Support My Blog

Sunday, July 11, 2021

BAWANG MERAH - HEBAT GUNANYA!

BAWANG MERAH
(Allium cepa) atau Shallot kini telah dikaji semula bagaimana teknologi menanamnya di Malaysia. Bawang Merah merupakan komoditi yang amat penting didalam penyediaan makanan di Malaysia kerana ia memang memberikan kelazatan kepada makanan yang disediakan. Menurut kajian dimana terdapat sebanyak 121 buah syarikat pengimport bawang di Malaysia yang jalankan pengimportan bekalan bawang dari Pakistan, Thailand, Belanda dan China bagi menampung keperluan semasa rakyat Malaysia. Secara keseluruhan jumlah pengimportan bawang ke negara ini sejak Januari lalu hingga Ogos 2020 dimana ia adalah sebanyak 340,202,285 kilogram (kg) atau bersamaan 42,525,285 kg sebulan secara purata. Kini terdapat lapan jenis bawang yang diimport ke Malaysia dan dua jenis daripadanya adalah dari India iaitu bawang kecil merah dan bawang besar import. Bagaimana pun kerajaan India telah mengeluarkan arahan larangan eksport semua jenis bawang merah kecuali jenis 'Bangalore Rose' dan 'Krishnapuram' bertujuan untuk menampung keperluan domestik negara itu ekoran banjir pada Julai 2020. Enam jenis lagi bawang yang diimport adalah Bawang Merah Import, Bawang Kecil Merah Import dan Bawang Kecil Merah Rose Import dari China); Bawang Kecil Merah Import (Myanmar); Bawang Kecil Merah (Thailand) dan Bawang Besar Kuning (Belanda). Terdapat sebanyak 24 buah negara mengeksport bawang ke Malaysia dan lima negara daripadanya adalah pengeksport terbesar iaitu India dengan 38 peratus, Pakistan (23 peratus); China (16 Peratus); Belanda (8 peratus) dan Thailand (8 peratus). Penulis blog baru tahu dimana berdasarkan statistik semasa dilaporkan rakyat Malaysia secara purata menggunakan 17 kg bawang setahun atau bersamaan 1.4 kg sebulan dan ini menjadikan purata keperluan untuk rakyat Malaysia ialah sebanyak 35,971,671 kg sebulan (36 juta tan). Artikel petang Jumaat ini dari rumah di Melaka saya menulis mengenai kehebatan mengambil bawang merah dan khasiatnya untuk dijadikan bahan rujukan semua. 

Bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa L merupakan sejenis tumbuhan yang termasuk dalam kumpulan Liliaceae yang tumbuh di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Afrika. Penulis blog banyak menulis mengenai bawang merah didalam blog ini untuk dibaca (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Sejarah mengenai bawang merah ini memang telah lama digunakan dimana 
bawang merah dikatakan telah digunakan oleh manusia sejak 3,200 sebelum masihi lagi. Penduduk Mesir zaman kuno dipercayai antara bangsa terawal yang dikenal pasti menggunakan sayuran itu. Bawang merah pernah disebut dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah, ayat 61 yang menyatakan bahan makanan itu telah digunakan oleh kaum Bani Israel sekitar 1,500 sebelum Masihi sebagai salah satu makanan utama mereka. Secara umumnya apa yang penulis blog tahu dimana terdapat dua jenis bawang merah iaitu yang bawang berwarna merah atau bawang berwarna ungu. Bawang merah secara umumnya mempunyai rasa yang lembut dan manis. Dalam pada itu terdapat juga bawang yang berwarna kuning atau putih dimana ia lebih sesuai digunakan dalam masakan yang akan menjadikan sajian lebih beraroma dan lazat. Bagaimana pun perlu diingat dimana untuk anda mendapatkan khasiat bawang merah sebaiknya ia harus dimakan mentah. Ini kerana jika bawang sudah dimasak maka sebatian kimia bawang merah sudah berubah. Kali ini saya merujuk kepada laporan pakar kesihatan iaitu Dr Mohd Amir sebagai Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia yang telah menjalankan penyelidikan tentang bawang merah.

Di Malaysia 
bawang itu telah digunakan secara meluas dan dikenal pasti menjadi penawar mengubati pelbagai penyakit. Penulis blog menggunakan bawang merah didalam hampir kesemua masakkan asas seperti untuk nasi goreng, mee goreng, sambal, masakan sayuran, lauk pauk dan sebagainya. Bagaimana pun kebanyakannya adalah dimasak dan khasiatnya mub]ngkin berkurangan sebab dimasak dan dipanaskan. Amalan makan bawang mentah jarang dilakukan dikalangan orang Malaysia kerana berbau dakwanya slain daripada pedas. Hanya hidangan sate yang ada memberikan bawang mentah bersama timun dan nasi ketupat untuk dimakan bersama kuah sate (Sila lihat foto disebelah). Amalan makan bawang mentang juga didalam hidangan salad, burger dan beberapa hidangan lain. Bagaimana pun bawang goreng kini semakin dikomersilkan di Malaysia untuk ditabur kepada beberapa jenis makanan seperi mee goreng, mihun goreng, bubur nasi, sup dan sebagainya bagi menambahkan keenakan makanan tersebut. Pengusaha bawang goreng kini terjejas apabila harga bawang merah meningkat hampir 3 kli ganda daripada biasa akibat bekalan berkurangan daripada India dan China.

Khasiat bawang merah (dimakan segar) didakwa boleh m
engurangkan risiko kardiovaskular. Didakwa para pengamal tradisional percaya bawang merah dianggap sebagai tonik untuk organ dalaman. Kepercayaan itu berasaskan satu kajian yang menunjukkan dimana kandungan sebatian organosulfur dalam bawang merah merupakan agen antiplatelet. Antiplatelet merupakan satu keadaan yang mana berlakunya pembekuan darah apabila berlaku kecederaan. Dengan mengambil bawang merah, ia dikatakan dapat merencatkan agrigasi platelet seterusnya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Bawang merah juga adalah agen kepada antipembentukan lemak. Ekstrak minyak bawang merah boleh memecahkan lemak yang terhasil daripada peningkatan serum kolesterol. Ini kerana minyak bawang merah dimana ia mengandungi sebatian organosulfur iaitu alil propil disulfida yang bertindak sebagai agen antipembentukan lemak dalam badan. Bawang merah juga mampu menurunkan tahap kandungan gula. Kandungan kuersetin iaitu sejenis fitokimia yang terdapat pada zat kulit bawang merah dapat menurunkan kadar hiperglisemia iaitu kandungan gula dalam darah menjadi tinggi selepas makan. Pengguna boleh mendapatkan khasiat itu dengan hanya makan bawang merah begitu sahaja dan menganggapnya sebagai ulam. Bawang merah didakwa mampu mengatasi masalah kemurungan dimana bahagian kulit bawang merah mengandungi sebatian kuersetin. Kandungan tersebut boleh bertindak sebagai agen antitekanan atau anti kemurungan bagi pesakit. Amalkan pengambilan bawang merah bagi mereka yang mencari ubat alami untuk mengatasi masalah kemurungan.

Terdapat bukti dimana bawang merah adalah a
gen antiasma atau antilelah. Kandungan sebatian sulfur thiosulfinates yang terdapat di dalam bawang merah mampu meredakan penyakit asma. Ini kerana sulfur thiosulfinates mampu menjadi agen untuk mengurangkan semput yang dialami oleh pesakit. Dalam pada itu khasiat bawang merah juga digunakan dalam bidang kosmetik dimana ekstrak air bawang merah dapat menghapuskan masalah kutu dan rambut gugur. Caranya sapu air bawang merah yang dicampur dengan minyak zaitun pada rambut atau kulit kepala, biarkan semalaman dan lihat hasilnya. Bawang merah juga adalah bahan Antipenuaan. Bawang yang mengandungi vitamin A, C dan E berupaya melawan kerosakan disebabkan sinaran UV dan didalam pembentukan radikal bebas. Kandungan sumber kuersetin iaitu satu antioksida yang boleh mengekalkan keanjalan kulit. Bawang merah mengandungi vitamin dan sulfur yang ada pada bawang merah boleh melindungi tangan dan kulit daripada berkedut. Caranya dengan menyapu kulit bawang merah pada bahagian kulit bagi meningkatkan kadar peredaran darah. Bawang merah boleh melegakan kesan gigitan dan sengatan serangga. Caranya ambil beberapa hirisan bawang dan letak di atas tempat gigitan. Antara khasiat lain dari bawang merah seperti mampu merawat mata sentiasa berair, meneutralkan racun, atasi masalah dalam telinga berair dan berdengung, membantu menghilangkan loya dan mengelak daripada muntah, merawat buasir, bantu melancarkan haid, meningkatkan selera makan, merawat kusta, melancarkan pembuangan air kencing, membantu sistem penghadaman, mencegah kanser, membaiki sel dan tisu badan dan juga mMeningkatkan daya ingatan dan menguatkan sistem saraf. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
BAWANG MERAH... RAMUAN UTAMA...
SEORANG 17 KG SEBULAN... GUNA....
MAKAN MENTAH... SEBAIK-BAIKNYA....
BANYAK KHASIAT... SIHAT JADINYA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(28 RabiulAkhir 1442H).
Posted from:
Taman Cendana, Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...