KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, December 5, 2010

BERAS


BERAS (Rice) adalah bijirin yang dihasilkan oleh sejenis tumbuhan yang di kenali sebagai Padi (Oryza sativa) dari keluarga jenis Graminae (Rumput) dan menjadi sumber makanan utama sebahagian penduduk dunia. Tanaman padi untuk beras juga seperti aktiviti tanaman bijirin seperti gandum, oats dan barli untuk makanan asasi manusia. Beras merupakan makanan utama (staple food) kebanyakan penduduk Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Timur, India Barat, Amerika Latin dan merupakan komoditi bijirin (Cereal) kedua terbanyak dihasilkan didunia selepas tanaman jagung. Artikel kali ini penulis membincangkan mengenai komoditi BERAS untuk dikongsikan bersama berdasarkan kepada pengetahuan, pembelajaran dan rujukan penulis dari beberapa sumber termasuk lawatan ke Gerai BERNAS di MAHA 2010 tempoh hari.
Dari segi sejarahnya beras telah ditanam dan digunakan oleh manusia semenjak lebih 5,000 tahun dahulu di kawasan China. Manusia terawal yang memajukan beras ialah dari China dan kemudia di kawasan India kira-kira 3,000 tahun dahulu dan diikuti di kawasan Asia kira-kira 2,000 tahun dahulu. Pengembangan tanaman padi dan beras di kawasan eropah dan Afrika berlaku kira-kira 800 tahun dahulu tetapi di Eropah beras dijadikan makanan birijin bernilai tinggi dengan penggunaan varieti baru yang bernilai tinggi.

Rakyat Malaysia lazimnya akan makan nasi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan ada yang makan nasi melebihi 4 kali sehari. Hidangan nasi diambil pada waktu Makan Tengahari dan Makan Malam setiap hari oleh setiap keluarga biasa dengan kadar 1-2 pinggan seorang dan kadang-kadang waktu sarapan dengan menu nasi goreng. Pengalaman penulis ketika peringkat anak-anak membesar (5 orang) di Segamat, Johor sekitar tahun 2000 dulu menggunakan 10 kg beras (1 kampit) yang boleh dimasak antara 7-8 hari sahaja bermakna sebulan perlukan kira-kira 40-50 kg. Harga purata beras wangi sekitar RM 40.00 satu beg 10 kg bermakna penulis perlu belanja sebanyak RM 160 - RM 200 sebulan!... Itu kira-kira 10 tahun dulu dan kini cuma 20-25 kg sebulan sahaja.

Beras yang kita makan mengandungi zat-zat makanan yang diperlukan untuk tubuh manusia dimana tenaga sebanyak 365 kcal dihasilkan setiap 100 gram beras. Bahan lain ialah Karbohiderat 80 g, Gula (0.12 g), Serat (1.3 g), Lemak (0.66 g), Potin (7.13 g), Air (11.32 g), Kalsium (28 mg), Zat Besi (0.80 mg), Mangesium (25 mg), Manganese (1.09 mg), kalium (115 mg) dan juga Zink (1.09 mg). Kajian makmal juga mendapati beras mengandungi Vitamin seperti Vitamin B1 (Thiamine - 0.0701 mg), Vitamin B2 (Riboflavin - 0.0149 mg), Vitamin B3 (1.62 mg) dan Vitamin B6 (0.164 mg).


Pengeluaran beras dunia diantara 450 - 550 juta tan setahun dengan Negara China sebagai pengeluar utama sebanyak 140 juta tan/tahun diikuti dengan India (85 juta tan/tahun), Indonesia (33 juta tan/tahun), Bangladesh (25 juta tan/tahun) dan Vietnam (20 juta tan/tahun). Lain-lain negara yang mengeluarkan beras seperti Thailand (16 juta tan/tahun), Myanmar (10 juta tan/tahun) dan Filipina (7.5 juta tan/tahun). Negara kita Malaysia mengeluarkan sebanyak 6-7 juta tan setahun. Negara China dan India membekalkan lebih separuh keperluan beras dunia dan merupakan industri utama di negara tersebut. Lain-lain negara yang banyak mengeluarkan beras didunia seperti jepun, USA, Korea Selatan, Mesir, Oakistan, EU, Taiwan dan Australia.

Beras atau tanaman padi mempunyai lebih 40,000 jenis atau varieti diseluroh dunia dan dikelaskan mengikut ciri-ciri khusus padi seperti Beras Panjang (Long Grain), Beras Sederhana (Medium Grain) dan Beras Pendek (Short Grain). Beras panjang biasanya dari varieti Oryza Indica sementara beras sederhana dari jenis O. Javanica dan Beras Pendek dari jenis O. Japonica. Beras short grain biasanya mengandungi kanji yang banyak dan kualiti yang melekit seperti jenis Japonica dan di panggil 'sticky rice'. Selain itu kini Beras Wangi (Aromatic rice) telah menjadi sangat popular dan kegemaran rakyat Malaysia. Terdapat juga beras Merah, Beras Coklat dan Beras Putih bergantung kepada jenis padi dan kaedah memproses dikilang (milling process). Kualiti beras juga mengikut hasil perkilangan sama ada ianya beras Grade baik (Tidak Hancur), Beras Bercampur (Baik dan Hancur) dan juga Beras Hancur atau campuran kesemuanya.

Krisis makanan dunia pada tahun 2007 dan 2008 mengakibatkan kenaikan harga bijirin dunia termasuk harga beras yang telah meningkat hampir 3 kali ganda daripada paras harga biasa. Kesan krisis makanan terutama beras telah menyebabkan harga runcit beras dunia dan tempatan telah meningkat antara 30 - 50% sehingga kini bergantung kepada pengeluaran, pengedaran dan permintaan diseluroh dunia. Sebelum krisis makanan 10 kg beras wangi Gred 1 di Malaysia dijual dengan harga RM 30.00-RM35.00 kini stabil dikawal pada harga RM 40.00 - RM 50.00 setiap 10 kg secara runcit. Saya dah tak beli beras wangi macam dulu lagi....cukup dengan beras Gred AAA atau Beras Gred AA yang dijual dengan harga purata RM 30.00 satu paket 10 kg.


Beras digunakan untuk di masak menjadi Nasi, Bubur dan sebagainya mengikut selera yang orang yang nak makan. Kaedah moden kini beras dimasak menggunakan 'Rice Cooker' eletrik yang sangat mudah dan mengambil masa 15 - 25 minit sahaja untuk mendapatkan kualiti nasi yang standard. Bagi tujuan masak beras untuk dijadikan bubur, beras perlu dimasak dengan air yang banyak sehingga bubur berperisa atau plain sedia untuk dimakan. Beras juga di hancurkan untuk dijadikan tepung beras bagi dibuat pelbagai jenis kuih, biskut dan pelbagai makanan lain. Antara tepung beras proses yang popular ialah Beras Vercimelli (Mee Hoon) iaitu sejenis bahan untuk dijadikan sarapan pagi yang sangat popular di Malaysia.


Beras di Malaysia adalah dari pengeluaran tempatan dan sebahagian lagi di impot dari luar negara. Malaysia mensasarkan Kadar Kecukupan Beras (SSL) lingkungan 70% dan bakinya diimpot dari luar negara. Kawasan pengeluaran beras negara di Negeri2 Jelapang Padi seperti Kedah, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan kawasan bukan jelapang padi mesti terus dikekalkan dan dimajukan bagi menjamin bekalan beras negara sentiasa mencukupi sebagai "Food Securtiy" untuk negara kita. Peranan kerajaan, usahawan, pesawah, pegawai pengembangan, pengilang, pekedai bahan kimia, pembekal jentera pertanian dan semua yang terlibat perlu peka dengan industri beras negara.


TANAM PADI .....AIR MESTI DISELARAS....
PADI DI PROSES....DIJADKAN BERAS...
BERAS DI MASAK.....NASI TIDAK KERAS....
MAKAN NASI.... BADAN JADI SIHAT.....


Related articles:
1. Artikel : Padi MR 220 (Klik disini)
2. Artikel : Padi Angin (Klik disini)
3. Artikel : LCC on Paddy (Klik disini)
4. Artikel : Penyediaan Benih Padi (Klik disini)

By
M Anem
Ptjaya
Malaysia
(1 Muharam 1432H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...