Durian merupakan tumbuhan natif dari kawasan di Malaysia dan juga Thailand tetapi kini telah disebarkan ke kawasan lain seperti di Sri Lanka, Selatan India, Myanmar, Vietnam, Filipina, New Guinea dan kini telahb banyak di tanam di Australia Utara. Di Malaysia sahaja terdapat seluas 104,655 hektar tanaman durian dilaporkan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2011 dengan penghasilan sebanyak 300.47 juta metrik tan yang bernilai RM 1.40 billion. Terdapat banyak spesis durian dan jenis yang popular ditanam adalah Durio ziberthinus Murr. . Antara spesis lain yang boleh dijumpai dibeberapa lokaliti seperti di Borneo, Indonesia dan Thailand adalah seperti durian dinamakan sebagai Lai (Durio kutejensis), Keratongan Durio oxleyanus (Hairy durian) ,Tabelak Durio graveolens (Red Durian) dan Lahong Durio dulcis (Durian berbau kuat). Spesis tersebut adalah spesis yang jarang kita jumpa. Durian dalam pengkelasan adalah dibawah Order Malvales iaitu dalam Keluarga Bombaceae. Keluarga Bombaceae mempunyai 200 spesis dimana genus Durio mempunyai 28 spesis yang mana 19 spesis daripadanya terdapat di kepulauan Borneo. Banyak tu! . Daripada 19 spesis tersebut, didapati sebanyak 14 spesis terdapat di Sabah dan 16 spesis di Sarawak (Abang Mokhtar, 1991). Adakah spesis-spesis ini telah diambil dan digunakan untuk program pembiakbaka oleh negara lain?.
Durian D99 - Kop Kecil. |
Jadual diatas menunjukkan 25 varieti durian (Dari varieti D97 hingga D121) yang telah didaftarkan di negara kita yang boleh dibuat rujukkan. Pendaftaran varieti durian D97 adalah pada tahun 1970 (Durian Foo) dari Pulau Pinang dan varieti ke 50 iaitu D121 (Durian Emas Pahang II) yang telah didaftarkan pada 1971. Dalam senarai diatas saya dapati hanya durian D99 iaitu Kop Kecil ("Kop" maknanya "Katak" oleh itu Kop Kecil adalah "Katak Kecil") adalah varieti agak popular dikalangan penggemar buah durian. Saya beberapa kali berpeluang makan durian varieti Kop Kecil yang ditanam dibeberapa Stesyen Jabatan Pertanian. Daripada kajian yang saya jalankan, banyak lagi varieti dalam senarai diatas yang masih disimpan dalam Pusat Repositori Jabatan Pertanian di dua Pusat Repositori utama di Serdang dan Ulu Paka, Terengganu serta beberapa stesyen lain. Beberapa varieti lain yang ada nama seperti Varieti Nasi Kunyit (D108), Varieti Kampan (D114) dan Varieti Durian Tembaga (D118). Sila rujuk artikel ini Part 2,3,4,5 untuk maklumat lanjut. Wasallam!...
Varieti D99 mempunyai isi tebal dan manis. |
DARI D1 HINGGA D199... JUMLAHNYA...
ADA YANG PUPUS... APA SEBABNYA...
PILIH YANG DISYORKAN... ADA BENIHNYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Ladang Repositori Durian,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(15 Ramadan 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.