Support My Blog

Saturday, November 16, 2013

VARIETI - LIMAU PURUT

LIMAU PURUT (Citrus hystrix) atau juga dipanggil sebagai "Kaffir Lime" merupakan sejenis limau dari keluarga Rutaceae iaitu dari kumpulan Genus Citrus. Limau Purut dipercayai berasal dari Asia Tengara seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan Laos serta negara jiran yang lain. Pokok limau purut ditanam diseluroh dunia sebagai bahan tanaman herba atau tanaman hiasan dan ornamental dikawasan keliling keliling rumah. Keluasan tanaman limau purut di Malaysia yang saya buat kajian dengan Jabatan Pertanian tiada rekod rasmi kerana tanaman ini ditanam sebagai tanaman keliling rumah untuk kegunaan sendiri. Limau jenis ini dipanggil sebagai limau purut kerana bentuk buahnya yang mengerutu seperti purut atau seperti kulti katak puru. Selain itu bentuk daunya juga berbeza dengan limau jenis lain kerana ia seakan mempunyai bentuk 'Nombor 8'. Terdapat beberapa kajian mengenai varieti limau purut oleh beberapa saintis pertanian tetapi sehingga kini belum ada varieti khusus yang didaftarkan dibawah 'Nasional Listing Jabatan Pertanian'. Saya fikir kalau ada yang ingin bertanya saya katakan 'Varieti Lumau Purut Tempatan' sahaja. Maklumat dari beberapa sumber menunjukkan ramai petani di Johor, Kelantan dan Selangor yang menanam limau purut secara komersil tetapi ianya bercampur dengan pokok buah2an yang lain. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai dua varieti Limau limau purut untuk bacaan dan rujukkan anda.

Pokok yang kecil dan mempunyai ketinggian sehingga 5 meter. Batangnya keras, berdahan banyak dan rimbun. Pada batang terdapat duri yang keras dan tajam. Daun ovat hingga ovat-oblong dan berwarna hijau tua. Bunga berjambak di hujung dahan, berwarna putih dan berbau wangi. Bentuk buah ovoid, berwarna hijau, berkulit tebal dan menggerutu kasar. Buah rasanya masam dan daun beraroma harum. Pokoknya mudah dikenali dari struktur daunnya yang berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan. Buah limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana berbentuk seperti buah pir dan kulitnya menggerutu. Lazimnya buah limau purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis. Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.


Jadual diatas saya paparkan dua varieti Limau Purut yang masih belum didaftarkan tetapi ada di tanam di Malaysia. Saya dapati varieti liau ini hanya da dua iaitu Tempatan 1 (Varieti Daun kecil) dan Tempatan 2 (Varieti Daun Lebar). Pihak tertentu perlu membuat pencirian DUS (Distinctiness, Uniformity dan Stability) terhadap varieti Limau Purut yang ada ditanam di Malaysia untuk menentukan kesahihan varietinya. Terdapat banyak varieti limau purut mungkin di luar negara yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Limau purue banyak digunakan didalam menyedapkan makanan, dijadikan bahan untuk perubatan tradisional dan pelbagai kegunaan lain. Wasallam!

LIMAU PURUT...BELUM DAFTAR...
VARIETI SEDIKIT... CARI SUKAR...
BANYAK GUNA... JANGAN DITUKAR...
SUDAH DAPAT... HATI TERBAKAR...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Bu Seng Chong Nursery,
Sungai Abong, Muar,
Johor, Malaysia.
(19 Ramadan 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...