Support My Blog

Friday, November 8, 2013

VARIETI - RAMBUTAN (Part 2)

RAMBUTAN (Nephelium lappaceum Linn) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Buah rambutan ini di percayai berasal dari nama " Buah dan Rambut" yang mempunyai isi dan biji dan dimakan segar atau diproses. Di Malaysia seluas 24,749 hektarkeluasan tanaman rambutan dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan direkodkan pada tahun 2009 dan meningkat kepada 26,946 hektar dengan pengeluaran sebanyak 86,085 metrik tan pada tahun 2010. Negeri2 pengeluar utama rambutan seperti Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Stastitik Jabatan Pertanian menunjukkan pada tahun 2009 dan 2010 kawasan diDaerah Larut Matang/Selama di Perak paling luas kawasan tanaman rambutan iaitu seluas 846 hektar diikuti dengan Daerah Kuala Kerai Kelantan (654 ha) dan Daerah Dungun Terengganu (473 ha). Di Johor pula seluas 2,354 hektar di tanam pada 2009 dimana paling luas di tanam di Daerah Muar (428 ha) diikuti Daerah Mersing (409 ha), Daerah Kota Tinggi (400 ha) dan Segamat (350 ha). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai banyak varieti rambutan yang ada di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan.

Pokok rambutan bersaiz sederhana 
(10-18m tinggi) dan kanopi daun agak padat. Daun-daunnya jenis majmuk pinat, mengandungi dua hingga empat pasang anak daun yang tersusun berselang pada rakis. Bunganya dikeluarkan dalam jambak di hujung ranting dan juga di sisi. Jambak bunga ini tegak tetapi bercabang-cabang. Bunganya kecil, berbulu halus dan berwarna kehijauan. Pokok jantan hanya mengeluarkan bunga jantan atau staminat. Kebanyakkan pokok rambutan adalah hermafrodit. Pokok hermafrodit sahaja yang akan mengeluarkan bunga untuk menjadi buah. Buah rambutan berbentuk bulat atau lonjong sedikit. Buah muda berwarna hijau tetapi yang masak berwarna merah cerah atau kuning mengikut varieti. Kulitnya agak tebal diselaputi bulu-bulu lembut. Isi yang dimakan berwarna putih jernih atau putih kekuningan, lembut dan berair. Bijinya bujur panjang atau elips dan berwarna perang pucat diselaputi oleh lapisan kulit ari yang agak kasar.




Jadul 2 diatas menunjukkan terdapat 20 varieti daripada sebanyak 64 varieti Rambutan telah didaftarkan di Jabatan Pertanian. Terdapat sebanyak 3 varieti yang masih belum didaftarkan dan telah ditanam di stesen-stesen pertanian, kebun individu, syarikat swasta dan sebagainya. Sehingga kini, hanya 10 varieti yang disyorkan dan dikomersilkan iaitu R134, R156(Muar Gading), R160 (Khow Thow Bak), R162 (Oh Heak), R167 (Chai Thow Chin), R168 (Che Embong), R170 (Lychee), R185 (Lekang Nyior), R191 (Anak Sekolah atau Rong Rien) dan R193 (Deli Baling). Walau bagaimana pun, varieti R156 (Muar Gading), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling) adalah popular ditanam. Jadual 2 diatas ada menunjukkan rambutan R156 (Muar Gading) yang popular (Lihat foto sebelah)Varieti Gading Muar (R156) mempunyai ciri warna isi buah Krim (Cream colour) yang pejal dan berair. Permukaan luar isi adalah pejal dengan permukaan yang licin. Kemanisan adalah sederhana dengan kadar 21%. Kajian makmal juga mendapati yang keasidan isi adalah rendah dengan isi yang sangat berair(juicy). Rambutan ini juga jenis yang sangat  LEKANG dimana mudah dipisahkan isi dengan biji tetapi kulit testanya sangat kuat melekat pada isi ketika digigit dengan mulut. Bijinya berbentuk Ovat (Ovate) dengan saiz yang sederhana dan mudah bercambah apabila cukup matang untuk penanaman. Sila baca artikel mengenai rambutan Gading Muar (R156) dalam blog saya (Sila klik disini).


Senarai varieti rambutan yang saya ssusun ini juga ada menunjukkan varieti rambutan bertanda merah (Tiada maklumat) menunjukkan varieti tersebut telah tidak dapat dikesan lagi atau mungkin pupus. Dalam semakkan di beberapa Pusat Repositori Jabatan Pertanian mendapati memang sudah tidak ada lagi varieti tersebut. Usaha perlu diteruskan bagi mencari jika ada mana-mana individu, petani, pemilik varieti yang telah dapat dikenalpasti ini. Sistem daftar juga mendapati varieti rambutan R100 - R121, R123 - R131, R135, R137, R140, R142 - R152 dan R158 tiada didalam senarai daftar. Bersambung artikel Varieti Rambutan Part 3 - (Sila klik disini). Wasallam.


Varieti Rambutan Muar Gading (R156).
VARIETI RAMBUTAN ...67 SEMUANYA...
64 DIDAFTARKAN... 3 LAGI MERANA...
10 DISYORKAN... VARITI YANG MANA..
KALAU HENDAK KENAL ... BAGAIMANA...

By,
M Anem
Senior Agronomist ,
Stesyen Pertanian Tarat, 
Jabatan Pertanian Sarawak,
Serian, Sarawak, 
Malaysia.
(17 Ramadan 143H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...