FERTIGASI GANTUNG merupakan satu teknologi baru dalam penanaman sayuran yang sangat popular dilakukan oleh peserta TKPM Pulau Manis iaitu di Daerah Kuantan, Pahang. Penulis yang beberapa kali membuat tinjauan teknologi kekawasan penanaman sayuran komersil disekitar Kuantan mendapati aktiviti penanaman sayur ini semakin moden untuk mendapatkan pulangan yang cepat serta lebih menguntungkan dengan hasil yang berkualiti. Pada peringkat awal kaedah penanaman fertigasi gantung di TKPM ini yang dipelopori oleh Encik Ramli dan rakan-rakannya adalah untuk mengatasi masaalah banjir yang merosakkan tanaman terutama pada musim banjir bulan Disember. Bagaimana pun setelah melalui banyak peringkat pengubahsuaian maka teknologi ini akhirnya mereka meneruskan cara menanam sayur dengan cara Fertigasi Gantung. Apa yang penting dalam cara menanam sayur gunakan teknologi ini adalah ada jaminan hasil yang berkualiti dan konsistent. Tanaman fertigasi gantung kini telah diperluaskan kepada jenis sayuran seperti Cili Besar, Cili Padi, Terung Bulat, Terung Panjang, Terung Ulam, Peria, Petola, Timun, Kacang Panjang, Kacang Buncis dan beberapa lagi. Media yang digunakan untuk tanaman adalah tanah campuran dan cocopeat. Baja Set A dan Baja Set B kebanyakkanya dibuat dan di bancuh sendiri oleh petani dengan bahan asas baja dibeli daripada Cameroon Highland dan Kuantan. Setiap polibeg yang diisi dengan media tanaman akan dipasang dengan paip saluran air baja untuk mempastikan makanan akan sampai kepada setiap pokok dalam masa cepat dan kuantiti mencukupi. Media tanaman ini akan digantung pada dawai kasar yang disambung dengan tiang kukuh setinggi 1 meter dari paras tanah. Kaedah ini amat mudah dilakukan jika ada kemahiran petani dan juga pekerja ladang untuk membuatnya. Apa pun artikel malam ini saya terus menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai dua jenis kaedah fertigasi yang unik diamalkan oleh salah seorang peserta di TKPM ini dan ia telah dicontohi oleh beberapa peserta lain.
Penggunaan kaedah fertigasi pada ini pendapat penulis hanya dilakukan oleh mereka yang ada kemahiran, mempunyai modal mencukupi dan menyediakan satu jadual menanam yang terjamin boleh menghasilkan sayuran dengan konsistent. Penanaman Kacang Panjang (Vigna sesquapedalis) adalah antara sayuran buah jenis kekacang yang sedang ditanam berumur 2-3 minggu semasa lawatan penulis. Setiap polibeg ditanam dengan Kacang Panjang varieti 321 dengan setiap polibeg diisikan dengan 2-3 anakbenih (Sila lihat foto disebelah). Media tanah campuran dan cocopeat dimasukkan sehingga memenuhi polibeg hitam besar dan dipasang digantung pada ketinggian 1 meter dari paras tanag menggunakan tali yang kuat. Tali tersebut diikat pada kawat kasar yang disokong oleh tiang kayu yang kuat membentuk sistem para trellis. Air baja daripada tangki disalirkan kepada setiap polibeg yang digantung menggunakan paip kecil dan emitter. Pam yang digunakan akan membekalkan air kepada setiap polibeg dengan kekerapan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Baja tambahan seperti PCD (Processed chicken dung) akan diberikan setiap polibeg mengikut jadual pembajaan baja organik. Penulis dapati pekerja yang buat fertigasi gantung di TKPM ini tahap kemahiran yang amat tinggi dimana mereka juga selain dibayar gaji bulanan akan diberi imbuhan insentif berdasarkan kepada penghasilan dari aktiviti yang dilakukan.
Teknik Fertigasi gantung yang dilakukan di TKPM ini melibatkan seramai 3 peserta dengan keluasan keseluruhan 15 hektar pada setiap musim penanaman. Pemerhatian penulis mendapati cara tanaman ini sesuai dikawasan ini yang agak rendah dan sering dilanda banjir pada musim hujan daripada November - Januari setiap tahun. Pada masa inilah akan berlaku banjir dikawasan rendah. Fertigasi gantung dapat menyelamatkan tanaman. Kaedah ini juga didapati cepat berhasil dan kurang diserang penyakit 'soil borne disease'. Jangkamasa penanaman dan penuaian dalam sistem fertigasi gantung ini lebih singkat berbanding dengan kaedah penanaman cara konvensional. Ini kerana air baja dan nutrient yang dibekalkan mencukupi dan bilangan pokok 2-3 batang membolehkan ia cepat berhasil. Petani disini kebanyakannya membancuh sendiri baja Set A dan Set B dimana bahan asas baja fertigasi ini dibeli daripada Cameroon Highland. Satu polibeg yang ada tahan untuk dua kali penanaman jika dijaga dengan baik. Bahan media tanaman yang ada didalamnya akjan ditambah dan dimasukkan benih baru iaitu untuk tanaman seperti Kacang Panjang, Petola, Timun dan peria. Bagaimana pun fertigasi gantung untuk tanaman cili hanya menggunakan media tanaman dan polibeg untuk satu kali pusingan sahaja.
Dalam penulis melihat tanaman fertigasi gantung dengan cili (Capsicum annum) didapati kaedah penanaman iini agak kurang kes serangan Kerinting Daun. Setiap polibeg ini ditanam dengan 1-2 batang benih cili dan diberikan dengan air baja melalui paip yang diberikan setiap beg. Kkebuh di Plot 7 yang berumur 3.5 bulan ini masih berbuah dengan kiraan sekitar 15-25 biji sepokok (Sila lihat foto disebelah). Apa yang menarik perhatian penulis apabila diantara blok tanaman sayuran fertigasi gantung ini dipasang jaring kalis serangga setinggi 12 kaki. Tujuan pemisah ini sepanjang sempadan adalah untuk mengelakkan pergerakkan serangga perosak daripada sati blok penanaman keblok yang lain. Walau pun kaedah ini belum ada kajian saintifik yang dijalankan tetapi daripada testimoni petani dan pekerja ladang mendapati perkara ini amat berkesan. Memang benar apabila penulis mendekati dinding ini dimana terdapat serangga seperti kutu aphids, pianggang, tebuan, kelulut, lebah keran, rama-rama, lalat buah dan sebagainya. Kemungkinan kaedah pemasangan dinding pemisah ini boleh dibuat kajian saintifik dengan beberapa kaedah amalan agronomi. Kaedah tanaman sayur di TKPM Pulau Manis dengan cara Fertigasi Gantung didapati amat sesuai dengan kawasan dan kemahiran yang ujud disini. Semuga pembaca semua mendapat info berguna daripada artikel kali ini. Wasallam!!!.
CARA FERTIGASI ...AMALAN DISITU...
TKPM PULAU MANIS... TERBUKTI JITU...
TANAMAN SUBUR... BERKUALITI TENTU...
DIJADIKAN CONTOH... INOVASI BARU...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TKPM Pulau Manis,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(8 Muharram 1438H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.