Support My Blog

Monday, June 17, 2024

JERING - STANDARD PIAWAIAN DIMALAYSIA

JERING
(Archidendron jiringa) adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara seperti diIndonesia, Filippina,Thailand adalah dari keluarga Leguminocae yang dikelaskan sebagai sayur dan ulam-ulaman. Di Indonesia ia dikenali dengan nama Djengkol (Jawa) dan dimakan sebagai Ulam dengan nasi dan sambal. Nama lain jering adalah seperti tangyin ; tanyeng-pen (Myanmar), niang ; niang-nok ; chaniang (Thailand) dan jingkol ; jringkol ; jengkol (Indonesia). Pengarang blog mempunyai pengalaman dalam menanam, menjaga, memetik hasil dan memakan buah jering semenjak kecil lagi kerana di sekeliling rumah saya di Muar, Johor ada sebanyak lebih 10 pokok jering. Jering dipercayai adalah natif atau berasal dari Malaysia dan Indonesia serta dilapor ada ditanam di Thailand, Bangladesh dan Myanmar. Tidak ada laporan rasmi dapat disemak daripada Jabatan Pertanian mengenai keluasan tanaman jering di Malaysia tetapi pengarang menganggarkan sekitar 35 hektar CHE sahaja. Ia tidak ditanam secara monokrop tetapi kebanyakannya adalah sebagaii tanaman campuran didalam dudun buah-buahan atau tanaman sekitar rumah. Sebahagian pokok jering juga tumbuh didalam hutan yang mana hasilnya akan dikutip oleh pihat tertentu mengikut musim. Penanaman jering seperti juga pokok petai hanya ditanam secara bercampur dengan pokok buah-buahan lain disekitar rumah atau kebun. Belum ada catatan rasmi mengenai kebun jering yang ditanam secara 'monocrop' dikawasan yang luas. Kajian saintifik dilakukan dalam makmal menunjukkan setiap 100 gram jering mengandungi air (93 g), Protin (3.5 g), Lemak (0.1 g), Karbohiderat (1.7 g), Kalsium (21 mg), Posforus (25 mg), Fe (0.7 mg), Vitamnin A (240 IU), Vitamin B (0.1 mg), Vitamin C (12 mg) dan tenaga sebanyak 92 kJ (Buku PROSEA : Vegetable production for ASEAN country - 1994). Jering juga mengandungi asid amino yang tinggi dah bahan cysteine. Biji jering yang masak dilaporkan ia mengandungi kanji sebanyak 70%. Purata berat biji jering adalah 15 gram sebiji. Jering adalah jenis ulaman yang sangat baik untuk dimakan tetapi masih ramai masyarakat generasi baru memang tidak mahu menyentuh akan buah jering ini. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai piawaian standard jeringoleh FAMA sebagai bahan rujukkan ketika membeli jering sebagai panduan semua pembaca.
Selamat Hari Raya Haji 2024/1445H...


Pada penulis blog mendapati dimana dilihat yang pokok jering selalu ia tumbuh di kawasan pedalaman dan kampung. Apa pun bila musimnya tiba buahnya dalam bentuk lenggai, berkulit tebal dan dilihat bercuping bergayut di dahan. Buah yang matang sedia untuk ia dituai 60-90 hari selepas fasa mengeluarkan bunga. Merujuk daripada pengalaman penulis blog dimana antara kawasan pengeluaran utama di Malaysia ialah di Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang dan Terengganu. Terdapat 2 jenis jering dijumpai semasa pemerhatian oleh penulis blog semasa bertugas di Jabatan Pertanian iaitu JERING PAPAN dan JERING PADI. Jering papan adalah varieti yang berbentuk agak leper manakala jering padi berbentuk agak bulat. Bagi tujuan spesifikasi ini dimana FAMA menggunakan beberapa istilah atau terma-terma yang digunakan akan maksudnya. Terma 'Bersih' bermaksud jering ini bebas daripada kotoran dan benda asing. Terma 'Kecacatan' apabila dilihat ada ciri dimana jering mempunyai tanda-tanda yang menjejaskan rupa keseluruhan. Kecacatan ini merujuk kepada 'Cacat bentuk' dimana bentuk tidak normal bagi varietinya seperti berkembar. Jenis 'Cacat Rupa' dimana ada tanda luaran seperti karat yang tidak boleh dibersihkan tetapi tidak menjejaskan bahagian isi. Kesan ini meliputi lebih 25% pada permukaan lenggai jering. Dipaparkan indeks kematangan jering iaitu Indeks 1, Indeks 2 dan Indeks 3
(Sila lihat foto di sebelah).  Menyentuh mengenai ciri 'Kematangan' ia berkait dengan tiga (3) indeks iaitu kategori 'Indeks 1: atau Belum matang dimana Lenggai dan biji jering sudah mula terbentuk dan dilihat biji berwarna putih kehijauan dan isi agak lembut dan lembap serta rapuh. Bagi kematangan Indeks 2 atau (Matang) dimana buah lenggai dan biji telah terbentuk sempurna dan jelas kelihatan. Biji berwarna hijau muda kekuningan dan isi agak keras . Bagi kategori terakhir iaitu tahap kematangan 'Indeks 3' atau lebih matang dimana cuping lenggai mulai kering dan sedikit terbuka. Biji berwarna perang kemerahan dimana isi keras dan padat. Apa pun ciri lain piawaian jering yang perlu di ketahui adalah mengenai ciiri 'Kematangan Seragam' dimana setiap konsainan jering akan dianggap seragam apabila mempunyai satu indeks sahaja dalam satu pembungkusan. Kesemua jering perlu juga patuh kepada piawaian 'Perapian' sama ada dengan cara  meleraikan jering dari tangkainya tanpa menjejaskan fizikal jering agar mudah di bungkus.


Standard Jering juga perlu ditentukan akan 'Ciri Kerosakan' dimana ia akan akhirnya menentukan kualiti dan harga. Jika ada kerosakan pada buah jering dimaksudknan dimana ada s
ebarang isu kecederaan disebabkan oleh perosak dan atau pun berpunca dari penyakit. Kerosakan jering juga apa yang penulis blog tahu berlaku iaitu kesan dari kecederaan mekanikal dan/atau fisiologi yang menjejaskan kualiti dan jangka hayat pasaran jering tersebut. Kecederaan oleh perosak dan/atau penyakit disebabkan oleh haiwan perosak, serangga dan juga serangan oleh mikrob seperti kesan gigitan serangga, lubang, busuk dan berkulat. Selalu berlaku kecederaan mekanikal semasa pengendalian seperti terpotong, luka dan pecah dimana ini akan menyebabkan jering tidak tahan lama di pasaran. Antara kecacatan yang ada termasuk kes 'Jering Berkembar' dimana dua biji jeing melekat diantara satu sama lain dan selalu isinya adalah kecil dan rendah kualiti. Kecacatan lain termasuk kulir jering yang berkarat dan mengerutu yang menyebabkan ia kurang cantik. Ada kecacatan belaku dimana lengai dan buah jering terpotong dengan parang atau pisau semasa menuai dan membuat pembungkusan. Buah 'Jering Terpotong' ini akan rosak dan tidak sesuai mendapat gred yang bail. Terdapatan juga kecacatan lazim iaitu 'Buah Pecah' yang boleh berlaku semasa ia jatuh dari pokok semasa menuai, berlaku pertindihan didalam bakul dan sebab-sebab lain dimana jering ini ktidak berkualiti. Kecacatan yang sering dilihat juga adalah lengai jering yang berputar atau berpintal dimana ia akan menyukarkan kerja-kerja semasa membuat grading. Apa pun semua buah jering yang cacat boleh di buang kulitnya dan diambil isinya sahaja untuk di jual dalam bentuk jering tanpa kulit juga. Di Malaysia jering selalunya dimakan sebagai ulaman dengan sambal belacan atau di jadikansayuran. Bagaimana pun terdapat banyak resepi berasaskan jering sama ada resepi Jering Muda atau pun Resepi Jering Tua mengikut kegemaran peminatnya.


Penggredan Jering di Malaysia seperti merujuk kepada risalah FAMA menyatakan dimana ia di bahagikan kepada 3 gred bergantung kepada keterangan diatas. Gred tersebut adalah Gred Premium, Gred 1 dan Gred 2 dimana harga jualan tentunya berbeza. Keterangan pertama bagi Gred Premium dimana buah jering tersebut hendaklah ia datang dari varieti yang sama (tidak bercampur antara Jering Papan dengan Jering Padi dan jenis lain dalam satu bungkusan) serta mestilah ia bebas daripada sebarang kerosakan dan/atau kecacatan. Gred premium ini mesti ia mempunyai kematangan yang seragam dan juga mempunyai saiz yang seragam. Bagi tujuan untuk mengekalkan kualiti dan persembahan sebaiknya di jual dalam bekas pembungkusan. Menyentuh mengenai tahak kerosakan gred ini hendaklah tidak melebihi 5% dengan kadar maksimum 10 % mengikut bilangan atau berat yang tidak memenuhi keperluan Gred Premium tetapi memenuhi keperluan Gred 1. Seterusnya bagi Gred 1 dimana jering ini hendaklah terdiri daripada varieti yang sama dimana dilihat ia agak bebas daripada kerosakan dan/atau kecacatan serta ia mesti mempunyai kematangan yang seragam. Jering Gred 1 ini mesti mempunyai saiz yang seragam dimana ia perlu juga  dikekalkan kualiti dan persembahan dalam pembungkusan. Ciri mengenai kadar kerosakan Gred 1 ini hendaklah tidak melebihi 8 % dengan kadar maksimum 15 % mengikut bilangan atau berat yang tidak memenuhi keperluan Gred 1 tetapi memenuhi Gred 2. Akhir sekali adalah standard jering Gred 2 dimana jering dalam gred ini selalunya ia adalah tidak mencapai spesifikasi Gred Premium dan Gred 1 akan tetapi memenuhi keperluan minimum dimana jering hendaklah ia terdiri daripada varieti yang sama dan ia agak bebas daripada kerosakan dan/atau kecacatan. Jerning gred 2 ini mempunyai kematangan yang seragam serta ia mempunyai saiz yang seragam. Selalunya bagi mengekalkan kualiti dan kaedah persembahan perlu di susun dalam cara pembungkusan. Kerosakan hendaklah tidak melebihi 10 % dengan tahap maksimum 15 % mengikut bilangan atau berat yang tidak memenuhi keperluan Gred atau keperluan minimum. Seterusnya perlu di jelaskan akan piawaian pengkelasan jering. Bagi jering selalunya faktur saiz ditentukan oleh berat dalam unit gram (g). Pengkelasan terbahagi 3 iaitu Saiz Besar (L) iaitu beratnya lebih 30 gram sebiji, Saiz Sedang (M) dimana beratnya diantara 21 - 30 gram sebiji dan Saiz Kecil (S) dimana beratnya antara 10 - 20 gram sebiji. Apa pun bagi semua saiz ada sedikit kelonggaran saiz yang dibenarkan adalah sebanyak 10% mengikut bilangan atau berat buah yang sepadan dengan saiz yang di atas dan/atau di bawah yang dinyatakan dalam pembungkusan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA JERING... TEBAL KULITNYA...
ISINYA KERAS... KALAU SUDAH TUA....
KELUAR BERMUSIM... ADA HARGANYA...
STANDARD JERING...OLEH PIHAK FAMA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Dzulhijjah 1445H).
Posred from
Taman Cendana, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...