PENGURUSAN DALAM KOLONI Lebah mellifera (Apis mellifera) merupakan satu aktiviti penting didalam menternak lebah madu. Lebiah A. mellifera adalah sejenis lebah dari Eropah yang telah dibawa masuk ke Malaysia semenjak tahun 1976 oleh Jabatan Pertanian. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lebah tempatan yang mampu menghasilkan madu seperti Lebah Keran (Apis cerana) dan Lebah Tualang (Apis dorsata) walau pun pengeluaran masih rendah dan tidak menentu. Daripada pembacaan dan pengalaman penulis, terdapat 8 spesis lebah yang terdapat dinegara ini yang perlu di'explore' lagi termasuk terkini yang mendapat perhatian iaitu Lebah Kelulut (Trigona spp). Saya mula kenal dengan lebah madu semenjak awal 1980'an semasa saya mula bertugas di Melaka dan aktif dalam mengembangkan ternakan lebah keran dikawasan tanaman kelapa. Kini benyak pokok kelapa dikawasan Merlimau, Melaka yang telah ditebang dan digantikan dengan pokok kelapa sawit dan menjadi kawasan perumahan dan kawasan kilang. Agaknyapenternakan lebah madu dikawasan tersebut semakin kurang sesuai. Artikel subuh ini saya terpanggil untuk menulis beberapa teknologi pengurusan dalam koloni bagi jenis Lebah Mellifera atau jenis lebah lain yang sesuai dalam "Anim Agro Technology" untuk rujukkan dan bacaan anda.
Pengurusan Dalam Koloni lebah madu perlu dijalankan mengikut jadual atau megikut keperluan. Lazimnya paling sesuai adalah sekitar sekurang-kurangnya 7 hari sekali. Bagaimana pun saya dapati kekerapan memeriksa haif lebah madu disesuaikan dengan tujuan peperiksaan seperti membuat persiapan untuk mengalih atau pindahkan haif, berlaku bencana alam dan sebagainya. Apa yang sering dilakukan dalam pengurusan dalam koloni lebah ada 6 aspek yang perlu diperhatikan. Perkera tersebut adalah (1) Populasi Lebah (2) Taburan Telur dan Anak dalam Kom (3) Kehadiran Sel Ratu (4) Keadaan Kom (5) Penyimpanan madu dan debunga dan (6) Kehadiran Perosak dan Penyakit. Kemahiran kita untuk melihat kesemua 6 aspek tersebut boleh menentukan kejayaan didalam menternak lebah madu yang menguntungkan. Kalau anda seorang yang baru hendak menceburi aktiviti perusahaan lebah madu, sebaiknya pergi kurus dahulu dan dapakan seberapa banyak maklumat , teknologi dan pengalamanhands-on mengenai pengurusan lebah madu daripada pihak tertentu.
5) PENYIMPANAN MADU AN DEBUNGA
Koloni lebah perlu diperiksa untuk dipastikan sentiasa mempunyai simpanan madu dan debunga yang mencukupi sepanjang masa kerana ia akan mempengaruhi populasi koloni. Jika stok simpanan madu disimpan dalam kom telah banyak, maka kita boleh ambil sebagai hasil ternakan lebah. Madu boleh diambil setelah kita pasti ianya adalah 85% matang didalam kom. Ini dapat kita lihat apabila sel madu tersebut telah ditutup sepenohnya dengan tutup warna keputihan (Sila lihat foto sebelah). Madu matang mengandungi air yang sangat rendah. Jika koloni lebah langsung tidak mempunyai stok madu, kita perlu sediakan nektar tambahan kepada koloni tersebut untuk hidup. Jika ada bekalan sumber debunga yang banyak, pasangkan perangkap debunga dipintu masuk haif. Kumpulkan debunga tersebut dan keringkan sebelum disimpan ditempat sesuai. Debunga tersebut boleh digunakan sewaktu kekurangan sumber debunga diluar. Kita juga boleh beli sumber debunga daripada pembekal yang ada.
6) KEHADIRAN PEROSAK DAN PENYAKIT
Dalam beberapa pemerhatian yang saya buat, didapati terdapat 3 jenis perosak yang utama menyerang lebah madu Melifera di Malaysia. Perosak tersebut adalah Kutu (Varroa jacobsoni), Tebuan (Vespa tropica deusta) dan Burung (Merobs spp). tanda serangan kutu adalah apabila terdapat lubang kecil pada penutup pupa pada kom (Sila lihat foto sebelah). Gunakan 'mite strip' untuk mengawal kutu terutama jika serangan pada tahap serius yang boleh dibeli dari pembekal. Bagaimana pun kita juga boleh ambil kom tersebut dan keluarkan atau musnahkan terus. Kawalan burung dan tebuan dijalankan dengan menembak burung atau pasang perangkap sementara musnahkan sarang tebuan dikawasan ternakan. Lain-lain perosak yang mungkin menganggu adalah seperti Tikus (Rstus ratus spp), Semut (Ants), Ulat Lilin , ternakan lembu dan juga manusia.
Penyakit yang sering dijumpai dalam penternakan lebah di Malaysia adalah seperti European Foulbrood (Disebebkan oleh bakteria) dan Chalk Brood (Disebabkan oleh kulat). Serangan penyekit European foulbrood ini dikesan apabila terdapat anak-anak lebah yang mati didalam kom. Kesan serangan penyakit chalk brood pula didapati bila anak-anak lebah yang mati menjadi keras dan diselaputi oleh 'fruitin bodies' (Sila lihat foo disebalah - bawah). Selaput ini dikenali sebagai sejenis kulat Ascophaera apis yang menyerang. Serangan ini dapat dikurangkan dengan mengekalkan populasi lebah yang sentiasa tinggi dan penggunaan bahan kimia adalah tidak digalakkan sama sekali.
Sila baca artikel Part , 2 ,3 ,4 ,5 dan lain-lain. Wasallam!
MENTERNAK LEBAH... ADA CARANYA...
LEBAH IMPOT... BAIK POTENSINYA...
KEMAHIRAN MENTERNAK...DIJANA...
HASIL LEBAH KELUAR... KITA BAHAGIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah,
Kg Permatang, Bukit Katil,
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(19 Muharam 1435H)

Madu lebah matang untuk dikutip. |
LEBAH IMPOT... BAIK POTENSINYA...
KEMAHIRAN MENTERNAK...DIJANA...
HASIL LEBAH KELUAR... KITA BAHAGIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Ternakan Lebah,
Kg Permatang, Bukit Katil,
Melaka Tengah,
Melaka, Malaysia.
(19 Muharam 1435H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.