Support My Blog

Saturday, July 15, 2023

BUNGA KEEMBONG DAN KHASIATNYA

BUNGA KEEMBUNG (Impatiens balsamina) adalah sejenis pokok tanaman hiasan dari keluarga Balsaminaceae yang boleh bertumbuh di kawasan beriklim tropika ataupun iklim sederhana. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris) dimana pokok bunga keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar. Pada penulis blog mendapati bunga keembung ini adalah pokok jenis herba. Ia mempunyai bentuk batangnya mempunyai banyak air dan menghasilkan beberapa dahan kecil serta mempunyai bentuk daun pokok keembung adalah jenis ringkas dengan mempunyai susunannya berselang-seli dan berbentuk mata lembing. Di kedua-dua hujung daun adalah runcing dan bergerigi halus. Daunnya juga bertangkai pendek. Bunga keembung dihasilkan secara tunggal atau beberapa bunga pada tangkai jambak bunga. Ia dihasilkan di ketiak daun serta mempunyai bunga pelbagai warna seperti putih, kuning pucat, merah jambu, merah dan ungu. Paling kini telah ada jenis bunga keembing mempunyai beberapa warna yang dipanggil sebagai 'Rose Keembong' yang menarik minat ramai pengemarnya (Sila lihat foto paling bawah). Bunga ini memang cantik seakan bunga rose yang sesuai ditanam dikawasan keliling rumah. Lazimnya bunga keembung mempunyai lima kelopak tetapi ada jenis yang berganda. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai bunga keembong dan khasiat serta kegunaannya dalam kesihatann bagi dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda.


Pokok bunga keembong adalah dari jenis renek berbatang lembut yang mampu tumbuh setinggi 20 - 70 cm bergantung kepada spesis dan kesuburan tanah (Sila lihat foto disebelah). Batangnya merupakan batang yang tebal berwarna hijau yang agak lembut. Daun pokok keembong berbentuk panjang tirus dengan bergerigi ditepi laidaun dan berukuran 3-9 cm panjang dan 1-3 cm lebar. Susunan daun pada batang dan ranting adalah spiral dan juga berselang seli. Ada mengatakan bentuk daun seperti bentuk lembing yang tajam dengan tangkai yang pendek. Bunga Keembong mempunyai banyak kelopak (Biasanya ada 5 kelopak dan ada spesis yang berlapis-lapis) yang mana kebanyakannya mempunyai warna merah, ungu, putih dan pink berukuran 3-5 cm garispusat terbit daripada ketiak daun dalam jambak. Bunga yang cantik dan terang ini menarik banyak janis serangga seperti semut, lebah madu, rama-rama dan kumbang untuk mendapatkan nektar dan debunganya. Setelah mekar, bunga ini akan layu dan akan menghasilkan buah bunga keembong. Kudup buah muda berbentuk kapsul seperti kon bulat yang berwarna hijau dan akan menjadi hijau cerah atau kehitaman apabila cukup matang. 


Buah keembong yang matang lazimnya mengandungi banyak biji benih kecil berbentuk bulat yang berwarna hitam (Sila lihat foto sebelah). Biji ini kemudian akan di'campak keluar' melalui kulit buah yang bergulung secara mekanikal (pecah) dan bijinya akan jatuh ketanah dan mudah tumbuh jika benih tersebut mendapat persekitaran sesuai. Buah yang matang ini akan mudah pecah apabila disentuh dengan tangan dan biji nya akan terkeluar. Akarnya dari jenis akar serabut yang sesuai tumbuh dikawasan yang subur dan sedikit lembap. Ia mudah tumbuh dalam semua jenis tanah dengan tambahan baja organik seperti tahi ayam. Pemerhatian saya mendapati belum ada petani atau usahawan menanam pokok bunga keembong secara monokrop untuk penghasilan komersil. Terdapat beberapa spesis pokok keembong yang dianggap sebagai 'Rumpai' oleh petani dan penggemar tanaman ornamental.


Pokok Keembong dikategorikan sebagai jenis tanaman hiasan yang turut mempunyai khasiat ubatannya tersendiri. Walau pun saya dapati tidak banyak bahan rujukan mengenai khasiat pokok keembong, beberapa penulis ada membuat catitan. Bahagian pokok yang digunakan untuk tujuan perubatan secara tradisional adalah daun, bunga, biji dan batang. Seluruh bahagian pokok ini kecuali akarnya dikatakan boleh direbus dan dijadikan ubat bagi merawat busung, demam kuning, hepatitis dan kembung air. Daun pokok keembung dikatakan boleh direbus dan digunakan untuk mencuci dan melebatkan rambut (Sila lihat foto daunnya disebelah). Ia juga boleh ditumbuk halus dan kemudiannya ditampal pada luka, penyakit kulit, sakit di atas, sekeliling atau dalam kuku, kulit lekang, bernanah dan kulit bengkak. Boleh juga ditampal pada kepala apabila sakit kepala. Batang pokok keembung boleh ditumbuk sampai hancur dan kemudian airnya kemudiannya diperah dan disapu pada lebam, ketuat, kutil, kurap dan ulser yang busuk. Cecair yang diperah iaitu daripada batang ini juga boleh disapu pada kulit yang luka supaya tidak bengkak ataupun lebam. Cecair yang diperah ini turut boleh disapu sebagai losyen untuk merawat bengkak mata. Bagaimana pun kajian lanjut secara klinikal dan saintifik perlu dijalankan kepada pokok bunga keembong untuk kegunaannya dimasa akan datang.


Dalam pada itu pokok tanaman hiasan daripada keluarga balsaminaceae ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah daun, bunga, biji dan batang. Seluruh bahagian pokok ini kecuali akarnya dikatakan boleh direbus dan dijadikan ubat bagi merawat busung, demam kuning, hepatitis dan kembung air. Daun pokok keembung dikatakan boleh direbus dan digunakan untuk mencuci dan melebatkan rambut. Ia juga boleh ditumbuk halus dan kemudiannya ditampal pada luka, penyakit kulit, sakit di atas, sekeliling atau dalam kuku, kulit lekang, bernanah dan kulit bengkak. Boleh juga ditampal pada kepala untuk merawatsakit kepala. Batang pokok keembung boleh ditumbuk sampai hancur dan airnya kemudiannya diperah dan disapu pada lebam, ketuat, kutil, kurap dan ulser yang busuk. Cecair yang diperah daripada batang ini juga boleh disapu pada kulit yang luka supaya tidak bengkak ataupun lebam. Cecair yang diperah ini turut boleh disapu sebagai losyen untuk merawat bengkak mata. Dalam pada itu pokok keembong mampu merawat masaalah HAID. Caranya dengan mana air rebusan batang keembung yang tua dikatakan boleh diminum untuk mencuci dan merawat penyakit yang berkaitan dengan darah. Air rebusan batang tua ini juga boleh digunakan sebagai ubat untuk mencuci bisul, ulser dan mengatasi bengkak. Air rebusan batang yang kering didakwa boleh diminum untuk membaiki pengedaran darah, mengatasi sakit susah bersalin, kejang otot dan reumatisme.


Bunga Keembong adalah berguna untuk perwarna kulit dan kuku yang organik. Cara mengguna dengan mengambil biji buah keembung boleh dihancurkan menjadi serbuk. Serbuk ini kemudiannya boleh digunakan untuk merawat ibu yang susah dan sakit teruk semasa bersalin. Ramuan yang sama ini dikatakan boleh digunakan untuk tujuan merangsang dan melawaskan haid, melawaskan pengeluaran kahak dan mukus, merawat sakit tekak, sakit perut, kanser kerongkong, kanser rahim dan tumor. Bunga pokok keembung pula dikatakan boleh direbus dan air rebusannya boleh diminum untuk merawat arthritis, badan panas, darah bertakung, demam panas, kecederaan dalaman badan, keputihan pada faraj, patukan ular, reumatisme, sakit urat dan sengal-sengal di pinggang, sakit saraf di kepala dan muka. Ramuan yang sama ini juga dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah kurang atau tidak ada haid. Bunga pokok keembung yang telah dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada bisul, kudis, kurap, luka, lumbago (sakit belakang pada bahagian bawah tidak kira apa sebab) dan terseliuh. Bunga keembung jenis yang berwarna putih dikatakan boleh direndam ke dalam air yang mendidih. Air ini kemudiannya dikatakan boleh diminum untuk merawat penyakit ginjal dan hati. Selain untuk tujuan perubatan, keembung juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan lain iaitu bunganya boleh dijadikan pewarna kulit dan kuku selain turut digunakan dalam kosmetik. Minyak daripada bijinya pula dikatakan boleh digunakan untuk pelita, cat dan varnish. Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan setiap bahagian pokok keembung bagi masalah kesihatan dan digunakan dalam perubatan tradisional namun begitu kaedah penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BUNGA KEEMBONG...CANTIK WARNA..
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
PELBAGAI WARNA....ADA GUNANYA...
BACA ARTIKEL... KENAPA TAK CUBA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(18 RabiulAkhir 1441H),
Kemaskini pada 25 Zulhijjah 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...