Support My Blog

Tuesday, July 9, 2019

MIXED FARMING - KELAPA DAN NANAS

MIXED FARMING atau Pertanian Campuran antara tanaman Kelapa (Cocos nucifera) dan Nanas (Ananas commosus) merupakan satu pendekatan lama yang kini diperkukuhkan semula dalam sektor pengeluaran makanan negara. Penulis blog takrifkan dimana pertanian campuran merupakan amalan perladangan menanam dua atau lebih tanaman, ternakan dan ternakair yang mana ia bersesuaian dalam satu kawasan secara 'intergrated farming concept'. Adalah disarankan peladang tempatan supaya mengoptimumkan penggunaan tanah dengan pertanian campuran bagi ianya mengelak kebergantungan hanya pada satu jenis tanaman atau bidangusaha sahaja. Pertanian campuran dilihat dapat membantu petani daripada terperangkap dengan kejatuhan harga sesuatu komoditi seperti kelapa sawit atau getah akibat masaalah ekonomi dunia dan aspek lain. Impak dari pertanian campuran dijangka akan dapat meningkatkan hasil pengeluaran pertanian bagi menjamin Bekalan Makanan Negara (food security) dalam memenuhi tahap sara diri, berkualiti dan selamat dimakan. Selain itu konsep ini yang telah lama diamalkan oleh usahawan tempatan perlu diperkukuhkan bagi menjadikan industri agromakanan sebagai satu industri yang berdaya saing kerana industri agromakanan memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan makanan dan industri pembuatan yang semakin meningkat terutama dalam persekitaran yang kian mencabar. Pertanian campuran yang diberikan penekanan semula ini memang dipercayai dapat menjana pendapatan baru yang bernilai tinggi melalui hasil tuaian dalam tempoh yang singkat secara tidak langsung meningkatkan pendapatan usahawan tani yang setimpal dengan hasil pertanian yang di usahakan. Pertanian campuran bukan sahaja tanaman malah ia turut melibatkan penternakan dan perikanan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan penanaman kelapa dengan nanas sebagai salah satu gabungan pertanian campur di Agromix Farm di Segamat, Johor sebagai satu pendekatan kepada lebih ramai usahawantani di Malaysia untuk rujukkan anda semua.


Konsep Pertanian Campur (Mix Farming) akan diperluaskan ke seluruh negara bagi mengalakkan peladang tempatan mengoptimumkan penggunaan tanah seterusnya mengelak kebergantungan pada hanya satu jenis tanaman. Beliau berkata, pertanian campuran itu dilihat dapat membantu petani daripada terperangkap dengan kejatuhan harga sesuatu komoditi seperti kelapa sawit atau getah, selain membolehkan tanaman itu menjana pendapatan baharu yang bernilai tinggi. Konsep ini kini sedang diperkenalkan kepada petani-petani dimana banyak jenis tanaman kontan yang boleh dipilih untuk diusahakan seperti tanaman cili bersama dengan tanaman lain (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu bantuan berbentuk seperti kepakaran serta khidmat nasihat oleh jabatan-jabatan agensi kerajaan antaranya daripada Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan sebagainya untuk meningkatkan produktiviti dari masa ke masa. Ia dilancarkan di Agromix Farm di kawasan berkeluasan 20 hektar si Segamat, Johor dimana penulis blog membuat tinjauan teknologi kali ini, Projrk ini dilapor melibatkan sepuluh orang peserta yang mengusahakan ternakan rusa dan lembu tenusu, tanaman fertigasi, limau bali, kelapa matang, durian dan juga ada aktiviti akuakultur. Projek ini diharap ia akan menjadi sebuah pusat agro pelancongan selain menjadi sumber ekonomi baharu penduduk setempat di samping menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan serta mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang pertanian.


Plot tanaman nanas dengan kelapa, nanas dengan durian musang king dan nanas dengan tanaman sesuai lain telah diusahakan disini. Nanas MD2 dan Kelapa matag menjadi pilihan utama yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk diintergrasi dan dicampurkan (Sila lihat foto disebelah). Kesesuaian pilihan kedua tanaman ini akan memberikan pulangan lebih cepat iaitu penghasilan nanas sekitar 14 bulan sahaja sementara menunggu tanaman kelapa berbuah selepas 3.5 - 5 tahun kelak. Nanas yang sesuai ditanam juga pelbagai daripada jenis nanas premium MD2 kepada nanas lain seperti varieti Josapine (12 bulan), Nanas N26, Nanas Gandul, Nanas Selangor Sweet (Yankee), Nanas Crystal Honey, Nanas Sarawak, nanas Giant Sarawak, Nanas Moris dan beberapa lagi. Setiap ruang diantara barisan pokok kelapa bagi tanaman baru memang amat sesuai ditanam dengan nanas yang ditanam diatas batas dengan direntangkan plastik silvershine untuk kawalan pertumbuhan rumpai. Penanaman nanas ini boleh distur sama ada satu atau dua baris mengikut kesesuaian dan saiz batas tanaman. Bagi nanas MD2 disyorkan ditanam dengan jarak 1 kaki diantara barisan dan pastikan batas disediakan mengukut kecerunan cerun yang sesuai. Rawat benih nanas daripada pembekal benih sulur dan elakkan daripada menggunakan benih MD2 dari Kultur Tisu (TC). Benih TC didapati menyebabkan berlekunya "Somaclonel variation" dimana pokok yang dihasilkan benlum tentu menghasilkan buah nanas yang mengikur spesifikasi nanas MD2. Penggunaan benih nanas MD2 telah dilarang oleh kerajaan bagi tujuan melindungi penggunaan domestik dan pasaran eksport dimasa akan datang.


Tanaman kelapa pula ada berbeagai pendakatan sama ada ia merupakan tanaman baru atau pokok kelapa sedia ada untuk diselingkan dengan tanaman nanas. Beberapa jenis kelapa sama ada Kelapa Tinggi (Tall Variety), Kelapa Rendah (Dwarf variety) atau Kelapa Hibid (Hybrid Coconut) memberikan kaedah penanaman selingan yang berbeza. Bagi benih kelapa tinggi dan kelapa hibrid biasanya ditanam dengan kepadatan 170 pokok sehektar dan bagi kelapa renek pula memberikan kepadatan 270 pokok sehektar. Bagaimana pun jarak penanaman kedua jenis kelapa berbeza iaitu 9m x 9m bagi kelapa tinggi dan 6m x 6m bagi kelapa renak. Ruang yang terdapat diantara tanaman pokok kelapa ini ssuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman selingan lain seperti nanas, betik, sayuran dan buah-buahan singkat masa yang lain. Pokok kelapa yang mempunyai sistem akar serabut (fibrous root) membolehkan banyak jenis tanaman boleh ditanam dicelahnya. Selain daripada penjagaan dengan membaja, mengawal rumpai dan penyakit tanaman selingan biasanya tanaman kelapa juga akan mendapat menafaat daripada aktiviti penanaman nanas diantaranya. Bagaimana pun pemilihan jenis atau varieti nanas dengan varieti kelapa boleh disesuaikan juga mengikut jenis tanah, kaedah pengurusan dan juga sistem susunan penanaman.


Menunggu tanaman kelapa untuk berbuah mengambil masa agak lama. Kelapa jenis konvensional seperti Kelapa Malayan Tall biasanya berbuah selepas 7-8 tahun ditanam sementara bagi Kelapa Hibrid dan Kelapa Matag diantara 3.5 - 5 tahun sahaja. Bagi menunggu masa lama untuk mendapat pendapatan hasil kelapa kalau di tanam dengan nanas boleh dapat diantara 3-4 pusingan atai 3-4 kali penanaman. Bagi tujuan penanaman selingan nanas dengan kelapa sektor perladangan jarak penanaman antara kelapa dijauhkan lagi untuk membolehkan penanaman nanas dapat dijalankan dengan lebih lama dan kekal berhasil (Sila lihat foto disebelah). Pertanian Bercampur antara nanas dan kelapa dilaporkan memberikan pendapatan bergganda kepada pengusahanya. Bagaimana pun dari segi kos pengeluaran adalah lebih tinggi sedikit berbanding dengan penanaman nanas atau kelapa secara monokrop. Kos benih nanas MD2 dan benih kelapa Matag memang antara yang tertinggi sekarang ini dimana ia menjadikan kos untuk kedua komoditi ini antara yang perlukan modal mencukupi. Benih Nanas MD2 dijual dalam lingkungan RM1.50 -RM2.00 satu sulur dan keparluannya sebanyak 15,000 seekar (0.4 hektar). Kos benih hibrid Kelapa Matag sekitar RM45 - RM56 satu pokok itu pun jika bekalannya ada daripada pihat swasta atau pun sekitar RM15.00 sepokok daripada bekalan oleh Jabatan Pertanian yang telah disahkan. Diharap artikel subuh ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
PERTANIAN BERCAMPUR ... IDEA LAMA...
NANAS DITANAM...BERSAMA KELAPA...
ADA TERNAKAN... LEMBU DAN LAINNYA...
IKAN AIR  TAWAR... DIKAWASAN SAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 811, The View Hotel,
Segamat, Johor,
Malaysia.
(26 Syawal 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...