Support My Blog

Friday, July 21, 2023

APA ITU PEAT MOSS?

PEAT MOSS
 adalah merupakan satu produk yang selalu disebut dalam bidang pertanian dimana asasnya ia adalah salah satu medium digunakan dalam nurseri semaian. Bahan peatmoss ini berwarna gelap dimana ia mempunyai struktur yang gembur seakan lumut kering yang di buat daripada beberapa bahan sesuai. Pada penulis blog mendapati dimana produk peat moss merupakan sejenis produk seakan lumut yang melalui proses pereputan atau pengkomposan dan kemudian ia perlu dikeringkan. Dari sesetengah produk dimana peatmoss ini merupakan diperbuat dari bahan lumut jenis Sphagum yang diproses untuk ia dijadikan kompos sama seperti tanah gambut diman ai sesuai digunakan dalam sebagai media dalam amalan penanaman. Kompos seperti tanah gambut ini dipanggil Peat-moss (lumut gambut) dimana ia adalah sangat sesuai digunakan semasa proses semaian benih, menanam pokok dan juga sebagai salah satu bahan campuran medium tanaman kerana produk ini adalah ia bersifat menyerap air seperti span dan kelebihannya juga dimana ia dilihat mampu menjadi mengikat pada tanah berpasir untuk lebih subur. Penulis blog pernah ditanya soalan sama ada adakah produk peatmoss ini bersifat organik?. Maka jawapannya memang ia bersifat organik kerana cara penghasilan bahan peat-moss itu sendiri daripada tumbuhan semulajadi dan yang asli memang tiada mengandungi sebarang bahan kimia. Dilaporkan dimana negara Belanda (Netherland) adalah merupakan negara yang terbesar didunia dalam menghasilkan produk peat-moss ini. Apa pun di negara Belanda dimana mereka mempunyai lebih 270 ekar tanah bagi menempatkan lumut Sphagum ini utk kegunaan pengusaha pertanian seluruh dunia dengan jaminan produk berkualiti.  Malaysia merupakan antara negara pembimport produk peatmoss dari Belanda untuk beberapa tujuan dalam bidang industri semaian. Apa pun b
ahan yang dinamakan sebagai peat moss ini selalu digunakan dalam pertanian komersial mahupun hobi. Kebiasaanya di Malaysia bahan peat moss digunakan sebagai medium awal untuk percambahan biji benih. Umum perlu tahu dimana produk peat moss boleh diterjemahkan sebagai gambut (peat) dan lumut (moss). Namun untuk mengelakkan kekeliruan sebaiknya perkataan peat moss akan dikekalkan kerana terma itu lebih sedia maklum dikalangan para petani dan pembekal di Malaysia. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan apakah dia peat-moss untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Sebenarnya produk p
eat moss yang ada djiual dipasaran adalah bahan yang mana ia mempunyai kelebihan unik untuk menyerap air secara sekata dan juga menghalang bahan nutrient mengalir keluar dari medium tersebut. Sifat peat moss ini didakwa dapat membantu meningkatkan mutu kaedah tanaman. Lazimnya dimana produk peat moss terhasil daripada lumut dan bahan organik lain yang telah terkompos di dalam peat bogs (tanah gambut). Peat moss adalah hasil penguraian bahan organik terutamanya lumut yang telah mati, Lazimnya apabila ingin mula bertanam iaitu amalan untuk lebih pantas atau lebih cepat maka petani perlu mencari biji benih berkualiti untuk ia dapat disemai. Selalunya amalan biasa dengan gunakan bahan tanah campuran dimana tempoh menunggu biji benih untuk mula bercambah adalah agak lama mengikut amalan konvensional. Bagi tujuan agar biji benih bercambah dengan baik dan berkualiti maka amalan penggunaan bahan peat poss adalah pilihan tepat. Diantara beberapa kelebihan atau manafaat bahan peat moss adalah dimana sifatnya yang seakan ciri tanah gambut mampu untuk menyimpan air dan tidak mudah kering. Ciri ini membolehkan semaiaan akan sentiasa dalam keadaan lembab dan membolehkan tanaman cepat tumbesarannya dan biji benih cepat bercambah. Bagi produk peatmoss secar aumumnya ia mampu menjadi bahan sebagaia baja (fertilizing product) bagi tanaman. Peatmoss juga dilaporkan memang ia kaya dengan nutrien atau zat makanan yang diperlukan oleh anak benih. Dalam pada itu cara penggunaan yang lazim dilakukan adakah peatmoss ini akan digunapakai sebagai penutup batas atau mulsa pada batas tanaman dimana kebaikannya adalah ia mampu dalam menbekalkan nutrient kepada akar tanaman. Paling sering dikatakan adalah dimana bahan peatmoss ini berfungsi sebagai produk yang mampu melindungi tanah daripada ia menjadi keras kerana bersifat poros. Produk peatmoss juga mampu untuk mengurangkan kepadatan tanah dan mampu menjadi pengikat jenis tanah berpasir apabila digunakan. Secara umumnya penggunaan peatmoss di tapak semaian akan mempercepatkan pertumbuhan akar tanaman.


Produk p
eat moss adalah satu bahan yang mempunyai kelebihan unik untuk menyerap air secara sekata dan juga dapat mengekang bahan nutrient mengalir keluar dari medium. Sifat peat moss ini telah membantu untuk meningkatkan mutu kaedah tanaman sejak ianya mula digunakan pada pertengahan abad ke-20. 
Peat moss yang mana ia terhasil daripada lumut dan bahan organik lain yang telah terkompos di dalam peat bogs (tanah gambut). Terdapat perbezaan dari segi mekanisma pengkomposan diantara peat moss dan bahan kompos yang biasanya dihasilkan sendiri oleh petani. Peat moss adalah hasil penguraian bahan organik terutamanya lumut yang telah mati iaitu tanpa kehadiran udara. Proses ini berlaku dengan perlahan dimana ianya mengambil masa ribuan tahun hanya untuk menhasilkan beberapa milimeter lapisan bahan ini. Oleh kerana itu didakwa dimana produk peat moss dianggap sebagai satu sumber yang tidak boleh diperbaharui. Kebanyakan media peat moss yang boleh didapati di pasaran Malaysia adalah diimport dari negara-negara Eropah terutamanya Belanda. Pengumpulan peat moss untuk aktiviti komersil telah dikritik kerana walau pun pengekstrakannya telah dihadkan untuk 0.02% sahaja daripada tanah rizab seperti di negara Kanada akan tetapi gerakan seperti International Peat Society telah selalu mereka mengetengahkan kesannya terhadap jumlah karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera dimana ia akan menyumbang kepada isu pemanasan cuaca global atau kesan rumah hijau. Penulois blog faham dimana petani biasanya menggunakan peat moss sebagai media didalam dulang atau pun bekas tanaman yang bertujuan bagi penambahbaikan kualiti dan struktur tanah. Peat moss adalah bersifat asid jika dibanding baja kompos yang lebih bersifat alkali. Maka bagi petani perlu faham dimana pemilihan di antara dua bahan ini boleh juga disesuaikan dengan sifat pokok tanaman yang hendak ditanam. Perbezaan lain yang boleh dipertimbangkan dalam pemilihan dia antara dua media ini adalah dimana produk peat moss tidak mengandungi sebarang mikroorganisma yang berbahaya dan juga benih rumput berbanding baja kompos yang tidak diproses dan dirawat dengan baik. Di dalam amalan agronomi dan kaedah pertanian moden dimana bahan peat moss digunakan sebagai medium penting untuk peringkat awal percambahan biji benih tanaman kerana sifatnya yang unik. Bahan ini boleh menyerap air beberapa kali ganda dari beratnya sendiri. Kelembapan media ini akan memastikan perkembangan akar yang baik kerana mendapat bekalan air yang secukupnya. Selain daripada itu penulis blog tahu dimana bahan peat moss sangat efektif dalam mengikat nutrient ke dalam teksturnya dalam memastikan nutrien yang ada tidak mengalir keluar dari bekas tanaman setiap kali ianya disiram dengan air. Bahan peat moss mempunyai keunikan yang dapat memberikan kesan positif terhadap perkembangan tanaman. Walaubagaimanapun disebabkan kesannya untuk jangka masa panjang terhadap alam sekitar maka adalah diharapkan petani menggunakannya secara berhemah dan mengamalkan displin pengurusan pertanian yang cekap.


Merujuk kepada sebuah laporan media hmetro.com dimana '
Teknologi fertigasi gantung' menjadikan industri pertanian di Malaysia kini kian selari dengan arus teknologi dari semasa ke semasa sesuai dikongsikan. Wujudnya inovasi di dalam industri pertanian mampu memacu ke arah kehidupan yang lestari. Kini dilihat teknologi fertigasi gantung adalah satu revolusi dalam perusahaan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan kitaran tanaman sentiasa berkualiti serta konsisten. Dengan teknologi yang dikembangkan Jabatan Pertanian (DOA) mampu mengoptimumkan penggunaan tanah untuk industri berkenaan. Kalau dulu sistem tanaman di atas tanah berbatas hanya terhad kepada kawasan dan topografi yang sesuai. Antara kelebihan teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan yang baik disebabkan peningkatan hasil melalui penggunaan baja secara efisien, konsisten dan jangka hayat ekonomik tanaman lebih lama. Risiko serangan penyakit daripada masaalah ‘soil borne’ dapat dikurangkan kerana antara kelebihan utama sistem ini ialah kedudukan tanaman tidak berada di atas tanah dan sistem pengudaraan yang lancar. Konsep asas yang membezakan teknologi ini dengan kaedah lain ialah pokok ditanam dalam beg semaian bermedia secara tergantung berasaskan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong. Diantara tanaman sayur berbuah yang sesuai ialah timun, kacang panjang, petola, terung panjang, cili dan juga sayuran berdaun sebagai kitaran tanaman. Kelebihan mengamalkan teknik fertigasi gantung adalah dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil. Secara keseluruhan kos tenaga kerja dan racun kimia dapat dikurangkan hingga 50 peratus berbanding penanaman secara fertigasi biasa. Hasil timun dapat dikutip awal seminggu berbanding biasa dan jangka hayat ekonomik tanaman dapat dipanjangkan tujuh hingga 10 hari berbanding penanaman secara konvensional. Hasil dapat dipungut dengan mudah, cepat kerana kedudukan beg semaian lebih tinggi dan jangka hayat tanaman lebih lama. Apa pun sistem ini dapat memberi pulangan maksimum kepada petani apabila jangka hayat tanaman lebih panjang (kerana kurang serangan penyakit bawaan tanah dan keseluruhan pokok mendapat cahaya matahari), seterusnya menjanjikan peningkatan hasil hingga 30 peratus. Sistem para dipasang dengan kukuh untuk menggantung beg semaian dan sistem pengairan menggunakan PE tubing. Setiap beg untuk semaian yang diisi media tanaman dengan gunakan media campuran cocopeat dimana ia akan digantung menggunakan kawat duri. Amalan terbaik adalah dimana cara semai benih tanaman di dalam dulang semaian dengan media peat moss. Ini kerana cara ini dilaporkan anak benih akan tumbuh dan menjalar pada dawai trellis yang disediakan. Selalunya baja larutan fertigasi (baja fertigasi set A+B) dipam masuk melalui PE tubing yang dipasang bersambungan antara beg semaian dan mempunyai ‘nipper’ pada setiap pokok. Kekerapan cara pembekalan air baja fertigasi mengikut kadar yang disyorkan dan bergantung kepada cuaca semasa. Kebiasaannya cara pembajaan dibuat tiga hingga enam kali sehari dan diulangi dengan air selepas dua hingga tiga jam pembajaan dibuat. Apa pun penggunaan baja organik seperti asid amino dan plant booster mampu meningkatkan kualiti tanaman dan pulangan hasil. Tunas yang baru keluar perlu dididik untuk menjalar di atas para dawai yang disediakan. Penuaian mudah dijalankan kerana hasil dapat dilihat dengan mudah dan senang untuk mengutip. Potensi bagi satu beg semaian untuk tanaman timun boleh mencecah tujuh hingga 10 kilogram (kg) semusim. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PRODUK PEAT MOSS... GELAP WARNA...
PENGELUAR TERBESAR...DARI BELANDA...
LEMBAPKAN MEDIA...CEPAT TUMBUHNYA...
BACA ARTIKEL... FAHAM KANDUNGANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Zulhijjah 1444H).
Posted on 3 Muharram 1445H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...