Support My Blog

Thursday, September 19, 2019

RUMPAU LAUT HIJAU - SATU UJIRASA

RUMPAI LAUT HIJAU merupakan salah satu jenis rumpai laut yang terdapat di Sabah dan sesuai untuk dimakan segar. Dalam beberapa rujukan terdapat banyak testimoni yang mendakwa dengan memakan rumpai laut segar yang digelar sebagai ''ibu kolagen'' ini memboleh seseorang pengamal makanan akan menjadi lebih sihat dan lebih cantik selain dari  sesuai untuk jadikan awet muda. Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan industri tubuhan rumpai laut segar ini memang mudah dan murah untuk mendapatkan rumpai laut segar berbanding dengan kita yang jauh berada di ibukota Malaysia Kuala Lumpur. Apa pun kini telah banyak produk-produk berasaskan rumpai laut yang telah diproses atau di'preserved' untuk dihidangkan kepada peminatnya. Selain daripada jenis rumpai laut hijau yang terdapat dinegeri Sabah iaitu dimaklumkan dimana terdapat beberapa lagi jenis rumpai laut yang boleh dimakan seperti rumpai laut kuning, merah, perang dan kebiruan. Semua ini adalah anugerah Allah dimana ia mudah tumbuh diperairan Sabah dengan subur dan menjadi satu sumber rezeki kepada penduduk dikawasan tersebut. Pada penulis blog yang telah berkunjung ke Tawau, Semporna dan kota Kinabalu banyak kali tidak lepas peluang untuk menikmati makanan rumpai laut segar sebagai satu kelainan yang ada dan sukar didapati di kawasan kita. Walau pun rakan-rakan yang ikut selalunya kata apa rasa rumpai laut ini dan apa khasiatnya stiap kali hidangan tersebut dikeluarkan. Agak sukar kepada mereka yang buat kali pertama melihat sendiri rumpai laut segar dihidangkan diatas meja dan amat berhati-hati memakannya didakwa takut sakit perut. Pada saya yang sudah banyak kali makan rumpai laut segar memang suka apa lagi kalau meninya yang dihdangkan berbeza-bez. Kali ini makan rumpai laut hijau di Kota Kinabalu bersama rombongan Putrajaya diman dilihat rumpai hijau ini pelik seperti ada biji guli kecil enak dimakan dengan kuah sambal belacan (Sila lihat foto diatas) dan dihidangkan awal sebelum hidangan ketam, udang dan ikan dikeluarkan. Artikel petang ahad ini di dalam ''Anim Agro Technology'' dari Melaka saya dapat menulis rencana berkaitan makanan rumpai laut segar unuk bahan rujukkan anda semua.


Rumpai laut adalah sejenis tumbuhan rumpai didalam air terutama air laut, 
Malaysia merupakan antara negara didunia yang menjadi penyumbang utama kepada pengeluaran rumpai laut merah spesis Kappaphycus spp dan Eucheuma sp. didunia Pada masa ini dua spesis rumpai laut yang dikultur secara komersil adalah dari jenis Kappaphychus alvarezii (yang juga dikenali dengan nama Euchema cottoni) dan juga spesis Euchema spinosum (dimana ia diberikan nama dagangan sebagai Euchema denticulatum). Negeri Sabah merupakan kawasan utama penanaman rumpai laut dinegara ini iaitu ditumpukan di Segi Terumbu Karang di DaerahSemporna yang mana ia mempunyai kesesuaian dari segi persekitaran, topologi dan juga cuaca. Bagaimana pun sekarang terdapat juga aktiviti pengkulturan rumpai laut pada skala kecil yang dilakukan di Pulau Pangkor, Perak serta di Pulau Langkawi di Kedah. Terkini industri ini telah juga berkembang ke Sarawak dengan pengujudan zon Industri Tanaman Rumpai Laut dinegeri tersebut. Industri ini yang melibatkan sekitar 1,300 pengusaha dimana dilaporkan telah menghasilkan lebih 200 tan rumpai laut setahun. Bagaimana pun apa yang penulis blog hendak rasa kali ini adalah jenis rumpai laut hijau yang dijual di kawasan makanan laut berdepan dengan Hotel Meridian di Kota Kinabalu untuk membuat ujirasa. Dilihat dengan dekat didapati ada bentuk bulat semacam guli kecil (Sila lihat foto disebelah). ila dimakan dalam mulut rasanya tawar dan sedkiit macam berjelly. 


Daripada pertanyaan dengan raakan yang biasa makan rumpai laut dikatakan rumpai laut hijau ini special kerana ia dikelaskan atau digredkan sebagai Rumpai Laut Gred AAAA. Ia berwarna hijau dimana menjadi pilihan yang dan pengunjung medan makanan laut disini didakwa adalah terbaik untuk pelanggan terutamanya yang hendak jadi sihat pada bahagian dalaman dan luaran. Uniknya disini rumpai hijau ini akan dihidangkan dengan sos sambal belacan yang masin, pedas dan lemak dalam satu set hidangan (Sila lihat foto disebelah). Timbul pertanyaan mengapa Rumpai Laut Gred AAAA adalah yang terbaik dan paling berkualiti?. Penulis blog lihat rumpai laut ini mempunyai kandungan klorofil yang tinggi berbanding rumpai gred lain. Ini boleh membantu merawat penyakit dalaman dengan dakwaan dimana ia lebih berkesan. Klorofil ialah penawar alam semulajadi yang mengandungi pigmen hijau. Gred ini sukar diternak atas faktor-faktor persekitaran dan permintaannya yang tinggi di pasaran menyebabkan bekalan stok cepat habis. Ia juga didakwa mengandungi Zat Omega 3 yang berkesan untuk menganjal dan melicinkan kulit. Kulit menjadi putih dan tona lebih sekata. Pengguna dapat melihat kesan penggunaanya dalam masa lebih kurang 2 minggu sekiranya mengamalkan secara disiplin. Memang kalau ada bekalan mencukupi ia senang dimakan sebagai makanan kesihatan dan kecantikkan. 

Dalam beberapa artikel dinyatakan makan rumpai laut hijau banyak khasiat terutama jenis  Rumpai Laut Gred AAAA Hijau. Ia didakwa mampu untuk menyingkarkan bahan toksin dengan lebih cepat dari dalam badan berbanding dengan jenis rumpai laut biasa. Kandungan bahan klorofil (hijau) mampu untuk meningkatkan oksigen dalam badan yang menyihatkan badan. Dalam pada itu jika diambil bahan ekstrak klorofil didakwa menjadi bahan anti-kanser dan ada yang mendakwa ia juga mampu untuk menguatkan tenaga batin. Hidangan rumpai laut hijau dengan pelbagai menu dan resepi mampu meningkatkan selera (Sila lihat foto disebelah). Ia juga didapati mempunyau bau yang tidak kuat berbanding Gred AAA Ungu. Khasiat lain adalah ianya kan dapat meningkatkan metabolisme badan lebih proaktif dan seterusnya mencantikkan dan melicinkan kulit wajah anda yang selalu memakannya. Ia juga didakwa mampu untuk aktiviti membersihkan darah. Akhirnya ditulis dalam beberapa bahan rujukkan diman aia kan membantu hati didalam proses menghasilkan darah merah. Kepada mereka yang tidak pernah makan rumpai hijau ini kena buanh rasa geli (mana tahu) kerana apabila dipengan dengan tangan ia agak licin.

Makanan laut di Sabah memang banyak pilihan dan pelbagai jenis. Ada yang suka makan ikan, sotong dan penulis blog paling suka makan ketam (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun makanan rumpai hijau yang dihantar dahulu sebagai pembuka selera dimakan dahulu dan ia mampu menghilangkan rasa hanyir pada ikan, sotong atau makanan laut lain. Rumpai laut yang kini banyak diusahakan di persisir laut Semporna, Sabah berpotensi menjadi 'superfood' yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia. Terkini dimana kementerian pertanian bersama pengusaha-pengusaha rumpai laut kira-kira 1,600 orang sedang membangunkan kawasan perusahaan rumpai laut secara estet seluas hampir 1,000 hektar. Usaha untuk membangunkan produk hilirannya dan bagaimana untuk memasarkan adalah satu cabaran yang besar dan bagaimana memastikan nilai produk itu memberi pulangan setimpal kepada mereka yang mengusahakannnya. Pernah direkodkan dimana antara cabaran utama untuk membangungkan industri itu adalah meningkatkan harganya yang pada masa ini sekitar RM3 perkilogram bagi rumpai laut kering. Bagaimana pun industri tanaman rupai laut dipergiatkan kerajaan termasuk mempromosi makanan rumpai laut hijau di kebanyakkan kedai dan Restoren Seaffod di seluruh Sabah. Semuga anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
RUMPAI LAUT... APA BENDANYA...
NEGERI SABAH...IA ADA DIUSAHA...
DIMAKAN SEGAR... PELBAGAI CARA...
BERSAMA RAKAN ...BUAT UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Suite Room No 719,
Hotel Klagan, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
(15 Muharam 1441H). 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...