Support My Blog

Thursday, September 5, 2019

ASPARAGUS - APA YANG PERLU DIKETAHUI

ASPARAGUS (Asparagus officinalis L) merupakan sejenis tanaman dalam kategori sayuran umbisi daripada keluarga Liliaceae yang sesuai dikomersilkan di Malaysia. Penulis blog baru-baru ini membuat tinjauan teknologi penanaman asparagus ini di Kelompok Sayuran Bt 19, Sengkang, Tangkak, Johor bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Sim dan rombongan. Tanaman ini diusahakan oleh Tan Soo Tiok berumur 71 dibantu anaknya berumur 26 tahun yang juga Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia dikebunnya seluas 20 ekar (3 lokasi) dengan beberapa petani dalam kemolmpok sama. Penghasilan utama asparagus dari kawasan ini adalah Asparagus Hijau dan mereka tidak menghasilkan Asparagus Putih. Tanaman ini sudah diperkenalkan di Malaysia seawal tahun 1980'an di Melaka dengan sebuah syarikat 'anchor' yang akan dapat menguruskan daripada penanaman dehingga pembelian semula hasil sayuran asparagus (itu sudah lebih 35 tahun dahulu) sewaktu saya baru mula bekerja makan gaji. Penulis blog dapati penanaman asparagus di kawasan ini berusaha mengamalkan persijilan MyGAP dan kearah persijilan MyOrganik untuk penanaman sayur aspargus ini. Pada masa ini produk asparagus hijau disini dijual padda harga ladang RM18/kg bagi gred B dan RM22/kg bagi gred A. Permintaan asparagus tempatan kini semakin meningkat apabila umum sudah mengetahui akan khasiat tumbuhan ini termasuk untuk perubatan kanser. Penanaman asparagus disini dengan jarak diatas batas yang disyorkan dan disokong dengan kayu pancang dan tali rafia untuk mengelakkan rantingnya jatuh ketanah (kerana ia lembut). Sulur atau rebung yang keluar dari perdu pokok induk perlu dituai dengan mencabutnya daripada pokok induk dengan berhati-hati agar pokok indusk tidak rosak. Sebaiknya jika rebung ini panjang akan dipotong sepanjang 10 inci sahaja sebelum diikat dan dijual kepada peminat  sayuran asparagus berkhasiat ini. Semuga semua pembaca "Anim Agro Technology"  mempunyai info berguna untuk rujukkan semua.

Dalam beberapa laporan klinikal didakwa tanaman asparagus mengandungi bahan dikenali sebagai Asparagine yang menghalang penularan kanser dalam badan. Memang bahan asas protein ini terdapat dalam makanan seperti asparagus, ayam, makanan laut dan beberapa lagi. Bagaimana pun Asparagus memang didapati  mengandungi asparagine yang boleh menghalang dalam proses pertumbuhan dan penularan sel kanser dalam badan. Rebung asparagus putih atau hijau mampu dihasilkan dengan kaedah amalan pertanian sedikit berbeza dimana asparagus hijau dipetik diatas tanah dan asparagus putih dikambus didalam tanah. Pucuk hijau bagaimana pun lebih banyak dihasilkan sekitar 85% berbanding dengan asparagun putih sekitar 15% saha dalam beberapa negara. Negara Thailand dilaporkan pengeluar asparagus terluas didunia dengan seluas lebih daripada 1,800 hektar bertanam setiap tahun dimana kebanyakannya adalah asparagus hijau (Sila lihat foto disebelah). Asparagus ini dijual dalam bentuk asparagus segar dan di tinkan untuk pasaran domestik dan eksport. Merujuk kepada kajian di London UK yang penulis blog buat rujuakkan dilaporkan dimana terdapat  saintis di Universiti Cambridge mendedahkan ter­dapat beberapa bukti me­nun­jukkan ma­kanan se­perti sa­yur asparagus boleh me­ngubah polar per­tumbuhan dan me­ng­halang penularan sel kanser. Temuan ini adalah kerana bahan asparagine yang juga boleh ditemukan dalam makanan seperti ayam dan makanan laut merupakan sejenis asid amino ia­itu bahan asas untuk membina protein, menghalang penularan sel kanser. Stesen BBC melaporkan menerusi penyelidikan yang dilakukan ter­hadap tikus yang menghidap kanser payudara menunjukkan tumor tersebut semakin besar dan merebak jika tidak mengambil nutrien asparagine. Menurut Ketua penyelidik kumpulan ini iaitu Prof. Greg Hannon nyatakan pada kebiasaannya tikus yang menghidap kanser payudara jenis agresif akan mati dalam tempoh beberapa mi­nggu.  Namun kajian dapati apabila tikus ber­kenaan diberikan diet rendah asparagine maka tumor tersebut dilihat sukar untuk membesar atau merebak. Saintis me­lahirkan harapan untuk membangunkan kajian terhadap ma­­­kanan bagi tujuan untuk meningkatkan kemampuan rawatan kanser. Mereka juga kemudian melihat terdapat banyak bukti yang didakwa boleh mengaitkan kanser dengan komponen diet tertentu. Oleh itu pada masa akan datang dicadangkan me­ngubah diet pemakanan pesakit atau menggunakan ubat yang boleh mempengaruhi sel kanser memperoleh nutrien berkenaan diharap meningkatkan keberkesanan rawatan kanser,” ujarnya.

Asparagus merupakan sejenis tanaman yang sesuai ditanam di negara kita sebagai salah satu pilihan terbaik. Apa yang penulis blog lihat aktiviti dimana penanaman asparagus oleh En Tan Soo Tiok dan rakan-rakannya bermula secara komersil dan ditanam meluas pada 2 tahun lepas apabila perminttan domestik dan eksport membaik. Penanaman asparagus diatas tanah OCM di Kg Bt 19 Sengkang ini amat memberikan kepuasan apabila asparagus hijau yang boleh dihasilkan memberikan pulangan pendapatan yang agak baik kepada mereka tetapi mempunyai halangan dari aspek kualiti dan amalan agronomi. Asparagus yang dipetik segar kurang tahan lama berbanding dengan sayur umbisi lain dan memerlukan teknologi lepas tuai yang sesuai. Asparagus juga salah satu sayuran penuh nutrisi yang boleh dinikmati dengan cara mengambilnya sebagai ulaman segar atau dimasak sebagai sayur sup atau tumis. Asparagus kaya dengan bahan serat dan protein dimana kedua nutrien ini menjadi asas kepada aspek kesihatan dalam pencernaan serta sistem kekebalan tubuh. Asparagus dikenalpasti sebagai agen anti inflamasi yang melindungi tubuh dari ancaman penyakit jantung dan diabetes. Kandungan bahan antioksidan dikenali dengan nama Glutathione dalam asparagus yang mampu melindungi kulit dari kerosakan akibat terdedah kepada sinar matahari. Dalam pada itu didakwa dimana asparagus adalah sumber Vitamin K yang baik untuk membantu darah cepat membeku sekaligus memperkuatkan tulang. Ada kandungan karbohidrat unik dalam asparagus yang disebut Inulin yang didakwa bahan ini akan dicerna sehingga sistem pencernaan pada usus besar dimana sesiapa memakannya akan berisiko kecil terkena kanser usus besar. Selain itu asparagus memang didakwa adalah tanaman yang mengandungi Vitamin B tinggi dan bahan ini kepada mereka yang sering makan asparagus mampu mengawal kadar gula dalam darah.  Asparagus hijau pula dilaporkan jauh lebih menyihatkan daripada asparagus putih. Batang asparagus juga memang kaya akan vitamin A yang baik bagi kesihatan mata dan unsur Kalium didalamnya membantu didalam kesihatan organ ginjal. Dakwaan saintis juga melaporkan asparagus yang tinggi kandungan bahan mineral lainnya untuk mampu tingkatkan sistem imun tubuh badan. Itulah berbagai khasiat penting dari asparagus yang pelu penulis blog konsi infonya. Semuga semua pembaca blog anim agro technology mendapat info berguna dari artikel ringkas ini. Wasallam!!..
ASPARAGUS DITANAM... DIKUTIP HASILNYA...
ASPARAGUS HIJAU... MUDAH AGRONOMINYA...
ASPARAGUS PUTIH...ADA HANYA 15% DIDUNIA...
TINJAUAN TEKNOLOGI... LAPORAN DI BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Suite Floor,
Hotel Impiana, Senai,
Johor, Malaysia.
(28 Zulhijjah 1440H).
Hadir Sukan MoA di UTM Skudai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...