Support My Blog

Showing posts with label BAYAM - VARIETI POPULAR. Show all posts
Showing posts with label BAYAM - VARIETI POPULAR. Show all posts

Saturday, February 10, 2018

BAYAM MERAH PENOH (N888)

BAYAM (Amaranthus spp) merupakan sejenis sayuran berdaun yang di tanam untuk kegunaan segar sebagai sayuran dari keluarga Amaranthaceae. Umumnya, bayam memang ditanam untuk dalam pasaran domestik dalam Malaysia dan pasaran eksport. IPenulis blog melalui aktiviti beberapa penelitian mendapati permintaan tinggi selalunya adalah terdiri daripada Bayam Hijau Berdaun Bulat, Bayam Hijau Berdaun Lonjong dan Bayam Merah. Bayam adalah jenis sayur daun dari keluarga Amaranthaceae yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian lain seperti zat besi (Fe), Posforan (P), Potassium (K), Mangganese (Mn) dan Zink (Zn). Khasiat bayam memang tidak dapat dinafikan lagi kepada sistem dan permakanan manusia. Penulis blog memang suka makan sayur bayam terutama jika dimasak 'Bening Air' dan dimakan dengan ikan kering atau ikan masin. Kebanyakkan bayam di Malaysia apa yang penulis blog membuat penelitian adalah di tanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam diatas batas dilokasi dimana ada tanah subur yang cukup baja, cahaya matahari dengan penjagaan sempurna. Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam dalam Malaysia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2016 berdasarkan kepada laporan statistik Jabatan Pertanian. Saya dapati kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (sebanyak 65% daripada jumlah keluasan tanaman bayam di Malaysia) dan diikuti dengan Selangor serta Pulau Pinang. Artikel kali ini penulis menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu varieti iaitu BAYAM MERAH PENOH N888 daripada 8 varieti bayam yang popular ditanam di Malaysia berdasarkan kepada kajian teknikal yang dijalankan.


Lapan (8) varieti Bayam yang saya buat kajian dan penelitian adalah jenis komersil yang ditanam dinegara kita untuk kita kenal akan varieti tersebut berasaskan kepada pencirian teknikal. Varieti yang saya akan bincang dalam siri ini mengambil masa kutipan data selama satu (1) tahun untuk mengumpul maklumat. Penanaman varieti bayam ini terdiri daripada banyak lokasi di seluruh Stesyen Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Varieti yang dikaji adalah (1) Bayam Merah Bangladesh - Green Eagle 806 (2) Bayam Bulat Separuh Merah - Green Eagle 802 (3) Bayam Hijau Daun Panjang - Soon Huat Seeds S131 (4) Bayam Merah - Soon Huat Seeds S133 (5) Bayam Hijau Berdaun Bulat - Leckat Seeds 3388 (6) Bayam Hijau Berdaun Bulat atau Lonjong - Leckat Seeds 088 (7) Bayam Merah - Leckat Seeds 788 (8) Bayam Merah Penuh - Leckat Seeds N888 (Sila lihat foto diatas) untuk jenis bayam.  Benih daripada tiga syarikat ini dibeli daripada kedai penjual benih untuk mempastikan ianya juga benih yang sama digunakan oleh kebanyakan petani yang menanam sayur bayam secara komersil. Kaedah untuk penanaman mengikut Piawaian Teknik Kajian RCBD dengan ulangan penanaman beberapa kali (minima 3 kali ulangan) untuk setiap varieti yang dipilih. Kajian ini melibatkan ramai pegawai agronomist Hortikultur untuk menimba ilmu secara hands-on bersama penulis blog.

Varieti Bayam Merah Penoh N888 ini diedarkan oleh Leckat Seeds dengan bungkusan plastik kedap udara yang berwarna putih biru dengan ada gambar varieti dipaparkan pada label paket (Sila lihat foto sebelah). Nama lain varieti ini ditulis sebagai 'Red Field Full Red Amaranth'. Kajian dari pasaran menunjukkan bijibenih varieti ini dipasarkan dengan harga jualan runcit sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 sekilogram. Keterangan pada paket benih dinyatakan mengenai nama varieti, tarikh lupus dan berat benih didalam paket tetapi tiada maklumat mengenai kadar penyemaian. Penanaman dalam petak kajian dibuat dengan sistem tabur terus diatas batas setelah dicampur dengan pasir halus pada kadar 1:40 (Benih : pasir halus). Satu gram benih mengandungi sekitar 900 - 1,100 biji bayam yang halus ini. Cara penanaman bayam mengikut pakej teknologi tanaman bayam yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Benih ini kebanyakannya adalah di import dari luar negara untuk ditaman dalam negara.


Bayam varieti ini mempunyai bentuk daun 'Broad Ovate' atau dalam bahasa kita agaknya Lebar ovat dengan warna daunnya adalah merah ungu sepenohnya (Lihat foto sebelah). Saya dapati dibahagian tepi lai daun tidak ada sedikit lekukan (lobing) pada varieti ini. Dibahagian hujung laidaun bentuknya bulat (Rounded) dan bentuk permukaan pada daun pada pokok (curving of leaf margin) adalah mendatar (flat). Bentuk tangkai daun pada batang (petiole altitude) didapati menegak (erect) dengan nyata. Varieti ini mempunyai batang dan daun diperingkat awal penanaman adalah merah ungu solid dengan akarnya berwarna putih krim. Dari segi pertumbuhan, varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan cepat dikalangan semua varieti. Varieti ini selalunya hanya ditanam oleh petani khususnya untuk pasaran segar dan antara kurang diminati oleh pengguna kerana mempunyai warna merah ungu pekat yang kurang menarik khususnya dikalangan orang Melayu. Varieti ini akan menghasilkan bunga dengan jambak berwarna merag ungu dan sering diserang ulat makan daun yang amat suka dengan varieti ini (lihat foto dibawah).

Bayam varieti ini merupakan varieti yang popular dikalangan pengguna diseluruh Malaysia. Bayam ini dimasak masak air, sup atau ditumis dan dimakan bersama nasi lazimnya pada hidangan makan tengahari. Kajian daripada beberapa sumber mendapati bayam varieti daun merah ini memang mengandungi bahan vitamin, zat galian seperti Posforan, Kalium, Zat Besi dan juga Manganese yang baik untuk meningkatkan kesihatan kita. Dalam batang bayam merah kaya dengan bahan seperti Alkoloid, Flavanoid dan juga Poliferol. Antara khasiat bayam ini didakwa baik untuk sistem pencernaan kita, dapat juga mengurangkan kemungkinan Penyakit Nyanyuk (Alzeimer), Antikanser, Awet muda, mengurangkan risiko serangan diabetik, meningkatkan pengambilan serat dan sebagainya. Paling penting adalah semasa memasak jangan sampai 'overcook' sehingga banyak kandungan zat hilang. Kepada semua rakyat Malaysia saya syorkan tanam sendiri BAYAM MERAH PENOH N888 ini dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri secara organik. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Selamat mencuba!. Wasallam.
BAYAM MERAH PENOH .. IA HEBAT...
NOMBOR N888 SYARIKAT LECKAT...
VARIETI POPULAR DITUMIS PEKAT...
SESUAI DIMAKAN BANYAK KHASIAT...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pulau Gadong Agriculture Center,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
(Ditulis pada 4 Ogos 2013)

Kemaskini pada 6 Febuari 2018.

Sunday, January 7, 2018

BAYAM HIJAU BERDAUN LONJONG NO 088

BAYAM (Amaranthus spp) merupakan sejenis sayuran berdaun yang di tanam untuk kegunaan segar sebagai sayuran dari keluarga Amaranthaceae. Umumnya, bayam yang ditanam untuk dalam pasaran Malaysia dan mendapat permintaan tinggi terdiri daripada Bayam Hijau Berdaun Bulat, Bayam Hijau Berdaun Lonjong dan Bayam Merah. Bayam adalah jenis sayur jenis daun iaitu dari keluarga Amaranthaceae yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat2 galian seperti zat besi (Fe), Posforan (P), Potassium (K), Mangganese (Mn) dan Zink (Zn). Khasiat bayam memang tidak dapat dinafikan lagi kepada permakanan manusia. Saya memang suka makan sayur bayam terutama jika dimasak 'Bening Air' dan dimakan dengan ikan kering. Kebanyakkan bayam di Malaysia saya dapati di tanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam diatas batas pada tanah subur yang cukup baja, cahaya matahari dengan penjagaan sempurna. Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam dalam Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2012 berdasarkan kepada laporan statistik Jabatan Pertanian. Saya dapati kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (sebanyak 65% keluasan tanaman bayam di Malaysia) dan diikuti dengan Selangor serta Pulau Pinang. Artikel kali ini penulis menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu varieti iaitu BAYAM HIJAU BERDAUN LONJONG 088 atau BAYAM HIJAU BERDAUN TAJAM 088 daripada 8 varieti bayam yang popular ditanam di Malaysia berdasarkan kepada kajian teknikal oleh pasukan teknikal Hortikultur Jabatan Pertanian Malaysia yang dijalankan.


Kajian melibatkan sebanyak lapan (8) varieti Bayam yang saya dipilih dari pasaran iaitu jenis komersil yang ditanam dinegara kita untuk kita kenal akan varieti tersebut dimana ia berasaskan kepada pencirian teknikal. Varieti yang saya akan bincang dalam siri ini mengambil masa kutipan data selama 1 tahun untuk mengumpul maklumat. Penanaman varieti bayam ini daripada banyak lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Varieti yang dikaji adalah (1) Bayam Merah Bangladesh - Green Eagle 806 (2) Bayam Bulat Separuh Merah - Green Eagle 802 (3) Bayam Hijau Daun Panjang - Soon Huat Seeds S131 (4) Bayam Merah - Soon Huat Seeds S133 (5) Bayam Hijau Berdaun Bulat - Leckat Seeds 3388 (6) Bayam Hijau Berdaun Bulat/Lonjong - Leckat Seeds 088 (7) Bayam Merah - Leckat Seeds 788 (8) Bayam Merah Penuh - Leckat Seeds N888. Benih daripada tiga syarikat ini dibeli daripada kedai penjual benih untuk mempastikan ianya juga benih yang sama digunakan oleh kebanyakan petani yang menanam sayur bayam secara komersil. Kaedah penanaman mengikut Piawaian Teknik Kajian RCBD dengan ulangan penanaman beberapa kali (minima 3 kali ulangan) untuk setiap varieti yang dipilih.


Varieti Bayam Hijau Berdaun Lonjong atau Tajam 088 ini diedarkan oleh Leckat Seeds dengan bungkusan plastik kedap udara berwarna putih biru dengan ada gambar varieti dipaparkan pada label paket (Lihat foto sebelah). Nombor rujukan 088 dan nama lain varieti ini ditulis sebagai 'Bamboo Dance, Dark Green Pointed Leaf Amaranth 088'. Kajian dari pasaran menunjukkan benih varieti ini dipasarkan dengan harga jualan runcit sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 sekilogram. Keterangan pada paket benih dinyatakan mengenai nama varieti, tarikh lupus dan berat benih didalam paket tetapi tiada maklumat mengenai kadar penyemaian. Penanaman dalam petak kajian dibuat dengan sistem tabur terus diatas batas setelah dicampur dengan pasir halus pada kadar 1:40 (Benih : pasir halus). Satu gram benih mengandungi sekitar 900 - 1,100 biji bayam yang halus ini. Cara penanaman bayam mengikut pakej teknologi tanaman bayam yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.


Bayam varieti ini mempunyai bentuk daun 'Broad Ovate' atau dalam bahasa kita agaknya Lebar ovat dengan warna daunnya adalah berwarna merah ungu sepenohnya (Lihat foto sebelah). Saya dapati dibahagian tepi lai daun tidak ada sedikit lekukan (lobing) pada varieti ini. Dibahagian hujung laidaun bentuknya bulat (Rounded) dan bentuk permukaan pada daun pada pokok (curving of leaf margin) adalah mendatar (flat). Bentuk tangkai daun pada batang (petiole altitude) didapati menegak (erect) dengan nyata. Varieti ini mempunyai batang dan daun diperingkat awal penanaman adalah merah ungu solid dengan akarnya berwarna putih krim. Dari segi pertumbuhan, varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan cepat dikalangan semua varieti. Varieti ini selalunya hanya ditanam oleh petani khususnya untuk pasaran segar dan antara kurang diminati oleh pengguna kerana mempunyai warna merah ungu pekat yang kurang menarik khususnya dikalangan orang Melayu. Varieti ini akan menghasilkan bunga dengan jambak berwarna Hijau (Foto diatas sekali) dan bayam varieti ini juga sering diserang ulat Plutella spp yang makan bahagian daun bayam (lihat foto dibawah).


Bayam varieti ini merupakan varieti yang popular dikalangan pengguna diseluruh Malaysia. Bayam ini dimasak masak air, sup atau ditumis dan dimakan bersama nasi lazimnya pada hidangan makan tengahari. Kajian daripada beberapa sumber mendapati bayam varieti daun merah ini memang mengandungi bahan vitamin, zat galian seperti Posforan, Kalium, Zat Besi dan juga Manganese yang baik untuk meningkatkan kesihatan kita. Dalam batang bayam merah kaya dengan bahan seperti Alkoloid, Flavanoid dan juga Poliferol. Antara khasiat bayam ini didakwa baik untuk sistem pencernaan kita, dapat mengurangkan kemungkinan Penyakit Nyanyuk (Alzeimer), Antikanser, Awet muda, mengurangkan risiko serangan diabetik, meningkatkan pengambilan serat dan sebagainya. Paling penting adalah semasa memasak jangan sampai 'overcook' sehingga banyak kandungan zat hilang. Kepada semua rakyat Malaysia saya syorkan tanam sendiri BAYAM HIJAU BERDAUN LONJONG 088 atau DAUN TAJAM 088 ini dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri secara organik. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technologi dengan jumlah melebihi 12.7 juta baru-baru ini. Diucapkan Selamat mencuba!.

BAYAM HIJAU... LONJONG TAJAM...
NOMBOR 088... LECKAT EDARKAN...
VARIETI POPULAR... ENAK DIMAKAN...
BANYAK KHASIAT... DOA DIBACAKAN...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pulau Gadong Agriculture Center,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
(4 Ogos 2013)

Kemaskini pada 3 Januari 2018.

Tuesday, November 22, 2016

BAYAM MERAH 788

BAYAM (Amaranthus spp) merupakan sejenis sayuran jenis berdaun yang di tanam untuk kegunaan segar sebagai sayuran dari keluarga Amaranthaceae. Umumnya, bayam yang ditanam untuk dalam pasaran Malaysia dan mendapat permintaan tinggi terdiri daripada Bayam Hijau Berdaun Bulat, Bayam Hijau Berdaun Lonjong dan Bayam Merah. Bayam adalah jenis sayur daun dari yang kaya dengan zat seperti Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian lain seperti zat besi (Fe), Posforan (P), Potassium (K), Mangganese (Mn) dan Zink (Zn). Khasiat bayam memang tidak dapat dinafikan lagi kepada permakanan manusia sebagai sumber sayuran hijau yang enak. Saya memang suka makan sayur bayam terutama jika dimasak 'Bening Air' dan dimakan dengan ikan kering serta nasi panas terutama pada masa makan tengahari. Kebanyakkan tanaman bayam di Malaysia sselalunya di tanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam diatas batas pada tanah subur yang cukup baja, cahaya matahari dengan penjagaan sempurna. Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2012 dan ia meningkat sedikit pada 2016 iaitu berdasarkan kepada laporan statistik Jabatan Pertanian. Penulis blog juga mendapati kawasan utama bagi penanaman bayam komersil di Malaysia adalah di Negeri Johor (sebanyak 65% keluasan tanaman bayam di Malaysia) dan diikuti dengan Selangor serta Pulau Pinang. Artikel kali ini penulis meneruskan hobi untuk membuat rencana dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu varieti iaitu BAYAM BULAT DAUN HIJAU atau nama lainnya sebagai BAYAM BULAT DAUN PUTIH daripada 8 varieti bayam yang popular ditanam di Malaysia berdasarkan kepada kajian teknikal yang dijalankan.



Terdapat lapan (8) varieti Bayam yang penulis bersama pasukan ditubuhkan untuk buat kajian iaitu bayam jenis komersil yang ditanam dinegara kita untuk kita mengenal akan varieti tersebut berasaskan kepada pencirian teknikal. Varieti yang saya akan bincang dalam siri ini mengambil masa kutipan data selama 1 tahun untuk proses mengumpul maklumat dengan menanamnya diseluruh negara dengan kerjasama Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian Malaysia. Penanaman varieti bayam ini daripada banyak lokasi berada di seluruh Semenanjung Malaysia. Varieti yang dikaji adalah (1) Bayam Merah Bangladesh - Green Eagle 806 (2) Bayam Bulat Separuh Merah - Green Eagle 802 (3) Bayam Hijau Daun Panjang - Soon Huat Seeds S131 (4) Bayam Merah - Soon Huat Seeds S133 (5) Bayam Hijau Berdaun Bulat - Leckat Seeds 3388 (6) Bayam Hijau Berdaun Bulat/Lonjong - Leckat Seeds 088 (7) Bayam Merah - Leckat Seeds 788 (8) Bayam Merah Penuh - Leckat Seeds N888. Benih daripada tiga syarikat ini dibeli daripada kedai penjual benih serta syarikat pengedar benih untuk mempastikan ianya juga benih yang sama digunakan oleh kebanyakan petani yang menanam sayur bayam secara komersil. Kaedah penanaman mengikut Piawaian Teknik Kajian RCBD dengan ulangan penanaman beberapa kali (minima 3 kali ulangan) untuk setiap varieti yang dipilih. Pegawai pelaksana diberikan penerangan kaedah untuk menentukan pencirian dan pengukuran tanaman bayam. Pakej Amalan Teknologi penanaman bayam daripada Jabatan Pertanian digunapakai dalam menjalankan ujikaji.



Varieti Bayam Merah 788 ini diedarkan oleh Leckat Seeds dengan bungkusan plastik kedap udara berwarna putih biru dengan ada gambar varieti dipaparkan pada label paket (Sila lihat foto sebelah). Nama lain varieti ini ditulis sebagai 'Autumn Green Amaranth 788'. Kajian dari pasaran menunjukkan benih varieti ini dipasarkan dengan harga jualan runcit sekitar RM 50.00 hingga RM 60.00 sekilogram bergantung kepada saiz pembungkusan. Keterangan pada paket benih dinyatakan mengenai nama varieti, tarikh lupus dan berat benih didalam paket tetapi tiada maklumat mengenai kadar penyemaian yang sesuai digunakan untuk varieti ini. Penanaman dalam petak kajian dibuat dengan sistem tabur terus diatas batas setelah media tanaman adalah tanah yang dicampur dengan pasir halus pada kadar 1:40 (Benih : pasir halus). Satu gram benih mengandungi sekitar 900 - 1,100 biji bayam yang halus ini. Cara penanaman bayam mengikut pakej teknologi tanaman bayam yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Amalan agronomi penanaman dilakukan seperti dalam panduan menanam bayam komersil.


Bayam varieti ini mempunyai bentuk daun 'Broad Ovate' atau dalam bahasa kita agaknya Lebar Ovat dengan warna daunnya adalah hijau dibahagian tepi dan merah ungu dibahagian tengahnya terutama amat jelas dilihat dibahagian bawah laidaun (Sila lihat foto sebelah). Penulis blog yang meniliti mendapati dibahagian tepi lai daun tidak ada sedikit lekukan (lobing) pada varieti ini. Dibahagian hujung laidaun bentuknya bulat (Rounded) dan bentuk permukaan pada daun pada pokok (curving of leaf margin) adalah mendatar (flat). Bentuk tangkai daun pada batang (petiole altitude) didapati menegak (erect) dengan nyata. Varieti ini mempunyai batang dan daun diperingkat awal penanaman adalah merah ungu solid dengan akarnya berwarna putih krim. Dari segi pertumbuhan, varieti ini mempunyai kadar pertumbuhan sederhana cepat dikalangan semua varieti. Varieti ini selalunya hanya ditanam oleh petani khususnya untuk pasaran segar dan antara yang diminati oleh ramai pengguna kerana mempunyai warna hijau yang menarik dan segar. Varieti ini akan menghasilkan bunga dengan jambak berwarna hijau (lihat foto dibawah).


Bayam varieti ini merupakan varieti yang popular dikalangan pengguna tempatan diseluruh Malaysia. Bayam ini dimasak masak air, sup atau ditumis dan dimakan bersama nasi lazimnya pada hidangan makan tengahari. Kajian daripada beberapa sumber mendapati bayam varieti daun merah ini memang mengandungi bahan vitamin, zat galian seperti Posforan, Kalium, Zat Besi dan juga Manganese yang baik untuk meningkatkan kesihatan kita. Dalam batang bayam merah kaya dengan bahan seperti Alkoloid, Flavanoid dan juga Poliferol. Antara khasiat bayam ini didakwa baik untuk sistem pencernaan kita, dapat mengurangkan kemungkinan Penyakit Nyanyuk (Alzeimer), Antikanser, Awet muda, mengurangkan risiko serangan diabetik, meningkatkan pengambilan serat dan sebagainya. Paling penting adalah semasa memasak jangan sampai 'overcook' sehingga banyak kandungan zat hilang. Kepada semua rakyat Malaysia saya syorkan tanam sendiri bayam BULAT HIJAU BERDAUN BULAT 3388 ini dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri secara organik. Penulisan ini berdasarkan kepada kertas yang dibentangkan dalam Seminar Teknikal Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian yang dilaksanakan. Selamat mengenali Bayam Merah 788. Wasallam!.
BAYAM MERAH BERDAUN OVAT...
NOMBOR 788 PENGEDAR LECKAT...
VARIETI POPULAR DITUMIS PEKAT...
SESUAI DIMAKAN BANYAK KHASIAT...

By,
M Anem
Senior Agronomist,
Pulau Gadong Agriculture Center,
Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.

(4 Ogos 2013)
Posted bya November 2016 (3years after).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...