Support My Blog

Tuesday, June 18, 2024

ISU SELUDUP BENIH KERANG

KERANG (Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan kerang-kerangan atau Moluska iaitu dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain. Masalah yang mungkin dihadapi dalam ternakan kerang pada masa ini ialah seperti isu Bekalan Benih tidak tetap atau tidak mencukupi, Isu Kecurian, Masaalah musuh-musuh kerang (pemangsa) dan juga isu pencemaran air (Buangan Perindustrian). Kajian mendapati serangan oleh Siput Halia ialah salah satu musuh utama kerang . Peluang pelaburan dalam projek ternakan adalah terbuka kepada semua terutamanya Persatuan Nelayan, kumpulan nelayan dan juga perseorangan. Industri ternakan kerang banyak bergantung kepada kualiti air dan keujudan persekitaran yang sesuai bagi industri ternakan kerang. Permintaan kerang adalah terus meningkat setiap tahun dimana kerang ini di makan dalam pelbagai cara diantaranya sebagai Kerang Rebus, Rendang Kerang, Kerang Bakar, Satey Kerang, Sambal Kerang, Sos Kerang, Kerang Kering, Mee Tiow Kerang dan banyak lagi menu yang menggunakan kerang. Kandungan zat makanan yang banyak mengandungi kalsium membantu kesihatan kita dan menjadi keperluan penduduk di Malaysia. Saya memang suka makan kerang sama ada kerang rebus dengan cicah sambal atau kuetiow kerang dan makanan seumpamanya. Sila baca tulisan saya sebelum ini dengan pautan (Sila Klik disini) dan (Sila  Klik Disini). Artikel yang ke 8,050 pada subuh Hari Raya Haji 2024 ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa kisah menarik berkaitan isu benih kerang untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pertama di kongsikan maklumat dari media 'Pencuri benih kerang berdepan hukuman penjara, denda RM20,000' untuk dijadikan bahan rujukkan. Pencuri benih kerang berdepan dengan hukuman penjara dan denda maksimum RM20,000 jika didapati terbabit aktiviti pengambilan benih tidak berlesen dengan apa jua kaedah di kawasan tapak benih semula jadi kerang dan tapak kerang kultur. Terbaru Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya mengambil serius keluhan dan aduan pengusaha lot kerang berdaftar di bawah jabatan itu, berikutan peningkatan aktiviti pengambilan benih kerang di kawasan tapak benih semula jadi kerang serta tapak kerang kultur. Dia dakwa sudah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang mengambil benih kerang atau kerang dewasa tanpa suatu lesen yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Lesen akan dikeluarkan apabila saiz kerang mencecah 4mm ke atas melalui notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Perikanan Negeri," katanya dalam kenyataan hari ini. Kesalahan mengambil benih kerang boleh disabitkan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002, Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1). Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan mengambil anak kerang atau denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan mengambil benih kerang atau kerang dewasa di suatu tapak kerang semulajadi atau tapak kultur melainkan jika diberikan satu lesen oleh Ketua Pengarah di bawah Peraturan 8. Tindakan penguatkuasaan membanteras aktiviti kecurian benih kerang oleh nelayan dan penternak tidak berlesen diadakan secara berterusan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain. Disepanjang tahun 2023 ada sembilan kes direkodkan dengan enam sitaan dan tiga tangkapan dengan nilai rampasan sebanyak RM17,185 membabitkan empat negeri iaitu Perak, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang. Bagi 2022 pula ada empat kes direkodkan membabitkan satu sitaan dan tiga kes tangkapan kerang dengan nilai rampasan sebanyak RM8,500 di tiga buah negeri iaitu Selangor, Perak dan Johor, Sebelum ini pihak media melaporkan aktiviti kecurian benih kerang berlaku di kawasan tapak benih semula jadi kerang di pantai Sungai Leman, Sekinchan masih berleluasa sejak mula dikesan hujung tahun lepas.


Menarik dalam media utama dimana kes 'Kantoi seludup 1.5 tan benih kerang' yang cuba diseludup oleh seorang warga tempatan ke negara jiran untuk di kongsikan infonya. Kisah dari Alor Aetar, Kedah dimana kejayaan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan seorang lelaki warga tempatan yang cuba menyeludup 1.5 tan benih kerang ke Thailand pada jarak 0.5 batu nautika timur pesisir Padang Keria, Sanglang pada petang Selasa. Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, tangkapan dilakukan pada jam 4.14 petang bersama sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang membawa benih kerang bernilai RM10,000. Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh bot ronda milik Maritim Malaysia semasa melaksanakan rondaan rutin Op Aman di sekitar perairan Kuala Kedah. Bot fiber berkenaan yang bergerak dalam keadaan mencurigakan cuba memecut laju selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan mendapati, bot fiber yang membawa 100 guni penuh benih kerang terbabit dalam perjalanan menuju ke sempadan negara untuk cubaan menyeludup benih kerang terbabit ke Thailand. Noor Azreyanti berkata, bot, enjin dan benih kerang yang dianggarkan bernilai RM80,000 ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan, Perkara 4(3) Peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kultur Kerang 2002) yang menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh mengambil apa-apa benih kerang dari suatu tapak kerang semula jadi atau tapak kerang dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali. Pihak Maritim Malaysia akan terus menggandakan usaha dalam melakukan operasi dan pemantauan di sepanjang perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang terutamanya menjelang perayaan Aidiladha. Pihak Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan aduan mengenai sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut dan boleh disalurkan melalui talian kecemasan 24 jam.


Media laporkan dimana 'Sindiket seludup benih kerang guna dron, upah tonto' amat memeng menarik untuk di kongsikan kali ini. Kisah dimana Pegawai Jabatan Perikanan Selangor menunjukkan antara anak kerang yang dirampas menerusi serbuan dan operasi dijalankan baru-baru ini. Penggunaan dron antara taktik digunakan sindiket penyeludupan benih dan anak kerang di beberapa lokasi sekitar Selangor bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, dron itu dipercayai digunakan untuk memantau pergerakan pihak berkuasa yang menjalankan penguatkuasaan. Perkembangan teknologi semasa turut dimanfaatkan kumpulan ini dalam menjalankan kegiatan berkenaan dengan menggunakan dron. Walaupun ia menyukarkan ketika operasi dijalankan, namun dengan kecekapan anggota terlibat tindakan penguatkuasaan tetap berjalan dengan lancar. Selain itu peranan kumpulan tertentu yang bertindak sebagai tonto antara cabaran dihadapi Jabatan Perikanan Selangor dalam menjalankan operasi membanteras kecurian benih kerang. Jabatan percaya ada sindiket yang bertindak mengupah tonto yang mana berperanan menjadi mata dan telinga pihak sindiket ini. Setakat ini memang tiada sebarang tindakan agresif yang berlaku ketika penugasan dijalankan, namun setiap pelaksanaan kita laksanakan dengan perancangan rapi bagi memastikan operasi berjalan lancar. Pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan rondaan di laut serta darat bagi mengekang kes kecurian benih kerang. dimana diantara peralatan dipercayai digunakan untuk menangguk kerang secara haram. Kini tindakan penguatkuasaan termasuk melibatkan kerjasama pelbagai agensi turut digerakkan secara berterusan. Masyarakat turut memainkan peranan penting menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan ini. Sesuai di kongsikan maklumat dari portal bhnews,com bertajuk '10 lokasi panas kecurian benih kerang dikesan di Selangor' iaitu sepanjang tahun 2024. Kisah dari Pelabuhan Kelang menyatakan diana Kerajaan Selangor sudah mengenal pasti 10 lokasi panas berlaku kejadian kes kecurian kerang dan benih kerang termasuk di Sungai Haji Dorani, Assam Jawa dan Bagan Tengkorak. Menteri Besar Selangor dakwa bagi menangani isu kecurian benih kerang di kawasan terbabit, pos pangkalan hadapan di pesisiran Kuala Selangor dan Sabak Bernam bakal diwujudkan. Kerajaan kenal pasti beberapa langkah penguatkuasaan bagi mengatasi masalah itu termasuk pelaksanaan kaedah tertentu, antaranya mengenal pasti beberapa lokasi untuk dijadikan tempat pemantauan dan persinggahan agensi penguatkuasaan. Kini pihak Polis marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semuanya berada di Pelabuhan Klang, sedangkan jaraknya dengan jeti Bagan Nakhoda Omar (Sabak Bernam) kira-kira 60 batu nautika. Satu pos pangkalan akan dibuat di Kuala Selangor dan Sabak Bernam, dari Sungai Air Tawar sampailah ke Sekinchan, kalau dua (pangkalan) pun bagus sebab kedua-dua lokaliti ini ada penumpuannya," katanya pada sidang media di Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah. Langkah mewujudkan pos pangkalan juga bertujuan membanteras penggunaan bubu naga yang mengancam ekosistem perikanan dengan kerjasama agensi berkaitan. Sepanjang tinjauan tadi, mereka tidak lagi menggunakan bancang atau pelampung untuk mengambil bubu, sebaliknya menandakannya dengan sistem kedudukan sejagat (GPS). Kerajaan sedang mengenal pasti aset dan peralatan sesuai bagi pemantauan di kawasan kecurian benih kerang. Sudah dikenal pasti mesin dan peralatan sebab aktiviti kecurian kerang serta benih kerang ini dibuat di kawasan berlumpur yang tidak boleh diakses bot biasa. Kalau kerajaan guna peralatan sama, maknanya ia hancurkan habitat kerang dan semua habitat lain yang ada di kawasan terbabit, jadi kita sedang kenal pasti beberapa langkah susulan. Dalam masa terdekat kita akan ambil tindakan supaya dapat elak aktiviti kecurian kerang daripada berterusan seperti dilaporkan; Pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan diarahkan melaksanakan dasar pelepasan sifar bagi mengatasi isu pencemaran yang didakwa menjejaskan pembenihan kerang di kawasan Kampung Tok Muda Kapar, Klang. Semuga artikel ini memberi info berguna berkaitan dengan kerang bagi embaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

SELAMAT HARI RAYA HAJI TAHUN 1445H. 

HIDUPAN KERANG ... KERAS KULITNYA...
SEMAKIN DI MINATI...BERKHASIAT DIA...
SEMAKIN MAHAL...HIDANGAN ISTIMEWA...
BACA ARTIKEL.. INGIN BUAT UJIRASA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Dzulhijjah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...