TERNAKAN KELULUT (Heterotrigona spp) merupakan satu industri dalam bidang pertanian yang berkembang pesat di Malaysia semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Kelulut atau lebih dikenali sebagai 'Stingless Bee' mampu menghasilkan madu kelulut yang mempunyai nilai permakanan dan juga nilai perubatan tinggi dimana ia telah menarik minat ramai usahawan baru terutama golongan muda. Kini Madu Kelulut telah dijadikan 'ikon' oleh kerajaan Malaysia sebagai 'SUPER FOOD MALAYSIA' sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada September 2016 di MAEPS, Serdang, Selangor. Khasiat dan kehebatan madu kelulut membolehkan ia dijadikan sebagai produk yang boleh di ketengahkan diperingkat global kelak. Walau pun kelulut secara semulajadi banyak terdapat dikawasan hutan dan belukar serta dipersekitaran kampong yang mempunyai makanan, kini ia telah disesuaikan teknologi penternakannya dengan menggunakan 'Kotak Madu' yang boleh diletakkan dibahagian atas log kayu untuk memudahkan ianya dituai madu. Teknologi ini bagaimana pun mendedahkan kotak kelulut kepada serangan perosak yang mampu menyerang keseluruhan koloni kelulut. Akviti menternak kelulut secara komesil melibatkan berpuloh log kayu, beratus malahan terdapat usahawan yang mempunyai ribuan koloni. Ianya memerlukan pengawasan dan pemantauan rapi untuk setiap log kelulut agar tidak diserang oleh persoak seterusnya boleh menyebabkan kerugian besar. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 8 jenis perosak kelulut yang perlu diketahui dan diawasai oleh penternak kelulu di Malaysia.
(5) SEMUT dan KERENGGA
Semut dan Kerengga merupakan antara mmusuh yang sering menganggu koloni kelulut. Serangga ini akan menyerang kelulut dewasa dengan menangkapnya dan menjadikan ia sebagai makanan semut dan kerengga (Sila llihat foto disebelah). Semut ini akan menyerang kelulut dewasa dan membawanya kesarang mereka untuk dijadikan makanan. Jika ada madu semut dan kerengga juga akan memasukki sarang dan mencuri madu tersebut termasuk ia akan mengambil lilin dan propolis. Kehadiran semut dan kerengga perlu dikawal dengan memusnahkan serangga tersebut disarangnya. Bagi kerengga ia juga akan menyerang kelulut secara berkumpulan terutama pada masa kekurangan makanan kerengga disekitarnya. Walau pun akan ada berlaku 'serangan' kerengga lazimnya kelulut akan cuba mempertahankannya.
(6) ANAI-ANAI (Termites)
(7) MENGKARONG

Serangan Anai-anai pada log kelulut merupakan sati perkara yang perlu diawasi. Anai-anai akan naik daripada tanah kepada kayu log dan kotak madu dengan memakan kayu log yang sedang mereput. Tanda serangan boleh dilihat dengan adanya anai-anai dewasa yang berada diluar log atau laluan yang dibina diluar log kayu (Sila lihat foto disebelah). Serangan mudah berlaku jika log ini diletakkan terus diatas tanah dimana ada sarang anai-anai yang berhampiran. Sebaiknya loh kayu kelulut diletakkan pada tempat lebih tinggi diatas batu, tiang kayu, tiang besi dan sebagainya untuk mengurangkannya. Penggunaan racun anai-anai disarangnya boleh mengurangkan populasi anai-anai dikawasan ternakan kelulut dan jalankan sanitasi serta pemeriksaan selalu.
(7) MENGKARONG
Mengkarong (Mabuya multifasciata, Kuhl) merupakan sejenis haiwan yang menyerang koloni kelulut yang juga di panggil sebagai Sang 'Kadal Kebun' (Indonesia), East Indian Brown Mabuya, Many-lined Sun Skink atau Common Sun Skin (English) dan lain-lain nama. Ia adalah sejenis haiwan bersisik dan berkaki empat dengan kulit yang licin yang termasuk kelompok reptilia. Mengkarong adalah haiwan daripada kumpulan seperti cicak, tokek, bunglon, cicak terbang, biawak, iguana dan lain-lain. Mengkarong merupakan haiwan yang bersisik licin berkilat dengan dan hidup di atas tanah yang terdapat didalam belukar, kebun dan kadang-kadang dikawasan rumah kita. Walau pun mengkarong tidak dikategorikan haiwan merbahaya kepada manusia, tetapi kalau kita terserempak dengannya kita akan terkejut akibat geli atau takut digigit. Makanan utama bagi mengkarong adalah seperti Kelulut, Lebah Madu, Semut, Serangga Kecil, Belalang, Kumbang, Lalat, Pepatong, Rama-rama, Kupu-kupu, Nyamok, katak kecil dan sebagainya. Penulis jumpa beberapa ekor mengkarong berada diatas kotak super dan corong pintu masuk kelulut (Sila lihat foto disebelah). Uniknya walau[un mengkarong bersaiz lebih kecil daripada mangsanya tetapi ia akan tetap memakannya. Matanya yang tajam dengan lidahnya yang panjang mampu menyambar serangga sebagai makanan seperti cicak makan serangga yang terus masuk kebahagian mulutnya. Pergerakannya yang senyap dan lembut akan menyebabkan mangsa tidak sempat lari setelah diserang dan disambar masuk kemulut mengkarong yang mempunyai sejenis lendir yang melekit. Kebanyakan mengkarong tidak berbahaya bagi manusia dimana gigitannya tidak melukakan manusia hingga dapat mengalirkan darah dari luka gigitannya. Ia perlu dikawal.
(8) MANUSIA
Manusia bukan spesis serangga atau pun ulat tetapi ia juga boleh menyebabkan kerosakkan kepada industri ternakan kelulut. Masaalah utama disebabkan manusia adalah kes 'kecurian' log kelulut dalam kawasan ternakan. Lazimnya kawasan yang terpencil, jauh dari pengawasan dan waktu malam merupakan antara faktur berlaku kes ini. Sama ada mereka mencuri untuk digunakan sendiri atau dijual kepada pihak lain ianya merupakan ancaman yang serius. Harga satu koloni kelulut yang lengkap dengan kotak super antara RM500 - RM1,200 bergantung kepada species, lokaliti dan permintaan yang tinggi dipasaran. Kerja-kerja meracun rumpai dikawasan ladang kelapa sawit juga menyebabkan kelulut yang mengunjungi rumpai seperti rumput Israel akan menjejaskan populasi kelulut. Gangguan kelulut berlaku jika kurang aktiviti pemantauan dilakukan. Sebaiknya kawasan ternakan kelulut dipilih dari lokasi yang selamat dan mudah untuk diuruskan. Atikel dua part ini membincangkan secara ringkas mengenai beberapa perosak dan ancaman dalamindustri ternakan kelulut. Penulis ada juga menulis secara komprhensif untuk setiap jenis perosak kelulut dalam artikel lain. Semuga artikel ini mampu memberikan ilmu pengetahuan kepada pembaca semua. Wasallam!!!.
MENTERNAK KELULUT...ADA CARA...
LOG KAYU... KOTAK SUPER ATASNYA...
BANYAK HASIL... PEROSAK JUGA ADA...
MEMBACA ARTIKEL...TAMBAH ILMUNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut,
Pusat Pertanian Tanah Putih,
Jalan Pekan-Kuantan,
Pekan, Pahang, Malaysia.
(28 Zulhijjah 1437H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.