Support My Blog

Monday, July 12, 2021

KEHEBATAN DAN KEGUNAAN PAPAIN

LATEK BETIK
atau PAPAIN 
yang diambil daripada buah betik (Carica papaya) yang didakwa boleh menjadi bahan ubat. Papain ada digunakan untuk dunia perubatan seperti melegakan kesakitan dan juga bengkak serta mengeluarkan cecair berlebihan adalah sejenis bahan hormon. Papain yang dihasilkan atau dikeluarkan oleh buah betik muda (Carica papaya) secara semulajadi apabila ia dicederakan atau dipotong pada bahagian kulitnya (Sila lihat foto diatas). Papain juga didapati pada buah betik liar atau betik gunung yang banyak ditanam dikawasan tanah tinggi (Vasconcellea cundinamarcencis). Kita di Malaysia sering dengar akan perkataan getah betik atau 'papain' ini yang mana ia memang dikatakan mampu melembutkan masakan daging yang liat seperti bahagian otot-otot yang banyak urat jika dicampurkan sebagai bahan masakan. Sebenarnya banyak kajian telah dijalankan bahawa papain merupakan enzim penghadaman yang berkesan (powerful digestive enzyme) yang juga ada yang memanggil sebagai 'papaya proteinase'. Apa yang berlaku sebenarnya adalah dimana enzim papain ini telah memecahkan fiber protein dalam proses penghadaman dan telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu dikawasan Amerika Selatan. Membalut daging lembu atau lain ruminan lain dengan daun betik atau daun lain yang mengandungi papain juga merupakan satu cara masakan yang dibuat untuk kita melembutkan daging serta mendapatkan aroma yang sesuai. Penghasilan papain di Malaysia masih kurang di jadikan sebagai satu industri yang berpotensi kerana belum ramai yang tahu dan mahu mengusahakannya. Malaysia amat bertuah kerana iklim tropika sesuai ditanam dengan betik untuk penghasilan papain dan juga buah  betik segar. Artikel pagi ini sambil melihat burung walit keluar dari sarangnya melalui tingkap bilik hotel di Hotel Sri Malaysia Rompin, Pahang saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan dan juga kegunaan papain iaitu getah putih yang dikeluarkan oleh pokok papaya untuk dijadikan bahan rujukan dan menambah ilmu kepada pembaca blog semua.

Apa pun memang p
apain diambil daripada buah betik muda boleh menjadi ubat dimana telah lama ianya diambil untuk melegakan kesakitan serta masaalah bengkak. Betik Muda akan mengeluarkan cecair tumbuhan berwarna keputihan apabila dicederakan. Ada juga bagi sesetengah individu mengambil papain secara oral untuk tujuan melancarkan proses termasuk pencernaan, merawat isu cacing parasit, keradangan tekak dan faring, simptom penyakit herpes zoster, kesakitan otot, cirit-birit, demam hay, hidung berair dan keadaan kulit yang dipanggil psoriasis. Bukan itu sahaja kehebatan dan kegunaan bagi papain juga dikaitkan untuk diambil secara oral untuk merawat kesan sampingan terapi radiasi atau digunakan bersama dengan cara terapi lain untuk merawat kes-kes tumor dalam dunia perubatan. Dilaporkan juga dimana ada sesetengah individu sering menggunakan papain secara langsung pada kulit untuk merawat gigitan serangga atau haiwan, luka, cedera dan juga ulser. Apa pun dilaporkan dimana didalam perindustrian iaitu papain digunakan dalam menghasilkan barangan atau produk kosmetik, ubat gigi, bahan pembersih kanta sentuh, pelembut daging dan produk daging. Antara kegunaan lain papain adalah seperti dalam merawat masalah Kurap (Herpes zoster) dengan cara mengambil getah papain secara oral mungkin memperbaiki beberapa simptom zamosis. Bagi mereka yang ada masaalah seperti sakit kerongkong dan tekak (faringitis) dengan pengambilan secara oral bersama rawatan lain juga mungkin dapat membantu melegakannya. Apa pun kaedah rawatan sebaiknya merujuk kepada doktor perubatan agar tidak memberikan sebarang mudarat kepada pengguna.

Jika ada yang menghadapi masaalah dengan g
igitan serangga pula dilaporkan secara tradisional dimana melalui hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan cara penggunaan kain kasa yang direndam dalam produk tertentu (seperti pelembut daging Adolph serta papain) pada kulit yang digigit serangga selama 20 minit boleh ianya mengurangkan rasa sakit atau gatal-gatal. Jika berlaku masaalah kesakitan otot selepas senaman dimana dengan pengambilan produk yang mengandungi papain, bromelain, trypsin, amylase, lipase, lisosome dan bahan chymotrypsin sebanyak empat kali dalam satu hari sebelum larian turun bukit boleh melegakan masaalah dan mengurangkan kesakitan otot. Apabila berlaku sengatan obor-obor berbisa sebaiknya adalah di cadangkan dirawat dengan meletakkan kawasan yang terjejas oleh sengatan obor-obor ke dalam larutan yang mengandungi papain untuk ianya dapat mengurangkan rasa sakit iaitu ianya sama seperti membuat rawatan dengan air panas sahaja. Kajian saintis juga mendapati dimana penyakit biasa yang disebabkan oleh terapi radiasi boleh dikawal. Hasil dari beberapa kajian awal ada yang mencadangkan bahawa bila mengambil produk tertentu (webu-Mugose E, Mucos Pharma) yang mengandungi papain, trypsin dan chymotrypsin dimana setiap hari bermula 7 hari sebelum terapi radiasi dan dibuat berterusan selama 9 minggu selepas itu dapat mengurangkan tindak balas kulit terhadap terapi radiasi. Walau bagaimana pun, ia merawat loya, muntah, atau keletihan (kelelahan) apabila diambil secara oral setiap hari bermula 3 hari sebelum terapi radiasi sehingga hari akhir terapi radiasi. Papain juga bagus untuk membantu proses penyembuhan luka-luka. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penggunaan larutan yang mengandungi papain yang ditambah DMSO pada kulit dan diikuti dengan penggunaan ultrabunyi atau ultra-sound (prosedur perubatan yang menggunakan gelombang bunyi) dilaporkan akan dapat meningkatkan penyembuhan luka.

Dalam beberapa laporan lain didakwa dimana dia
ntara faedah keberkesanan dan kehebatan penggunaan papain adalah untuk merawat masalah kanser, cirit-birit, dalam masalah pencernaan, demam hay, masaalah cacing usus, psoriasis, hidung berair, sakit demam, merawat luka yang dijangkiti dan juga kepada masaalah ulser. Apa pun kajian berterusan masih dijalankan untuk menilai keberkesanan papain bagi penggunaannya. Bagaimana pun ada kesan sampingan papain apabila mengambil suplemen tambahan atau pengambilan dos yang tinggi dimana ia dilaporkan boleh menyebabkan kerengsaan atau kerosakan tekak, perforasi esophageal, kerengsaan perut dan juga masaalah didalam tindak balas alahan.  Individu yang selalu mempunyai alahan terhadap lateks betik tidak boleh menggunakan papain. Ini kerana dilaporkan dimana papain dalam bentuk topikal boleh menyebabkan reaksi alahan, lepuh dan kerengsaan kulit. Sebenarnya getah papain boleh menurunkan gula darah akan tetapi perlu juga menggunakannya dengan berhati-hati jika anda mempunyai penyakit kencing manis, hipoglikemia, atau menggunakan ubat-ubatan semulajadi yang menurunkan gula darah. Papain didakwa memang boleh meningkatkan risiko pendarahan anda. Jangan gunakan papain jika anda mengambil ubat penipisan darah atau mengalami gangguan pembekuan darah. Seharusnya, berhentilah dari mengambil papain dua minggu sebelum pembedahan. Dalam pada itu bagi wanita hamil dan wanita yang menyusukan bayi atau mereka yang merancang untuk hamil lagi tidak boleh menggunakan suplemen. Ini adalah disebabkan penggunaannya boleh membahayakan bayi. Selain itu hasil kajian pada tahun 2002 menunjukkan bahawa memakan betik atau papain boleh menyebabkan keracunan janin atau kecacatan semasa lahir apabila ianya dimakan dalam jumlah yang banyak. Mengenai interaksi papain dimana ia didakwa  boleh melambatkan pembekuan darah dan harus dielakkan oleh individu yang mengambil ubat seperti antikoagulan seperti Coumadin (warfarin) atau ubat jenis antiplatelet seperti Plavix (clopidogrel). Dinasihatkan agar penggunaan papain berhenti sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan. Papain juga boleh menurunkan gula darah anda dan harus digunakan dengan berhati-hati jika anda turut menggunakan ubat kencing manis. Pengambilan kedua-dua ubat ini pada masa yang sama boleh menurunkan gula darah. Keadaan ini dikenali sebagai bahan untuk hypoglisemia. Sentiasa mendapatkan nasihat daripada doktor jila anda mengenai sebarang makanan tambahan yang diambil untuk tujuan  mengelakkan tindak balas dan kesan sampingan yang tidak diduga. Mengenai jumlah atau dos papain yang boleh diambil kini belum ada garis panduan yang menunjukkan penggunaan tepat suplemen papain atau salap. Kebanyakan suplemen boleh didapati dalam bentuk kapsul, namun, papain juga dijual dalam bentuk tablet, tablet kunyah, gula-gula getah, dan serbuk. Bagaimana pun dilaporkan dos yang dianggap selamat adalah di antara 25 dan 100 mg setiap hari. Elakkan dos yang melebihi 400 mg dalam sehari. Seterusnya untuk tujuan mengurangkan risiko kesan sampingan boleh diambil suplemen dalam dos yang mana ia  dibahagikan bersama makanan. Salap papain didakwa boleh digunakan pada kulit. Penggunaannya mengakibatkan kemerahan, keradangan, ruam atau kesakitan, berhenti dan hubungi doktor anda. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMA PAPAIN... BETIK ASALNYA..
WARNA PUTIH... IA ADA HARGA...
BANYAK KHASIAT ... DAN GUNA....
SUSAH FAHAM.... BACA SAHAJA ...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Tama Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(12 RabiulAkhhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...