Support My Blog

Friday, September 9, 2022

BUAH-BUAHAN TEMPATAN - FAKTA RINGKAS (Part 1)

BUAH-BUAHAN TEMPATAN
merupakan jenis buah-buahan yang dihasilkan oleh sesebuah negara tersebut. Bagi penulis blog dimana seperti di Malaysia yang merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya dengan buah-buahan tempatan selalunya boleh menikmati buah-buahan ini iaitu sepanjang tahun bagi buah tidak bermusim atau masa tertentu sahaja bagi buah yang keluar bermusim. Banyak jenis buah-buahan tempatan yang ditanam untuk pasaran domestik, pasaran eksport dan juga untuk diproses menjadi pelbagai produk lain berasaskan kepada buah-buahan. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. 
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala bagi jenis buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya. Rakyat Malaysia adalah digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar dan berkhasiat. Kebanyakan buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun yang dijaga rapi. Sudah tentu khasiatnya banyak kerana kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara dan baharu.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati atau boleh dibeli terutama pada musim buah-buahan. Harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah jenis buah-buahan yang diimport. Tahukah pembaca blog ini semua dimana harga buah-buahan import ada yang harganya sehingga dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan dimana jika amalan mengambil buah-buahan tempatan ini meningkat maka Malaysia akan dapat menjimatkan wang pertukaran asing. Apa pun lazimnya buah-buahan tempatan juga tiada ada bahan pengawet yang boleh merbahayakan kesihatan. Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama. Oleh itu pengguna tempatan juga akan dapat mengelakkan risiko penyakit kesan toksik seperti keracunan makanan. Buah-buahan tempatan selalu mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh manusia.  Ada banyak kebaikan yang dapat kita perolehi pembaca semua sekiranya memakan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri. Artikel petang Khamis ini dari aras 7 Hotel Meridian, Putrajaya saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta ringkas tentang buah-buahan tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Pengalaman menulis banyak artikel mengenai buah-buahan tempatan dalam blog ini ada banyak saya buat dan boleh dicari pautannya. Memang jelas dimana ada fakta menunjukkan bahawa negara Malaysia memang mempunyai banyak kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama dengan lebih berfaedah. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini. Buah-buahan ini ada bermusim dan ada yang tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu. Dalam pada itu Jabatan Pertanian (DOA) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah berusaha bagi menyenaraikan sekitar 19 
jenis buah-buahan tempatan iaitu Buah Belimbing, Betik, Cempedak, Ciku, Durian, Langsat, Duku dan Dokong, Jambu Batu, Limau, Mangga, Manggis, Nangka, Pisang, Rambutan dan Tembikai. Lain-lain jenis buah-buahan tempatan termasuk Buah Naga, Nenas, Jambu Air, Limau Bali, Limau Manis dan PulasanDalam beberapa kanian dilaporkan dimana antara khasiat buah-buahan tempatan sebagai sejenis makanan penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Ramai yang boleh untuk mendapat buah-buahan berkhasiat di samping berjimat di dalam negara. Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang tinggi.

Sebaiknya sebagai warganegara Malaysia adalah digalakkan supaya semua bersyukur kerana dikurniakan dengan pelbagai hasil sumber alam yang boleh dinikmati. Asas berkaitan aspek kesuburan kawasan tanah-tanih dan sumber perairan yang mencukupi telah memberikan negara ada pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang sedap lagi menyelerakan. Menjelang musim buah-buahan tempatan selalunya kalangan rakyat Malaysia pasti akan berasa gembira dan memenuhi ruangan pasaraya atau gerai jualan yang menjual buah-buahan tersebut. Selain buah durian dan rambutan selalunya akan ada kemunculan buah lain seperti dokong yang penulis blog paling suka makan (Sila lihat foto disebelah). Buah dokong kering yang matang akan berbuah (Lansium domesticum Corr.) dimana jenisnya adalah manis dan berkhasiat pula.  Selain itu bagi buah mangga jenis Harum Manis (Mangifera indica) yang diberikan nombor daftar vrieti sebagai MA128 luas ditanam di negeri Perlis semakin mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan. Kini buah mangga harumanis ini yang dijadikan ikon Negeri Perlis sudah tidak semurah dahulu lagi harganya. Sekilogram mangga ini mencapai RM40 sekilogram iaitu untuk sekitar dua biji sahaja atau kurang. Apa pun faktanya dimana buah-buahan tempatan sebenarnya digemari oleh penduduk setempat berbanding buah-buahan import. Pernah ada satu peribahasa lama yang menyatakan 'Hujan Emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, Lebih baik di negeri sendiri' wajar dikaitkan mengenai fakta tersebut.

Ramai juga kalangan pembaca blog dan orang tertentu yang masih meagungkan buah-buahan impport. Ini dapat dilihat apabila buah anggur, epal, pear, oren kiwi dijadikan barangan hantaran di majlis pertunangan dan perkahwinan (Sila lihat foto disebelah). Agak jarang buah pisang, rambutan, jambu batu, ciku, betik apa lagi durian yang dijadikan barang hantaran!.  Persoalan faktanya adalah berhubung dengan apakah kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan kepada pengguna tempatan perlu juga diperjelaskan. Pada penulis blog diantara kebaikan yang akan diperolehi sekiranya ramai membeli buah-buahan tempatan adalah dapatan khasiat dan kualiti terbaik daripada buah tersebut. Ini kerana hakikatnya buah-buahan tempatan selalu ditanam, tumbuh dengan subur dan dituai dengan amalan pertanian lokal. Makanya buah tempatan adalah sepatutnya ia lebih mudah untuk didapati dan dapat dimakan secara segar apa lagi jika berada dekat kebun petani. Jika dibandingkan dengan buah-buahan dari negara luar dimana selalunya faktur jarak dan juga logistik yang memakan masa yang lama akan lazimnya menjejaskan kualiti dan nutrisi buah tersebut. Pengguna akan kerugian kerana kandungan vitamin dan zat penting didalam buah terbabit sudah berkurangan dan tidak memberikan manfaat sebaik buah tempatan yang segar. Penulis blog dapati seperti buah betik (Carica papaya L.) yang digelar sebagai “buah bidadari” merupakan buah-buahan iklim tropika yang tinggi zat seperti vitamin A, C, E dan K. Betik juga mempunyai ciri-ciri antioksidan yang baik untuk tubuh badan kita serta bagus baik diambil untuk kesihatan kulit dan rambut. Berdasarkan kajian saintifik juga dimana bahan enzim yang terkandung dalam buah betik mampu menghilangkan tanda-tanda penuaan, mengurangkan jerawat, membantu dalam meransang pertumbuhan dan kekuatan rambut. Terbuktilah bahawa buah-buahan tempatan juga mempunyai kualiti dan khasiat yang tinggi, bak kata pepatah diam-diam ubi berisi. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 sesuai untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog anim agro semuanya. Wasallam!!...
BUAH-BUAHAN TEMPATAN... ADA FAKTA...
DISENARAIKAN... ADA BANYAK JENISNYA...
BUAH BERMUSIM... DURIAN ANTARANYA...
HARGA BERPATUTAN... MAMPU UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 712, 7th Floor, Le Meridien Hotel Putrajaya,
Lebuh 1RC, IOI, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Safar 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...