pengeluaran tanaman, kerosakan fizikal dan kehilangan lepas tuai menyumbang kepada penurunan produktiviti pertanian. Bencana banjir besar pada tahun 2006-2007 yang berlaku dalam negara memberikan kesan kepada hampir 110,000 orang dimana ia merosakkan infrastruktur kira-kira RM37 juta dn menyebabkan kerugian ekonomi sekitar RM2,524 juta. Daripada itu, lebih daripada RM88 juta hasil pertanian telah rosak atau hilang yang melibatkan hampir 7,000 petani. Bencana sedemikian adalah hampir mustahil untuk dikawal dan dalam hal itu insurans tanaman adalah antara kaedah bagi membantu petani kembali membangunkan ladang atau ternakan mereka. Pemilihan tanaman yang hendak diinsuranskan adalah bergantung kepada keutamaan sesebuah negara itu. Sama seperti kebanyakan negara Asia lainnya, beras merupakan makanan ruji untuk rakyatnya, Malaysia juga mempunyai alasan kukuh untuk mempertimbang padi sebagai tanaman yang perlu diinsuranskan. Bagi negara-negara lain, mereka memiliki sistem dan cara yang tersendiri dan sesetengahnya mewajibkan setiap petani mengambil insurans seperti di Nigeria.
Sektor pertanian merupakan satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara-negara Afrika. Sektor pertanian juga merupakan pendapatan utama bagi 60 peratus populasi rakyat di negara-negara ini. Sektor yang sama di Ghana contohnya mencatatkan KDNK sebanyak 36 peratus, oleh demikian perlindungan insurans untuk pertanian amat penting bagi mereka. Kemusnahan berkaitan bidang pertanian di negara-negara tersebut pernah dicatatkan mencecah ratusan bilion menjadikan tindakan perlu diambil bagi membantu petani. Bagi Sri Lanka, kerajaan mereka telah menyediakan dana untuk bantuan khas kepada petani apabila mereka dalam mengalami kemusnahan ladang akibat bencana alam atau faktor lain. Lazimnya setiap petani yang mengalami kesan kemusnahan hasil pertanian boleh terus berhubung dengan pegawai pertanian di setiap daerah negara tersebut. Ada syarikat mendakwa memiliki sistem dan dana khas untuk tujuan ini dan mereka (petani) perlu mendapatkan kelulusan daripada setiap pengerusi persatuan pertanian kawasan sebelum membuat tuntutan. Di Malaysia usaha tersebut ada dilaksanakan namun khas buat petani yang mengalami bencana alam seperti banjir dan untuk kawasan pertanian tertentu. Inisiatif tersebut masih tidak menyeluruh dan berbeza berbanding kaedah menginsuranskan ladang atau hasil pertanian mereka. Bagi mendapatkan gambaran lebih luas dan menyeluruh maka segala strategi dan polisi yang dipraktikkan bagi beberapa negara-negara yang terlibat akan dimanfaatkan. Program itu juga merupakan satu landasan kerjasama antara MARDI dan beberapa agensi berkaitan di negara ini bersama CIRDAP dalam berkongsi pengalaman mengenai pembangunan dan pengurusan insurans dalam menghadapi perubahan cuaca dunia dan ketidaktentuan iklim.
Dalam menentukan bagaimana kemudahan kredit bantu usahawan pertanian Menteri Pertanian Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bagaimana pinjaman yang mudah dan efisien akan memberi kesan positif kepada sektor pertanian khususnya dalam usaha kerajaan mewujudkan lebih banyak usahawan dalam sektor itu. Kaedahnya dimana syarikat pemberi kemudahan kredit seperti Agrobank merupakan antara entiti yang penting dalam melahirkan kekayaan-kekayaan baharu dalam sektor pertanian sekali gus boleh menyokong ekonomi negara. Kemudahan kredit yang baik juga memainkan peranan penting bagi mengembangkan salah satu sektor yang berpotensi besar untuk diterokai dalam pertanian iaitu agro makanan. Kita berharap syarikat-syarikat pemberi kemudahan kredit ini akan terus komited dalam membantu usahawan-usahawan yang sedang membina tapak. Di zaman yang melihat kepada perniagaan sebagai sumber kekayaan ini, semakin maju sesebuah negara, semakin mudah rakyatnya menjalankan perniagaan,” katanya sewaktu berucap dalam majlis Anugerah Kepada Agropreneur Agrobank 2017 di sini hari ini. Kini sebanyak lapan kategori dipertandingkan dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM140,000. Selain kemudahan kredit yang baik dimaklumkan dimana kreativiti dan inovasi perlu menjadi tonggak utama dalam memastikan sektor pertanian dapat melonjak sebagai pemain ekonomi utama negara seterusnya ke peringkat antarabangsa. Contohnya untuk mengembangkan bidang agro makanan yang begitu besar, kita memerlukan kreativiti dalam kalangan usahawan, rakan-rakan di kementerian dan pihak yang membantu mereka untuk membiayai perniagaan serta pembangunan keusahawanan bagi memastikan kita tidak ketinggalan. Dalam masa yang sama, rakan-rakan di kementerian perlu memikirkan cara untuk memudahkan urusan perniagaan usahawan-usahawan baharu contohnya dalam mendaftar perniagaan, permohonan lesen dan sistem percukaian yang efisien. Semuga rencana ini memberikan info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam...
PERLINDUNGAN INSURAN...SEKTOR TANAMAN....
PENTING DIUJUDKAN... BANTU KEROSAKKAN...
PELBAGAI BENCANA... BANYAK ANCAMAN...
RAKYAT TERJAMIN... ADANYA MAKANAN..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 749, Hotel Marriot,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(5 Muharam 1439H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.