mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, October 20, 2020

JENIS-JENIS LIMAU MANDARIN (Part 3)

LIMAU OREN MANDARIN ORANGE (Citrus reticulata)  adalah sejenis tumbuhan sitrus kecil yang menyerupai buah oren. Kebiasaannya buah limau mandarin boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai salad buah-buahan. Apa pun penulis blog dapati dimana menurut kajian dengan molekular, limau mandarin, limau mata kerbau (sitron), limau bali dan papeda merupakan leluhur kesemua spesies sitrus lain dan jenis-jenisnya sama ada melalui melalui pembiakan atau penghibridan semula jadi. Penanaman pokok limau manis (mungkin jumlah ini termasuk limau manarin ini) di Malaysia pada 2018 dilaporkan seluas 2,692 hektar dan menghasilkan sebanyai 15,37 metrik tan limau (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Dilaporkan juga keluasan tanaman Limau Bali (Citrus grandis) di Malaysia pada tahun yang sama berjulah 1,149 hektar menghasilkan sebanyak 13,103 metrik tan terutama di Johor dan Perak. Ini menjadikan keluasan kesemua tanaman limau di Malaysia adalah seluas 3,841 hektar. Industri tanaman limau di Malaysia pernah terjejas teruk dengan serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) yang banyak menjejaskan jenis limau manis seperti limau langkat dan sebagainya. Varieti Limau M33 yang diperkenalkan sekitar 1987 di Segamat ,Johor merupakan salah satu varieti limau manis jenis limau mandarin. Ia masih ada ditanam dan berhasil dibeberapa kebun limau yang penulis blog pernah melawat. Pada masa ini Malaysia merupakan sebuah negara pengimport buah limau mandarin serta limau lain dan juga produk berasaskan limau. Mungkin kalangan pembaca keliru dengan sebutan Limau Mandarin, Limau Tangerine, Limau Oren, Limau Kupas, Lokam dan sebagainya. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai beberapa jenis limau mandarin atau limau oren untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Pembiakbakaan limau dijalankan semenjak beratus-ratus tahun dimana hasil kacukan limau ini sudah ada bermacam-macam jenisnya. Oren kuning kemerahan seperti Tangerine juga mempunyai warna, saiz dan bentuk serta rasa yang dilaporkan sama dengan limau mandarin dan beberapa limau lainnya. Limau ini kebanyakannya adalah mempunyai kulit yang mudah dikupas dan senang dimakan serta memberikan rasa manis dan masam yang sangat ideal kualitinya. Citron, Pomelo, Papeda dan mandarian merupakan baka induk kepada kebanyaka varieti limau masakini. Melalui beberapa proses pendebungaan dan penghibridan semulajasi juga maka jenis limau kupas yang manis dihasilkan dan ditanam secara komersil diseluuruh dunia. Negara China meropakan pengeluar utama jenis limau mandarin dengan menguasai sebanyak 53% daripada pengeluaran dunia sebanyak 22.4 juta metrik tan pada tahun 2016 (FAOStat). Pokok limau ini dengan ketinggian antara 3 - 5 meter mempunyai banyak cabang dan bunga biseksual mampu hasilkan buah segar berukuran 5 - 9 cm garispusat. Limau Mandarin dimakan segar dan diproses untuk dijadikan berpuluh malahan rasusan produk berasaskan kepada produk makanan, komestik, kesihatan dan sebagainya.

Daripada peneliitian penulis blog mendapati sebenarnya jenis limau mandarin ini telah dibahagikan kepada 3 kelas iaitu Limau Mandarin (Class I), Limau Tangerine (Class II) dan Limau Satsuma (Class III)Limau Mandarin Citrus reticulata) atau juga dipanggil sebagai Oren Mandarine adalah buah kecil bulat yang menyamai Limau Oren yang selalu dimakan segar dengan mengupasnya atau dijadikan salad. Limau Tangerine pula mempunyai warna oren dihasilak daripada hibrid dengan limau mandarin.  Bagaimana pun berikut adalah pengkelasan limau mandarin mengikut beberapa bahan rujukan untuk kita memahaminya: -


C. Class III, Satsuma 
(Limau jenis ini sering dipasarkan sebagai “Emerald Tangerine”). Limau Satsuma dikenali dan ditanam semenjak 350 lalu berasal dari Jepun. Pokoknya mampu hidup dalam suhu sejukbeku -11.11 Celcius dan ini bermakna memang ia tahan sejuk. Ia mrupakan jenis oren yang sangat manis dan popular di tanam di Florida serta California USA dimana dilaporkan ia dikahwinkan dengan limau Poncirus trifoliate.

1.Owari
Owari adalah limau berbentuk bulat sehingga bentuk oblate atau pun bentuk buah pear. Mempunyai saiz buah yang sederhana dan ukurannya 4.0 - 6.1 cm lebar serta 4.0 - 6.25 cm tinggi. Kulitnya nipis, kuat dan kasar sedikit dengan berwarna oren. Ia mempunyai sebanyak 3 - 4 butir biji didalamnya atau pun tidak berbiji langsung (seedless). Ia matang awal dengan pokok yang kecil serta mempunyai daun lebar dan tidak berduri. Tidak mempunyai kepak pada petiol dan banyakk ditanam di Northern Florida, Other Gulf states, Alabama dan sedikit ditanam di California.

2. Wase
Wase diperkenalkan pada tahun sebelum 1895 di Jepun dan dilaporkan hasil matatunas kacukan dari jenia Owari. Ia telah ditanam dengan meluas di Jepun pada tahun 1910 dimana buahnya berbentuk oblate sehinggabulat atau konical dengan lebarnya 5.71 cm dan tinggi buah 4.5 cm. Kulitnya adalah nipis dan licin dengan berwarna oren. Mempunyai sebanyak 10 segmen didalamnya dan isi yang manis serta matang awal. Pokoknya tumbuh renak dan lambat meninggi serta melempai semasa berbuah. Banyak di tanam di Southern Alabama dan di California.

3. Kara
Kara merupakan limau Satsuma dengan ukuran buahnya mempunyai ukuran lebar 5.4-7.5 cm dan ketinggian buahnya iaitu 5.4 -7.0 cm. Kulitnya berwarna oren pekat sehingga warna kuning-orn akan tetapi ada kedutan sedikit pada bahagian apeks. Jenih limau ini mempunyai 10 - 14 segmen dan mempunyai aroma kuat, lembut dengan isi yang berjus (juicy). Buah muda sangat masam berasid akan tetapi buah masak adalah manis. Ia mempunyai sebanyak 12 - 20 butir biji bersaiz agak besar dan ada kalanya tidak berbiji langsung (seedless). Jenis buah ini akan matang pada lewat musim dengan pokoknya tidak berduri, ada kepak dipetiol serta tumbuh subur dengan daunnya lebar. Banyak ditana, di California USA dan di China. Artikel ini mempunyai 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca secara berutrutan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi kali ini. Wasallam!!!...
LIMAU MANDARIN...BANYAK JENISNYA...
KELAS 1... MANDARIN OREN NAMANYA...
KELAS II... TANGERINE POPULARNYA...
KELAS 3... NAMA MACAM JEPUN PULA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
21 Zulkaedah 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...