Support My Blog

Monday, November 11, 2013

VARIETI - PULASAN DI MALAYSIA

PULASAN (Nephellium mutabile) merupakan sejenis buah nadir yang kini mula dikenali ramai. Pulasan merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Malaysia yang mempunyai ciri-ciri seperti Rambutan (Nephellium lappaceum). Pokok Pulasan adalah berbeza dengan buah Rambutan walau pun keduanya adalah dari keluarga Sapindaceae. Pulasan saya dapati mempunyai kata nama daripada kata "PULAS" kerana perbuatan untuk membuka buah ini adalah secara memulas buah tersebut. Pulasan adalah termasuk dalam kategori buah nadir di Malaysia. Tanaman ini dulu ditanam secara suka-suka dikeliling rumah dan mula di komersialkan sekitar tahun 1980'an di Selangor, Terengganu dan Negeri di Johor (Daerah Muar).Ddalam merujuk kepada buku ststistik Jabatan Pertanian, keluasan tanaman pulasan di Malayisa tidak khusus dinyatakan. Penulis mempunyai pengalaman menjaga dusun pulasan di Pusat Pertanian Tangkak, Johor dan melawat beberapa kebun pulasan di Muar dan Batu Pahat, Johor. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai buah pulasan yang kini mendapat perhatian beberapa petani untuk menanam secara komersil bagi dijadikan bahan rujukkan anda. 

Pokok Pulasan boleh mencapai ketinggian 5m dengan banyak cabang dan kelihatan seakan-akan pokok rambutan. Daun pulasan jenis majmuk, berselang, mengandungi empat hingga enam pasang anak daun yang berbentuk oblong hingga elips. Jambak bunga jenis panikel, bunganya kecil dan berwarna putih. Buah pulasan umumnya lebih besar dari buah rambutan. Buah-buah ini terdapat di dalam kelompok yang padat, mengandungi 3-6 biji. Perikarpa atau kulitnya tebal iaitu sehingga 0.75cm. Kulit buah berwarna merah tua keunguan apabila masak. Isinya yang putih melekat pada biji dan berair. Kebanyakkan rasa buahnya manis.




Jadual 1 diatas menunjukkan senarai varieti buah pulasan sebanyak 19 jenis dimana sebanyak 18 varieti telah didaftarkan. Bagaimana pun sebanyak 14 varieti yang telah didaftarkan telah tidak dapat dikesan maklumatnya atau terdapat proses pendaftaran yang mengelirukan dan pelbagai kemungkinan lain. Hanya varieti P1 (Pulasan Klang 1) dan P2 (Pulasan Klang 2) paling awal didaftar iaitu pada tahun 1934. Masih adakah varieti ini?. Senarai tersebut juga menunjukkan tidak ada rekod untuk pulasan varieti P9 - P21, P29 - P51, P55 - P59 dan P61 - P62. Pulasan varieti P65 (Pulasan Lee) didaftarkan pada tahun 1991 berasal dari Kedah. Saya cuma kenal pulasan P66 (Varieti Hock 94) yang merupakan varieti yang popular ditanam kerana prestasi pembentukkan buah yang baik dan rasa buah yang manis. Pulasan merupakan tumbuhan buah tropika yang merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 15-20 meter dan ukurlilit batang sehingga 30-40 cm jika tidak dicantas. Pulasan mempunyai dahan yang rimbun dan daun berwarna hijau gelap. Biasanya pembungaan aktif selepas musim kemarau dan di Johor buah mulai masak pada Jun - Ogos setiap tahun. Bunga pulasan terbentuk dihujung pucuk secara jambak dan masaalah utama bagi buah pulasan ialah Proses Pendebungaan. Kajian penulis di sekitar Daerah Muar dan Pusat Pertanian Tangkak mendapati, pokok yang tidak mempunyai sistem pengairan sempurna ketika berbunga kurang berjaya membentuk buah (Kurang dari 15% kejadian buah). Jadi untuk memberikan peratus pembentukkan buah yang tinggi (Kadar lebih 60%), saya syorkan sangat perlu dipastikan cukup baja organik dan bekalan sumber air. Sebaiknya pokok pulasan mempunyai sistem pengairan titis yang dipasang setiap pokok terutama ketika musim berbunga dan musim kering. Pulasan P66 juga kini merupakan satu-satunya varieti yang ada dijual dipasaran. Varieti pulasan yang belum didaftarkan dan masih ada ditanam adalah varieti 'Sultan' yang berlum dipastikan ciri-ciri varieti tersebut. Selamat makan buah pulasan, pulas dulu baru dimakan!. Wasallam.



WARNA MERAH ... BUAH PULASAN... 
KULIT TEBAL. ... BUKAN ALASAN...
RASA MANIS ... MAKAN SENDIRIAN...
HICK 94 (P66)... VARIETI PILIHAN...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Plot Pulasan, Pusat Pertanian Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia.
(16 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...