Support My Blog

Sunday, November 10, 2013

VARIETI - RAMBUTAN (Part 3)


RAMBUTAN (Nephelium lappaceum Linn) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Buah rambutan ini di percayai berasal dari nama " Buah dan Rambut" yang mempunyai isi dan biji dan dimakan segar atau diproses. Di Malaysia seluas 24,749 hektarkeluasan tanaman rambutan dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan direkodkan pada tahun 2009 dan meningkat kepada 26,946 hektar dengan pengeluaran sebanyak 86,085 metrik tan pada tahun 2010. Negeri2 pengeluar utama rambutan seperti Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Stastitik Jabatan Pertanian menunjukkan pada tahun 2009 dan 2010 kawasan diDaerah Larut Matang/Selama di Perak paling luas kawasan tanaman rambutan iaitu seluas 846 hektar diikuti dengan Daerah Kuala Kerai Kelantan (654 ha) dan Daerah Dungun Terengganu (473 ha). Di Johor pula seluas 2,354 hektar di tanam pada 2009 dimana paling luas di tanam di Daerah Muar (428 ha) diikuti Daerah Mersing (409 ha), Daerah Kota Tinggi (400 ha) dan Segamat (350 ha). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai banyak varieti rambutan yang ada di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan.

Pokok rambutan bersaiz sederhana (10-18m tinggi) dan kanopi daun agak padat. Daun-daunnya jenis majmuk pinat, mengandungi dua hingga empat pasang anak daun yang tersusun berselang pada rakis. Bunganya dikeluarkan dalam jambak di hujung ranting dan juga di sisi. Jambak bunga ini tegak tetapi bercabang-cabang. Bunganya kecil, berbulu halus dan berwarna kehijauan. Pokok jantan hanya mengeluarkan bunga jantan atau staminat. Kebanyakkan pokok rambutan adalah hermafrodit. Pokok hermafrodit sahaja yang akan mengeluarkan bunga untuk menjadi buah. Buah rambutan berbentuk bulat atau lonjong sedikit. Buah muda berwarna hijau tetapi yang masak berwarna merah cerah atau kuning mengikut varieti. Kulitnya agak tebal diselaputi bulu-bulu lembut. Isi yang dimakan berwarna putih jernih atau putih kekuningan, lembut dan berair. Bijinya bujur panjang atau elips dan berwarna perang pucat diselaputi oleh lapisan kulit ari yang agak kasar.


Jadul 3 diatas menunjukkan terdapat 24 varieti daripada sebanyak 64 varieti Rambutan telah didaftarkan di Jabatan Pertanian. Terdapat sebanyak 3 varieti yang masih belum didaftarkan dan telah ditanam di stesen-stesen pertanian, kebun individu, syarikat swasta dan sebagainya. Sehingga kini, hanya 10 varieti yang disyorkan dan dikomersilkan iaitu R134, R156(Muar Gading), R160 (Khow Thow Bak), R162 (Oh Heak), R167 (Chai Thow Chin), R168 (Che Embong), R170 (Lychee), R185 (Lekang Nyior), R191 (Anak Sekolah atau Rong Rien) dan R193 (Deli Baling). Walau bagaimana pun, varieti R156 (Muar Gading), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling) adalah popular ditanam. Jadual 3 juga menunjukkan kebanyakan varieti rambutan yang disyorkan ada dalam senarai. Tiga varieti rambutan yang belum didaftarkan tetapi ada ditanam dalam stesyen pertanian atau individu adalah R197 (Jangan keliru dengan D197 - Varieti durian Raja Kunyit atau Musang King), Varieti Jarum Mata dan Varieti Kacang Goreng. Varieti Rambutan Deli Baling (R193) merupakan satu varieti popular (Sila klik disini untuk rujukkan artikel berkaitan). Buah Rambutan Deli Baling mempunyai kulit yang berwarna merah (kod warna R45A) dengan bentuknya yang Ovat (ovate). Secara mata kasar agak sukar hendak kenal buah rambutan varieti ini dengan varieti-varieti lain yang mempunyai warna dan bentuk yang hampir serupa. Panjang buah adalah sederhana iaitu 4.68 cm dan lebarnya juga sederhana (3.8 cm). Dari segi perbandingan saintifik antara panjang buah dengan lebar buah adalah 1.23:1. Jika dilihat foto diatas kita akan dapat lihat tebal kulit buah rambutan Deli Baling adalah dikira Sederhana. Saiz bulu rambutan ini sederhana iaitu tidak terlalu panjang atau tidak terlalu pendek dibandingkan dengan varieti lain. Warna pangkal bulunya juga Merah (kod warna R46A) dan hujungnya agak kehijauan dengan tekstur bulu yang sederhana lembut. Lapisan isi pulpanya adalah berwarna Krim dengan ketebalannya juga sederhana.

Isi buah rambutan Deli Baling adalah berwarna Krim yang pejal dan mempunyai ketebalan sederhana (Lihat foto dikiri). Permukaan luar isi sederhana licin dan merupakan sejenis varieti rambutan yang SANGAT MANIS dengan bacaan kemanisan sebanyak 24 % (Brix meter). Kajian juga mendapati kandungan asid adalah sangat rendah dan buah varieti ini juga kurang berair. Paling istimewa tentang buahnya adalah kerana ia sejenis buah rambutan yang LEKANGatau di kampong saya dipanggil sebagai Buah LONGKAH. Apabila dimakan isinya mudah terpisah daripada bijinya. Kadar kelekatan testa pada biji buah adalah pada tahap 'sederhana melekat'. Saya dulu memang suka makan rambutan jenis ini tetapi sekarang dah kurang kerana susah nak dapat yang free lagi. Artikel lain yang berkaitan ada pada part 1 dan Part 2. Wasallam.


VARIETI RAMBUTAN ...67 SEMUANYA...
64 DIDAFTARKAN... 3 LAGI BAGAIMANA...
10 DISYORKAN... VARIETI YANG MANA..
KALAU HENDAK KENAL ...BERTANYA...

By,M Anem
Senior Agronomist ,
Stesyen Pertanian Tarat, 
Serian, Sarawak, 
Malaysia.
(17 Ramadan 143H)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...