Support My Blog

Friday, July 16, 2021

MENTERNAK LALAT HITAM

MENTERNAK LALAT
 mungkin sesuatu yang pelik dalam masyarakat kita di Malaysia namun dalam bidang akuakultur sebenarnya serangga dikenali sebagai 'Lalat Askar Hitam atau larva Black Soldier Fly (BSF) dengan nama saintifiknya sebagai 
Hermetia illucens boleh menjadi sumber alternatif bagi makanan ternakan ayam dan ikan. Beberapa universiti dan badan kerajaan serta pihak swasta apa yang penulis blog pernah membuat tinjauan dan berdasarkan kajian dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati BSF mampu didalam mengurangkan kos membeli makanan haiwan ternakan itu yang ada di pasaran. Ini kerana larva lalat ini akan diambil dan dikumpulkan untuk diberi makan kepada ayam serta ikan (dalam bentuk palet) dan juga ia berguna untuk ternakan kerana mengandungi protein tinggi. Pengurangan kos membeli makanan seperti makanan jenis palet dapat diatasi menerusi penjimatan nilai yang tidak mahal iaitu RM10 untuk satu gram telur. Telur ini pula boleh dikitar semula sehingga memperoleh hampir tiga kilogram larva. Kitaran hidup larva BSF adalah dalam lingkungan 45 hari sahaja bermakna apabila larva itu dibela dalam tempoh 15 hingga 18 hari maka hasilnya sudah boleh dituai. Proses penternakan lalat hitam ini yang juga dikelategorikan sebagai serangga bantu proses perkomposan organik bergantung kepada kawasan yang para usahawan sediakan di mana terdapatnya bahan sisa organik bersesuaian dan prosesnya penguraian sangat mudah. Jika meletakkan letak larva BSF lebih kurang satu gram di dalam sebuah besen bersama sisa makanan organik dan biarkan ia mampu membesar sehingga prapupa yang bersaiz hampir satu inci. Pada masa inilah usahawan lalat ini sudah boleh menuai larva yang kaya dengan protin ini untuk menjadi makanan ikan atau ternakan lain. Larva ini mudah membiak dan dilaporkan ia memangnya bersih dan bukan bawaan vektor penyakit dan telah disahkan oleh pakar san saintis dimna ia tidak berbahaya kepada manusia. BSF juga bantu pperoses menguraikan sisa bahan organik seterusnya larva boleh dijadikan bahan makanan ayam serta hasil buangan. BSF pula dijadikan kompos (baja) manakala bagi ternakan ikan sebainya tepung BSF sesuai dimasukkan dalam adunan palet yang mempunyai formulasi tersendiri. Antara spesies BSF itu boleh dijumpai hampir di seluruh dunia dan senang membiak serta cuaca panas di Malaysia sangat sesuai untuk pembiakan larva lalat tersebut. Penggunaan larva BSF sudah beberapa tahun dikembangkan di beberapa negeri terutama di Selangor dan kini berkembang seperti di Johor, Kelantan, Perak dan sebagainya untuk teknologi penternakannya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sedia paparkan mengenai teknologi dan laporan media mengenai aktiviti penternakan Lalat Hitam atau BSF untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Di Bachok, Kelantan akhbar Sinar Harian melaporkan dimana ada usahawan yang telah menternak lalat yang mana ia juga mungkin sesuatu yang pelik didengar penduduk kampung tetapi kini dalam bidang akuakultur, lalat askar hitam atau larva Black Soldier Fly (BSF) boleh menjadi sumber alternatif bagi makanan ternakan ayam dan ikan. Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Sosial Universiti Malaya (UM) dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Dr Norhidayah Mohd Taufek dakwa berdasarkan kajian yang telah dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati BSF mampu mengurangkan kos membeli makanan haiwan ternakan itu yang ada di pasaran. Larva lalat akan diambil dan dikumpulkan untuk diberi makan kepada ayam serta ikan (dalam bentuk palet), juga ia berguna untuk ternakan kerana mengandungi protein tinggi. Pengurangan kos membeli makanan seperti palet dapat diatasi menerusi penjimatan nilai yang tidak mahal iaitu RM10 untuk satu gram telur. Telur ini pula boleh dikitar semula sehingga memperoleh hampir tiga kilogram larva. Norhidayah berkata, kitar hidup larva BSF atau nama saintifiknya Hermetia Illucens, adalah dalam lingkungan 45 hari bermakna apabila larva itu dibela dalam tempoh 15 hingga 18 hari, hasilnya sudah boleh dituai. Proses dalam penternakan ini bergantung kepada kawasan yang kita ada di mana terdapatnya sisa organik bersesuaian dan prosesnya adalah sangat mudah. Contohnya boleh letak larva BSF lebih kurang satu gram di dalam sebuah besen bersama sisa makanan dan biarkan ia membesar sehingga prapupa yang bersaiz hampir satu inci. Pada masa ini ia sudah boleh dituai untuk menjadi makanan ikan atau ternakan lain. Larva ini mudah membiak, bersih, bukan bawaan vektor penyakit dan tidak berbahaya kepada manusia. BSF juga menguraikan sisa bahan organik dimana ia seterusnya larva boleh dijadikan bahan makanan ayam serta hasil buangan BSF pula dijadikan kompos (baja) manakala bagi ternakan ikan, tepung BSF sesuai dimasukkan dalam adunan palet yang mempunyai formulasi tersendiri. Spesies BSF itu boleh dijumpai hampir di seluruh dunia dan senang membiak serta cuaca panas di Malaysia sangat sesuai untuk pembiakan larva lalat tersebut. Penggunaan larva BSF sudah beberapa tahun dikembangkan di Selangor, namun di Kelantan ia masih belum diperluaskan lagi aktiviti penternakannya. Pihaknya dengan kerjasama sebuah pusat pembenihan dan asuhan ikan marin Ain Aquaculture Sdn Bhd di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, Kelantan akan mengadakan bengkel serta kursus khas kepada masyarakat setempat yang berminat dengan penternakan larva tersebut. 

Bernama melaporkan 'Ternak lalat BSF protein tinggi, harga murah membantu penternak ayam, ikan' memang agak menarik untuk dikongsi infonya. Larva lalat akan diambil dan dikumpulkan untuk diberi makan kepada ayam serta ikan (dalam bentuk palet) dimana juga ia berguna untuk ternakan kerana didakwa mengandungi protein tinggi (Sila lihat foto disebelah). Kini telah terbukti dimana larva “Black Soldier Fly” membantu unntuk kurangkan kos menternak ayam dan ikan. Apa pun penternakan lalat bukanlah suatu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita tetapi di dalam bidang akuakultur, Black Soldier Fly (BSF) atau lebih dikenali lalat askar hitam boleh menjadi sumber alternatif bagi makanan ternakan ayam dan ikan. Kajian yang telah dilakukan oleh Pensyarah Kanan Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Sosial Universiti Malaysia (UM), Dr. Norhidayah Mohd Taufek selama 4 tahun telah memberikan keputusan yang positif. Beliau mendapati ternakan BSF mampu mengurangkan kos perbelanjaan untuk makanan ternakan ikan dan ayam. Penggunaan BSF juga sangat digalakkan kerana mempunyai sumber protein yang tinggi. Pada masa ini, proses penternakan lalat BSF memang bergantung kepada kesesuaian tempat. Sebagai contoh, larva BSF sebanyak 1 gram perlu ditempatkan bersama sisa organik di dalam satu bekas sehingga terbentuk prapupa bersaiz satu inci. Selepas itu, prapupa yang terhasil boleh dituai untuk dijadikan makanan kepada ayam dan ikan. Menurut Dr. Hidayah, larva ini tidak berbahaya kepada manusia dan bukan vektor bawaan penyakit. Spesis BSF juga boleh dijumpai hampir di seluruh dunia dan mudah membiak dalam keadaan cuaca di Malaysia. Pihak Universiti Malaya menjalinkan kerjasama dengan Ain Aquaculture Sdn Bhd, Pengkalan Chepa serta akan mengadakan bengkel dan kursus kepada masyarakat setempat yang mempunyai minat terhadap penternakan larva tersebut. Penggunaan larva di Selangor telah digunapakai secara meluas, namun di Kelantan masih dalam usaha untuk memperkenalkan BSF kepada penternak.

Dalam laporan lain dinyatakan dimana dengan 'Menternak lalat mampu jana pendapatan golongan B40'. Siapa sangka lalat sebelum ini dianggap serangga pengotor dan menyebarkan penyakit, kini mampu memberi pulangan pendapatan kepada penduduk khususnya golongan B40. Ain Akuakultur Sdn Bhd tampil dengan kerjasama Fakulti Sains Universiti Malaysia (UM) membangunkan projek sebagai alternatif lambakan sisa organik dan makanan dapur. Pengurus Besarnya, Mohd Akif Baharum di Bachok telah dipilih sebagai jajahan pertama bagi melaksanakan projek perintis yang memberi peluang kepada penduduk tempatan berminat menceburi bidang itu. Selain larva lalat boleh mengurangkan sisa organik daripada kawasan kediaman, kita juga boleh wujudkan peluang pekerjaan serta menambah pendapatan sampingan golongan kategori B40. Mereka kini cuba mengwar-warkan kepada penduduk dalam penternakan lalat BSF. Dia akan adakan sesi penerangan kepada penduduk yang berminat.  Penternakan lalat jenis tentera hitam atau black soldier fly (BSF) dibuat bagi mendapatkan larva yang akan diproses dalam bentuk tepung untuk dijadikan pallet makanan ayam, itik dan ikan. Dia dakwa dimana sesi penerangan mengenai kaedah penternakan akan diadakan serta memberikan input permulaan berkaitan peralatan dan bantuan telur lalat untuk diternak penduduk. Dia kini berhasrat membuka kilang bagi memproses makanan haiwan daripada larva lalat BSF dan kini dalam proses untuk perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk kembangkan projek tersebut . Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
MENTERNAK LALAT... HITAM WARNA...
MAKAN SISA ORGANIK...JADI LARVA...
CEPAT MEMBIAK... DIKUTIP SAHAJA...
MAKANAN AYAM... TERNAKAN IKAN JUGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 1422H).
Published from:
Taman Cendana, Bukit Beruang,
Air Keroh, Melaka...16/7.2021.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...