Support My Blog

Saturday, January 14, 2023

SCATEURS - APA DIA?

SCATEURS (Gunting Cantasan) merupakan salah satu alat yang digunakan dalam aktiviti mencantas digunakan untuk memotong dan juga membuang bahagian-bahagian pokok bagi tujuan tertentu. Alat ini juga dipanggil sebagai 'Pruning shears' iaitu sejenis gunting khusus untuk memotong dahan atau batang bagi tumbuh-tumbuhan.  Alat ini amat penting didalam kita untuk melaksanakan aktiviti Perkebunan (Gardening), AboricultureFarming, Kebun Bunga (Flower Gardening) dan Pemuliharaan Alam Semulajadi (Nature Conservation).  Aktiviti Cantasan atau Pangkasan (Pruning) memerlukan kemahiran (Skill) dan ilmu pengetahuan khusus.  (Knowledge) bagi menentukan bahawa aktiviti cantasan yang dijalankan betul dan tepat. Cantasan  pokok yang hendak dijalankan dari peringkat awal untuk tujuan Cantasan Pembentukkan, Cantasan Penyelenggaraan Pokok, Cantasan Untuk Rangsangan Berbunga dan juga Cantasan Membuang Bahagian yang diserang penyakit. Beberapa alatan cantasan yang biasa digunakan untuk kerja-kerja cantasan adalah seperti SECATERUS (Gunting Cantasan) PRUNING SAW (Gergaji Cantasan) dan KNIFE (Pisau Cantasan). Terdapat beberapa alatan lain yang digunakan dalam menjalankan cantasan bergantung kepada teknologi yang ada, jenis tumbuhan, tujuan cantasan, ketinggian tumbuhan, bahagian yang hendak dicantas, kepakaran pencantas atau petani dan kekuatan dahan (Lembut, sederhana atau keras). Cantasan bagi tumbuhan ornamental (Bunga Hiasan) agak berbeza dengan aktiviti cantasan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran (Tanaman makanan). Apa yang saya perhatikan, ramai petani dapat melakukan cantasan pokok buah-buahan dengan baik setelah menerima latihan dengnan baik berbanding dengan penduduk taman perumahan yang mencantas pokok (seperti pokok mangga dikawasan rumah) yang kurang mahir. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat dalam penulisan dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai satu alat cantasan iaitu Scateurs yang biasa digunakan di Malaysia berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri dalam bidang pertanian selama lebih 38 tahun dalam bidang pertanian untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Saya dapati terdapat banyak rekabentuk alatan secateurs ini yang telah dicipta diseluruh  dunia menggunakan pelbagai bahan dan tujuan penggunaan. Struktur paling utama dalam secateurs adalah bentuk mata pisau (pruning shears)  kerana ia amat penting dalam usaha menentukan ketajaman dan juga mengurangkan kecederaan kepada dahan yang dicantas. Diantara rekabentuk secateurs adalah seperti 'Anvil', 'By Pass' dan juga 'Parrot Beak'. Apa yang saya pernah beli dahulu adalah jenis mata 'Anvil' iaitu secateurs yang mempunyai satu mata tajam dengan satu lagi mata leper sebagai mata pelapik (Lihat foto sebelah). Bahagian pisau tajam akan memotong ranting atau dahan dan pelapik menahan dibawahnya dengan rata. Alat ini sesuai untuk memotong dahan agsk besar saiznya.


Jenis secateurs 'By Pass' pula merupakan jenis secateurs yang mempunya dua bilah mata yang tajam bersilang untuk memotong objek. Bentuk bilah mata jenis ini seperti gunting yang mempunyai dua-dua mata rata, bengkok kedua belah, bengkok sebelah dengan sebelah lagi tegak dan sebagainya (Lihat foto sebelah).  Saiz mata pisau juga ada berbagai bentuk dan saiz sama ada kedua-duanya sama atau salah satu bersar dengan sebelah lagi kecil dan bermacam lagi. Alat jeni ini sesuai untuk memotong dahan atau ranting yang bersaiz kecil dan sederhana besar dengan kadar kecederaan yang minimum. Penting diingatkan yang kita jarang-jarang 'mengasah' mata pisau secateurs kerana ia memang tajam dari peringkat pembuatan dikilang. Lazimnya mata pisau secateurs adalah dari metal yang tahan lasak, keras dan tidak mudah patah. 


Secateurs jenis 'Parrot-Beak' atau bahasa kita sebagai bentuk paruh burung kakak tua adalah jenis yang mana ia mempunyai dua bilah matanya dilihat membengkok (Concave passing blades). Jenis ini lazimnya sangat sesuai untuk memotong ranting yang bersaiz kecil (narrow stems) seperti tangkai bunga (Lihat foto sebelah). Tangkai secateurs lazimnya diperbuat dari besi kuat yang disalut dengan bahan jenis getah yang mengukuhkan tahap pegangan (hand grip). Secateurs lazimnya perlu dipegang dengan satu tangan sahaja (sama ada tangan kanan atau kiri -kidal). Dibahagian pemegang terdapat satu 'spring' yang membantu kita membuka semula dan memotong ranting kayu. Walau pun kebanyakkan secateurs standard pendek, terdapat juga secateurs yang disambung dengan galah panjang untuk aktiviti mencantas dikawasan yang agak tinggi (Lihat foto dibawah). Alat secateurs adalah jenis alat penting dalam pengurusan agronomi tanaman terutamanya untuk mencantas dan memotong. Semuga artikel ini memberi sedikit info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
Bawa scateurs di Keukenhoff, Amsterdam - Potong Tulip!.
NAMA SECATEURS... ADA PERANAN...
3 JENIS ALAT... BERBEZA BUATAN...
BANYAK JENAMA...MEMANG TAHAN... 
KUALITI...TERBAIK BUATAN JAPAN..

By,

M Anem
Senior Agronomist,
Stesyen Pertanian IPRS Pontian,
Jalan Rimba Terjun,
Pontian, Johor,
Malaysia.
(23 Syaaban 1435H).
Kemaskini pada 16 Jamadilakhir 1444H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...