Support My Blog

Monday, October 17, 2016

BUAH KIWI - KENALI DAN KHASIATNYA



BUAH KIWI atau Kiwi Fruit (Actinidia deliciosa) adalah sejenis buah yang sinonim dengan Negara New Zealand dimana buah ini menyerupai bentuk buah Ciku (Manikara sapota). Buah ini juga dipanggil sebagai Kiwifruit, Chinese Gooseberry dan Yan-Tao dan dipercayai natif dari Asia termasuk negara China. Apa yang saya buat rujukan dengan buku, buah kiwi ini mempunyai sebanyak 40 spesis yang telah direkodkan dan telah dibawa oleh saintis ke New Zealand pada tahun 1906 sebelum dikomersilkan di negar tersebut dengan varieti besar jenis 'Hayward'. Merujuk kepada buku bertajuk 'Temperate dan Sub-Tropical Fruit Production' karangan David Jackson & Norman Looney terbitan CABI menyatakan buah Kiwi variety 'Hayward' kini merupakan varieti komersial terbanyak ditanam d New Zealand, Chile, China, USA , Perancis, Greece, Jepun dan Korea selain daripada varieti 'Zespri'. Varieti Zespri menguasai sekitar 20% pasaran dunia. Pengeluaran buah kiwi dunia sekitar 1.4 juta metik tan dalam setahun. Program pembiakan benih buah kiwi merupakan proses yang aktif sehingga menghasilkan lebih dari 40 varieti. Pokok Kiwi sesuai ditanam dikawasan suhu temperate dimana ada suhu musim panas mencukupi. Tanaman ini adalah jenis menjalar (trailing) dengan panjang batang pokok (deciduous vine) sekitar 9 meter dengan kayu sokongan. Lebar daun kiwi yang membesar sehingga bersaiz 20 cm lebar. Pokok kiwi ditanam dengan menggunakan kayu sokongan (Lihat foto sebelah) seperti juga menanam buah anggur dan markisa. Bahan tanaman lazimnya daripada keratan batang dari bahagian lembut atau sederhana lembut. Keratan berukuran 10 -15 cm panjang mesti mempunyai mata tunas dan disemai dalam nurseri selama 3 - 4 minggu. Apabila berakar dipindahkan kedalam polibeg atau tray sehingga berumur 1 tahun sebelum dipindahkan keladang tanaman kiwi. Jarak tanaman disyorkan adalah 5 meter diantara barisan dan 5.5 - 8.0 meter dalam barisan pada kayu sokongan setinggi 1.8 - 2.0 meter. Diantara masaalah serangan perosak adalah seperti Ulat Pengulung Daun, Greedy scale, Kutu Thrips, Passionate Hooper dan juga Cacing Akar semantara penyakit reput akar menyerang jika saliran kurang baik. Artikel malam ini saya menulis mengenai buah kiwi dan khasiatnya dalam 'Anim Agro Technology' untuk bacaan dan rujukkan anda semua.

Pokok Kiwi adalah jenis Dioceous dimana bunga betina dan bunga jantan keluar berasingan. Proses pendebungaan dilakukan oleh angin dan paling berkesan dengan serangga terutamanya lebah madu. Lazimya sebanyak 8 haif/hektar disyorkan untuk pendebungaan kiwi dimana kadar bunga bentina:jantan paling sesuai pada kadar 1:3 atau 1:8. Bunga lazimnya keluar pada hujung musim bunga dan buah akan masak pada musim luruh atau awal musim sejuk. Varieti Hayward akan mula berbuah 2-4 tahun selepas ditanam semantara varieti Zespri lebih cepat iaitu 1 - 2 tahun selepas ditanam. Buah akan dipetik apabila pasti mengandungi 10% 'soluble solid' didalamnya untuk memberikan rasa paling baik. Pokok kiwi mampu bertahan sehingga umur 50 tahun seperti pokok anggur dengan penjagaan yang baik. Kaedah memetik buah kiwi dengan menggunakan tangan dan dikumpulkan didalam bekas sebelum dibuat penggredan. Anggaran hasil buah kiwi varieti Hayward adalah sebanyak 6 mt/ha (umur pokok 3 tahun) menungkat kepada 20 mt/ha (5 tahun) dan sebanyak 30 mt/ha (umur pokok 8 tahun). Bagi varieti Zespri pula anggaran pengeluaran hasil adalah sebanyak 20 mt/ha (3 tahun) meningkat kepada 30 mt/ha (5 tahun) dan sebanyak 45 mt/ha (8 tahun). Wow! memang tinggi hasil buah kiwi yang mampu dihasilkan. Buah ini tahan sehingga 6 bulan dalam simpanan pada suhu 1.6 darjah Celsius untuk pasaran ekspot.

Pernahkah anda makan buah Kiwi?. Pada penulis kebanyakan penduduk bandar mesti kenal buah ini yang bentuk dan warnanya menyamai buah Ciku (Manikara sapota). Selain daripada bentuk, warna dan saiznya, ia memang hampir serupa buah ciku yang ada di negara kita (Sila lihat foto disebelah). Buah ini memiliki bentuk yang mirip dengan buahciku atau Sawo (Nama ciku di Indonesia) iaitu berwarna coklat dimana isinya berwarna hijau terang dan boleh dimakan segar selepas dikopek kulitnya. Selalunya buah ini dijadikan salad buah, airkrim atau sebagai hiasan kuh tertentu sahaja. Dalam beberapa rujukkan mengenai pasaran buah kiwi, terdapat dua jenis buah kiwi yang popular dipasaran antarabangsa iaitu KIWI HIJAU (Green Kiwi Fruit) dan KIWI KUNING KEEMASAN (Golden Kiwi Fruit). Jenis hijau bagaimana pun lebih popular dipasarkan dan dijumpai di Malaysia. Buah Kiwi dipercayai berasal dari negara China dan diperkenalkan ke New Zealand pada tahun 1906. Sekarang dilaporkan sudah ada 10 varieti buah Kiwi yang ditanam di hampir seluruh dunia seperti di Perancis, Itali, Sepanyol, USA, Afrika Selatan dan Rusia. Buah Kiwi ini dikenalpasti sebagai mengandungi vitamin C terbesar jika ia dibandingkan dengan buah-buahan lain. Kandungan nutrisi buah kiwi bagi setiap 100 gram adalah seperti Protein (0.99 gram), Air (83,05 gram), Karbohidrat (14.88 gram), Kalori (61 kcal), Abu ( 0.64 gram), Lemak (0.44 gram), Magnesium (30 mg), Fiber (3.4 gram), Besi (0.41 mg), Vitamin C (75.0 mg), Potassium - K (332 mg), Vitamin A (9 mcg), Calcium (26 mg), Phosphorus - P (40 mg), Niacin (0.500 mg), Vitamin A (175 iu), Retinol (0 mcg), Sodium (5 mg), Thiamin (0.020 mg), Kolesterol (0 mcg) dan Riboflavin (0.050 mg). Buah Kiwi juga mengandungi bahan Actinidin, Enzim Semulajadi yang dapat mengatasi sembelit. Asid Askobiknya mampu melindungi tubuhbadan dari demam dan sakit persendian.

Khasiat Buah Kiwi daripada beberapa laporan mendakwa mempunyai banyak kebaikan. Ia boleh dimakan terus atau enak jika dibuat jus buah kiwi (Sila lihat foto disebelah). Kepada mereka yang menghadapi masdsalah tekanan darah tinggi (Hypertension) dengan makan buah Kiwi mengandung kalium yang dikenal sebagai mineral mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Bahan Kalium dalam buah kiwi adalah penting untuk menjaga fungsi otot dan gerak reflek sistem saraf. Kalium juga berperanan menjaga keseimbangan air di dalam tubuh.
Buah Kiwi sangat kaya kandungan antioksidan. Kandungan bahan seperti Polifenol, Karotenoid, Enzim Danenzim akan membentuk antioksidan yang akan mengawal radikal bebas yang masuk dalam badan dan kesannya tubuh lebih sihat dan dapat terhindar dari banyak penyakit. Rawatan bagi tujuan kesihatan mata sesuai dengan ambil buah kiwi. Ini kerana ia mengandung bahan Lutein dan Beta Karoten yang sangat berguna untuk menjaga kesihatan mata. Kepada sesiapa yang ada masaalah pencernaan (Buang Air) adalah disyorkan makan buah kiwi kerana dengan bahan kandungan serat yang tinggi maka buah kiwi akan dapat membantunya. Jika ada kes buang air besar tidak teratur atau kembung perut sebaiknya anda mendapat atasi dengan mengambil buah kiwi secara teratur. Bagi wanita hamil jik makan buah kiwi yang kaya dengan Asid folate yang baik dapat mencegah cacat pada bayi ketika lahir pada otak atau saraf tulang belakang. Buah Kiwi juga dapat membantu mengatasi kekurangan zat besi. Bagi tujuan untuk menjaga jantung makan buah kiwi yang mengandungi mineral kalsium sama seperti buah pisang dapat membantu mengawal isu tekanan darah tinggi dan hindarkan sakit jantung. Ia juga didakwa akan mengurangkan risiko Alzheimer sehingga kepada tahap 50%. Itulah beberapa manfaat buah Kiwi yang sangat baik untuk kesihatan. Walau pun ia buah import yang mahal tetapi mudah dibeli di pasaraya. Pada penulis makan buah ciku dan buah-buahan tempatan lain juga setanding dengan buah kiwi. Makan buah-buahan tempatan yang mempunyai sijil MyGAP adalah selamat dan berkhasiat kepada semua. Wasallam!!!.

BUAH KIWI... MACAM CIKU BENTUKNYA...
BUAH DIIMPORT... NEW ZEALAND DAN CHINA...
BANYAK KHASIAT... ITU PROMOSI SAHAJA...
BACA ARTIKEL... FIKIR BUAH TEMPATAN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kedai RM2 Bandar Kemaman,
Kemaman, Terangganu,
Terengganu.
(16 Muharam 2016)
- Cuti rehat tapi tidak cuti menulis artikel!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...