Support My Blog

Saturday, July 25, 2020

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA (Part 2)

CIRI-CIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA banyak bergantung kepada banyak faktur untuk difahami dan diamalkan. Kita sering melihat seseorang itu telah menjadi usahawan yang berjaya dan terkenal akan tetapi tidak ramai diantara kita yang mampu melakukannya. Ini kerana bagi menjadi usahawan berjaya perlu mengetahui akan beberapa prinsip-prinsip asas melalui didikan keluarga atau pun mempelajarinya secara formal. Usahawan (Entrepreneur) apa yang ditulis secara ilmiah adalah bermaksud memikul tugas atau mencuba. Istilah perkataan 'Usahawan' adalah ini sebenarnya adalah berasal dari Bahasa Inggeris iaitu 'Enterpreneur' atau 'Entreprendre' dalam bahasa Perancis. Usahawan ialah seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula adalah orang yang berniaga. Secara amnya, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakaan sesuatu perniagaan yang bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategi untuk terus berjaya. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang boleh diceburinya. McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement) dalam buku karangan Panos G. Piperopoulos (2012). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi Schumpeter (1934), dimana mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan kepada organisasinya sendiri. Oleh itu, usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dengan orang biasa. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan iaitu beberapa ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya untuk bahan rujukkan anda semua.


Ciri seterusnya adalah LOKUS KAWALAN DALAMAN merupakan kepercayaan bahawa peristiwa boleh dipengaruhi oleh tingkah laku peribadi dan tidak akan dipengaruhi oleh faktor luaran. Individu percaya bahawa tingkah laku seseorang individu dipandu oleh keputusan kepada peribadinya dan usaha dalaman. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi lebih bergantung kepada diri sendiri terhadap apa-apa perkara dan situasi tanpa kira baik atau tidak, kerana mereka rasa pencapaian adalah mengikut nilai yang sanggup didosakan. Tahap lokus kawalan yang tinggi akan membuatkan seseorang usahawan itu berasa yakin akan keputusan yang dibuatnya dan merasakan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang terbaik dan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Antara contoh usahawan yang memiliki lokus kawalan dalaman yang tinggi ialah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau merupakan pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs. Bermula dengan hanya 4 produk, kini D’Herbs sudah mempunyai lebih daripada 90 rangkaian produk kecantikan dan beroperasi di sebuah bangunan 4 tingkat. Seperti usahawan yang lain, Dato’ Aliff Syukri juga mempunyai masalah untuk mendapatkan modal. Permohonannya untuk mendapatkan pinjamn bank telah ditolak. Namun dikatakan semangatnya tidak pernah padam. Setelah berfikir panjang akhirnya beliau cuba mendapatkan pinjaman dari rakan-rakan terdekat dan para peserta yang pernah mengikuti bengkel kecantikan beliau. Akhirnya beliau mendapat modal yang mencukupi dan hal ini manjadi titik permulaan bagi perniagaannya naik ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan bermodalkan RM100,000 yang dikumpul dari pinjaman awal dan duit terkumpul hasil perniagaan di pasar tani selama 2 tahun, sudah cukup membantu beliau membina jenama produknya sendiri.


Ciri KECEKAPAN MASA memang dikaitkan dengan mengurus masa dengan baik dalam menjalankan aktiviti perniagaan untuk berjaya. Seseorang usahawan haruslah menjalankan sesuatu tugas atau perniagaan dengan betul, cekap, serta menepati ada. Ada juga yang mendefinisikan kecekapan masa sebagai kecekapan usahawan dalam mengembangkan perniagaannya mengikut trend semasa atau mengikuti permintaan semasa yang tinggi. Usahawan perlu pandai menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi keperluan semasa pelanggan. Salah satu contoh usahawan yang berkaitan kecekapan masa ialah Dato' Hj Ameer Ali Bin Mydin. Beliau telah mengambil alih perniagaan keluarganya iaitu Mydin Mohamed Holding Berhad yang ditubuhkan oleh ayahnya, iaitu Mydin Mohamed Bin Ghulam Hussein. Beliau menyifatkan kejayaan beliau kepada ciri-ciri kepimpinan yang berdisiplin seperti ketepatan masa, disiplin, kejujuran, dan kesederhanaan. Salah satu moto yang digunakan oleh beliau ialah “ jika tiba tepat pada waktunya, anda adalah lewat”. Beliau dikaitkan dengan ciri kecekapan masa boleh yang boleh dilihat melalui peristiwa yang telah berlaku seperti kenaikan harga barangan dan permintaan terhadap keperluan asas kehidupan seorang manusia, beliau memperkenalkan konsep jualan harga barangan pada harga yang sangat rendah dan kuantiti yang banyak.


Ciri usahawan berjaya seterusnya adalah KERJA BERPASUKAN dimana perniagaan yang menekankan semangat kerja berpasukan dan kerjasama boleh memberi kelebihan keatas kekuatan individu pekerja mereka. Sekiranya perniagaan melakukan kerja berpasukan dalam menghasilkan sesuatu produk, produk yang dihasilkan akan lebih berkualiti daripada hasil kerja individu. Kerja berpasukan boleh dipupuk dengan cara keinginan untuk mencapai kesepakatan dan melibatkan orang lain dalam membuat keputusan, berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara rakan sekerja, prihatin tentang ahli pasukan rakan-rakan, bertanggungjawab terhadap masalah dan cuba memahami pandangan orang lain. Selain itu, setiap ahli pasukan perlu memberi kekuatan dan kelebihan apabila ingin melakukan sesuatu projek supaya projek yang dihasilkan lebih cekap dan cekap serta berkualiti. Keberkesanan kerja berpasukan boleh dikecapi dengan peranan yang dimainkan oleh setiap ahli dan mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara ahli pasukan. Sebagai contoh, Erik Johson seorang pengasas permainan ‘online’ iaitu Dota 2 (Defense of the Ancient) telah bekerjasama dengan IceFrog iaitu pencipta asal Dota, Gabe Newell, pengarah pengurusan Valve Corpotation, Robin Walker, perekaTeam Fortress dan Adrion Finol, programmer. Pada asalnya, Dota hanya merupakan permainan ‘online’ dalam grafik 2D. Erik Johson telah berbincang bersama IceFrog melalui e-mel untuk memperbaharui permainan tersebut dalam bentuk grafik 3D. Selepas mendapat persetujuan untuk bekerjasama, ahli-ahli pasukan yang lain turut membantu mereka dalam melaksanakan projek tersebut serta mendapat sokongan daripada syarikat Valve Corporation. Projek dilancarkan pada13 Oktober 2010. Kesimpulannya, seseorang usahawan yang berjaya, hendaklah mempunyai ciri-ciri usahawan ini iaitu berani mengambil risiko.Perkara ini demikian kerana, dengan mempunyai cirri-ciri keusahawanan seperti ini, keuntungan syarikat akan bertambah maju dan berkembang dengan pesat, tetapi jika risiko yang diambil itu gagal, berkemungkinan besar akan menyebabkan sesebuah syarikat itu gulung tikar.  Artikel ini dibahagikan kepada 3 segment iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca keseluruhannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JADI USAHAWAN... HINGGA BERJAYA...
BANYAK CIRINYA...PERLU DILAKSANA...
SELESAI MASAALAH..TERUSKAN USAHA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Zulhijjah 1441H).

Friday, July 24, 2020

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA (Part 1)

CIRI-CIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN YANG BERJAYA banyak bergantung kepada banyak faktur untuk difahami dan diamalkan. Kita sering melihat seseorang itu telah menjadi usahawan yang berjaya dan terkenal akan tetapi tidak ramai diantara kita yang mampu melakukannya. Ini kerana bagi menjadi usahawan berjaya perlu mengetahui akan beberapa prinsip-prinsip asas melalui didikan keluarga atau pun mempelajarinya secara formal. Usahawan (Entrepreneur) apa yang ditulis secara ilmiah adalah bermaksud memikul tugas atau mencuba. Istilah perkataan 'Usahawan' adalah ini sebenarnya adalah berasal dari Bahasa Inggeris iaitu 'Enterpreneur' atau 'Entreprendre' dalam bahasa Perancis. Usahawan ialah seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan manakala peniaga pula adalah orang yang berniaga. Secara amnya, usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakaan sesuatu perniagaan yang bermotifkan keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategi untuk terus berjaya. Usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang boleh diceburinya. McClelland (1961) menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement) dalam buku Panos G. Piperopoulos (2012). Usahawan berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi Schumpeter (1934), dimana mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan kepada organisasinya sendiri. Oleh itu, usahawan merupakan individu yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan berbeza dengan orang biasa. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan iaitu beberapa ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya untuk bahan rujukkan anda semua.


Terdapat banyak ciri-ciri usahawan yang menetukan kejayaannya tetapi ada 10 yang akan dibincangkan didalam artikel kali ini. Pertama adalah PROAKTIF yang merupakan satu sikap yang positif dengan merangka dan mengawal sesuatu tindakan yang dilakukan lebih awal daripada jangkaan. Orang yang mempunyai proaktif yang tinggi akan mampu mencari peluang dan kesempatan, seterusnya mempunyai daya usaha mengambil tindakan yang tepat untuk memanfaatkan kesempatan tersebut (Siti Faizah Ismail, 2009). Lebih jauh dijelaskan bahwa proaktif adalah lawan dari reaktif. Proaktif merupakan keyakinan diri bahawa sumber segala perilaku adalah terletak pada diri manusia itu sendiri. Seseorang yang proaktif selalu memiliki tujuan, gerak maju, dan berorientasi ke masa depan. Seseorang yang proaktif tidak akan menunggu peluang datang, mereka akan mencari peluang yang dapat membantu mereka untuk melaksanakan sesuatu kerja. Mereka bertindak secara inisiatif terhadap peluang pasaran dengan membentuk sesuatu persekitaran baru. Dengan ini, firma yang dimiliki oleh usahawan yang proaktif itu akan menjadi pemimpin dalam pasaran, dan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru. Usahawan yang proaktif akan berusaha mencari maklum balas daripada pelanggannya, dan bukan sekadar menunggu pelanggannya dating membuat aduan. Apabila mendapat aduan, mereka akan bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan hati yang tenang, berusaha membaiki kelemahan yang ada, seterusnya mencapai kejayaan dalam perniagaan. Salah satu contoh usahawan yang bersifat proaktif ialah Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew, adalah seorang hartawan dari Pulau Pinang dan pengedar tunggal pertama motosikal Honda di Malaysia. Berdasarkan sejarah, beliau merupakan seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi serta formal, ini tidak menjadi halangan kepada beliau untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dengan keyakinan yang tinggi, beliau mengenalpasti satu produk yang jelas amat diperlukan oleh rakyat Malaysia, iaitu motorsikal bersaiz kecil dan ringan. Idea ini muncul apabila beliau melihat sebuah motorsikal yang bersaiz kecil dan ringan di jalan raya Bandar Osaka, Jepun. Akhirnyanya, beliau berjaya memastikan motorsikal Honda terus diminati di Malaysia.


Ciri kedua pula adalah TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA. Ini kerana jika berputus asa boleh digambarkan sebagai suatu keadaan di mana seseorang usahawan itu merasakan satu perasaan seperti tiada lagi harapan lagi untuk berjaya dan berhenti melakukan sesuatu hal (Saat Sulaiman, 2008). Hal ini demikian, sering berlaku kepada individu yang baru menceburi bidang perniagaan. Keadaan ini berlaku kepada mereka yang baru sahaja membuka perniagaan mereka, dan secara amnya, keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Menurut penglaman oleh En Wong dari Tawau, Sabah yang mencuba untuk menghasilkan buah Durian Belanda (Annona muricata) yang besar memang beliau tidak pernah berputus asa. Walau pun asalnya dia hampir berputus asa kerana banyak teknik dilakukan yang dibuat sejak pertama dan merasakan tiadanya jalan penyelesaian tetapi yang kedua dan seterusnya diharap berjaya. Diwaktu sama adalah kerana terlalu banyak kata-kata negatif yang bermain di minda, manakala yang terakhir adalah kerana letih dan penat untuk berusaha. Dalam konteks perniagaan, masalah yang sering timbul di awal perniagaan adalah modal, pelanggan dan persaingan yang sedia ada. Dalam menghadapi kesulitan ataupun masalah, janganlah seseorang usahawan tersebut cepat berputus asa atau patah semangat, sebaliknya hendaklah dia bersiapkan diri untuk membuka mata, telinga serta pemikirannya. Hal ini kerana dengan membuka mata, usahawan tersebut akan dapat melihat peluang lain yang mungkin akan timbul. Seterusnya dengan memasang telinga serta membuka pemikirannya akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya dengan membuka telinga, kita akan mendengar nasihat nasihat berguna daripada golongan tertentu seperti keluarga, kawan-kawan, dan insan-insan tersayang, manakala dengan membuka pemikiran pula, usahawan perlulah bijak untuk menyelamatkan perniagaan dengan berfikir di luar kotak, kreatif dan berinovatif. Perkara ini, hendaklah diterapkan di dalam jiwa dan hati usahawan agar mereka mempunyai sikap yang tidak mudah berputus asa demi menyelamatkan perniagaan mereka.

Ciri ke tiga adalah BIJAK DALAM MENYELESAIKAN MASAALAH dimana biasanya setiap individu baik remaja atau orang tua, semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Masalah boleh digambarkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya, masalah dalam keluarga, masaah peribadi, dan masalah di dalam perniagaan. Menurut Jauharah (1995), masalah boleh ditakrifkan sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang suatu benda, perkara hal atau keadaan. Sebagai contoh, seseorang yang membuka perniagaan di Johor Bahru perlu menghadiri satu pertemuaan yang akan menguntungkan syarikat miliknya perlu berada di Alor Star dalam masa 2 jam, dalam hal ini masalah untuk ke Alor Star adalah jarak yang melebihi 600 kilometer. Di dalam konteks perniagaan, masalah yang selalu wujud adalah pembekal, pelanggan, keuntungan, kerugiann dan muflis. Hal ini kerana, perniagaan merupakan satu sektor pekerjaan yang memakan jumlah duit yang sangat besar dan berisiko untuk gagal adalah besar jika tidak bijak mengambil peluang. Sebagai contoh Dato' Rosyam Noor yang merupakan ikon pertanian di TKPM Lanchang, Temerloh Pahang menghadapi masaalah cashflow kerana tanaman Nangka (Artocarpus heterophyllus) yang ditanam dikebun seluas 150 ekar belum berbuah. Penulis blog yang bertugas sebagai Pengarah Pertanian Pahang berbincang dengan beliau agar menanam Durian Belanda untuk diambil daunnya dijadikan teh herba sehingga berjaya menghasilkan 'Teh Durian Belanda ARDA'. Kini pokok durian belanda telah berbuah dan daunnya pula berterusan dijadikan teh herba (Sila lihat foto disebelah). Kesimpulannya pada setiap kali ada masalah yang timbul semasa aktiviti perniagaan dijalankan sebaiknya hendaklah sentiasa tenang dan terus memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dan bukan dengan berputus asa kerana setiap kesulitan pasti ada jalan keluarnya. Artikel ini dibahagikan kepada 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 untuk dibaca keseluruhannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JADI USAHAWAN... HINGGA BERJAYA...
BANYAK CIRINYA...PERLU DILAKSANA...
SELESAI MASAALAH..TERUSKAN USAHA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(2 Dzzulhijjan 1331H).

Thursday, July 23, 2020

KEHEBATAN KACANG SACHA INCI (Pt 2)

TANAMAN KACANG SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia bagaimana pun dengan capaian internet ramai orang yang mengetahu akan kehebatan minyak pati sacha inchi. Perkara ini mula 'viral' setelah pihak RISDA berjaya mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Bagaimana pun masa itu penulis blog masih kurang pasti akan semua kehebatan tanaman ini untuk ditanam secara komersil sehingga setelah bersara ada membuat banyak tinjauan teknologi dibeberapa kebun usahawan sacha inci dan pemproses kacang ini di sekitar Perak, Melaka dan Pahang. Khasiat kacang Sacha Inchi dilaporkan amat tinggi dengan kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 menyababkan produk dari kacang ini dijual dengan harga tinggi. Dilaporkan tumbuhan berasal dari negara Peru ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci' bagaimana pun telah dikomersilkan di Thailand, Vietnam dan Kemboja. Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016 (4 tahun lepas). Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya bentangkan akan khasiat dan kehebatan tanaman dan produk dari kacang sacha inci sebagai bahan rujukan semua.

Tumbuhan menjalar ini mempunyai buah dalam kapsul berukuran 3-5 cm garis pusat dengan ada 4-7 point yang berwarna hijau semasa muda dan bertukar warna coklat gelap apabila masak. Bagaimana pun apabila buahnya sudah cukup matang, ia akan terbuka sendiri dan dapat dilihat melalui bijinya dan dituai apabila buah telah betul-betul kering (Sila lihat foto disebelah).Dilihat lanjut buahnya ada 5 lobes dan ada yang mempunyai sehingga 7 lobes. Didalamnya terdapat bijinya yang berbentuk oval dengan warna coklat kehitaman berukuran 1.5 - 2.0 cm garis pusat. Ia mempunyai berat sekitar 45 - 100 gram setiap biji, mempunyai kotilidon terbuka dengan ada lapisan nipis dan jika digoreng memberikan rasa yang sangat sedap. Cara menanam sacha inci menggunakan biji benih yang diambil dari pokok matang. Biji benih perlu direndam selama 24 jam dalam air bersih sebelum disemai diatas tapak semaian dalam suhu sekitar 25 - 30 Celcius untuk bercambah. Biasanya ia akan bercambah dalam masa 14 hari dan boleh dialih ke kebun. 

Ada juga petani yang menanam terus biji benih ke ladang tetapi percambahan tidak sekata. Kaedah menanam dengan bahan keratan jug ada dilakukan tetapi lebih mudah dengan semaian biji. Kepada mereka yang ingin menanam sancha inci dalam bekas, sebaiknya ia berukuran 3 gelen media tanam atau lebih besar lagi untuk satu point tanaman. Tanaman ini mudah dijaga kerana kurang serangan serangga perosak dan penyakit. Daripada beberapa tinjauan teknologi ke kebun sacha inci didapati pokok in cepat berbuah selepas ditanam.  Pokok merambat ini sebaiknya diberikan sokongan untuk membolehkan kerja-kerja memetik buah mudah dijalankan. Pokok yang berhasil perlu dipetik buah matang dan dikumpulkan dalam bekas sebelum dijual atau diproses terus. Pada masa ini belum ada harga ladang jualan buah sacha inchi ini di Malaysia kerana tidak ditanam secara komersil. Cadangan pihak RISDA yang yakin tanaman sacha inchi mampu memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil getah sehingga RM500 sebulan dipaparkan oleh akhbar tempatan. Bagi tujuan itu, RISDA akan memberi 20 hingga 30 batang pokok untuk setiap isi rumah pekebun kecil getah bagi mengusahakan tanaman tersebut. Seterusnya, RISDA akan mengedarkan benih sacha inchi dari Thailand ini kepada pekebun kecil getah.

Apa yang penting kepada tanaman Sacha Inchi adalah buahnya yang berbentuk lengai dihasilkan apabila pokok matang dalam masa dua tahun sahaja. Ada laporan menunjukkan pokok mula berbunga 5 bulan selepas ditanam dan mula berbuah 8 bulan selepas ditanam. Sepokok dewasa mampu mengeluarkan 100 kuntum buah setahun dengan sebanyak 400 - 500 biji yang terhasil dan bahagian biji inilah yang bernilai untuk digunakan. Biji Sacha Inci yang matang dikeluarkan daripada kelongsong berbentuk bulat leper dengan warna coklat kehitaman. Bagi penduduk tempatan, mereka akan memetik buah sacha inchi ini dan merebusnya untuk terus dimakan begitu sahaja dengan rasa lemak. Bagaimanapun, bahagian biji inilah yang dikatakan mengandungi pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids. Nilai khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga penduduk kawasan Amazon sejak lama dulu sebagai sumber protin tumbuhan yang didakwa terbaik didunia. Bagaimanapun, kini produk dari sancha inci ini telah dikomersilkan dan boleh dibeli daripada kedai farmasi dengan mudah.

Bahan yang dihasilkan daripada tumbuhan ini adalah selamat dimakan dalam kategori herba atau makanan kesihatan. Bagi menyediakan produk pati minyak sancha inchi ini, negara Thailand banyak mengkomersilkannya dalam bentuk minyak pati cecair dan produk didalam kapsul. Dari segi khasiat penulis membuat bacaan beberapa bahan rujukkan tentang khasiat secara klnikal. Maklumat ringkas mengenai produk sacha inci (Quick Fact) dikaitkan dengan Produk Makanan Kesihatan dan Ubat merujuk kepada tindakbalas perubatan terhadap kes Cardioprotective dan Nutritional. Ini adalah juga disebabkan kandungan bahan Alpha Linoelic Acid yang tinggi terhasil daripada tumbuhan yang tidak toksik dan selamat dimakan. Diantara kehebatan khasiat sacha inchi ini adalah seperti membantu dalam pembentukan sistem otot disebabkan oleh bahan proton tumbuhan didalamnya. Ia juga membantu mengelakkan masalah Kardiovaskular dimana kandungan Omega-3 dapat mengimbangan kolesterol dan juga mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan serangan jantung. Setiap satu sudu serbuk sancha inchi dengan berat sekitar 15 gram membekalkan 4.5 gram bahan protin tumbuhan. Pengambilan bahan ini disyorkan dengan kadar sebanyak 56 gram sehari atau sekitar 3 sudu sehari menurut dakwaan Persatuan Dietary Antarabangsa. Bagaimanapun, bagi sacha inci dalam bentuk minay (oil) hanya disyorkan 2 gram sehari dengan lazimnya minyak ini mempunyai 47% protin didalamnya. Penanaman kacang sacha ini di Malaysia kini telah semakin popular. Semuga tulisan dalam dua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Artikel ini berasal dalam Part 1 dan boleh dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SACHA INCHI... DARI PERU ASALNYA...
BANYAK KHASIAT.. SISIAPA YANG GUNA...
OMERGA 3, 6 DAN 9... HEBAT KEBAIAKNNYA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA...

By, 
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
24 Zulkaedah 1441H 
Bersamaan (15 July 2020).

Wednesday, July 22, 2020

KEHEBATAN KACANG SACHA INCI (Pt 1)

TANAMAN KACANG SACHA INCHI (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia bagaimana pun dengan capaian internet ramai orang yang mengetahu akan kehebatan minyak pati sacha inchi. Perkara ini mula 'viral' setelah pihak RISDA berjaya mencadangkan tanaman ini diusahakan oleh pekebun kecil getah bagi meningkatkan pendapatan mereka. Bagaimana pun masa itu penulis blog masih kurang pasti akan semua kehebatan tanaman ini untuk ditanam secara komersil sehingga setelah bersara ada membuat banyak tinjauan teknologi dibeberapa kebun usahawan sacha inci dan pemproses kacang ini di sekitar Perak, Melaka dan Pahang. Khasiat kacang Sacha Inchi dilaporkan amat tinggi dengan kandungan Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 menyababkan produk dari kacang ini dijual dengan harga tinggi. Dilaporkan tumbuhan berasal dari negara Peru ini juga dipanggil sebagai 'Sacha Peanut', 'Inca Peanut', 'Mountain Peanut' dan 'Sacha Inci' bagaimana pun telah dikomersilkan di Thailand, Vietnam dan Kemboja.  Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016 (4 tahun lepas). Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali  ini saya bentangkan akan khasiat dan kehebatan tanaman dan produk dari kacang sacha inci sebagai bahan rujukan semua.

Penulis blog mendapati dimana tumbuhan ini kini ada ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja untuk menghasilkan bijinya yang mengandungi minyak yang sangat bernilai. Sacha Inchi adalah jenis renek (shrub) yang parrenial dengan memerlukan sokongan untuk menjalar diaatas kayu sokongan untuk penanaman komersil. Tanaman ini merupakan sejenis tanaman yang perlukan cahaya matahari 100% atau dengan sedikit perlindungan sahaja, memerlukan tanah yang subur dengan air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik.  Tanah dengan pH diantara 5.1-5.5 dikatakan sesuai untuk petani menjadikan pertumbuhan dengan baik dan aplikasi bahan organan. Tanaman ini selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang menanamnya sebagai tanaman keliling rumah dinegara jiran untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong (Sila lihat foto disebelah). Pada masa ini telah ada banyak produk yang dihasilkan daripada tanaman sacha inchi oleh usahawan tempatan dan berjaya dipasarkan sebagai makanan kesihatan. Menurut En Ahmad seorang usahawan dari Taiping menyatakan dimana wujud permintaan terhadap herba ini terutama untuk produk kesihatan, kecantikan dan minyak sangat tinggi di peringkat antarabangsa.

Khasiat Sacha Inchi memang mudah dicari maklumatnya didalam internet dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan sedikit Melayu. Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya. Didakwa dimana Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Dilaporkan dimana antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Diatas kelebihan ini maka didakwa dimana ia akan dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan. Dari beberapa rujukkan penulis blog mendapati dimana diantara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi seperti dimana ia dapat membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh. Ia juga didakwa mampu membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.

Produk Sacha inni juga didakwa dapat membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser. Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak. Ia mampu untuk melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti. Minyak ini dapat meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan. Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.  Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah. Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum. Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat. Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.

Mmeneliti dikebun mendapati pokok Sacha nchi ini akan tumbuh dengan cara menjalar. Tumbuhan ini mampu tumbuh menegak setinggi 2 - 3 meter tanpa sokongan asas, bagaimanapun untuk penanaman baik ia memerlukan kayu sokongan atau sistem para setinggi 3-4 meter. Batangnya akan menjalar atau merambat dengan mempunyai daun deciduous yang berwarna hijau dikawasan tropika. Daun yang berwarna hijau tersusun dengan baik dan menghasilkan pucuk baru untuk terus menjalar. Ia mengeluarkan bunga dalam jambak yang berwarna putih hijau yang kecil dibahagian hujung dahan.  Daunnya berbentuk hati (heart shape) dengan susunan bersilang berukuran 10-12 cm panjang dan 8-10 cm lebar dengan panjang tangkai sekitar 2-6 cm panjang. Bunga Jantan yang berwarna putih bersaiz kecil dalam jambak sementara bunga betina berada dibahagian bawah jambak.  Tanaman dikawasan tropika mampu tumbuh dengan baik dimana pokok akan menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun. Artikel ini bersambung dalam Part 2 dan boleh dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SACHA INCHI... DARI PERU ASALNYA...
BANYAK KHASIAT.. SISIAPA YANG GUNA...
OMERGA 3, 6 DAN 9... HEBAT KEBAIAKNNYA...
MEMBACA ARTIKEL... MENDAPAT INFONYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
24 Zulkaedah 1441H.

Tuesday, July 21, 2020

TANAM NANAS DALAM POLIBEG

PENANAMAN NANAS DALAM POLIBEG kini telah agak semakin banyak diperkatakan semenjak kes Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Ini disebabkan oleh beberapa faktur diantaranya ketika duduk rumah selama beberapa bulan tanpa bekerja dan keinginan untuk mencuba pula berkebun setelah jemu melayari internet. Pokok Nanas (Ananas comosus) merupakn sejenis tanaman yan sesuai ditanam di kawasan kebun nanas atau ladang nanas terbuka secara konvensional diatas tanah. Pokok nanas lazimnya ditanam untuk mendapatkan buahnya atau pun bagi sesetangah varieti untuk mendapatkan sulurnya (anak benih). Bergantung kepada varieti nanas, penanaman nanas mengambil masa agal lama melebihi setahun untuk ianya berbuah dan hasilnya boleh dimakan. Kini penanaman nanas semakin menjadi popular apabila banyak laporan dan viral menyatakan penanaman nanas memberikan pulangan jauh pebih tinggi daridapa komodiri kelapa sawit, getah dan juga kebanyakkan tanaman buah-buahan yang lain. Hanya tanaman durian Musang King (D197) yang didakwa mampu mengatasi pendapatan daripada penanaman nanas pada tahun 2020 ketika artikel ini ditulis. Penanaman nanas secara konvensional dilakukan diatas tanah gambut atau tanah mineral dimana kini penanaman nanas untuk makan segar hampir mendomisai sektor pasaran domestik dan eksport berbanding dengan penanaman nanas untuk kaleng (ditinkan). Penulis blog membuat tinjauan dibeberapa usahawan dan kelompok masyarakat dan individu yang berjaya menanam nanas didalam polibeg atau pasu. Artikel malam Selasa ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai penanaman nanas didalam pasu untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Pemilihan jenis atau varieti nanas untuk ditanam didalam polibeg ini penting bagi mempastikan ianya akan memberikan hasil seperti yang dikehendakki. Antara nanas yang sesuai seperti Nanas MD2, Nanas Josapine, Nanas Moris, Nanas N36, Nanas Gandul, Nanas Crystal Honey dan beberapa lagi. Nanas yang kurang sesuai pula seperti nanas Yankee, Nanas Moris Gajah dan juga Nanas Sarawak yang pokoknya terlalu besar, mengambil masa menuai agak lama (mencapai 20 bulan) dan ianya tidak berapa responsif terhadapan aruhan pembungaan (menghormon nanas). Bagaimana pun jika hendak menanam nanas jenis ini masih dibolehkan dengnan kaedah pengurusan yang sedikit berbeza. Bahan tanaman boleh menggunakan sulur tanah atau jambul atau pun benih lain yang sesuai. Benih dari sulur tanah ini sebaiknya sihat, segar dengan ukuran sekitar 30 cm (Mengikut piawaian benih nanas diluluskan). Pilih benih yang tidak berpenyakit dan perlu dirawat dahulu dengan racun kulat (Benlate dan sebagainya) dan Racun Serangga untuk elakan serangan perosak dan penyakit. Kalau anda membeli nanas segar untuk dimakan pastikan pilih buah nanas yang masih berjambul dimana ia boleh ditanam sahaja jambul tersebut didalam polibeg plastik. 


Jenis polibeg yang digunakan hendaklah bersaiz besar sekurang-kurangbya 8 inci dengan ketebalan maksima yang boleh bertahan sehingga minima  melebihi jangkamasa lebih1.5 tahun. Elakkan dari gunakan jenis polibeg nipis yang akan reput dan pecah dalam masa singkat. Boleh membeli polibeg besar tahan lama yang berwarna hitam atau putih (lebih mahal sedikit). Pastikan setiap polibeg plastik ini mempunyai lubang dibahagian bawan dan tepi bawah untuk air keluar dari dalamnya. Jika air tidak dapat mengalir keluar maka akar akan rosak dan pokok nanas boleh mati. Buka polibeg plastik dan isikan dengan media tanaman sesuai. Bergantung kepada modal dan kepakaran, media tanaman ini boleh menggunakan tanah atas (top soil) sahaja, tanah campuran dengan bahan cocopeat atau terbaik boleh masukkan tanah top soil bersama baja asas (Nisbah pada 60 topsoil: 40 baja organik). Akar tanaman nanas yang merupakan akar jenis rerambut akan memenuhi kawasan didalam polibeg semasa tumbesaran dan pokok berbuah. Sebenarnya lebih besar polibeg adalah lebih baik untuk pertumbuhan tanaman nanas dalam polibeg. 


Setelah media di masukkan kedalam polibeg (hampir penuh) maka anakbenih sulur atau jambul yang telah dirawat boleh ditanam ditengah-tengah polibeg sedalam 2-3 inci dari permukaan tanah dan dipadatkan pada diperdu pokok. Pokok nanas ini kemudian perlu disiram sekerap mungkin diperingkat awal penanaman untuk pastikan ia tumbuh. Bagaimana pun pastikan tidak menyiram terlalu banyak air atau terlalu kerap sehingga anakbenih akan 'mati lemas'. Perlu diingat bahawa pokok nanas adalah sejenis kaktus yang hanya aktif pada waktu malam sahaja. Polibeg ini disusun didalam barisan 2 - 3 kaki dantara barisan dan 1.5 kki diantara pokok (kesesuaian ikut keadaan tempat penanaman atau susunan polibeg). Pemilihan tapak untuk menyusun polibeg penting dikawasan lapang yang dapat cahaya matahari 100% dari pagi sampai petang (kawasan lapang). Kawasan tersebut sebaiknya bebeas dari rumpai seperti diatas simen, lantai plastik atai pun diatas tanah rata (Sila lihat foto disebelah). Pokok boleh dijarakan apabila mula membesar dan rapat bercantum daunnya. Pastikan susunan barisan polibeg ini tidak ada terlindung kerana ia menjejaskan pertumbuhan dan kualiti buah (kurang manis).



Teknik menanam nanas didalam polibeg besar ini memerlukan kesabaran dan teknik rawatan agronomi sedikit berbeza dengan menanam datas tanah atau diatas batas secara konvensional atau moden. Paling utama adalah penjagaan pokok dalam polibeg dengan air yang mencukupi dan tidak berlebihan. Kalau sesiapa ada modal boleh memasang sistem pengairan sesuai dengan jumlah pokok yang ditanam. Boleh dipasang Sistem pengairan Sprinkler, Sistem pengairan Titis dan sebagainya mengikut keseusuaian dan modal serta jenis nanas ditanam. Pembajaan semburan (foliar fertilizer) amat digalakkan kerana selain ia sangat eefektif malahan mengandungi air untuk pokok cepat membesar. Baha butir NPK diberikan untuk peringkat vegetetif (NPK15:15:15) dan peringkat reproduktif (NPK12:12:17:2). Kerja menghormon boleh dilakukan apabila pokok cukup besar dan cukup umur dengan semburan hormon (Etephon dsb). Buah akan keluar beberapa bulan kemudian dan sedia diuai apabila sudah matang (Sila lihat foto disebelah). Kelebihan penanaman nanas dalam polibes ini antaranya mampu elakan rumpai, kurang serangan penyakit (soil borne disease), elakkan masaalah reput perdu, sesuai dikawasan sempit keliling rumh atau kawasan lapang komuniti dan mencantikkan lagi lokasi sebagai tanaman hiasan yang bermanafaat. Kelemahahannya pula seperti kos tinggi (membeli plastik, membeli media tanaman, upah mengisi media tanaman, upah menyusun didalam kawasan lapang), pokok terencat jika kurang air (ketika kemarau atau cuti balik kampong), purata buah mungkin agak kecil sedikit dan tahap kualiti buah yang tidak konsisten (disebabkan oleh amalan agronomi dan ketepatan memberi input). Sesuai dibuat oleh peminat hobi menanam nanas dan kelabpertanisn disekolah atau pejabat serta orang dikawasan bandar (urban agriculture). Ia juga sesuai disusun diatas bumbung bangunan dan juga kawasan lapang milik komuniti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENANAM NANAS...BOLEH DI MANA SAJA...
DIATAS TANAH... DALAM POLIBEG JUGA...
DIPENOHKAN MEDIA...TANAM BENIHNYA...
DIJAGA RAPI... BERBUAHLAH AKHIRNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomi,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Lebuh Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(30 Zulkaedah 1441H).

Monday, July 20, 2020

POKOK LIDAH JIN JEJAS KESIHATAN

POKOK LIDAH JIN (Dracaena trifasciata atau Senseviera trifasciata) yang lebih dikenali dengan nama tempatan iaitu pokok lidah mak mentua kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia masa kini. Tanaman yang berasal dari benua Afrika itu sememangnya sejenis tanaman yang sangat mudah membiak, berketahanan tinggi dan sukar untuk dihapuskan. Ia dikatakan sebagai tanaman yang tahan dan kekal mandiri walaupun diabaikan. Ia boleh hidup di bawah terik matahari ataupun di dalam rumah atau bangunan, disiram kerap atau jarang-jarang disiram. Justeru itu kini tanaman ini adalah sangat sesuai bagi sesiapa yang tidak mempunyai banyak masa atau yang baru ingin menceburkan diri di dalam penanaman tanaman hiasan. Tanaman ini juga didakwa menyerap gas berbahaya di rumah. Pokok lidah mak mentua ini telah pun diuji National Aeronautics and Space Administration (NASA) pada 1989 bersama beberapa spesies tanaman hiasan dalaman (indoor) yang lain seperti Aglaonema modestum, Ficus benjamina, Gerbera jamesonii, Dracaena deremensis 'Janet Craig', Dracaena marginata dan Spathiphyllum 'Mauna Loa' bagi melihat keboleh upayaan mereka bagi membersihkan udara dari pelbagai bahan kimia meruap (noxious gasses) seperti benzene, formaldehyde, xylene, toluene dan trichloroethylene. Artikel subuh Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan laporan dari media tempatan mengenai pokok lidah jin dari segi kebaikan dan keburukannya untuk dijadikan bahan rujukkan.

Dalam kajian oleh pihak NASA telah pun mendapati bahawa Sansevieria (pokok lidah mak mentua), Spathiphyllum 'Mauna Loa', Gerberea jamesonii dan Dracaena seperti (D. fragrans, D. deremensis, D. marginata) telah ditemukan efisyen menyerap dan membendung gas cemaran udara seperti yang tersebut di atas. Kini tumbuhan ini berfotosintesis dan mengambil udara dari persekitaran, sekali gus menyerap gas dari bahan kimia yang bersifat meruap (noxious gas) dan menukarkannya menjadi kompaun atau bentuk yang tidak berbahaya berserta oksigen. Kajian ini juga turut menunjukkan kadar penyerapan tanaman ini akan lebih meningkat sekiranya digunakan bersama penapis karbon aktif bagi membolehkan udara dalam bangunan diserap dengan lebih efisyen dan berkesan. Apa pun kajian telah pun membuktikan tanaman ini sangat berpotensi dalam membantu membersihkan udara dan mengurangkan kadar pencemaran gas di dalam bangunan (contohnya karbon monoksida kerana asap rokok dan lain-lain) dan meningkatkan kualiti udara dalaman dengan membuang sisa organik bahan pencemar dari udara di bangunan yang cekap tenaga. Adakah ia beracun?... Ada pendapat yang mengatakan tanaman ini mempunyai racun yang boleh membahayakan anak-anak kecil dan haiwan peliharaan. Secara botanikalnya tanaman ini seperti juga tanaman-tanaman lain, turut mempunyai mekanisme perlindungan tersendiri (Contohnya duri pada kaktus).

Apa pun mekanisme perlindungan ini adalah berbentuk racun yang terdapat pada batangnya yang mempunyai kandungan bahan aktif saponin. Saponin adalah bahan yang sering wujud di dalam kebanyakan tanaman hiasan. Bahan seperti Saponin dalam sesetengah tumbuhan mungkin mendatangkan iritasi dan kerengsaan pada yang sensitif dan alergi padanya. Tetapi ada juga saponin dalam tanaman yang tidak mendatangkan mudarat. Tanaman kekacang (legume) seperti kacang soya, kacang pea, kacang tanah, sayur bayam, oat dan bawang putih juga adalah antara yang tertinggi mengandungi saponin. Menurut kajian, dos yang menjadi toksik bagi saponin adalah jika ia lebih dari 1000 mg/kg. Ini bererti, kuantiti yang amat tinggi diperlukan untuk mendatangkan ketoksikan. BIasanya keadaan ini hanya berlaku pada dos yang besar dan melalui suntikan terus ke dalam salur darah. Asas kepada prinsip toksikologi adalah ‘dos yang menjadikannya racun’. Jadi bagi merungkai isu termakan pokok ini, tidaklah menjadi sesuatu yang memudaratkan kepada haiwan peliharaan sekiranya termakan atau tergigit pokok ini. Asalkan janganlah di makan seperti sayuran ulam-ulaman. Haiwan peliharaan selalunya tidak suka kepada tanaman yang mengandungi saponin kerana rasanya pahit. Sekiranya ingin menanam pokok ini di dalam rumah, sebaik-baiknya diletakkan di tempat-tempat yang lebih tinggi dan tidak mudah dicapai oleh anak-anak kecil untuk memastikan keselamatan mereka.

Addalah tumbuhan ini juga menyerap habuk?... Adakah pokok lidah mak mentua ini boleh menyerap habuk dimana ia dilapor secara semulajadi mempunyai permukaan yang bersifat berlilin (wax) maka habuk mudah melekat ke atas permukaannya. Namun begitu, bukan tugasnya untuk menyerap habuk dan habuk masih perlu dilap dari permukaan daun pokok ini untuk dibersihkan. Pokok ini sangat mudah untuk bertahan dan bermandiri walaupun dalam media-media yang berbeza. Media tanah campuran adalah yang paling biasa digunakan untuk menanam pokok lidah mak mentua ini, tetapi sebagai alternatif, ia juga boleh ditanam dalam media yang mempunyai pengudaraan dan penyaliran yang baik seperti pasir, perlite atau vermiculite. Sungguhpun begitu banyak yang diketahui tentang tanaman ini, masih banyak perspektif yang belum dilihat dan dikaji berkaitan karakter, fungsi serta manfaat pokok lidah jin ini. Kajian lanjut sedang aktif dijalankan bagi mengetahui potensi sebenar tanaman ini. Kesimpulannya didakwa pokok lidah mak mentua atau lidah jin ini selamat untuk ditanam di dalam mahupun di luar rumah. Dengan nilai aestetikanya, pasti menyerikan setiap sudut rumah si penanamnya dan bernilai tambah dengan udara yang lebih bersih dan segar!.
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!...
ADA POKOK BUNGA... LIDAH MENTUA...
LIDAH JIN... SAMA SAHAJA POKOKNYA...
MENYERAP RACUN...BERSIHKAN UDARA...
SENANG DITANAM... RAMAI MULA SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia,
(13 Zulkaedah 1441H).

Sunday, July 19, 2020

BUAH TENEM atau PAHLAK - APA DIA?

BUAH TENEM atau BUAH PAHLAK (Litsea cubeba) merupakan sejenis buah yang dihasikan dari pokok renek dari keluarga Lauraceae. Tumbuhan ini yang memberikan aroma 'litsea' atau 'may chang' merupakan tumbuhan yang natif dari China, Malaysia, Indonesia, Taiwan dan negara Asia Tenggara yang lain. Tumbuhan renek setinggi 5 - 12 meter ini juga dipanggil sebaga 'Lada Gunung' atau dalam bahasa Inggersi sebagai 'mountain pepper' ada tumbuh liar di Sarawak dan kini telah dikomersilkan di Perkampungan Bario, Pendalaman, Sarawak. Di Taiwan pomok ini dipanggil sebagai 'Maqaw' dilakangan orang Asli Atayal. Daunnya memang mengandungi minyak yang boleh di ekstrak walau pun kualiti minyak patinya agak rendah. Bijinya yang diekstak minyak patinya sebanyak 3 - 5% dengan kandungan bahan dikenali sebagai 'citral' sebanyak 70 - 85% kandungan minyaknya. Bahagian batang kayunya boleh dijadikan perabot dan juga produk kraftangan. Bagaimana pun penulis blog yang telah beberapa kali ke Bario mendapati dikalangan penduduk tempatan tumbuhan ini lebih dikenali kerana nilai perubatannya. Dilaporkan pengeluaran minyak pati Litsea cubeba ini adalah sebanyak 500 - 1,500 mrtrik tang setahun diseluruh dunia. Minyak patinya amat sesuai dijadikan bahan pewangi produk sabun mandi yang berubat amat baik untuk kesihatan. Minyak pati ini juga selalu digunakan sebagai bahan asas dalam industri kimia untuk aroma hebat. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan sejenis tumbuhan kategori herba dimana ia i kini telah dikomersilkan di Sarawak untuk bahan rujukan semua pembaca.

Dalam akhbat tempatan Utusan Borneo Online bertajuk "Tumbuhan ‘Pahkak’ atau ‘tenem’ kini menjadi sumber rezeki komuniti" sesuai dijadikan bahan bacaan.   Pokok pahkak atau tenem atau nama saintifiknya Litsea cubeba adalah merupakan pokok kecil daripada keluarga Lauraceae dan boleh dijumpai tumbuh setinggi 5 hingga 10 meter di 2,300 meter atas paras laut. Dilaporkan penduduk dari lima kampung yang terletak di tanah tinggi di Sarawak tidak pernah menyangka ‘Litsea cubeba’ atau dikenali sebagai ‘pahkak’ bagi kaum Bidayuh dan ‘tenem’ bagi Orang Ulu yang tumbuh liar di kawasan pergunungan, menjadi sumber rezeki mereka. Ketua Kaum Kampung Kiding di Padawan Bakas Daneu menyatakan dimana para penduduk di kampung itu sebelum ini hanya menggunakan pahkak sebagai penambah perasa kepada masakan serta digunakan bagi merawat sakit perut khasnya cirit-birit. Namun kini ia merupakan bahan utama untuk menghasilkan produk-produk penjagaan kulit dan kecantikan yang bernilai tinggi.

Dilaporkan dimana semuanya bermula sejak lima tahun lalu apabila Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) memulakan Projek LitSara melibatkan penyertaan komuniti Bidayuh di Kampung Kiding, Lun Bawang di Long Telingan dan Long Kerebangan di Lawas dan Kelabit di Pa’ Lungan dan Pa’Ukat di Bario. Penduduk kampong memang berasa bangga dan berterima kasih kepada SBC dan UNDP (Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) melibatkan kami dalam projek ini. Perkara ini diketahui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Perkongsian Faedah (BSA) di lakukan. Ketua Kampung bernama Encik Bakas menyatakan setahun mereka mampu memperoleh pendapatan sekitar RM20,000 daripada hasil pengeluaran minyak pati dari buah dan daun pahkak. Kini hasil jualan minyak pati pahkak kepada SBC akan dapat dibahagikan sama rata kepada komuniti terlibat. Mereka sebenarnya mula terlibat dalam projek ini sejak 2015. Mereka telah mula mengutip buah dan daun pahkak dan memprosesnya sendiri dengan peralatan yang disediakan oleh SBC dan NUDP. Mulanya mereka diberi latihan asas dalam memproses daun dan buah pahkak untuk tujuan menghasilkan pati, apabila sudah mahir kami memprosesnya sendiri di sebuah pondok dengan empat set peralatan memproses.

Kejayaan penduduk Kampung Kiding didalam ussaha untuk  mengekstrak minyak pati pahkak sebelum diproses oleh SBC untuk menghasilkan produk siap seperti sabun, syampu, cecair mandi, penyegar udara, minyak pati (daun dan buah), ‘sniff jar’ dan set pemberian cenderamata. Pada tahun 2019 dilaporkan mereka menyasar untuk menghasilkan hampir 40 liter minyak daripada buah pahkak atau tenem dan 20 liter lagi daripada daunnya. Sebanyak 130kg daun pahkak diperlukan untuk menghasilkan satu liter minyak manakala bagi buah hanya 30kg yang diperlukan. Kini bagi kaum Bidayuh pula buah pahkak yang secara tradisionalnya digunakan sebagai penyedap dan penambah rasa terutama bagi masakan daging serta pucuk ubi kayu. Selain itu juga  buah pahkak sering digunakan sebagai penawar kepada sakit perut dan cirit-birit. Pada masa dahulu sehinngga sekarang pun buah pahkak mereka masak bersama pucuk ubi kayu yang ditumbuk agak lumat sebelum dijadikan ubat.

Dalam pada itu didakwa dimana buah tenem atau pahlak ini juga merupakan ubat penawar kepada sakit perut dan cirit-birit. Beliau sendiri pernah memang mengalaminya dimana pada ketika itu dia sedang mengumpul buah dan daun pahkak di atas Gunung Kiding dimna suhu di atas gunung adalah sangat sejuk menyebabkannya sakit perut tetapi selepas memakan hanya sebiji buah pahkak dalam masa lima minit dia dapati tidak lagi sakit perut. Dalam pada sama ketika itu Ketua Kaum Bujang Long dari Pa’Ukat, Bario Pendalaman Sarawak mendakwa penglibatan penduduk kampung itu yang terdiri daripada suku kaum Kelabit dalam projek LitSara telah memberi peluang kepada mereka menjalankan pelbagai aktiviti menanam tumbuhan dengan mengamalkan amalan liar yang baik. Selain memberi pendapatan sampingan yang agak lumayan, penglibatan mereka dalam projek itu mengajar cara penanaman lestari. Pada masa dahulu mereka akanmenebang pokok Litsea cubeba atau tenem dalam bahasa kami, untuk mengambil buahnya tetapi dengan adanya ‘good wild practice’ yang diperkenalkan kepada kami, maka kami dapat menuai buah dan daun tenem secara mampan. Projek Litsara telah pun berjaya dalam memberi faedah kepada penduduk Pa’Ukat kerana ia terbukti telah meningkatkan ekonomi serta keupayaan mereka mengendalikan projek seperti itu. Mereka menyatakan terhutang budi kepada kerajaan Sarawak dan SBC, tidak lupa NUDP atas sokongan dan bantuan kepada kami untuk menjayakan projek ini. Mereka juga berharap sokongan dan bantuan projek seperti ini akan dapat diteruskan pada masa depan. Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan yang dilakukan oleh saintis SBC mendapati minyak pati LitSara yang diekstrak daripada buah dan daun Litsea cubeba adalah antimikrob yang membuatkan ia sesuai sebagai ramuan aktif dalam produk-produk penjagaan kesihatan. Minyak LitSara, pada tahap kepekatan yang sesuai mempunyai wangian yang menyenangkan kerana ia mampu memberi kesegaran dan kecergasan. Projek LitSara adalah projek perintis kepada perkongsian faedah dengan komuniti-komuniti setempat. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam....
POKOK TENEM... SEJENIS HERBA...
BUAH DAN DAUN... DIEKSTRAKNYA...
MINYAK DIKUMPUL...BANYAK GUNA...
BACA ARTIKEL.. BARU KENALNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya, 
WP Persekutuan 
Malaysia.
(24 Zulkaedah 1441H). 

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...