Support My Blog

Sunday, June 16, 2024

BLACK SOLDIER FLY - FAKTA DI MEDIA (PART 4)

MENTERNAK BLACK SOLDIER FLY
(Hermetia illucens) atau pun BSF kini merupakan satu industri yang sudah dilakukan dibeberapa negara untuk pelbagai tujuan. Dilaporkan dalam alam semulajadi dimana kewujudan haiwan serangga secara semulajadi yang punya manfaat penting dalam rantaian ekosistem. Terdapat banyak spesis serangga dimana peranan mereka tidak boleh diremehkan walaupun saiznya mungkin sangat kecil atau lemah. Faktanya hampir 80% populasi fauna yang menduduki keseluruhan ekosistem di bumi didominasi oleh bangsa serangga ini. Dalam pada itu dengan jumlah sebanyak ini kelas serangga (insecta) itu mewakili hampir keseluruhan 90% kehidupan fauna di muka bumi dan boleh dijumpi pada setiap ruang ekosistem yang berbeza-beza seperti di lautan, daratan dan udara. Salah satu kategori serangga adalah LALAT (Fly) yang boleh dijumpai dipelbagai lokasi dengan julat kawasan yang amat luas. Antara ciri fisiologi lalat yang jadi pembeza dengan serangga lainnya adalah dimana lalat ada sepasang sayap yang memang berfungsi untuk terbang juga adanya organ 'halter' sebagai sambungan daripada sayap pada bahagian belakang pada tubuhnya. Lalat adalah dari ordo Diptera didominasi dengan kewujuan serangga yang biasa dipanggil dengan sebutan lalat (Fly) yang menganggu kesihatan jika membawa wabak. Terdapat jenis lalat dikenalpasti menjadi pembawa kepaa kes penyebaran penyakit serta masalah gangguan kesihatan lainnya. Ini merupakan salah satu ciri utama yang banyak dimiliki serangga dari ordo diptera. Dalam pada itu selain lalat terdapat pula beberapa anggota ordo ini iaitu Kupu-kupu dan Rama-rama, Nyamuk, Agas dan lainnya yang mencapai hingga 240,000 spesies banyaknya. Serangga Black Soldier Fly (BSF) atau Lalat Soldadu Hitam atau Lalat Askar Hitam secara umum bahkan membawa lebih banyak manfaat bagi kehidupan. Artikel yang ke 8,041 pada lewat malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa fakta mengenai BSF dalam media tempatan bagi dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalam portal sinarharian.com dan juga Bernama pada 2024 di laporkan kisah '
Lalat askar hitam sumber alternatif utama makanan ternakan' wajar ia dikongsikan. Berita dipetik dari Kajang dimana penggunaan larva lalat askar hitam atau black soldier fly (BSF) sebagai sumber alternatif utama makanan bagi sektor ternakan mampu mengurangkan kebergantungan import negara terhadap bahan berkenaan dakwa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang. Beliau berkata, satu penyelidikan berkaitan penggunaan larva tersebut bagi industri ternakan negara sedang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Abeco Nature Science Sdn Bhd. Ini kerana larva lalat tersebut mempunyai kandungan protein tinggi dan sesuai untuk dijadikan makanan ternakan bagi menggantikan bahan makanan ternakan yang kita import. Penyelidikan ini adalah ia berpotensi bagi merintis penyelesaian makanan ternakan bercirikan antimikrob dan tahap nutrisi tinggi bagi menyumbang kepada sektor makan dan akuakultur yang mampan. Beliau berkata demikian iaitu kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) menandakan komitmen bersama FELDA dan Abeco Nature Science dalam penyelidikan itu yang dijangka siap dalam tempoh kurang daripada dua tahun. Menurutnya dimana alternatif itu juga merupakan antara usaha ke arah menjamin keselamatan dan kemampanan makanan negara, selain dapat membantu menstabilkan harga makanan serta menggalakkan sektor pertanian yang berdaya tahan. Katanya lagi penyelidikan tersebut juga memberi sumbangan penting dalam kemajuan Bioteknologi Pertanian dan Jaminan Makanan, yang merupakan satu daripada tunjang utama dalam Dasar Bioteknologi Negara 2.0. Kini dengan penggunaan larva lalat itu juga menawarkan cara semula jadi untuk mengurangkan pergantungan antibiotik terutamanya dalam industri perladangan ternakan.  


Dalam portal hmetro.com bertajuk '
Ternak lalat BSF' yang mana dilaporkan ada usahawan berjaya menternak Lalat BSF dengan berjaya.  Dia nyatakan dimana dengan menggunakan bahan dedak atau makanan untuk ternakan antara kos paling tinggi yang perlu ditangani penternak ayam dan ikan. Dia nyatakan dimana ketika ini harga bagi sekilogram palet sekitar RM2 hingga RM3 dimana untuk 2,000 ekor ayam memerlukan 4,000 tan dedak sebulan dan kosnya mencecah RM8,000. Isu ini sekali gus dakwanya menjejaskan pendapatan penternak apatah lagi ternakan ikan kerana keuntungannya kecil dan tidak berbaloi dengan kos operasi selain penat menguruskan ternakan. Itu antara dilema penternak kecil bumiputera apabila isu harga makanan ternakan melonjak selain bebanan kos sampingan iaitu hormon dan vitamin bagi mempercepatkan tumbesaran ternakan sebelum dijual. Bagi Pengasas Laman Akuakultur Komuniti (LAUK) Suhaili Rapiai dimana sebagai penternak kecil perlu beralih kepada menghasilkan makanan alternatif iaitu 'black soldier fly' (BSF) atau larva lalat askar hitam (Sila lihat foto disebelah)BSF dikeringkan untuk jualan kepada pembekal makanan haiwan peliharaan (Sila lihat produknya di foto paling atas). Dakwanya BSF sudah digunakan secara meluas di ladang luar negara kerana kandungan proteinnya tinggi sekitar 40 hingga 42 peratus selain 32 peratus lemak yang memang sesuai untuk haiwan ternakan terutama ayam dan ikan. Manfaat lain bagi penternak yang memilih diet ternakan BSF, kaedah ini lebih organik kerana kandungan haiwan itu yang mempunyai antibiotik dan vitamin semula jadi yang diperlukan untuk pembesaran ternakan. Untuk rumusan diet bagi menghasilkan sekilo daging ayam atau ikan, kira-kira sekilogram larva dan ia boleh diternak sendiri dengan kaedah tertentu. Kini berdasarkan pengalaman saya bersama penternak, bagi yang memilih menggunakan BSF dalam diet ternakan, mereka boleh meningkatkan pulangan sekitar 50 sehingga 100 peratus apabila menternak sendiri larva berkenaan. Sebagai makanan alternatif serangga ini sudah diperkenalkan di Malaysia sejak lima tahun lalu.  BSF sedia diberi kepada haiwan ternakan biarpun pada saiz anak ayam. Pada dia mengusahakan sendiri cara pembiakan BSF untuk bekalan induk kepada penternak serta pembekal di kedai makanan haiwan peliharaan sejak tiga tahun lalu. Ketika ini ladang ternak saya boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 100 kilogram BSF sebulan mengikut permintaan. Kini operasi dibantu isteri iaitu Ruzilawati Amat dan anak-anak untuk mengutip telur setiap dua hari. Mengenai kitaran lalat ini daripada induk ke induk kembali ialah satu bulan tetapi untuk tuaian larva adalah dalam tempoh dua minggu sebelum diberikan kepada haiwan ternakan. Tiada kekangan untuk haiwan diberikan larva ini walaupun usia ternakan baru empat hari. Kalau untuk simpanan atau jualan komersial biasanya akan dikeringkan dan harganya lebih tinggi di pasaran," katanya turut aktif memperkenalkan BSF menerusi platform Facebook miliknya. Dakwanya melalui penggunaan serangga ini, mikro organisma berbahaya yang terdapat di dalam sisa organik seperti Escherichia, Salmonella atau koloni jenis enterobakteria yang lain berkurangan atau terhapus selepas dihadam oleh larva lalat askar hitam. Dilaporkan larva BSF itu mampu menukar sampah domestik seperti sisa makanan sebagai baja kompos. Memang ia boleh dikatakan amalan menternak serangga ini lebih mesra alam menerusi sisa sifar. DIa sendiri menjual sisa daripada bekas tuaian kepada petani kerana komponen itu adalah baja organik sesuai untuk tanaman. KAtanya kualiti daging ternakan yang menggunakan diet larva lalat hitam, kata Suhaili, penternak yang mana ia menggunakan sepenuhnya diet BSF boleh diklasifikasikan mengeluarkan daging organik. Daging ternakan yang diberikan BSF ternakan lebih pejal, tiada bau dan manis rasanya dimana dengan kualiti daging sedemikian, rasanya penternak boleh tingkatkan keuntungan mereka apabila boleh diletakkan dalam pasaran organik. Turut berkongsi mengenai tip diet ternakan baik dakwa Suhaili selain BSF dimana dia menggunakan ketum ayam dan azola untuk diet ternakannya. Apa pun selalunya setiap pagi ayam ternakannya diberi ketum ayam dan pada sebelah petang diberikan makanan campuran iaitu 70 peratus azola, 30 peratus BSF dan ditingkatkan lagi dengan campuran EM iaitu baja organik yang mengandungi bakteria baik untuk pertumbuhan haiwan ternakan.


Dalam bharian.com dengan kisah dan fakta '
Iktiraf pakar tempatan selesai masalah pelbagai bidang' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Ada dilaporkan Malaysia memiliki 20 universiti awam (UA) dan ratusan universiti serta kolej swasta di samping pelbagai institusi penyelidikan di bawah agensi kerajaan. Soalnya, sejauh mana kita benar-benar memanfaatkan semua kepakaran untuk membangunkan rakyat dan negara, termasuk menangani pelbagai isu timbul kesan pandemik COVID-19. Isu ini cukup kritikal untuk diperhalusi kerana adalah merugikan andai kepakaran dimiliki gagal digembleng, lebih parah jika kita mengutamakan kepakaran luar tanpa memberi peluang secukupnya kepada pakar tempatan. Diakui ada banyak sumbangan diberikan pakar tempatan, namun ia masih belum sampai ke tahap optimum. Akibatnya, banyak hasil kajian penyelidik tempatan sekadar tersimpan di makmal dan hanya mampu diterbitkan dalam jurnal atau buku. Hakikatnya, kajian berkenaan menghasilkan pelbagai penemuan inovasi dan idea baharu menggunakan geran atau dana daripada kerajaan. Justeru, hasil ditemukan wajar diguna pakai untuk ianya dapat menyelesaikan masalah rakyat serta negara. Contohnya, penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan kepakaran dalam projek penyelidikan makanan alternatif untuk ayam menggunakan larva serangga, black soldier fly (BSF) yang boleh digunakan menggantikan kacang soya sebagai sumber protein dalam dedak ayam. Ini dapat menawarkan penyelesaian isu kenaikan harga ayam untuk jangka panjang kerana pakar UPM juga menyarankan penggunaan hampas isirung kelapa sawit (PKC) diproses sebagai makanan ayam, menggantikan karbohidrat dalam kacang soya dan jagung. Kalau sebelum ini, kerajaan juga mengumumkan sedang membangunkan vaksin sendiri untuk melawan pandemik COVID-19, melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan UPM. Pihak MARDI baru-baru ini sudah pun mereka melancarkan Pakej Mekanisasi Tanaman Kubis Tanah Rendah bagi meningkatkan pengeluaran hasil serta menjimatkan kos buruh pengusaha ladang. Kejayaan itu membantu ke arah peningkatan pengeluaran, pendapatan dan taraf hidup petani serta jaminan bekalan dalam sektor pertanian serta makanan. Apa pun jelas, negara ada pakar dilihat mereka memang boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, sains, teknologi, perubatan, ekonomi mahupun sosial. Bilangan pakar khususnya berkelayakan ijazah doktor falsafah (PhD) cukup ramai dan mereka mampu membantu memulihkan negara serta mensejahterakan kehidupan rakyat melalui idea dan inovasi baharu. Oleh itu, agensi kerajaan perlu lebih kerap mengadakan sesi libat urus dengan pakar-pakar tempatan berdasarkan permasalahan dihadapi dengan cara mendekati dan mendengar pandangan serta idea mereka sebelum membuat sesuatu keputusan terutama dalam membangunkan dasar penting. Dalam konteks ini, kerajaan wajar menyediakan dana mencukupi untuk penyelidik tempatan melaksana lebih banyak lagi kajian bagi menghasilkan inovasi dan beberapa penyelesaian yang diperlukan. Universiti dan agensi berkait penyelidikan sedia ada sepatutnya dijadikan makmal atau platform mengkaji semua permasalahan, sekali gus mencari penyelesaian terbaik dengan menggunakan pendekatan nilai untuk wang atau value for money. Semua agensi kerajaan wajar menjadikan pakar tempatan sebagai rakan karib dan pakar rujuk yang boleh membantu memberi bimbingan dan nasihat. Jangan sia-siakan kepakaran anak tempatan apatah lagi membiarkan mereka berhijrah ke luar negara hingga menimbulkan gejala 'brain drain' atau isu penghijrahan cendekiawan. Tiba masanya kerajaan mengiktiraf dan menghargai peranan pakar tempatan dengan mengadakan lebih banyak sesi libat urus, mendengar pandangan dan idea, menyediakan dana untuk projek penyelidikan berimpak tinggi serta melaksanakan secara serius idea dan inovasi yang ditemukan. Artikel ini di tulis dalam 4 segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....

SEJENIS LALAT... HITAM WARNANYA...
CEPAT MEMBIAK...MEMAKAN SISA...
MENGANGGU KELULUT...KISAHNYA...
MENJADI INDUSTRI...POTENSI ADA...
KAYA PROTIN...BOLEH KOMERSIL DIA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Dzulhijjah 1445H).

Posted from
Taman Cendana, Melaka
SELAMAT HARI RAYA HAJI 1445H...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...