Support My Blog

Monday, January 23, 2023

TERNAK KAMBING - UNTUNG RUGI BAGAIMANA?

TERNAKAN KAMBING
merupakan salah satu dari akriviti penternakan yaang mampu mendatangkan pendapatan lumayan jika dijalankan dengan baik. Kambing merupakan ternakan ruminan yang tergolong dalam klasifikasi ternakan dari keluarga Bovidae. Pecahan keluarga (sub-family) bagi kambing adalah dari genus Caprinae (kambing) dan genus Capra (kambing). Penulis blog merujuk beberapa buku dimana ada 5 spesis kambing yang popular diternak iaitu species - Capra hirus (Capra aegagrus), Capra ibex, Capra pyrenaica, Capra caucasia dan juga spesis Capra falconeri. Bagaimana apun dilaporkan cara membuat klasfikasi kambing ada 4 keadaan iaitu Tempat Asal (seperti Asia, Afrika, dan lain-lain), Rupabentuk Anggota (seperti telinga panjang, pendek, tegak atau berjuntai), Jenis Kegunaan (samada untuk daging, susu, bulu, kulit dan lain-lain) serta Ukuran Besar Badan dan Tinggi (seperti ukuran berat dan besar, sederhana atau pun saiz kerdil). Penulis blog juga kini tahu satu lagi cara yang digunakan sekarang ialah ciri seperti ukuran “Height at withers” iaitu ukuran dari kaki sampai ke tulang bahu (skapula). Dilaporkan dimana cara ini mempunyai kaitan dengan saiz besar badan. Kalau bentuk badan besar begitu juga dgn ukuran tinggi dijadikan panduan dalam pengkelasan kambing. Apa pun dilaporkan dengan cara ini maka haiwan kambing boleh dibahagi kpd 3 kumpulan iaitu jenis Kambing Kerdil (ukuran tingginya dibawah 50 cm atau berat 18-25 kg), Kambing Sederhana (ukuran tinggi 51-65 cm atau beratnya antara 19-27 kg) dan Kambung Besar (ukuran tinggi di atas 65 cm (20-53 kg). Merujuk kepada beberapa sumber yang dilaporkan dimana populasi kambing di dunia dianggar lebih kurang 400 juta ekor dimana sekitar 22% darinya terdapat dikawasan negara beriklim temperate sementara 78% di kawasan tropika dan subtropika. Penulis blog juga dapati dimana populasi kambing berada dikawasan kering di mana sukatan hujan kurang dari 45 cm. Taburan populasi kambing yang banyak sekali ialah di Afrika dan India. Dalam pada itu antara baka-baka kambing yang terkenal di dunia boleh dibahagikan kepada 7 kawasan. Bagi kawasan Afrika terdapat jenis baka kambing Nubian, Sahle, Maradi (Red Sokoto), kambing kerdil (Dwarf goat), south Sudan Dwarf, Somali, Boer, Somali Arab dan Small East African Goat. Sementara itu di kawasan Timur Tengah dan Timur Dekat ada jenis baka kambing seperti Angora, Damanscus dan Syrian Mountain. Bagi kawasan India Dan Pakistan popular dengan baka kambing seperti Jamnapari, Beetal, Barbari, Black Bengal, Malabar, Bari, Osmanabad dan Kamori. Bagi kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia popular dengan baka seperti Kambing Katjang dan di Kawasan Negara China dan Tibet popular dengan baka Kambing Ma’Tou, South China Dwarf Goat, Cahsmere Goat. Di kawasan Amerika Selatan pula ada baka Maxoto dan Marota sementara di kawasan Eropah ada baka kambing Saanen, Toggenburg, British Alpine dan lain-lain. Penulis blog kongsikan veverapa keterangan baka Kambing Katjang yang berasal dari Malaysia dan indonesia. Kambing ini digunakan untuk daging dengan mempnyai warna bulu biasanya hitam atau coklat kadang-kadang terdapat tompok putih dikaki dan badan. Ia mempunyai telinga tegak disisi dengan purata ketinggian adalah sekitar 50- 60 cm. Kambing Katjang juga dilaporkan mempunyai berat lahir sekitar 1 - 2 kg dan apabila dewasa manjadi 20 - 25 kg. Artikel subuh Hari Raya Cina 2023 (Tahun Arnab) saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan juga faktur yang membuat ternakan kambing boleh untung atau boleh rugi untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kepada bakal pengusha yang baru hendak berkecimpong dalam ternakan kambing sebaiknya membaca artikel ini sehingga habis. Ini kerana dikalangan penternak kambing aspek keuntungan dan rugi mungkin boleh menyebabkan ia meneruskan bidangusaha tersebut atau sebaliknya. DI beberapa negara lain didunia ini memang ada jenis pekerjaan sebagai 'Gembala Kambing' yang memang kerjanya menjaga sekumpulan ternakan kambing mencari makan selama beberapa minggu atau bulan (Sila lihat foto disebelah). Berlainan dengan situsi di Malaysia dimana penternakan kambing lebih berpusat dengan adanya kandang kambing dan diternak secara komersil. Ketika seseorang itu cuba mulakan usaha ternakan kambing seharusnya dia mampu menganalisa untung rugi dan mengiranya apabila hendak menternak kambing. Ilmu ini perlu diketahui melalui kursus formal dan sering bertanya kepada usahawan ternakan kambing lain yang sukses. Kalau dilihat dari segi keuntungan dalam ternak kambing memang selalu dilaporkan ia sangat menjanjikan pendapatan yang lumayan jika berjaya. Ini sama ada menternak kambing secara komersil sepenuh masa atau pun sebagai aktiviti tambahan atau hobi. Berdasarkan kepada beberapa laporan di media tempatan memang sering dipaparkan akan kejayaan penternak kambing sehingga ada yang mencecah pendapatan lima angka setiap bulannya. Ada kalangan mereka adalah merupakan bekas penjawat awam, profesional, kerani swasta, ahli perniagaan, mereka yang baru kehilangan kerja dan sebagainya yang menceburi bidang penterakan kambing asalkan ada minat dan kemahuan. Ada dakwaan dimana memulakannya d
alam usaha menternak kambing memang kurang memerlukan skill yang luar biasa tetapi tetap perlukan kemahuan yang tinggi.


Sebagaimana dilaporkan dimana jumlah p
ermintaan daging kambing segar atau beku adalah sangat tinggi di Malaysia berbanding dengan jumlah pengeluaran sedia ada. Bilangan penternak kambing di negara ini masih dikira sangat kecil jumlahnya dan jika dikira mereka yang menjadi penternak kambing yang berskala intensif atau skala komersial bilangannya adalah sedikit sahaja. Negara Malaysia masih merupakan 'net importer' daging kambing setiap tahun yang nilainya ratusan juta diimport dari luarnegara. Oleh itu ruang dan peluang bagi penternak kambing di Malaysia masih luas untuk diceburi asalkan mempunyai minat yang tinggi dan tahu mengira akan  faktor keuntungan apabila memilih usaha ternak kambing. Kalau hendak dibuat perbandingan dimana penternak ayam pedaging ataupun ayam telur akan berlaku perubahan turun-naik harga dipasaran yang kerap berbanding dengan harga pasaran bagi daging kambing. Semasa artikel ini ditulis dimana isu kenaikan harga ayam dan harga telur adalah isu yang 'sangat panas' di Malaysia. Walau pun harga makanan ternakan ayam daging dan telur melonjak naik pada 2022 dan 2023 akan tetapi disebabkan harga ayam dikawal kerajaan maka paras keuntungan penternak ayam juga agak sukar diramalkan. Ia tidak berlaku kepada penternak kambing tempatan terutama penternak yang ternak jenis kambing kampong yang kurang bergantung kepada makanan pelet. Persaingan dalam penternakan kambing tidak seteruk dalam persaingan didalam penternakan kambing terutama jika tinggal dikawasan kampung di kawasan pedesaan yang ada banyak sumber makanan ruminan. Makanan kambing paling utama merupakan rumput dan dedaun yang tumbuh banyak dikawasan terbuka.

Memang berlainan jika penulis blog hendak menganalisa untung ruginya apabila ingin menternak kambing berbanding dengan bidangusaha lain. Beberapa faktur yang mendokong usaha penternakan kambing boleh dilihat dari segi kos pemberian makanan
, kos perawatan, jangkamasa waktu menuai hasil yang cepat, kos bina kandang yang tidak terlalu mahal, kurang masaalah pasaran dan permintaan yang sentiasa tinggi dengan kadar harga yang relatif terus meningkat setiap masa. Penulis blog amat jarang harga daging kambing segar atau sejukbeku turun di Malaysia selama ini dilaporkan. Jika dinilai akan untung yang signifikan tentunya datang daripada faktur kos dalam permakanan ternakan kambing yang rendah berbanding ternakan lain. Adalah tidak menghairankan jika makanan yang diberikan untuk kambing setiap hari asasnya adalah berupa rumput dan daun-daun hijau yang boleh ianya didapati secara percuma jika meragut bebas atau kos makanan menjadi rendah jika ditanam sendiiri. Menanam rumput napier dikawasan keliling kandang juga amat praktikal dilakukan dimana ia adalah disyorkan untuk meningkatkan keuntungan penternakan kambing (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun penternak kambing boleh memberikan makanan tambahan disyorkan seperti hampas kacang soya (dari kilang memproses buat tauhu), daun pokok keledek atau ubikayu, dedak padi, kosentrat dan vitamin yang berguna untuk pemenuhan keperluan zat kambing dengan kos tambahan. Bagaimana pun pemberian makanan tambahan ini jangan dijadikan sebagai sumber makanan utama kerana ia tidak baik untuk sistem pencernaan atau penghadaman perut kambing. Kos tambahan ini juga faktur menyebabkan kurang menjimatkan kos pengeluaran sebab perlu membeli makanan tambahan. Harga makanan tambahan yang berupa pelet dilaporkan semakin tinggi semenjak pasca pandemik covid19 dan perang Rusia -Ukraine sehingga sekarang. Kenaikan harga makanan ini disebabkan bahan asas seperti jagung bijirin, kacang soya dan lainnya diimport dari luarnegara.


Pada penulis blog yang berpengalaman menternak kambing semasa remaja dahulu membantu keluarga di kampong selama bertahun-tahun gembira apabila dapat menjual kambing. Selalunya jualan kambing hidup akan jadi untung kerana jangka masa memeliharanya singkat dari tahap anak selama 8 - 12 bulan sahaja ia pun sudah sesuai dijual. Selalunya trend permintaan daging kambing akan meningkat semasa hari sambutan perayaan Hari Raya Qurban setiap tahun sama ada untuk dijadikan kambing kurban da juga untuk tujuan Aqiqah. Masa inilah selalunya harga kambing hidup terus meroket berbanding dengan bulan-bulan biasa yang mana ia akan meningkatkan keuntungan para penternak kambing. Sebagai petua penternak kambing yang sudah berpengalaman lama dimana mereka akan menjadualkan sistem jualan kambingnya iaitu dalam
 julat masa 3 bulan sekali jualan atau 6 bulan sekali. Jadual dan cara pemeliharaan perlu diperhatikan umur baka anak kambing perlu dirancang bagaimana jumlahnya jangan sampai membeli baka anak kambing (jika membelinya sebagai stok) iaitu dengan jumlah sesuai untuk target jualan sahaja dan pastikan jangan banyak namun tetapi umurnya sama. Kerja menjaga dan merawat ternakan kambing  tidaklah sulit asalkan sering melakukan pembersihan kandang supaya tidak terlalu banyak kotoran yang basah yang akan menyebabkan ada lalat dan kuman penyebab kepada masaalah insiden penyakit berlaku. Kalau kandang dalam keadaan kotor dan basah dimana situasi najis kambing yang bertimbun boleh menyebabkan ada patogen yang mana boleh menganggu kesihatan kambing. Disyorkan agar makanan dari rumput dan daun sudah dalam keadaan agak layu dan mesti elakkan memberi rumput basah sebab embun pagi ataupun getah akan membuat luka di sekitar mulut kambing.

Bagi menjimatkan kos dan menambah keuntungan sebaiknya kawal dari segi kos pembinaan kandang kambing. Bina kandang yang tidak terlalu mahal dan canggih asalkan konsepnya boleh menepati keperluan asas penternakan kambing. 
Kandang kambing ini biasanya boleh dibuat dengan menggunakan dari bahan yang sederhana dan dari alam keliling seperti kayu hutan, buluh tetapi pastikan ada tiang utama yang kukuh dan tahan lama. Apa yang penting adalah bangunan dibina ini kukuh dan tidak tumbang apabila jumlah kambing meningkat kelak. Penting dibina lantai agak tinggi untuk menyediakan sistem pengudaraan sempurna (Sila lihat foto disebelah). Bagi pembinaan lantai pastikan ada lubang untuk tujuan sistem pengudaraan baik dan juga membolehkan najis kambing jatuh kebawah. Pada penulis blog digalakkan agar di permukaan tanah bawah kandang kambing di simen agar sentiasa kering dan air urin kambing (kencing kambing) akan dapat mengalir dengan baik agar longgokan najis tidak lembap. Selalunya memang tidak menjadi masaalah untuk menual kambing hidup sepanjang masa. Ini kerana apabila usia kambing sudah layak dijual maka sangat mudah kita menemukan pemborong atau pembeli untuk datang melihat dan memilih kambing yang besar sesuai dipasarkan. Bagi meningkatkan keuntugan dan mengurangkan kerugian sebaiknya jangan menangguhkan aktiviti penjualan kambing dari kandang kerana ia akan meningkat kos pemberian makanan kepada kambing tersebut. Apabila sudah besar dan cukup umur makan dengan segera jual sahaja kambing tersebut. Penjualan kambing baka selalu harganya agak mahal juga memberikan keuntungan dengan bergganda kepada penternak. 


Pada penulis blog penting juga untuk membincangkan beberapa faktor yang boleh menyebabkan kerugian kepada penternak kambing. Dalam sektor pertanian memang wujud risiko kerugian yang perlu difahami. 
Memang dalam setiap usaha pertanian dan lain-lain tidak ada yang boleh menjamin akan selalu mendapatkan keuntungan yang terus menerus sama juga dalam meternak kambing. Ketika menjalankan penjagaan apabila berlaku kes kecacatan dan kematian pada kambing tentunya akan sangat membuat kerugian kepada penternak. Apabila kambing yang mati apa lagi bila ia sudah dewasa maka jumlah kerugian semakin tinggi kerana jangkamasa menjaganya dan kos makanan adalah tinggi. Ini kerana memang banyak modal dikeluarkan selama 8 - 12 bulan, kos membeli baka dan kos ubat-ubatan juga. Dilaporkan ada kes kambing yang cedera disebabkan diserang haiwan liar, kes kemalangan jalanraya, cedera atau lemas termasuk parit, patah kaki, tersepit dipagar dan juga kes di cederakan oleh manusia (selalunya addalah pemilik kebun yang diganggu kambing). Penternak perlu sentiasa memeriksa dan menjaga kalau kambing yang dilepaskan merayau dikawasan bebas agar risiko kecederaan kurang berlaku. Selalunya kambing yang cacat tidak mahu dibeli oleh pemborong dan juga mereka yang ingin membeli untuk tujuan korban atai aqiqah tidak mahu kambing yang cacat. Bagaimana pun kejadian kambing yang cedera agak jarang berlaku jika sistem ternakan komersil berpagar atau dalam kandang tertutup. Jika pembaca menganalisa faktor untung rugi menternak kambing bolehlah penulis blog simpulkan bahawa usaha menternak haiwan jenis kambing sangatlah menjanjikan pulangan ekonomik yang baik sama ada ia sebagai pekerjaan utama ataupun sebagai kerja sampingan. Semuga artikel panjang ini menjelaskan untung rugi penternakan kambing kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
MENTERNAK KAMBING... RISIKO ADA..
UNTUNG DAN RUGI.. PERKARA BIASA...
MUDAH DITERNAK... IA TINGGI HARGA...
MEMBACA ARTIKEL.. JELAS SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...