Support My Blog

Sunday, October 2, 2016

PEROSAK TERNAKAN KELULUT (Part 1)

TERNAKAN KELULUT (Heterotrigona spp) merupakan satu industri dalam bidang pertanian yang berkembang pesat di Malaysia semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Kelulut atau lebih dikenali sebagai 'Stingless Bee' mampu menghasilkan madu kelulut yang mempunyai nilai permakanan dan juga nilai perubatan tinggi dimana ia telah menarik minat ramai usahawan baru terutama golongan muda. Kini Madu Kelulut telah dijadikan 'ikon' oleh kerajaan Malaysia sebagai 'SUPER FOOD MALAYSIA' sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada September 2016 di MAEPS, Serdang, Selangor. Khasiat dan kehebatan madu kelulut membolehkan ia dijadikan sebagai prosuk yang boleh di ketengahkan diperingkat global kelak. Walau pun kelulut secara semulajadi banyak terdapat dikawasan hutan dan belukar serta dipersekitaran kampong yang mempunyai makanan, kini ia telah disesuaikan teknologi penternakannya dengan menggunakan 'Kotak Madu' yang boleh diletakkan dibahagian atas log kayu untuk memudahkan ianya dituai madu. Teknologi ini bagaimana pun mendedahkan kotak kelulut kepada serangan perosak yang mampu menyerang keseluruhan koloni kelulut. Akviti menternak kelulut secara komesil melibatkan berpuloh log kayu, beratus malahan terdapat usahawan yang mempunyai ribuan koloni. Ianya memerlukan pengawasan dan pemantauan rapi untuk setiap log kelulut agar tidak diserang oleh persoak seterusnya boleh menyebabkan kerugian besar. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 8 jenis perosak kelulut yang perlu diketahui dan diawasai oleh penternak kelulu di Malaysia.


(1) BLACK SOLDIER FLY (BSF)
Perosak ini merupakan antara perosak yang paling teruk menyerang koloni kelulut di Malaysia setakat ini. BSF (Hermitia illucens) adalah serangga berwarna hitam dari keluarga Stratiomydae dalam order Diptera sebenarnya adalah serangga berfaedah sebagai 'Decomposer'. Keseluruhan kitaran dari telur hingga dewasa mengambil masa lebih kurang 40-43 hari. Peringkat Telur selalunya selama 4 hari dimana ia seekor BSF matang mampu bertelur sebanyak 500- 900 biji. Ia selalu bertelur berdekatan bahan mereput atau bahan organik. Mampu untuk bertelur pada suhu melebihi 26 ° C dan pada tahap kelembapan yang tinggi (≥60%). Peringkat larva selama 13-18 hari merupakan peringkat dimana ia merosakkan sarang kelulut dengan 5 instar (Sila lihat foto disebelah). Ia juga kemudian menjadi pupa selama 17 hari dan dewasa hanya 5-8 hari dan mengawan 2 hari selepas muncul. Kerosakan oleh larva menyebabkan koloni kelulut akan musnah akhirnya dan sukar untuk diselamatkan.

(2) KuMBANG PENDEBUNGA
Kumbang Pendebunga (Haptoncus luteolus) juga dikenali dengan nama Yellow-brown sap atau Pineapple sap atau Souring Beetle dari keluarga Nitilunidae dari order Coleoptera. Kumbang halus ini keseluruhan kitaran hidup jika menyerang koloni kelulut dengan memakan polen madu dan mampu untuk bertelur di kayu sarang. Lazimnya ia akan bertelur dengan mengambil masa 2-4 hari sebelum menetas. Kemudian peringkat larva kumbang ini akan menetas dan menyerang madu dan akan mengambil masa 2 minggu untuk matang. Apabila larva kumbang ini telah matang maka ia akan mengorek ke dalam kayu sarang untuk menjadi pupa. Peringkat dewasa hidup dalam 2 minggu tanpa makanan dan boleh mencapai sehingga 2 - 5 generasi setahun (Sila lihat foto disebelah). Kumbang ini tertarik dengan bau masam pada madu lebah dan juga cuka epal. Saiz yang kecil pada kumbang dewasa ini membolehkan ia masuk kedalam koloni kelulut melalui coorong pintu masuk kelulut.


(3) LALAT FORID
Lalat Forid daripada keluarga Phoridae mempunyai 4 genus iaitu Aenigmatinae, Melopininae, Phorinae dan Sciadocerinae dari order Diptera. Lalat Forid juga selalu dipanggil sebagai 'Lalat Bongkok' kerana benti badannya yang membongkok. Ia sering mengunjungi buah-buahan yang masak berguguran diatas tanah (Sila lihat foto disebelah). Lalat ini juga mampu menyerang sarang kelulut. Lalat forid dewasa mampu bertelur sehingga 100 biji seekor pada sarang kelulut dan apabila larva menenas akan merosakkan sarang kelulut tersebut. Buat sanitasi kebun dengan baik untuk elakkan serangan lalat forid ini.


(4) KUPU-KUPU LILIN
Kupu-kupu Lilin (Achroia grisella) juga dikenali dengan nama Lesser Wax Moths adalah serangga perosak agak berlainan kerana memasukki log kelulut pada waktu malam. Kupu-kupu memang serangga yang aktif pada waktu malam berbanding dengan rama-rama (Butterfly) yang hanya aktif pada waktu siang. Kupu-kupu Lilin dewasa yang berwarna putih ini akan bertelur pada sarang kelulut (Sila lihat foto disebelah). Apabila larva menetas maka ia akan memakan lilin yang terdapat pada sarang kelulut dan menyebabkan kerosakkan.
Artikel ini bersambung pada Part 2. Wasallam!!!. 
MENTERNAK KELULUT...ADA CARA...
LOG KAYU... KOTAK SUPER ATASNYA...
BANYAK HASIL... PEROSAK JUGA ADA...
MEMBACA ARTIKEL...TAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Kelulut,
Pusat Pertanian Tanah Putih,
Jalan Pekan-Kuantan,
Pekan, Pahang, Malaysia.
(28 Zulhijjah 1437H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...