Support My Blog

Sunday, July 2, 2023

ISU BAJA TIRUAN - BAGAIMANA?

BAJA TIRUAN
(Fake Fertilizer) merupakan satu perkara yang agak jarang dibincangkan di Malaysia kerana ramai daripada pengguna masih kurang tahu akan senario ini. Pada penulis blog isu ini perlu didedahkan agar para petani dan pengguna dapat tahu bahan input yang digunakan ini adalah produk sebenar yang memberi kebaikan kepada tanaman agar lebih produktif dan berkualiti. Sebenarnya input pertanian baja adalah sangat penting dalam bidang pertanian selain daripada input benih, bahan kimia seperti racun, peralatan pertanian dan lain-lainnya. Baja adalah antara komponen paling penting dalam ladang atau kebun untuk tanaman industri seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya serta lebih kritikal kepada tanaman makanan yang singkat masa atau tanaman lain jangkapanjang. Umumnya apa yang sering berlaku adalah hasil tanaman seperti buah adalah berkait langsung dengan bagaimana kaedah menggunakan input baja. Kenaikan harha bahan kimia termasuk input baja sehingga 52% pada tahun 2021/2022 telah menyebabkan isu iaitu kemungkinan akan ada lebih banyak baja tiruan dipasaran. Memang penulis blog terfikir dimana isu kenaikan harga input pertanian di pasaran terkini telah menyebabkan kerisauan banyak pihak termasuk di Malaysia dan seluruh dunia. Kini kenaikan harga makanan memang didorong oleh kenaikan dalam harga input pertanian asas seperti baja, bahan kimia, tanah, buruh dan mesin jentera atau alatan pertanian. Saya ada menulis beberapa artikel berkaitan dengan harga input pertanian untuk dibuat rujukkan (Sila klik disini). Kenaikan harga minyak seperti diesel juga telah menyebabkan keresahan kepada ramai para nelayan yang menggunakan bahanapi tersebut dengan kuantiti banyak setiap kali turun kelaut. Walaupun kerajaan melindungi harga petrol dan diesel tetapi penggunaan bot-bot besar dimana ia memerlukan kuantit minyak banyak. Kajian kini ada menunjukkkan harga baja telah meningkat 25% semenjak krisis makanan 2008 dimana mulai dua tahun lepas tahap upah buruh juga meningkat. Sejak peperangan Rusia-Ukraine tercetus pada tahun 2022 pula dilaporkan kenaikan harga input pertanian mencecah 52% saripada tahun sebelumnya. Dalam pasaran pengeluaran bahan makanan yang tidak menentu dan berisiko tinggi, persepsi adalah pertimbangan utama kepada faktur pengeluar, peniaga dan pengguna dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Sebagai contoh dilaporkan dimana keadaan ekonomi dunia pada sekarang telah pun ianya menyaksikan harga minyak mentah sawit dan harga BTS (buah tandan segar yang paling tinggi dalam sejarah). Isu dan masalah rantaian bekalan juga telah naikkan harga-harga input pertanian seperti baja dan racun. Ada kemungkinan akan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mengambil kesempatan dengan cuba menjual ‘baja murah’ yang di bawah harga pasaran. Oleh itu semua pihak sama ada kerajaan melalui pihak- pihak penguatkuasa, petani, para pengguna, penjual dan bagi semuanya mempunyai satu kesedaran pentingya mengatasi kejadian berlaku baja tiruan ini di negara kita. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mengupas laporan dari media tempatan mengenai isu baja tiruan  untuk dijadikan  sebagai bahan rujukkan semua.


Kisah bagaimana 'PPDNKK Kedah rampas baja bernilai RM44,000' sangat wajar ianya di kongsikan kisahnya. Kisah dilaporkan berlaku di Alor Setar, Kedah dimana 
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah merampas 40,000 tan metrik baja bernilai RM44,000 dalam serbuan di sebuah gudang di Tajar, Kedah. Ketua Pegawai Penguatkuasanya Shahrudin Hamzah dakwa rampasan dibuat kerana pemilik gudang itu tidak mempunyai lesen menyimpan baja seperti yang termaktub d dalam  prosedur barangan  kawalan berjadual. Rampasan dibuat hasil risikan selama dua minggu selepas menerima maklumat awam sebelum serbuan dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari membabitkan 14 penguat kuasa PPDNKK. Pemeriksaan mendapati gudang itu menyimpan baja pertanian bersubsidi yang diletakkan dalam bungkusan baharu sebelum dijual kepada syarikat pertanian dan pemilik ladang. Hasil siasatan mendapati pemilik gudang itu membeli baja subsidi dengan harga RM13 setiap kampit dan telah menjalankan operasi berkenaan sejak dua tahun lepas. Baja bersubsidi itu mudah didapati kerana pesawah yang mempunyai lebihan baja subsidi yang disediakan kerajaan akan menjual kepada pihak lain bagi mendapatkan keuntungan lumayan. PPDNKK turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 30-an dipercayai penjaga gudang itu bagi membantu siasatan dan sedang mengesan pemilik gudang berkenaan untuk siasatan lanjut. Baja itu untuk pasaran di negeri sekitar utara dan kita sedang siasat harga sebenar yang dijual semula kepada sektor pertanian. Kes ini disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dimana jika sabit kesalahan denda bagi individu RM1 juta atau tiga tahun penjara dan bagi syarikat pula sebanyak RM2 juta. Dalam serbuan berasingan, pihaknya dilaporkan turut merampas 25 botol racun tiruan yang diimport dari Thailand dengan nilai rampasan RM3,000 di sebuah setor di Simpang Empat di sini. PPDNKK juga menahan seorang lelaki dipercayai penjaga setor itu untuk siasatan lanjut. Kita terima rungutan daripada penjual racun sah mengenai kebanjiran racun tiruan yang tidak diketahui tahap asas keselamatan kepada ramai penggunanya. Diberitahu dimana kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 jika sabit kesalahan bagi individu denda RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara tiga tahun manakala bagi syarikat denda RM15,000 bagi setiap barangan (Sumber: Bernama).  


Portal berita hmetro.com dengan laporan bertajuk 'Rugi RM14,000 diperdaya jual baja tiruan' amat wajar untuk dijadikan peringatan. Sepasang suami  isteri yang juga peniaga kedai runcit di Kampung Temin, Sungai Siput, Perak kerugian RM14,000 selepas diperdaya tiga lelaki yang menjalankan kegiatan penjualan baja tanaman tiruan. Dilaporkan dimana pasangan itu telah didatangi dua lelaki 14 Oktober 2019 yang mendakwa wakil penjual sejenis baja tanaman kelapa sawit dan menawarkan menjual produk itu di kedai mereka. Bagi Zaliah Ghazali dan suaminya Zulkafli Mohamed Sabri dimana mereka kemudian bersetuju dengan tawaran kedua-dua lelaki itu setelah produk dipamerkan beberapa unit produk baja itu di premisnya. Dua  selepas mempamerkan produk itu mereka telah mendakwa didatangi seorang lelaki yang kononnya mahu membeli 120 unit baja berkenaan dengan membayar RM300 sebagai wang cagaran. Mereka juga kemudiannya membuat tempahan 120 unit baja kepada wakil penjual terbabit namun lelaki yang ingin membeli produk berkenaan tidak dapat dihubungi selepas produk ditempah sampai. Mereka terpaksa membayar sebanyak RM9,000 untuk semua unit baja ditempah dan dimaklumkan wakil penjual yang mereka akan cuba mencari pembeli lain menggantikan pembeli yang menghilangkan diri itu.  Beberapa hari selepas itu dilaporkan wakil penjual telah menghubungi mereka dan mengatakan ada pembeli baharu dari syarikat koperasi yang ingin membeli produk itu 240 botol namun mereka perlu membayar lagi tambahan RM9,000 kerana produk perlu diambil dari pembekal lain. Kemudian mereka telah  memindahkan wang RM5,000 kepada lelaki itu melalui akaun bank manakala baki RM4,000 hanya perlu dibayar selepas unit baja itu dijual. Bagaimana pun sebaik wang dipindahkan melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) di sebuah bank di Kuala Kangsar Perak dimana wakil penjual berkenaan sudah tidak dapat dihubungi menyebabkan dia dan suami merasakan mereka ditipu. Hasil semakan dengan bank kemudiannya mendapati wang RM5,000 yang dimasukkan itu sudah dikeluarkan di sebuah bank di Kedah sebelum dia bersama suami membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput Utara sebagai kes untuk tindakan pihak berkuasa.


Kisah selanjutnya berlaku di Ipoh, Perak apabila media nspt melaporkan '
14,600kg baja disita' memang boleh dijadikan rujukkan. Berita ini dengan foto di tempat pembungkusan dan mengedar bahan baja secara haram di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Ipoh oleh pihak berkuasa. Dilaporkan dimana syarikat tersebut yang beroperasi di premis terpencil dengan keadaan tempat pembungkusan yang uzur menjadi taktik syarikat membungkus dan mengedar baja secara haram di Kawasan Perindustrian Pengkalani. Bagaimanapun akhirnya taktik premis dipercayai beroperasi selama enam bulan itu gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Perak. Ketua Pegawai Penguatkuasanya iaitu Khalid Tik dakwa pihaknya yang menerima maklumat daripada orang awam menjalankan risikan selama dua minggu sebelum menyerbu premis itu jam 5 petang.  Lokasi terpencil serta terletak di bahagian belakang kawasan perindustrian itu dengan jalan masuk berbatu menyukarkan penguat kuasa KPDNHEP untuk mengenal pasti premis berkenaan. Bagaimanapun dengan kecekapan serta risikan dimana mereka kemudian berjaya mengenal pasti lokasi itu sebelum pemeriksaan mendapati premis membungkus dan mengedar baja berkenaan tidak mempunyai lesen. Aktiviti pemerhatian dan risikan mendapati pemilik premis ini menjadikan gudang sebagai stor simpanan baja sebelum dibungkus dan diedarkan kepada pelanggan sekitar negeri ini. KPDNHEP juga berjaya menahan lelaki berusia 57 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis serta beberapa pekerja sebelum diambil keterangan dan dibebaskan selepas selesai yang dikeluarkan kenyataan kepada pemberita pada sidang media di premis berkenaan.  Dalam serbuan itu juga pihak KPDNHEP turut menyita baja pelbagai jenama sebanyak 438 beg dengan berat 14,600 kilogram (kg) yang bernilai RM20,293. Siasatan awal mendapati pemilik premis mengaku tidak pernah membuat permohonan lesen untuk menjalankan aktiviti menyimpan, membungkus dan mengedar barang kawalan itu. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum.


Kisah yang sama berlaku juga di Sabah apabila Bernama melaporkan 'Baja tiruan diedar guna nama berjenama berleluasa di Sabah' dilaporkan. Kisah dari Pekan Keningau, Sabah ini telah menyatakan dimana Pengarah Pertanian Sabah Datuk Idrus Shafie telah berjaya mendedahkan berlakunya kegiatan menjual baja tiruan yang menggunakan nama baja berjenama secara berleluasa di Sabah. Apa pun menurutnya Jabatan Pertanian telah memperolehi fakta-fakta mengenai kegiatan itu daripada pengeluar dan mengarahkan pegawai-pegawainya di seluruh negeri supaya melakukan pemantauan selain meneliti dengan sebaiknya bagi memastikan baja yang dibekalkan kepada petani adalah tulen. Isu ini semenjak 2018 yang sedang berlaku melibatkan beberapa jenis baja berjenama telah ditiru dan diedar di kawasan-kawasan pertanian. Jabatan Pertanian Sabah juga ada dimaklumkan mengenai perkara ini (baja tiruan) sejak dua bulan yang lalu. Baja yang berjenama ditiru dan juga mungkin kegiatan ini berlaku sudah lama akan tetapi syarikat pemilik yang terlibat menghasilkan baja tulen tersebut (atau pengeluar baja) baru sahaja membuat aduan bahawa baja mereka ditiru. Jabatan semakin memandang serius mengenai kegiatan tidak beretika itu dan mengingatkan petani supaya hanya membeli baja daripada wakil sah yang diperakui kerajaan. Idrus juga tidak menolak kemungkinan kegiatan pengedaran baja tiruan berkenaan juga berjaya menembusi jabatannya. Diperingkat jabatan mungkin ada yang terlepas satu atau dua (kes) akan tetapi ia masih diklasifikasikan sebagai kes terpencil dan boleh dikawal. Kemudian beliau telah mengarahkan pegawainya di peringkat akar umbi bertindak serta merta menangani kegiatan itu. Adalah dinasihatkan syarikat-syarikat pengeluar dan pembekal baja di negeri ini supaya meningkatkan kesedaran di kalangan pelanggan mereka mengenai pembelian baja tulen. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAJA TIRUAN... IA ADA DIPASARAN...
BANYAK KISAH...ADA DILAPORKAN...
PETANI TERTIPU... HARUS DIELAKKAN...
BACA  ARTIKEL... INFO INI DIBERIKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
melaka,
Malaysia.
(15 JamadilAwal 1444H).
Kemaskini pada 2 Julai 2023:

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...