Tumbuhan ini mempunyai bau atau aroma yang kuat dan sering digunakan dalam bahan masakan, bahan perubatan tradisional, ulam segar dan bau daun digunakan untuk mengurangkan bau busuk yang kurang enak. Biji selasih yang kering direndam dalam air minuman setelah kembang dikenali sebagai "Air Biji Selasih" yang sangat sedap diminum terutama pada bulan puasa (Lihat foto sebelah). Dari segi perubatan selaseh pula air perahan daun selaseh dapat
menyejukkan suhu badan dan menghilangkan penyakit batuk. Tumbuhan ini juga digunakan dalam mandian akan mengurangkan penyakit Rheutism (sakit tulang) dan memperbaiki sistem pernafasan. Kajian sedang dijalankan mengenai potensi tumbuhan ini mampu mennyembuhkan penyakit barah (Cancer). Kajian saintifik menunjukkan setiap 100 gram selasih mengandungi air (87 g), protin (3.3 g), serat (2 g), Kalsium (320 mg), Zat Besi (4.5 mg), Vitamin C (27 mg) dan sebanyak 180 kJ tenaga. Kandungan selasih yang lain seperti Camphor, Citral dan methyl-cinnamate yang memberikan bau atau aroma yang kuat dari tumbuhan selasih seperti juga pokok Cinnamon (Kayu manis), lemon dan Cengkih (Clove).
Pokok selaseh tumbuh menegak banyak cabang setinggi hingga 0.3-1.0 meter. Batang berbentuk bulat berwarna hijau kekuningan dan agak keputihan ketika muda. Daun selaseh berbentuk 'decussate'. mudah dan tangkai daun 2.5 cm panjang serta lai daun sepanjang 2.5-5 cm dan 1.2.5 cm lebar. Bunga selaseh berbentuk 'apex acute' dan mempunyai 3 kelopak (cymes) berukuran 2-4 cm panjang. Biji selaseh mempunyai 4 bahagian nutlets berukuran 1.25 mm x 1 mm berwarna hitam legam dan apabila direndam dalam air bersih akan menyebabkan selaput seperti gel mengelilingi biji selaseh (macam telur katak). Biji selasih sedap dibuat air sirap....lihat foto dibawah!
Penanaman selasih mudah dengan menggunakan biji benih. Benih selasi akan cambah dalam masa 1-2 minggu selepas disemai. Siram selalu dan tumbuhan akan berbunga selepas 8-12 minggu ditanam atau disemai apabila tinggi poko mencapai 25 cm atau sehingga pokok akan mati. Pemerhatian penulis mendapati agen pendebungaan adalah serangga dan selaseh juga berlaku 'Self pollination". Biji selasih akan matang selepas 14-20 minggu selepas disemai. Biji yang matang akan kelihatan kering dan berwarna hitam. Pungut hasil selaseh dengan memotong bahagian pucuk dan kumpulkan biji dengan meleraikannya. Penanaman selaseh di Malaysia amat mudah dijalankan tetapi saya belum jumpa ladang penanaman selaseh secara besar-besaran di Malaysia. Belum ada jaminan pasaran dan produk-produk khusus mengenai selasih dipasaran. Yang ada cuma biji selaseh yang dijual untuk kegunaan minuman air sirap selaseh. Mungkin kajian lanjut perlu dibuat dengan lebih terancang agar faedah tumbuhan ini dapat dimanafaatkan dan di majukan dimasa akan datang.
POKOK RENEK... SELASEH NAMANYA...
DUN HIJAU ... DIRAMAS 'LANGU' NYA...
SIRAP BIJI SELASEH...ENAK RASANYA...
MINUM SELALU...SIHAT KHASIATNYA..
By
M Anem
Senior Agronomist,
Room 255, Hotel Grand Continental,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(30 Muharam 1436H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.