Support My Blog

Wednesday, July 17, 2019

MELON KG. SUNGGA - KOMERSIL

TANAMAN MELON (Cucumis melon) merupakan antara tanaman penting ayang dilakukan oleh kelompok petani di Kampung Sungga, Port Dickson, Negeri Sembilan yang penulis blog buat tinjauan teknologi. Melon adalah sejenis tanaman jenis tembikai dari keluarga CUCURBITACEAE yang kini sangat popular ditanam di Malaysia. Buah melon sangat digemari kerana rasa yang sedap, manis, bentuk yang menarik dan digemari oleh semua golongan peminat dalam masyarakat. Ramai tidak mengetahui bahawa melon adalah berbeza dengan Tembikai (Watermelon). Melon mempunyai pelbagai nama lain seperti Melon; Musk Melon; Cantauloupe (English), Blewah; Semangka ; Londo (Indonesia), bluwak (Malaysia), Milon ; Iitimon ; Atimon (Filipina), Trasak sorroow (Cambodia), Teeng laay (Laos) dan taeng-tai ; Taeng-lai (Thailand). Penulis akan berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman melon hasil tinjauan teknologi yang dilakukan bersama rombongan PPN NS dan AO Daerah di Kg Sungga, Negeri Sembian. Biasanya projek penanaman melon diatas tanah mineral bercerun ini adalah kurang risikonya berbanding dengan tanaman jenis melon dikawasan bekas tanah sawah. Kini penulis boleh juga ada melihat dimana ada  banyak aktiviti penanaman melon yng mana ia di usahakan secara moden dalam rumah Kalis Serangga (SPH) dengan sistem fertigasi. Penulis blog ada membuat posting mengenai tanaman melon atau tembikai susu sebelum ini yang boleh dijadikan bahan rujukkan anda semua (Sila klik disini). Buah Melon atau tembikai susu ini memang ditanam dan ada dihidangkan dikebanyakkan hotel diseluruh Malaysia dan Singapura. Ini kerana tanaman melon ini ditanam tanpa mengikut musim dan mam pu menerima harga dan permintaan yang konsistent. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai usahawan menanam melon di Port Dickson yang boleh dijadikan bahan rujukkan dan bacaan.


Salah seorang petani yang menanam melon yang ditemui bernama Yap Lee  Chem yang telah 8 tahun mengusahakan tanaman meon di Kg Sungga, Port Dickson. Beliau yang menanam seluas 18 hektar melon digilirkan dengan tanaman Tembikai Merah, Labu Taiwan dan juga tanaman jagung. Pusingan tanaman diaturkan mengikut matrik pengeluaran dan juga permintaan pasaran. Benih yang digunakan adalah benih melon hibrid yang dibeli daripada pemborong buah tembikai susu dari Yong Peng. Setakat ini jaminan penjual benih menjamin percambahan 85% keatas dan jika kurang cambah maka penjual akan menggantikannya. Penyediaan tanag dilakukan selepas penuaian siap dilakukan dan kemudian digaul dengan baja organik dan dipasang penutup bumi dengan plastik silvershine. Sistem pengairan menggunakan pain 'drip tape' yang diletakkan dibawah plastik tanaman. Benih yang ditanam dengan jarak 1 meter sebaris sahaja. Dakwa En Yap biasanya penuaian dilakukan 50 - 55 hari selepas ditanam bergantung kepada keadaan pasaran dan harga. Antara masaalah dihadapi adalah serangan penyakit Downy Mildew dan juga keadaan cuaca. Penanaman labu taiwan yang dibuat di plot sebelah dilaporkan kurang baik apabila berlaku serangan penyakit walau pun semburan racun dijalankan sebagai kawalan. Labu Taiwan yang ditanam adalah selingan kepada pusingan tanaman melon dikawasan tanah berbukit ini. Tiupan angin laut didakwa membantu mengurangkan risiko serangan penyekit dan perosak dikebun ini. Pada musim lepas En Yap mampu menuai sebanyak 412,200 kg melon dnegan anggaran pendapatan sebanyak RM68,700 dalam masa setahun. Beliau dakwa harga melon sekitar RM1.80 sehingga RM2.50 sekilogram dengan purata berat buah dari ledangbeliau adalah sekitar 2.0 - 2.5 kg sebiji.


Rakan beliau bernama En Aw Ah Tiong pula mempunyai kebun seluas 16 hektar untuk penanaman melon juga dikampong sama. Beliau mempunyai trektor yang penting untuk aktiviti penanaman melon komersil (Sila lihat foto disebelah). Kerja-kerja penyediaan tanah adalah paling kritikal didalam penanaman tanaman singkat masa seperti melon ini. Dahulu semasa beliau menyewa trektor dari pihak luar jadual tanaman tidak dapat diikuti dan semakin sukar mendapatkan perkhidmatan trektor masa kini dengan kos yang agak tinggi. Beliau yang sedang menuai hasil semasa aktiviti penuaian melon gembira kerana hasil kali ini lebih baik dan harga pasaran sederhana tinggi. Sepokok hanya dibiarkan 1 - 2 biji sahaja untuk berbuah sementara buah lain akan dibuang dimana in mempastika satu atau dua biji tembikai susu ini besar dan beratnya melebihi 2 kg sebiji. Menurut Ah Tiong pada musim lepas dia menghasilkan sebanyak 387,400 kg buah melon yang dipasarkan dengan pulangan hasil sebenyak RM60,000 setahun. Buah daripada kelompok kg Sungga ini dihantar atau diambil oleh pemborong buah di Yong Peng dan Selayang. Buah Melon akan dihantar kepada Pusat Pengumpulan Hasil Swasta di Yong Peng akan digred dan dihantar ke Singapura. Buah yang dihantar ke  Selayang akan diedarkan kepada pengguna di Lembah Kilang terutama dihotel-hotel yang selalu menghidangkan buah melon setiao kali hidangan makanan diberikan.

Buah Melon atau Tembikai susu ini mempunyai banyak khasiat. Kandungan nilai pemakanan setiap 100 gram buah melon dirujuk kepada jurnal diet permakanan adalah air (89 g), Protin (0.6-12 g), Lemak (0.2 g), Kabohiderat - terutamanya gula (6-15 g), Vitamin A (500 -4,200 IU), Vitamin B (0.06 mg), Vitamin C (6-60 mg), Niacin (0.4-0.9 mg), Vitamin B1 (0.06 mg), K (330 mg), Ca (5-18 mg), Fe (0.2-0.6 mg), Mg (8-17 mg), P (7-57 mg) dan tenaga 75-220 kilojoule (kJ). Biji melon juga mengandungi minyak kuning sebanyak 46% dan protin sebanyak 36%. Anggaran berat biji benih melon adalah 25-35 gram setiap 1,000 biji. Melon adalah jenis tumbuhan menjalar dan merambat yang mempunyai batang 1-3 m panjang bebentuk segi-segi dan lembut. Bunga melon berwarna kuning berukuran 1.2-3 cm serta ia juga mempunyai 5 kelopak. Buah melon mempunyai banyak bentuk dari yang berbentuk bulat atau bujur, globular atau ovoid. Buah melon mempunyai perbagai julat dari kuning, putih, oren, hijau, pink atau kesemua kombinasi warna. Purata berat buah 0.4-2.2 kg sebiji bergantung kepada varieti. Kajian saintifik menunjukkan biji benih melon tahan sehingga 5 tahun dalam simpanan bilik sejuk -18 celcius dengan kelembapan 6%. Benih yang digunakan di Malaysia kebanyakkannya jenis Hibrid yang diimpot dari Taiwan atau China. Benih perlu disemai dalam 'tray semaian' yang mengandungi media cocopeat atau tanah (Keperluan benih 0.5 kg /ha). Setelah berumur 4 minggu boleh diubah kekebun dengan jarak tanaman 50-75 cm x 150-200 cm yang akan memberikan kepadatan 10,000 - 15,000 pokok sehektar. Ada petani yang menanam terus di kebun dengan 2 biji satu lubang. Keperluan biji benih tanam terus keladang adalah sebanyak 1.5 - 2.0 kg sehektar. Sistem pengairan perlu bagi tanaman melon dengan pengairan titis atau pengairan renjis. Tulisan artikel kali ini diharap memberi info berguna kepada anda pembaca blog anim agro agriculture kali ini. Wasllam!!..
TANAM MELON... DI KAMPONG SUNGGA...
DI PORT DICKSON... PETANINYA CINA...
LUAS DITANAM... USAHA SUDAH LAMA...
HASIL LUMAYAN... BAIK PASARANNYA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Room 1330, Hotel Hatten,
Jalan Bandar Hilir,
Me;aka Bandaraya Bersejarah,
Melaka, Malaysia.
(10 Julai 2019).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...