DURIAN (Durio zibethinus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang sangat popular di Asia khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Buah durian ini hanya dikenali oleh orang-orang barat semenjak zaman kolonial Belanda sekitar tahun 1912 dimana, walau pun ada diantara mereka yang mengatakan bau durian itu busuk (Skunk of the orchard) tetapi durian mempunyai rasa sangat sedap (Morstesen and Bullard , 1964). Sehingga kini pun, buah durian dihalang untuk dibawa masuk kedalam bilik hotel kerana baunya yang kuat akan menganggu penghuni hotel yang lain akibat edaran udara di dalam sistem berhawa dingin. Saya dapati kebanyakan hotel di Malaysia, Indonesia dan Thailand membuat peraturan dan papantanda menghalang buah durian dan Manggis untuk dibawa masuk kedalam bilik penginapan. Durian akan menyebabkan ada bau durian yang kuat dalam hotel sementara getah manggis boleh sebabkan warna hitam yang merosakan cadar tilam atau langsir dalam hotel. Artikel subuh Ahad ini saya bertenaga untuk menulis dalam 'Anim Agro Technology" mengenai senarai varieti durian yang ujud dinegara kita untuk bacaan anda berdasarkan kepada buku rujukan yang saya buat kajian.
Durian merupakan tumbuhan natif dari kawasan di Malaysia dan juga Thailand tetapi kini telah disebarkan ke kawasan lain seperti di Sri Lanka, Selatan India, Myanmar, Vietnam, Filipina, New Guinea dan kini telahb banyak di tanam di Australia Utara. Di Malaysia sahaja terdapat seluas 104,655 hektar tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2011 dengan penghasilan sebanyak 300.47 juta metrik tan yang bernilai RM 1.40 billion. Terdapat banyak spesis durian dan jenis yang popular ditanam adalah Durio ziberthinus Murr. . Antara spesis lain yang boleh dijumpai dibeberapa lokaliti seperti di Borneo, Indonesia dan Thailand adalah seperti durian dinamakan sebagai Lai (Durio kutejensis), Keratongan (Durio oxleyanus - Hairy durian) ,Tabelak (Durio graveolens - Red Durian) dan Lahong (Durio dulcis - Durian berbau kuat). Spesis tersebut adalah spesis yang jarang kita jumpa. Durian dalam pengkelasan adalah dibawah Order Malvales iaitu dalam Keluarga Bombaceae. Keluarga Bombaceae mempunyai 200 spesis dimana genus Durio mempunyai 28 spesis yang mana 19 spesis daripadanya terdapat di kepulauan Borneo. Banyak tu! . Daripada 19 spesis tersebut, didapati sebanyak 14 spesis terdapat di Sabah dan 16 spesis di Sarawak (Abang Mokhtar, 1991). Adakah spesis-spesis liar ini telah diambil orang luar negara dan digunakan untuk program pembiakbakaan durian oleh negara lain ?.
Jadual diatas menunjukkan 28 varieti durian (Dari D172 hingga D128) yang telah didaftarkan di negara kita yang boleh dibuat rujukkan. Pendaftaran varieti durian pada senarai ke 101 adalah D172 (Durian Botak) dari Johor dan varieti terakhir didaftar adalah ke 128 iaitu D199 (Durian Bola 128) yang telah didaftarkan pada 2013. Varieti durian D182 (Bertanda merah) mungkin telah pupus akibat bencana alam, perang dunia ke 2 dan juga akibat serangan perosak dan penyakit. Senarai ini ada menyenaraikan beberapa varieti durian yang popular seperti Varieti Udang Merah (D175), Varieti MDUR (D188/ D189/ D190) dan Varieti Raja Kunyit atau nama lain varieti Musang King (D197). Varieti Udang Merah (D175) merupakan varieti durian yang premium di Pulau Pinang dimana ia mencecah harga sehingga RM 50.00 sekilogram terutama jika mendapat peminat daripada Singapura (Lihat foto sebelah). Varieti ini memang agak unik kerana mempunyai isi kemerahan yang manis dan sangat enak dimakan. Saya beberapa kali melawat kebun James di balik Pulau untuk memeriksa varieti ini dalam pertandingan hasil pertanian sempena MAHA dan HPPNK.
Pada masa ini durian varieti Raja Kunyit (D197) atau lebih popular dipromosikan sebagai 'Musang King' adalah yang paling tinggi permintaannya di Malaysia. Semua orang kini pandai minta 'Musang King' bukan nama asalnya 'Raja Kunyit' akibat promosi yang sangat yang hebat. Kajian saya di Raub dan Bentong ,Pahang dimana ia merupakan kawasan utama pengeluaran durian varieti ini mendapati anggaran harga diantara RM 10.00 - RM 40.00 sekilogram bergantung pada peringkat pengeluaran. Durian ini juga telah menembusi pasaran ekspot ke China, Hong Kong dan Singapura. Tekstur isi buah durian Musang King/ Raja Kunyit/ D197 dikatakan sebagai sederhana, begitu juga kepejalan isinya yang juga sederhana. Aroma pada isinya adlah sedikit tidak seperti durian lain yang aroma isinya kuat. Kadar isi pada berat buah adalah pada kadar 0.243 iaitu lingkunag 25% kuantum berat isi berbanding dengan berat buah. Lazimnya terdapat 4 ulas biji atau isi pada satu pangsa. Kajian juga menunjukkan peratus biji kesep bagi varieti ini adalah 70% (sangat tinggi) sementara peratus biji berisi separuh hanya 30%. Kebaikan istimewa varieti ini adalah tidak ada peratus biji penoh dijumpai (0%). Saiz biji adalah sederhana iaitu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil (Sila baca artikel Musang King seterusnya - Sila klik disini). Sila rujuk artikel ini Part 1,2,3,4 untuk maklumat lanjut. Demikianlah sebanyak 128 varieti durian dalam daftar National Listing Jabatan Pertanian yang saya paparkan untuk rujukkan dan bacaan anda. Saya ambil masa 3 bulan untuk melengkapkan penulisan ini. Wasallam!

Pokok durian besar iaitu tingginya mencapai 35- 45m tetapi pokok durian yang dibiakkan secara tampang bersaiz sederhana iaitu 10 -15m tinggi. Kebanyakkan pokok yang berasal daripada biji mempunyai banir di pangkalnya. Daun durian jenis mudah dan berbentuk bujur panjang,iaitu 6 -12cm panjang dan 2- 4cm lebar. Tangkainya bersinus dan panjangnya kira-kira 1cm. Permukaan daun berwarna hijau tua berkilat dan permukaan bawahnya berwarna keemasan. Bunga dikeluarkan dalam jambak, setiap jambak mengandungi 40-50 kuntum bunga. Kudup bunga berbentuk bulat dan ditutupi epikaliks. Kelopak bunganya lima, berbentuk sesudu dan berwarna putih kekuningan. Salut bunganya bercuping 4-6 dan bercantum dipangkal. Stamennya banyak berbentuk berkas dan benang sarinya panjang ( 3-5cm ). Dihujungnya terdapat stigma yang bulat berwarna jingga. Buah durian besar iaitu bergaris pusat 18-20cm dan bentuk bulat atau bujur panjang. Kulitnya tebal dan berduri tajam. Warna kulit hijau atau hijau kekuningan. Tangkai berbentuk silinder kira-kira 3-6cm panjang. Buah mempunyai lima pangsa di mana setiap pangsa mengandungi 1-6 ulas isi. Isinya berwarna putih kuning atau kuning keemasan. Tekstur, aroma, rasa dan ketebalan isinya juga berbeza-beza bergantung pada varieti. Bijinya bujur panjang dan berwarna perang muda hingga coklat.
Jadual diatas menunjukkan 28 varieti durian (Dari D172 hingga D128) yang telah didaftarkan di negara kita yang boleh dibuat rujukkan. Pendaftaran varieti durian pada senarai ke 101 adalah D172 (Durian Botak) dari Johor dan varieti terakhir didaftar adalah ke 128 iaitu D199 (Durian Bola 128) yang telah didaftarkan pada 2013. Varieti durian D182 (Bertanda merah) mungkin telah pupus akibat bencana alam, perang dunia ke 2 dan juga akibat serangan perosak dan penyakit. Senarai ini ada menyenaraikan beberapa varieti durian yang popular seperti Varieti Udang Merah (D175), Varieti MDUR (D188/ D189/ D190) dan Varieti Raja Kunyit atau nama lain varieti Musang King (D197). Varieti Udang Merah (D175) merupakan varieti durian yang premium di Pulau Pinang dimana ia mencecah harga sehingga RM 50.00 sekilogram terutama jika mendapat peminat daripada Singapura (Lihat foto sebelah). Varieti ini memang agak unik kerana mempunyai isi kemerahan yang manis dan sangat enak dimakan. Saya beberapa kali melawat kebun James di balik Pulau untuk memeriksa varieti ini dalam pertandingan hasil pertanian sempena MAHA dan HPPNK.
Pada masa ini durian varieti Raja Kunyit (D197) atau lebih popular dipromosikan sebagai 'Musang King' adalah yang paling tinggi permintaannya di Malaysia. Semua orang kini pandai minta 'Musang King' bukan nama asalnya 'Raja Kunyit' akibat promosi yang sangat yang hebat. Kajian saya di Raub dan Bentong ,Pahang dimana ia merupakan kawasan utama pengeluaran durian varieti ini mendapati anggaran harga diantara RM 10.00 - RM 40.00 sekilogram bergantung pada peringkat pengeluaran. Durian ini juga telah menembusi pasaran ekspot ke China, Hong Kong dan Singapura. Tekstur isi buah durian Musang King/ Raja Kunyit/ D197 dikatakan sebagai sederhana, begitu juga kepejalan isinya yang juga sederhana. Aroma pada isinya adlah sedikit tidak seperti durian lain yang aroma isinya kuat. Kadar isi pada berat buah adalah pada kadar 0.243 iaitu lingkunag 25% kuantum berat isi berbanding dengan berat buah. Lazimnya terdapat 4 ulas biji atau isi pada satu pangsa. Kajian juga menunjukkan peratus biji kesep bagi varieti ini adalah 70% (sangat tinggi) sementara peratus biji berisi separuh hanya 30%. Kebaikan istimewa varieti ini adalah tidak ada peratus biji penoh dijumpai (0%). Saiz biji adalah sederhana iaitu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil (Sila baca artikel Musang King seterusnya - Sila klik disini). Sila rujuk artikel ini Part 1,2,3,4 untuk maklumat lanjut. Demikianlah sebanyak 128 varieti durian dalam daftar National Listing Jabatan Pertanian yang saya paparkan untuk rujukkan dan bacaan anda. Saya ambil masa 3 bulan untuk melengkapkan penulisan ini. Wasallam!
DARI D1 HINGGA D199... JUMLAHNYA...
ADA YANG PUPUS... APA SEBABNYA...
PILIH YANG DISYORKAN... ADA BENIHNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Bilik 222, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(18 Ramadan 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.