Support My Blog

Thursday, June 20, 2024

SEPERTI ULAR KENA PALU

Peribahasa menarik kali ini adalah berkaitan dengan haiwan ular iaitu peribahasa 'SEPERTI ULAR KENA PALU' yang bersangkutan dengan haiwan dan kehidupannya. Peribahasa ini masih terus relevan sejakia dicipta dahulu sehingga sekarang ini dan sering digunakan dikalangan masyarakat. Apa pun merujuk dari banyak sumber jelas dinyatakan dimana peribahasa '
Seperti ular kena palu' adalah mudah difahami sesiapa sahaja yang bermaksud 'barisan yang bengkang bengkok' atau pun selalu dikaitkan dengan 'keadaan jalan yang bengkang bengkok'. Bagi keadaan jalan dikawasan tanah tinggi atau perbukitan sememangnya ia akan dibuat atau direkabentuk tidak lurus sebaliknya perlu bengkang-bengkok untuk membolehkan ia digunakan orang awam yang emmandu kenderaan. Keadaan topografi dan muka bumi dilokasi tersebut memang tidak membolehkan pembinaan jalan tersebut lurus sepertimana di kawasan tanah rata. Sebagai contoh jika and ke Cameroon Highland dengan melalui jalan lama iaitu Tapah ke Ringlet atau Tanah Rata pastinya akan melalui jalan yang entah berapa ratus jumlah selekoh yang tajam sebagai ular kena palu lagaknya. Ada penulis blog teringat kali pertama menaiki bas sekolah buat rombongan ke Cameroon Highland tahun 1970'an dimana lebih separuh muris sekolah mabuk dan muntah semasa dalam perjalanan pergi dan balik. Kenangan masa itu memang masih melekat apabila ramai yang muntah dimana cikgu terpaksa memberhentikan bas untuk membolehkan murid-murid muntah dan berehat sementara. Peliknya ada juga cikgu yang mabuk juga. Bagaimana pun kini sudah ada lebuhraya selesa dari Cameroon Highland ke Ipoh dan ke Gua Musang dimana amat jarang kedengaran ada orang mabuk lagi dijalanan. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas kisah peribahasa seperti ular kena palu dan kegunaan ular dalam sektor pertanian untuk di jadikan bahan bacaan.


HAIWAN ULAR
(Snakes) merupakan sejenis haiwan yang ramai orang takut, geli dan sering dihindari. Namun masih ada individu tertentu yang hobinya memelihara ular sebagai haiwan peliharaan (pets). Dalam sektor pertanian pula ada dinyatakan bagaimana ular dikatakan sebagai haiwan berguna didalam membantu kawalan perosak secara biologi (Biological control). Ia memakan perosak seperti tikus di kebun sayur, kebun sawit dan sebagainya dan mengurangkan populasinya. Bagaimana pun penulis blog dapati dalam sektor pertanian memang akan ujud pelbagai jenis masalah yang sering dihadapi petani daripada bencana alam, penyakit sehingga kepada kerosakan tanaman daripada serangga dan haiwan perosak. Biasanya ada pelbagai kaedah diperkenalkan bagi mengelakkan daripada serangan perosak. Salah satu aspek yang agak selalu didengar adalah kaedah kawalan perosak tanaman dengan pendekatan Kawalan Biologi. Ramai petani di Malaysia yang lebih gemar menggunakan kaedah Kawalan Kimia dimana racun perosak yang mengandungi bahan kimia kerana ia memberi kesan yang cepat serta mudah untuk diuruskan. Bagaimanan pun akibatnya apabila penggunaan racun serangga digunakan secara keterlaluan dan tanpa kawalan maka perosak mampu mengadaptasi dan menjadi kebal terhadap racun tersebut. Akibatnya pada jangka masa jangkapanjang penggunaan racun serangga akan menjadi kebal dan hasil pertanian akan musnah. Kaedah Kawalan Biologi Dalam Pertanian didefinisikan sebagai kawalan biologi serta kebaikan dan keburukan menggunakan kaedah kawalan biologi dalam pertanian. Definisi Kawalan Biologi Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak tanpa menggunakan racun serangga ataupun bahan kimia. Lazimnya interaksi diantara haiwan mangsa-pemangsa digunakan sebagai kawalan biologi dalam bidang pertanian di Malaysia. Disntsrs jenis haiwan bagi kawalan Biologi adalah seperti Burung Hantu dan Ular yang selalu digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit. Antara kebaikan kawalan biologi seperti ia ia lebih ,urah, sealunya ia akan perlukan tempoh masa yang lama, tidak mencemarkan alam sekitar dan perlukan cara pengurusan yang baik. Burung Hamtu merupakan haiwan paling kerap digunakan dan dilaporkan didalam banyak media. Bagaimana pun kes ular sebagai agen kawalan biologi mempunyai pelbagai versi yang baik, menyeramkan dan kesan negatif. Memang agak panjang juga artikel bertajuk 'Haiwan Ular dalam Pertanian' artikel yang saya tulis dan iaboleh di akses dengan pautan (Sila klik disini). Memang menarik artikel dimana sudah dibaca oleh ribuan orang dari banyak belahan dunia.


Sebaiknya mengenali akan apakah dia Ular yang mana ia merupakan sejenis haiwan reptilia karnivor yang panjang dan berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata dimana haiwan ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindih. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding lhaiwan seperti cicak supaya mudah untuk ular menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak. Lazimnya untuk menampung badan ular yang sempit ada organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara bersusunsn dan bukan bersebelahan. Lazimnya kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Bagi sesetengah spesies ular ia mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka. Ular tiada kelopak mata dan telinga luaran. Ular ditemui hidup di setiap benua (kecuali Antartika), Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, serta kebanyakan daratan yang lebih kecil dimana diantara yang terkecuali ialah beberapa pulau besar seperti Ireland dan New Zealand serta kebanyakan pulau kecil di Lautan Atlantik dan tengah Lautan Pasifik. Lebih daripada 20 keluarga ular kini dikenal pasti yang mana ia terdiri daripada sekitar 500 genus dengan sekitar 3,400 spesies. Ular terdapat dalam pelbagai saiz iaitu daripada ular benang yang kecil iaitu hanya berukuran 10 cm sehingga ular sawa rendam yang boleh mencapai 8.7 meter (29 ka). Walau pun kebanyakan spesies ular adalah tidak berbisa tetapi masih banyak yang berbisa dimana ia akan menggunakan venomnya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding mempertahankan diri. Terdapat ular yang memiliki venom (bisa) yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk atau kematian terhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula selalunya akan terus menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati sebelum dimakan. Dalam sektor pertanian kehadiran ular berbisa didalam kebun selalunya akan mengganggu aktivitii petani.


Menarik kisah dari hmetro.com bertajuk 'Kenapalah buat jalan macam tu?' dimana ditunjukkan foto pembinaan jalan bengkak bengkok mengagumkan wujud di Wilayah Yunnan, China. Lihatlah bagaimana jalan bengkak bengkok 'seperti ular kena palu' telah dapat berfungsi menghubungkan dua kampung Jinxing dan Jinganshao tular di media sosial kerana benuk dan rekaannya memang mengkagumkan. Dipetik dari  Twitter People's Daily dimanaada sebanyak 68 selekoh sepanjang 6.3 kilometer (km) membentuk jalan berliku di gunung daerah Yiliang Kunming, Wilayah Yunnan. Jalan itu dibina pada 1995 malah dikelilingi keindahan alam yang mempesona. Apa pun jik aditeliti keadaan jalan yang bengkak bengkok itu mungkin membuatkan pemandu mahupun penumpang pening kepala. Merujuk kepada foto dari udara yang dirakam pada 24 November 2018 menunjukkan jalan berliku sangat menarik namun menyeramkan jika tersasar ke dalam gaung. Video berdurasi 15 saat mendapat perhatian netizen kerana jalan itu jarang ditemui dan membuatkan mereka teruja untuk mereka mencuba jalan tersebut. Netizen Lance Holman juga kagum dan bertanya adakah wujud trek basikal di jalan berkenaan kerana jalan itu sangat cantik untuk diterokai. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!!...
SEPERTI ULAR...IA  HAIWAN BERBISA...
APABILA DIPALU... BENGKOK JADINYA...
PERIBAHASA LAMA.... MASIH BERGUNA...
MEMBACA ARTIKEL... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(12 Rabiulakhir 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...