Support My Blog

Tuesday, December 12, 2023

BUNGA LAWANG DAN FAKTA PENTING

HERBA BUNGA LAWANG
(lllicium verum) adalah sejenis tanaman rempahratus dari keluarga Illaceae yang selalu digunakan dalam masakan tradisi melayu di Malaysia sebagai herba penyedap makanan seperti nasi minyak, daging terutup, sup daging dan sebagainya. Pokok bunga lawang dilihat ianya sama seperti tanaman rempahratus penting yang lain seperti Bunga Cengkih, Jintan, Kayu Manis, Ketumbar, Buah Keras dan sebagainya tumbuh di kawasan tropika dan dicari oleh pedagang dari Eropah semenjak kurun ke 17 sehingga bangsa mereka telah menakluk kawasan Timur Jauh termasuk negara kita. Nama lain bagi Bunga Lawang adalah Adas Cina, Peka ; Adas Manis (Melayu), Star Anise ; Indian anise; Chinese Anise ; Badian Anise, Fennel Pekak (English) , Dok Chan ; Poy Kak (Thailand), Hoi (Vietnam), Sanque (Filipina), Sutaa Anisu (Jepun), Ba Jian (China) dan Anaspal ; Badiyan (Hindi). Tumbuhan ini menjadi buruan ramai saintis pada beberapa tahun lepas kerana dipercayai mampu mengawal wabak penyakit 'Avian Flu' disebabkan viris H1N1 dengan penghasilan Kapsul 'Tamil Flu'. Bunga lawang adalah salah satu komponen menyediakan kalsul Tamil Flu 75mg keluaran Roche. Pokok Bunga Lawang merupakan pokok yang tumbuh menegak dengan banyak cabang dengan ketingian optima sehingga 7-8 meter. Batang pokok adalah jenis kayu keras dengan akar tunjang jauh masuk kedalam tanah. Daunnya berbentuk daun ringkas dengan warna hijau gelap dan berkilat. Keluasan penanaman pokok bunga lawang di Malaysia tidak ada maklumat rasmi tetapi penulis telah pun menganggarkan mungkin kurang dari 5-10 hektar CHE sahaja yang ditanam dikawasan beberapa stesen pertanian dan mungkin sebagai tanaman hiasan di kawasan rumah dan yang tumbuh liar dikawasan tertentu. Pokok ini akan matang dalam masa 3-4 tahun selepas ditanam dengan penjagaan yang sempurna. Bahan tanaman pokok bunga lawang adalah daripada biji benih. Kajian pernah dijalankan untuk membiakan bunga lawang menggunakan keratan batang yang diambil dari pokok sesuai. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis teknologi mengenai bunga lawang untuk menjadi bahan rujukkan semua.


Mengetahui akan fakta Bunga Lawang (Illicium verum) memang menarik kerana ia merupakan salah satu rempah yang digunakan secara meluas dalam masakan dan perubatan tradisional di seluruh dunia. Di Malaysia apa yang penulis blog faham bunga lawang adalah sebahagian daripada masakan tradisional dan digunakan dalam hidangan seperti kari, rendang dan masak lemak. Menurut data jurnal pada tahun 2017 kadar penggunaan bunga lawang dalam perubatan telah meningkat sebanyak 40% dalam tempoh 20 tahun terakhir dengan kegunaan utamanya adalah sebagai bahan dalam pengeluaran minyak pati. Pada penulis blog mendapati dimana bunga lawang adalah pokok yang berasal dari wilayah Asia Tenggara dan khususnya Selatan China dan Vietnam. Pokok ini mencapai ketinggian 8 hingga 15 meter dengan daun yang lebar dan berkilat serta bunga yang berwarna kuning kehijauan. Apa pun dilihat buahnya yang memiliki rupa seperti bintang merupakan bahagian terpenting sebagai sumber rempah yang dikenali  sebagai bunga lawang (Sila lihat foto paling atas). Walau pun dilaporkan mempunyai sifat anti-radang, antibakteria dan antioksidan. Minyak Pati esensial yang diperolehi dari bunga lawang telah didakwa menunjukkan aktiviti anti-kulat yang kuat. Apa pun fakta paling penting adalah dimana bunga lawang memang sangat penting didalam dunia masakan sebagai rempah dan perisa. Dilaporkan bunga lawang adalah satu komponen utama dalam campuran rempah lima beradik yang banyak digunakan dalam masakan Cina dan Vietnam serta dalam masakan India dan masakan Melayu di Malaysia. Buahnya mempunyai rasa manis dan rempah yang kuat dimana ini yang memberikan rasa unik kepada masakan. Dalam pada itu dilaporkan dimana bunga lawang juga semakin penting didalam dunia perubatan. terbukti dimana bunga lawang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional khususnya dalam sistem perubatan Cina dan Ayurveda. Kajian mendapati bahawa bunga lawang dapat meredakan gejala atau masaalah batuk dan masaalah radang di tekak. Kajian lain menunjukkan bahawa bunga lawang juga dapat membantu dalam meredakan sakit perut dan didakwa ia akan dapat meningkatkan proses pencernaan.


Penggunaan bunga lawang kini telah pun dikembangkan lagi didalam menghasilkan Produk Kecantikan dimana kandungan minyak esensial bunga lawang juga digunakan dalam industri kosmetik dan penjagaan kulit. Dilaporkan minyak pati inii memang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penulis blog google dimana produk minyak ini ada dijual secara online di Lazada dan Shopee juga. Minyak esensial bunga lawang dapat membantu menjaga kulit menjadi lebih bersih, melindungi kulit daripada keradangan serta mengelakkan tanda-tanda penuaan kulit. Ini menjadikan industri konmetik dengan menggunakan bahan pati minyak bunga lawang semakin tinggi permintaannya. Terkini dilaporkan dimana herba bunga lawang sudah memasukki dunia Industri Minuman. Bunga lawang sering digunakan dalam teh dan minuman lain sebagai perasa kerana ia memberikan rasa manis dan rempah yang unik dan akan menjadikan minuman lebih sedap dan beraroma. Penulsi blog memang suka sesekali meminum teh bunga lawang panas. Memang kehebatan bung lawang ini sudah maju kepada penggunaanya dalam dunia Kesihatan Mental. Kajian pada tahun 2015 telah mendapati bahawa minyak esensial dari bunga lawang dapat membantu meredakan stres dan kecemasan serta didakwa ia meningkatkan kualiti tidur. Penggunaan bunga lawang dalam masakan global dilaporkan media telah meningkat sebanyak 30% dalam dekad terakhir kerana ia menambahkan kelazatan makanan dan juga faktur kesihatan. Di Malaysia masakan seperti kari ayam, kari kambing dan masakan nasi beriyani pastinya akan menggunakan bunga lawang sebagai herba ramuan yang wajib ada. Penulis blog komgsikan r
esepi simpel masak kari ayam tanpa santan yang mudah. Bahan diperlukan adalah sayap ayam (1kg), kentang (1/2kg), kayu manis (1 btg), bunga lawang (2 unit), serbuk kari, asam jawa, bawang putih serta bawang merah kecik. Cara masak denga menumis bahan bawang dan bahan lain dengan minyak panas bersama bunga lawang, kayu manis. Apabila sudah naik bau maka perlu dimasukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air. Tumis sampai naik minyak dan renehnyan dimana apabila sudah siap baru masukkan kentang sama ayam. Lepas itu boleh di masukkan air asam jawa sedikit. kemudian boleh dimasukan bahan perisa garam, ajinamoto sama gula dan didihkan sehingga kentang empok. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.


Penulis blog dapati dia
ntara perkara yang akan dibincangkan adalah penggunaan bunga lawang telah meningkat dengan lebih meluas di China, India, Eropah, Amerika dan Amerika selain di Asia Tenggara sendiri. Dilaporkan di benua Eropah  terutamanya di Itali dan Perancis kini bunga lawang digunakan dalam pembuatan minuman keras dan pastri. Di Itali ada laporan menyatakan rempah ini adalah bahan utama dalam cara pembuatan minuman (liquor) seperti Sambuca manakala di Perancis bunga lawang ada ia digunakan dalam membuat kueh dan pastri seperti brioche dan pain d’épices. Dalam pada itu di USA dimana bunga lawang ada digunakan dalam pembuatan teh dan juga sebagai perasa dalam pelbagai produk makanan dan minuman. Ia juga digunakan dalam beberapa produk kosmetik dan penjagaan kulit kerana sifat antioksidan dan antibakterianya. Di China iitu lokasi tempat asal bunga lawang dimana rempah ini digunakan secara meluas dalam masakan dan perubatan tradisional. Ia adalah sebahagian daripada lima rempah China iaitu sebagai campuran rempah yang digunakan dalam pelbagai hidangan. Dalam perubatan tradisional China dilaporkan bunga lawang digunakan untuk merawat masalah pencernaan, batuk dan untuk membantu tidur yang lebih baik. Di India pula dimana bunga lawang digunakan dalam masakan dan juga dalam cara perubatan Ayurveda iaitu sistem perubatan tradisional India. Ia sering digunakan dalam campuran rempah seperti garam masala dan chai masala. Dalam Ayurveda dimana bunga lawang dipercayai membantu mengatasi masalah pencernaan, pernafasan dan tidur. Paling unik di Afrika dimana ada beberapa negara Afrika seperti Marocco iaitu bunga lawang digunakan dalam pembuatan teh dan juga dalam masakan tradisional seperti tagine dan harira. Bunga lawang adalah rempah yang unik dengan kegunaan yang meluas di seluruh dunia, dari masakan hingga perubatan hingga kosmetik. Semoga artikel ini memberikan anda pemahaman yang lebih baik tentang rempah ajaib ini dan manfaatnya yang luar biasa dann pembaca blog semua akan lebih menghargai lagi akan keajaiban dan manfaat yang ditawarkan oleh bunga lawang.



Dalam beberapa media tempataan penulis blog agak terkejut dengan fakta 'Jangan Tersalah Beli, Rupa-Rupanya Ada Bunga Lawang Beracun!' yang sesuai untuk di kupas kisahnya. Ini kerana apa yang penulis blog tahu dan banyak menulis artikel pasal herba termasuk bunga lawang yang sering digunakan dalam banyak masakan untuk menambah aroma dan rasa yang lebih enak jarang didakwa beracun. Selain digunakan dalam masakan, bunga lawang juga ada kegunaan tersendiri untuk kesihatan dalam serta luaran namun tahukah anda bahawa ada bunga lawang beracun?. Media laporkan hasil kenyataan oleh saintis Dr Suri Roowi dimana ada jenis bunga lawang beracun boleh membawa maut dan membahayakan kesihatan dan ia merbahaya kalau tersalam makan. Dilaporkan bunga lawang ada 2 jenis bunga lawang iaitu Bunga lawang Cina dan juga jenis Bunga lawang Jepun. Bunga lawang cina tidak beracun manakala bunga lawang jepun beracun. Bagaimana pun selama ini saya percaya bunga lawang dari Indonesia yang paling banyak dan berkualiti di pasaran dan tidak ia pula dinyatakan dalam berita ini. melihat foto disebelah dimana jenis bunga lawang Jepun agak mirip sekali pandang dengan jenis bunga lawang Cina akan tetapi saiz buahnya lebih kecil dan baunya kurang. Bunga lawang Jepun dilaporkan ia biasa digunakan sebagai racun ikan dan juga racun perosak. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit kerana ada bahan toksin dalam bunga lawang Jepun dikenali sebagai 'Anisatin' sebagai bahan aktifnya. Apa pun kisah ini menyatakan mungkin terdapat kemungkinan produk bunga lawang Cina dicemari dengan bunga lawang Jepun dipasaran yang akan menjejaskan keduanya. Ini kerana dari laporan memang agak sukar membezakan kedua-dua jenis bunga lawang ini menggunakan mata kasar sepintas lalu. Satu-satunya cara untuk membezakannya adalah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop di makmal oleh merek ayang pakar. Dilaporkan dimana terdapat laporan seorang bayi mengalami masalah serius dan hampir maut setelah diberi minum air bunga lawang. Insiden ini telah berlaku mungkin disebabkan oleh Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Justeru itu dilaporkan pengguna perlu waspada dan mengelakkan memberikan ekstrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak. Dalam pada itu di Eropah dilaporkan bunga lawang Cina sering dicampurkan dalam minuman teh untuk ianya dapat mengurangkan stres. Walau bagaimanapun ada terdapat laporan dari Perancis, Sepanyol dan Switzerland menunjukkan peminum air bunga lawang tercemar dengan bunga lawang Jepun boleh menyebabkan masalah seperti halusinasi dan loya. Bagaimanakah fakta ini cuba di google tetapi masih tidak banyak yang dapat dirujuk. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUNGA LAWANG...CANTIK BENTUKNYA...
PENGELUAR UTA,A...OLEH INDONESIA...
SEDAPKAN MAKANAN...BERI AROMA...
MEMBACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Jamadilawal 1445H).

Monday, December 11, 2023

KISAH MONYET PETIK KELAPA DI INDONESIA

KISAH MONYET PEMETIK BUAH KELAPA
di Malaysia dan Thailand sudah sering didengar. Sebenarnya penggunaan monyet untuk memetik kelapa juga popular di Indonesia. Pada penulis blog haiwan monyet inimerupakan sejenis haiwan yang dilatih khas khhusus untuk memetik buah kelapa. Jenis monyet atau kera atau beruk yang digunakan perlu dilatih di tepat yang dikenali sebagai 'Sekolah Beruk Kelapa' atau di negara Thailand dan negara ASEAN yang lain dipanggil sebagai 'Monkey-Picking Coconut School'. Ini merupakan satu keperluan bagi kawasan penanaman kelapa kerana aktiviti menuai kelapa memerlukan satu kaedah lain selain daripada memanjat pokok atau pun menuai dengan menggunakan galah panjang. Pokok kelapa yang telah tua dengan ketinggian mencecah lebih 50 kaki amat sukar untuk dituai (senile tree) dimana penggunaan galah atau kaedah memanjatnya agak sukar. Pokok kelapa merupakan sejenis tanaman industri yang penting di banyak negara tropika dimana kepelbagaian kegunaan tanaman ini berbagai dari semua bahagiannya sehingga tanaman ini digelar 'Plant Of Life'. Selain buah kelapa yang di kutip untuk digunakan menjadi pelbagai produk sehingga kepada komponen batang, daun dan bunganya ada kegunaannya tersendiri. Buah kelapa mengandungi perahan santan, air kelapa, minyak, sabut, tempurung dan sebagainya yang boleh digunakan terus atau diproses. Lazimnya buah kelapa akan matang setelah 12 bulan berlaku lengkap proses penting iaitu pendebungaan. Satu bulan setiap pokok kelapa matang yang subur akan mengeluarkan satu mayang (bunga) yang mana ia akan menghasilkan setandan buah kelapa. Bergantung kepada varieti kelapa, umur pokok, lokasi tanaman, amalan agronomi (pembajaan, kawalan perosak dsb) maka setandan kelapa boleb mempunyai 1 biji sehingga lebih 25 biji. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis fakta mengenai penggunaan monyet pemetik kelapa di Indonesia dari media tempatan mereka untuk dijadikan bahan rujukan pembaca blog semua.


Merujuk kepada portal
medialampong.com dengan kisah bertajuk 'Kisah Monyet Pemetik Kelapa, Dalam Sehari Boleh Petik Hingga 500 Butir Kelapa' sesuai ditulis semula untuk difahami. Media tersebut laporkan dimana monyet atau yang sering disebut 'Kunyang' bagi masyarakat di Kabupaten Pesisir Barat (Pesbar) yang mana sehingga kini masih menjadi haiwan peliharaan yang menjanjikan. Pasalnya adalah disebabkan seekor monyet tersebut boleh digunakan untuk memetik buah kelapa. Bagi Barmawi (66) warga Pekon Lintik Kecamatan Krui Selatan ini dia kini memiliki dua ekor monyet atau beruk yang setiap harinya untuk membantu upah memetik buah kelapa. Dakwanya seekor monyet untuk boleh memetik buah kelapa tersebut melibatkan proses yang cukup panjang untuk jadi terltih. Latihan tersebut untuk mendidiknya hingga monyet tersebut benar-benar mampu memilih dan memetik buah kelapa tua yang betul. Dia mendidik seekor monyet itu sejak kecil iaitu bermula dari cara memilih buah kelapa yang sudah tua, hingga memetik buah kelapanya (Sila lihat foto disebelah). Peringkat awal dimana latihan untuk seekor monyet itu dilakukan ditempat yang telah disiapkan dengan cara menggantung buah kelapa dimana dari situ dia akan membimbing berterusan sehingga monyet tersebut boleh mengenali dan memetik kelapa tua tersebut. Proses ini selalu memakan waktu sekitar tiga (3) bulan lebih. Setelah itu, jika monyet sudah boleha memilih dan memetik kelapa maka ia perlu dilatih kembali untuk memilih dan memetik terus buah kelapa itu dari pokok kelapa yang tinggi dan berbuah. Apa pun penting untuk berikan arahan (command) kepada monyet tersebut semasa diatas pokok sehingga ia mahir dalam masa dua (2) bulan lagi. Dia yang sudah 40 tahun lebih melatih monyet iaitu sejak duduk dibangku SMP membantu belanja membantu untuk biaya keperluan sekolahnya. Kini monyetnya menjadi punca pendapatan keluarganya. Dia laporkan setiap  sehari seekor monyet peliharaannya yang telah terlatih ini boleh memetik buah kelapa maksima sebanyak 500 biji kelapa atau sekitar 50 batang pokok kelapa yang dipanjat mseekor monyet tersebut. Lazimnya upah diterima dari pemilik pokok kelapa mengikut biji kelapa yang diturunkan. Contohnya walau pun sepokok kelapa dipetik sebanyak 10 biji kelapa akan tetapi upahnya yang diberikan tetap satu butir. Sebab itu maka untuk penghasilan yang didapat purata maksima hanya sekitar Rp100 ribu (RM30) dan minima pula adalah sekitar Rp50 ribu (RM15) dalam sehari. Namun begitu selalunya ia juga tidak menentu kerana semuanya bergantung dari petani yang memerlu jasa monyetnya sahaja.


Menarik kisah dari Padang Mariaman di Sumatra dimana 'Monyet Terlatih Pemetik Kelapa mampu menjana pendapatan' sesuai di kongsikan. Apa pun dilaporkan dimana b
agi warga Sumatera Barat jenis monyet berekor pendek atau beruk yang dijaga dan dilatih untuk memetik kelapa di pokok kelapaa yang mempunyai ketinggian rata-rata 20 - 35 meter adalah praktikal. Bagaimana pun dengan cara latihan khas yang dijalankan sahaja yang akan berjaya monyet mampu memetik kelapa dengan cepat dan betul. Sebenarnya kerja menurunkan kelapa dari pokok sesuai akan permintaan tuan monyet sama ada di arahkan untuk memetik buah kelapa tua atau pun buah kelapa muda. Pemilik haiwan monyet memerlukan jangkamasa enam bulan untuk melatih beruk dimana ada monyet yang sampai setahun untuk dilatih sehingga mahir. Bagi pemilik monyet bernama Fendi iaitu pelatih beruk yang tinggal di Lubuk Ipuh Kurai Taji, Kabupaten Padang Pariaman sudah aktif semenjak 2017 lagi. Selalunya Fendi mencari beruk liar dengan membeli di pasar haiwan di sekitar dengan harganya berbeza diantara sekitar Rp400 ribu (RM120 sehingga Rp2 juta (RM600) seekor iaitu ia tergantung usia dan keahlian. Bagi menjinakkan seekor beruk hingga boleh diperintah memetik buah kelapa sebenarnya ia bukan perkara mudah. Lazimnya setiap hari sellaunya beruk liar muda harus dikenalkan dengan pokok dan buah kelapa. Selain itu diberikan jenis makanan terbaik sehingga vitamin untuk lebih baik. Ada beberapa tahapan harus dilalui dalam proses latihan iaitu pertama dimana beruk diperkenalkan kelapa dan pokok kelapa untuk diajar membezakan antara buah kelapa muda dengan buah buah tua. Selalunya beruk yang sudah terlatih dimana dalam sehari boleh memetik sekitar 100 kelapa dimana di kampunya ada beberapa warga juga yang menyediakan jasa beruk untuk memetik kelapa. Selalunya beruk yang sudah ahli boleh dijual lagi jika ada pembeli yang boleh kendalikannya dengan harga tinggi dimana selalunya beruk yang sudah profesional harganya boleh mencapai Rp8 juta - Rp10 juta per ekor (RM2,400 - RM3,000 seekor). Beruk ini boleh manjadi kasar dan agressif jika bertukar pemilik baru semasa peroses menjual. Apa pun sebenarnya dimana bagi pemcinta haiwan mahu agar penggunaan monyet dan latihan sepatutnya tidak meniksa atau mendera beruk. Dilaporkan walau pun beruk bukan termasuk jenis primata dilindungi oelh undang-undang untuk membantu pememetik kelapa akan tetapi diharap agar semua pemiliknya sentiasa menjaga kesihatan beruk. 


Menarik juga dikongsikan dari portal posbelitung.com bertajuk '
Melatih 100 Ekor Monyet untuk Petik Kelapa meraih pendapatan' untuk ditulis semula. Dilaporkan ada seorang pria yang mampu mengaut jutaan rupiah setelah berjaya melatih 100 ekor monyet untuk memetik kelapa. Bagaimana pun ilmu mengajari monyet boleh memetik buah kelapa diperoleh secara turun temurun dari keluarganya. Dakwanya ilmu yang didapatkan itu merupakan ilmu keturunan dari arwah ayahnya yang memang sebelumnya pelatih monyet juga. Bagi pelatih bernama Samsuddin Ibrahim (50) mengatakan untuk melatih monyet bukan perkara mudah dilakukan (Sila anda lihat foto disebelah). Ia juga sering digigit monyet dan berbagai kesulitan lainnya turut dialami untuk memastikan monyet yang ia latih berhasil memetik kelapa. Samsuddin turut nyatakan dimana dia telah melatih lebih dari 100 monyet selama 30 tahun terakhir. Monyet memiliki tingkat kecerdikan yang berbeza-beza dimana ada monyet yang memang cerdik dan ia hanya perlukan waktu dua bulan untuk memahami petunjuk dari pelatih. Jika monyet kurang cerdik maka ia perlukan waktu yang lebih lama untuk dilatih. Monyet yang dilatih ini dibeli pada penduduk kampung dengan harga RM 250 (Rp 830,000) seekor dan jika telah mahir memetik kelapa, maka akan ia boleh dijual seharga RM1,500 (Rp 5.2 juta) hingga RM 4,000 (Rp 13.3 juta) seekor. Jika ada orang yang menghantar monyet sendiri atau minyet liar maka dia akan mengenakan caj sekitar RM 300 (Rp 1.04 juta) seekor iaitu biasanya monyet tersebut mesti yang berusia di atas dua tahun untuk ia lebih mudah untuk dilatih kerana ia lebih kuat untuk memetik buah. 
Pengalamannya dimana ada monyet juga yang yang tidak perlu dilatih iaitu ia hanya dengan melihat gerak geri monyet lain sedang memetik kelapa. Dalam kes lain dilaporkan bagi memastikan monyet yang dilatihkan mempunyai energi yang cukup setiap hari maka ia diberikan susu terutama pada waktu pagi dan pada petang diberikan air gula yang telah dicampurkan dengan tiga butir telur. Pada waktu malam hari monyet ini akan diberikan makan nasi yang dicampurkan dengan telur ayam dan diberikan suntikan vaksin setiap enam bulan sekali. Pelatih perlu faham akan karakter monyet semasa melatihnya yang dilakukan selama satu jam dalam 3 sessi iaitu satu jam pagi, siang dan petang atau malam. Kebiasaannya monyet ini gemar untuk dilatih pada malam hari sebab ia tidak ingin diganggu atau tidak ingin dilihat ketika sedang melakukan latihan. Monyet pemetik kelapa yang sangat baik boleh dijual dengan harga RM5,000 seekor kepada peminatnya. Dia ada mengambil upah memetik kelapa dimana selelunya di upah dengan kadar RM25 (Rp 87 riby) bagi sebanyak 100 pokok kelapa yang ingin di tuai hasilnya dan selalunya seekor monyat mampu menurunkan sebanyak 500 hingga 700 biji kelapa sehari. Semuga artikel ini memberi info yang berguna kepada semu pra pembaca blog anim agro rtechnologi kali ini,.Wasallam!!!...
HAIWAN MONYET....MEMETRIK KELAPA...
ADA DILAKUKAN.. DI INDONESIA JUGA....
PERLU DILATIH... 6-SETAHUN LAMANYA...
MEMETIK KELAPA...500 BIJI SEHARINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Puytrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilawal 1445H).

Sunday, December 10, 2023

BIAWAK DAN FAKTA MENARIK - APA DIA?

HAIWAN BIAWAK
adalah sejenis haiwan dari kumpulan Reptilia dari keluarga Varanidae yang sering dijumpai dikawasan negara kita dan beberapa negara lain. Terdapat 3 jenis biawak di Malaysia yang lazim kita jumpa iaitu BIAWAK AIR (Varanus salvator), BIAWAK KUDUNG (Varanus dumenrilii) dan BIAWAK SERUNAI (Varanus rudicollis). Apakan kepentingan haiwan ini dalam ekosistem kita dan dalam sektor pertanian?. Apa yang saya pasti dikampong saya di Gersik, Muar yang ada anak sungai disebelah rumah, terdapat banyak ekor biawak air yang menghuni kawasan tersebut. Sering berlaku adalah kejadian biawak makan anak ayam dan makan telur ayam yang di pelihara di kawasan rumah. Selalunya apabila musang atau biawak datang kekawasan rumah maka ayam-ayam akan mengeluarkan bunyi yang ganjil (seakan ketakutan) dan pastinya musuh sedang datang mendekati mereka. Dengan senapang patah yang ada, lazimnya arwah bapa akan menembak musang atau biawak yang menyerang haiwan ternakan. Kadang-kadang ada sekumpulan kaum India dari kawasan estet yang datang kekampong untuk memburu biawak air yang banyak berkeliaran dikawasan kampong untuk dijadikan makanan (agaknya). Jika mereka berjaya menangkap biawak tersebut, kaki biawak akan dilipat keatas badannya dan diikat dengan kuat. Jenis Biawak Air (Varanus salvator) adalah sejenis biawak bersaiz besar dimana ia mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang walau pun jarang dijumpai disekitar kampong saya. Laporan mendapati saiz purata biawak air apabila cukup matang mampu mencapai ukuran sekitar 2.5 meter (8 kaki) panjang daripada kepala sehingga hujung ekor. Laporan menunjukkan berat maksima biawak air mampu mencecah lebih 90 kg walau pun majoriti berat sekitar 40 kh sahaja. Badan biawak jenis ini kelihatan berotot dengan bahagian ekor panjang yang kuat serta berfungsi sebagai 'pengerak' seperti dayung didalam air. Biawak air merupakan salah satu spesis biawak yang biasa didapati di Asia seperti Malaysia dan juga ujud di Sri Lanka, India, Indochina dan beberpa buah Pulau di Indonesia. Kebanyakan habitat biawak air adalah berhampiran dengan air seperti kawasan paya, ada sungai dan kolam. Kawasan berpaya dengan anak sungai yang mengalir merupakan kawasan yang disukai oleh biawak kerana mempunyai sumber makanan yang banyak. Biawak yang merupakan haiwan pemangsa (Predator) makan haiwan hidup seperti anak ikan, serangga, ayam dan sebagainya dan juga amat menyukai bangkai haiwan. Kukunya yang tajam dan kuat dibahagian kaki serta giginya yang kuat dan tajam membolehkan ia memburu mangsanya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta menarik haiwan biawak yang terdapat dikawasan keliling kita untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Pada penulis blog mendapati dimana spesies Biawak Air (Monitoe Lizard)  atau pun nama saintifiknya Varanus salvator
 dadalah spesis biawak yan paling mudah dijumpai di negara kita berbanding dengan dua sppesis lain. Biawak air sebenarnya sudah pun diikategorikan oleh IUCN Red List of Treatened Species sebagai Least. Di Malaysia dimana kini spesies ini adalah dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di bawah Jabatan Perhilitan Liar yang tidak boleh diburu atau dijadikan makanan. Biawak Air adalah salah satu dari spesies cicak terbesar di dunia. Ia mudah dikenali melalui kepala yang berbentuk agak runcing, muncung panjang dan rata serta terdapat lubang hidung pada hujung muncung tersebut. Penulis blog melihat dimana selalu spesies ini sangat aktif pada waktu siang dan amat jarang keluar pada waktu malam kerana ia perlukan suhu panas (reptelia). Ia boleh dijumpai di kawasan berair seperti paya bakau, pantai, kawasan hutan rendah serta berhampiran sistem pembentung di kawasan rumah. Penulis blog akan tahu kehadiran biawak air di rumah di kampong semasa dulu apabila aayam-ayam peliharaan akan mengeluarkan bunyi ganjil memberitahu akan kehadiran haiwan pemangsa seperti biawak. Biawak air bertelur dengan jumlah 15 hingga 30 biji telur dan mengeramkan telurnya pada awal musim hujan. Spesies ini memburu mangsanya yang terdiri daripada ketam, katak, mamalia kecil, telur haiwan, cicak, anak ayam dan juga bangkai. Dilaporkan ada kalangan pemburu yang akan memburu biawak ini untuk di makan dagingnya dahulu.


Dalam beberapa artikel penulis blog merujuk kepada laporan video kosmo,com.my yang bertajuk 'Jangan Ingat Biawak Tidak berguna Kepada Manusia' yang menarik faktanya untuk dikongsikan. Penulis blog setuju degan laporan dimana masih r
amai orang yang mungkin sering menemukan reptilia seperti biawak di kawasan paya dan tasik yang menjadi habitat mereka. Lazimya haiwan biawak ialah jenis pemangsa yang memakan haiwan lain dimana ia merupakan bahagian penting dalam rantai makanan dalam ekologi habitatnya. Walau bagaimanapun memang perlu diketahui bahawa biawak juga mempunyai peranan penting dalam ekosistem di sekeliling kita. Apa pun menurusi beberapa laporan kajian pakar dimana biawak memainkan peranan sangat penting dalam mengimbangi ekosistem di sekeliling kita. Biawak berperanan penting dalam mengendalikan populasi ular yang berbahaya seperti ular tedung selar, ular kapak, ular sawa, dan lainnya yang berbisa. Dilaporkan jika tanpa kehadiran biawak maka populasi ular semakin bertambah pesat dan ia akan merbahaya kepada manusia dan haiwan ternakan lain. Contohnya dimana satu ekor ular tedung selar yang berbisa mampu bertelur 10 hingga 20 biji telur setiap tiga bulan. Dalam pada itu selalunya dengan kehadiran biawak yang suka 'mencuri' dan makan telur ular tersebut akan mengurangkan populasi t=ular tedung di lapangan. Ia perlu diketahui pembaca blog semua kerana peranan seperti ini adalah ia sangat penting dalam mencegah kejadian ular tedung masuk ke dalam rumah di kawasan kejiranan atau taman. Proses ini berlaku juga apabil ada banyak video yang paparkan biawak mencuri dan memakan telur buaya juga yang mana secara tidak langsung ia akan pastikan populasi buaya juga tidak banyak berkembangbiak di sungai dan habitatnya. Ini adalah hukum alam yang patut kita hargai kerana setiap peristiwa memiliki tujuannya sendiri.  


Pada penulis blog agak unik fakta dalam hmetro.com yang bertajuk 'Manjanya Biawak Air' untuk ia dikongsikan. Media tersebut laporkan dimana hak 
membela dan minat itu merupakan hak masing-masing dimana bagi orang lain geli akan tetapi tidak bagi seorang gadis yang menjadikan biawak sebagai haiwan peliharaan kesayangannya (Sila lihat foto disebelah). Dia yang berasal dari Kulim, Kedah adalah Nur Aqilah Suhadaa (24) yang mana dia sudah melatih biawak air atau nama saintifiknya Varanus salvator peliharaannya itu sejak ia berusia tiga bulan pada tahun lalu. Biawak asalnya memang buas maka dia kena kaji dan selidik dulu cara penjagaan serta pemakanan supaya kita tidak tersilap langkah. Apa pun sekiranya ia dapat jaga dengan elok dan rapi maka haiwan liar seperti biawak pun mampu bertukar menjadi jinak. Dia juga sudah mempunyai lesen khas membela haiwan itu. Telah viral video beliau yang mencium biawaknya yang dinamakan Intan Sofea itu memperoleh sebanyak 1.8 juta penonton di TikTok. Dakwanya dia mula berminat untuk membela Intan Sofea selepas melihat kelakuan biawak itu di rumah sepupunya.  Intan Sofea sangat manja dimana apabila dia usap dan cium ia duduk diam serta bersandar di pangkuannya. Kali pertama jumpa di rumah sepupu dimana dia sudah tertarik sebab nampak ia jinak sangat. Dia mula berminat untuk membela Intan Sofea selepas melihat kelakuan haiwan ini di rumah sepupunya dan dari situ saya mula belajar dengan sepupu bagaimana untuk membela dan melatih biawak sebagai haiwan peliharaan. Kini dia tidak menyangka haiwan yang dianggap sebagai hidupan liar ini sebenarnya amat menarik dan tidak sukar untuk dibela. Dakwanya kalau hendak angkat biawak maka kena pastikan kaki depan dan belakangnya ada tempat untuk berpaut. Dia juga akan pastikan kuku tajamnya dipotong kerana ia akan cengkam kulit untuk panjat badannya. Biawak air adalah di antara spesies cicak terbesar di dunia. Berkongsi pemakanan biawak berkenaan dibritahu dimana ketika biawak itu masih bayi sesuai ia diberi makan cengkerik selang hari. Apabila semakin membesar diberikan isi ayam dimana ia menjadi makanan haiwan itu dengan kadar dua hari sekali. Apa pun dilaporkan dimana selain daripada biawak dia juga turut membela leopard gecko, ular corn snake, katak bullfrog, dua ekor ular ball python dan lapan ekor katak pacman. Ditanya bagaimana membela biawak jinak dan haiwan liar lain dalam satu rumah dimana dia perlu peka dan berwaspada dalam penjagaan serta kesejahteraan mereka. Tanbahnya dimana biawak akan mengembangkan lehernya dan menaikkan badan supaya kelihatan lebih besar apabila berasa terancam. Kemudian apabila biawaknya semakin membesar maka isi ayam pula menjadi makanan haiwan itu dengan kadar dua hari sekali. Dakwanya kalau dia pegang ular tidak cuci tangan maka biawaknya bernama 'Intan Sofea' ini boleh bau ular itu dan menganggapnya sebagai satu ancaman. Maka sebelum pegang biawak dia perlu cuci tangan dengan bersih untuk pastikan tiada bau haiwan lain melekat di badannya. Menarik sungguh fakta disini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMA BIAWAK... MAEARU SAHAJA...
AYAM BERBUNYI...ITU MANGSANYA...
MEMBACA ARTIKEL... ADA FAKTA...
DI BELAJANG RUMAH.. SELAU ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Jamadilakhir 1445H).

Saturday, December 9, 2023

CEKUR DAN FAKTA PERLU TAHU

HERBA CEKUR 
(Kaempferia galangga) atau Kencur dalam bahasa Jawa di Johor adalah merupakan sejenis herba dari keluarga Zingiberaceae iaitu sama seperti tanaman halia dimana mudah ditanam dengan subur apabila ia di tanam di iklim tropika seperti Malaysia. Masih tidak ada rekod rasmi  mengenai keluasan tanaman cekur di Malaysia tetapi saya anggarkan sekitar 50 hektar CHE itu pun termasuk aktiviti penanaman cekur secara fertigasi yang semakin popular di usahakan dan di komersilkan masa ini. Bagi penulis blog yang sudah mengenali tanaman cekur ini sejak kecil dulu dimana dimana ianya ditanam di dalam pasu atau atas tanah dan di kebun belakang rumah secara tradisional. Pokok cekur mempunyai daun lebar antara 4-7 cm dan panjang 5-12 cm berwarna hijau muda dan umbisi kecil seperti halia kecil. Daun dan umbisi atau pun rizom cekur mempunyai aroma atau bau yang kuat dengan warna umbisi kekuningan. Pada penulis blog tanaman cekur sesuai ditanam di keliling rumah dalam program "Bumi Hijau" yang dianjurkan oleh kerajaan. Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan media tanah campuran (3:2:1 - Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar. Bagaimana pun kini media dari bahan cocopeat dan sebagainya mudah di lakukan. Kemudian dimasukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Belum ada rekod kawasan tanaman cekur secara meluas melebihi 1 hekar satu tempat. Artikel pada subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai bagaimana tanaman cekur ini boleh dijadikan sebagai pilihan semua pembaca untuk dijadikan hobi menanam dan beberapa perkara asas mengenainya untuk dijadikan bahan rujukkan.


Pengurusan tanaman cekur pada penulis blog adalah diantara yang paling mudah dilakukan. Amalan agronomi seperti aktiviti pembajaan tanaman cekur mudah untuk dilakukan iaitu dengan memberikan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun. Baja 15:15:15 lingkungan 10 - 15 gm/pokok pada peringkat vegetatif serta baja NPK 12:12:17:2 apabila pokok hampir matang. Cabut rumpai dalam pasu dengan tangan dan elakkan daripada pokok cekur cedera ketika mencabut rumpai. Antara musuh tanaman cekur ialah serangan siput babi, siput kecil, belalang, cengkerik dan ulat makan daun (Spodoptera litura). Kawalan disyorkan ialah dengan mengutip musuh jika ditanam dalam pasu. Penggunaan racun serangga tidak digalakan bagi tanaman cekur keranaia adalah sejenis herba. Tanaman cekur cepat berhasil seawal 3-4 bulan lepas tanam (dengan cara pengurusan yang baik) untuk kutipan hasil daun. Bagaimana pun umbisi cekur akan matang selepas 10-12 bulan. Penuaian dengan mencabut tanaman tersebut dari tanah dan bersihkan dari kotoran tanah. Satu rumpun tanaman cekur mempuntai lingkungan 6-7 helai daun dan kira-kira 50- 120 gram umbisi dari dalam pasu (saiz bergantung kepada saiz pasu dan pengurusan). Daun boleh terus digunakan di rumah tetapi untuk tujuan komersil hanya umbisi sahaja yang sesuai untuk di jual kerana tahan sehingga 30-45 hari. Harga jualan umbisi basah dulu setahu saya adalah lingkungan RM 10.00 - RM 15.00 sekilogram di kawasan daerah Muar dan Segamat semasa saya bertugas dahulu tetapi kini mampu mencecah RM25 sekilogram. Kini bekalan umbisi cekur dilihat semakin ia mudah di dapatkan di pasaraya dan di pasar basah serta ada juga di jual di pasartani dan uniknya sudah ada di jual dalam on-line seperti di Shopee dan Lazada. Pada penulis blog yng suka akan makanan 'pecel ayam' dan 'pecel sayur' memang sangat meniknati kelazatan dan keenakan kuliner tersebut jika ada  bahan cekur didalamnya.


Teknik terkini sudah ada ramai usahawan menanam cekur secara fertigasi. Penulis blog pernah membuat tinjauan kepada beberapa orang usahawan yang menanam cekur secara fertigasi dimana ia merupakan salah satu p
eluang yang diminati apabila harga jualan ubi cekur sudah meningkat kepada RM25.00 sekilogram dan juga harga daun cekur dibuat ulam RM15 sekilogram walau pun selalunya harga borong (atau harga ladang) ubi cekur adalah sekitar RM13-15 sekilogram manakala harga borong (harga ladang) bagi daun cekur harganya RM 6-8 sekilogram. Bagi penulis blog pula penanaman cekur atau kencur ini dibuat ulam dimana ia memang selalu dimasukkan dalam masakan orang jawa. Banyak kelebihan cekur ini sebenarnya walau pun dikalangan pembaca blog semua masih ramai yang kurang tahu akan potensinya. Kini teknik penanaman cekur secara fertigasi di jadikan kaedah penanaman cekur yang bertaraf komersial dimana ia berlainan dengan teknik penanaman cekur secara kovensional di kawasan keliling rumah. Sistem fertigasi memang ia membolehkan pengusaha menuai dun dan ubi cekur setiap hari dengan jadual penanaman dan penuaian yang sudah diaturkan mengikut matrik pengeluaran. Apa yang penting dalam sistem penanaman cekur fertigasi adalah jadual penanaman dan jadual penuaian di selaraskan. Selalunya kaedah fertigasi yang bagus apabila penusaha mampu untuk menanam sebanyak 10,000 polibeg cekur dalam yang mana jika dijaga baik secara berperingkat. Kajian melaporkan dimana bagi satu polibeg akan mampu menghasilkan iaitu sebanyak 4 kg daun cekur dalam masa 3 bulan sahaja. Bagaimana pun penuaian cekur fertigasi untuk penuaian ubinya hanya boleh dilakukan selepas 8 bulan ditanam. Ini kerana selepas 6 bulan maka pembentukan ubi atau rizom cekur adalah optima dan cukup matang. Perlu diketahui dimana penanaman cekur ini jika ditanam ditanah terlalu lama sehingga 1 tahun maka kesannya adalah daunnya pun tidak cantik dan agak kurang berkualiti lagi. Sistem Fertigasi Cekur boleh di intergrasikan dengan tanaman lain seperti sayur yang memanjat iaitu timun dan kacang panjang diatas para trellis dimana kemdian polibeg cekur boleh diletakkan dibawahnya. Oleh itu pengusaha boleh mendapatkan dua atau tiga jenis sayuran dari kawasan fertigasi yang sama. Dilaporkan kini permintaan daun dan ubi cekur di pasaran semakin tinggi apabila cekut dilaporkan mengandungi banyak khasiat dan manafaat kesihatan kepada pengguna. 


Tanaman Cekur adalah tumbuhan herba atau umbisi yang berkhasiat dari ubi dan daunnya dimana dilaporkan mengandungi bahan termasuk  Cineol, Borneol, 3-carene, camphene, kaempherol, kaempferide , cinammaldehyde, asid p-methoxycinnamic, ethyl cinnamate dan ethyl p-methoxycinnamic. Walau pun saintis menyebut bahan kimia kandungan didalam cekur in jarang didengar akan tetapi kajian makmal menemuinya. Bagaimana pun setelah dibuat pecel ikan keli atau pecel ayam bakar atau pecel ikan pari bakar dan sudah dicampur dengan santan, halia, garam dan asam jawa serta cili api semuanya menjadi sedap belaka. Lauk pecel ini memeng enak dimakan dengan nasi putih pada waktu tengahari atau ada kalanya masyarakat Jawa membuat kenduri dengan lauk yang enak ini.Rizom adalah bahagian paling sesuai digunakan didalam makanan dan daunnya pula akan dihiris dijadikan hiasan. Dalam kuah pecel sayur dan rojak jawa sering dimasukan cekur ini. Memang banyak jenis resepi masakan jawa yang berasaskan cekur atau kencur ini dan kurang pada masyakrakat Melayu Biasa. Dari segi khasiat dan untuk perubatan dikalangan Masyarakat Melayu dahulu daun dan rizom cekur ada digunakan didalam mengatasi masaalah malaria dan resdung. Dalam pada itu dikalangan orang Cina memang ada juga menggunakan cekur didalam kaedah perubatan cara tradisional mereka. Mereka yang ada masaalah sakit gigi, menghilangkan masaalah kelumumur dan membunuh kutu dikepala mereka akan menggunakan cekur yang dijadikan ubat. Begitu juga cekur dilaporkan ada diguna untuk merawat masaalah membuang angin dalam perut (lepas makan cekur akan buang angin dengan signifikan), mengatasi masaalah sembelit dan juga menambah selera makan. Dalam perusahaan membuat param digunakan cekur ini sebagai salah satu bahan enting yang dijadikan ramuannya. Param adalah bahan yang digunakan didalam perubatan tradisional yang disapukan pada bahagian tertentu agar awet muda, kulit yang liicin, mengeluarkan angin badan dan juga untuk bentuk badan menarik atau langsing. Air rebusn cekur yang diminum mampu merawat ibu selepas bersalin, sakit kepala, mual hendak muntah dan juga masaalah gastrik. Daunnya pul ajika diluumatkan dan ditampal pada kerongkong boleh atasi masalah kerengsaan kerongkong dan hilangkan batuk. Paling terkini dimana ekstrak rizom cekur didapati boleh digunakan untuk membunuh nyamuk Culex quinquefasciatus dan jug membunuh nyamuk Aedes aegypati yang membawa penyakit merbahaya kepada manusia. Fakta tentang cekur ini membolehkan tanaman ini diperbanyakan tanamannya agar banyak orang dapat faedahnya. Semuga artikel ini mampu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KENCUR ADALAH HERBA...CEKUR NAMANYA...
IA BUKAN CEKUR MANIS...BERLAINAN JUA...
MUDAH DI TANAM...FERTIGASI CARANYA ...
MAKANAN JADI ENAK... BERKHASIAT PULA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP putrajaya,
Malaysia.
(24 Jamadilawal 1445H).

Friday, December 8, 2023

KELADI - TIPS MENANAM

TANAMAN UBI KELADI
(Colocasia esculenta) dari keluarga Araceae merupakan tanaman tropika dan dipercayai berasal dari kawasan lembah di Malaysia dan telah pun dilaporkan ditanam di India pada 5,000 tahun sebelum Masehi sebelum ia terus dibawa ke Mesir. Penulis blog merujuk kepada data keluasan tanaman keladi dimana pada tahun 2022 seluas 874 hektar tanaman adi ditanam menghasilkan sebanyak 6,6,62 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Tanaman pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar. Di negara seperti Fiji, ubi keladi dijadikan sumber makanan utama. Keladi tidak boleh dimakan mentah dan dianggap beracun kerana kandungan calcium oxalate di dalamnya. Ia selamat untuk dimakan setelah direbus atau direndam dalam air semalaman. Di Malaysia ubi keladi dijadikan makanan manusia dan ternakan. Isi atau ubi keladi boleh digoreng, direbus, dibuat kuih muih dan juga bubur sementara batang dan sulur beberapa jenis keladi boleh dijadikan sayuran. Pengeluar utama keladi adalah negeri Johor. Ubi keladi mengandungi karbohidrat yang tinggi di samping zat-zat galian yang lain. Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog 
"Anim Agro Technology" mengenai beberapa tips menanam ubi keladi berdasarkan kepada pengalaman dan juga laporan akhbar dan risalah teknikal untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Jenis-jenis keladi yang penulis blog boleh kenalpasti dan dilaporkan oleh ahli botani nyatakan ada banyak dimana katanya terdapat lebih daripada 35 kultivar keladi yang berbeza. Bagaimana pun pada umumnya keladi dibahagi kepada dua kumpulan utama iaitu  Keladi Jenis Eddoe dimana ubinya kecil dan dikelilingi oleh ubi-ubi sisi yang sempurna bentuknya dikenali sebagai Colocasia esculenta var. antiquorum seperti yang kita kata jenis keladi Sarawak. Kedua adalah Keladi Jenis Dasheen iaitu keladi yang mana ia mempunyai ubi yang besar dan terdapat kelompok ubi sisi yang kecil dipanggil Colocasia esculenta var. esculenta. seperti Keladi Minyak, Keladi Mawar dan juga Keladi Goreng. Lazimnya keperluan tanaman keladi adalah kawasan tropika dimana ubi keladi boleh hidup dalam julat suhu 270 - 300C dengan taburan hujan melebihi 100 cm/tahun. Ubi keladi sesuai pada tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dan juga tanah gambut. Dari segi kemasaman tanah didapati pH tanah yang sesuai untuk adalah pH4.5 hingga pH7. Memang kawasan tanah gambut di Johor, Selangor, ahang, Sarawak dan Sabah merupakan kawasan yang sesuai dan selalu ditanam dengan keladi. Keladi yang dipanggil sebagai talas atau yam juga merupakan sumber karbohiderat yang kaya dengan banyak vitain dan bahan mineral. Penanaman keladi di tanah gambut adalah lazim walau pun kini sudah ramai petani yang menanam keladi ditanah mineral juga.

Aktiviti menanam keladi dimulakan dengan kerja penyediaan tanah dimana sebaiknya tanah perlu dibajak dahulu iaitu dengan bajak piring. Tujuannya adalah untuk membalik-balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ini  diikuti dengan bajak putar (rotor) untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur. Jika tanah terlalu berasid maka pengapuran perlu untuk menaikkan pH. Keladi boleh ditanam sama ada di atas batas atau tanpa batas. Bahan tanaman dan jarak tanaman. Anak Benih keladi diperoleh dari sulur atau anak pokok yang berumur lebih kurang dua bulan dengan garis pusat tiga sentimeter. Pucuk anak benih keladi dipotong dan tinggalkan batang atau tangkai daun keladi sepanjang 30 sentimeter. Jarak antara pokok adalah 45 sentimeter dan antara barisan ialah 120 cm. Penyiraman perlu pada peringkat awal pertumbuhan pokok terutama jika cuaca kering. Penulis blog dapati kepentingan saliran sangat kritikal jika menanam keladi ditanah gambut kerana keladi tidak boleh terendam lama jika berlaku musim hujan.

Pembajaan tanaman keladi dijalankan mengikut jadual dan berbeza antara tanah gambut dengan tanah mineral. Lazimnya bagi tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH. Kadar pembajaan yang biasa adalah 60N:50P2O5:100K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah. Baja diberi selepas 3-4 minggu ubi keladi ditanam. Pengawalan rumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam. Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai. Semasa merumpai secara manual, tanah akan dikambus ke pangkal perdu pokok selepas sulur keladi dibuang. Sulur yang tidak diperlukan dibuang untuk memastikan tumbesaran pokok induk lebih sempurna. Walau pun kalangan warga tempatan ada yang menjadikan sulur keladi sebagai bahan sayuran bagi tujuan dijadikan sayuran akan tetapi ia adalah diambil daripada beberapa spess keladi sahaja kerana ada sulur kelai yang agak gatal. Penulis blog memang suka membeli sulur keladi yang sudah dibuang kulitnya di pasar tani atau pasar malam atau di pasar basah untuk dimasak tumis cili api dan dimakan dengan nasi putih.

Tanaman keladi juga akan diserang perosak perosak dan penyakit terutama musim kering atau lembap. Musuh ubi keladi adalah serangga seperti ulat dan belalang. Ulat  Daun jenis Hippotion celerioakan memakan daun keladi hingga ke tangkainya. Kawalan yang disyorkan adalah dengan mengutip ulat perosak ini dan dimusnahkan. Belalang menyerang dengan memakan daun keladi yang menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Kawalan dengan menggunakan racun serangga sekiranya serangan terlalu teruk. Penyakit hawar daun oleh Phytophthora colocasia dapat dikawal dengan amalan kultura yang baik dan membuang dan musnahkan pokok yang diserang. Penyakit reput umbisi oleh Sclerotium rolfsii juga boleh dikawal dengan amalan kultura seperti giliran tanaman dan musnahkan pokok yang dijangkiti. Pemungutan hasil keladi lazimnya bergantung kepada kesuburan tanaman dimana lazimnya hasil ubi keladi boleh dikutip selepas tujuh hingga 12 bulan ditanam bergantung kepada jenis dan penjagaannya dimana saiz ubi keladi ini telah sesuai untuk dipasarkan. kajian dibeberapa lokasi di Muar dan Tangkak mendapati anggaran hasil adalah antara 6-12 tan/ha bergantung kepada penjagaan dan varieti. Keladi dituai dengan mencabut dan membuang bahagian daunnya sebelum dihantar kepasar. Semuga arikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!....
Sedapnya keladi goreng dengan sambal kicap.
TANAM KELADI ... MUDAH KERJANYA...
TIPS MENANAM... JENIS KELADI CINA...
BENIH DIBEKAL... TANAM SEMUA...
SELEPAS 12 BULAN... MENUAINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(10 Zulkaedah 1434H)
Kemaskini artikel pada 17 Jamadilakhi1 1444H.

Thursday, December 7, 2023

BURUNG TERBANG DI PIPISKAN LADA

Manarik pilihan peribahasa lama iaitu 'BURUNG TERBANG DI PIPISKAN LADA' untuk ianya dikupas dan dikongsikan maklumat berkaitan dengan peribahasa ini dalam teknikal pertanian. Pada penulis blog mereka yang cipta peribahasa ini memang seorang yang hebat kerana dengan cara dia cuba mempipiskan (atau melumatkan) lada sebagai cara untuk menangkap burung yang sedang terbang yang memang sukar untuk menangkapnya. Apa pun merujuk kepada 
Kamus Dewan Edisi Keempat "Burung Terbang Dipipiskan Lada" bermaksud sudah bersedia untuk mengharapkan hasil yang belum diperolehi atau dengan erti kata lain seseorang yang mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Ia bermaksud dimana 'mengharapkan sesuatu yang belum pasti adalah sia-sia sahaja'. Sebagai contoh dimana ayat ini mungkin akan memberikan kefahaman 'Apa yang Ahmad lakukan adalah seperti burung terbang dipipiskan lada kerana mengharapkan tawaran kemasukannya ke Universiti Tempatan Sessi tahun ini sedangkan kelayakan SPM yang dia perolehi adalah tidak menepati syarat minima kelayakan masuk universiti yang di pohon'. Dalam beberapa tulisan ada dinyatakan dimana maksud sebenar burung terbang dipipiskan lada ialah burung yang sedang terbang sangat sukar atau dianggap mustahil untuk ditangkap. Namun begitu, burung itu belum tentu dapat ditangkap walau pun lada sudah dipipiskan untuk memasak burung itu dijadikan lauk sebagai hidangan enak yang diinginkan. Penulis blog ada mendapatkan serangkap pantun menarik terkait dengan peribahasa ini dalam buku Sejarah Melayu seperti berikut iaitu :Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada; Apakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada'
. Mendengar rangkap pantun ini emang agak kecewa jik ia dilakukn juga. Apa pun artikel pada petang Selasa ini sambil menonton perlawanan Piaala AFC diantara JDT dengan Ulsan Hyindai dalam laptop lain saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai satu peribahasa berkaitan dengan burung dan lada untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Merujuk kepada sebuah portal detik.com yang bertajuk 'Makan daging burung yang halal' sesuai dikongsikan. Selain ayam memang ada banyak jenis unggas yang sering diambil menjadi makanan dimana ia juga termasuk berbagai jenis burung. Dalam Islam jenis daging burung halal dimakan asalkan tidak memiliki kuku dan cakar. Ada ramai
 yang bertanya soal kehalalan daging burung dimana ia adalah haiwan yang boleh terbang ini termasuk dalam kategori makanan halal. Namun ternyata tidak semua jenis burung halal dimakan oleh umat muslim. Memang daging burung memang tidak disebutkan secara spesifik dalam Al-Qur'an namun burung termasuk dalam makanan thayyibat yang artinya baik, enak dan menyehatkan. Jadi daging burung halal dimakan. Tercatat dalam Al-Quran Surat Al-Baqarah: 172: 'Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.' Daging burung tidak disebutkan secara khusus seperti daging babi dan beberapa jenis makanan yang haram dimakan umat Islam. Dalam surat Al-Baqarah ayat 173 disebutkan, 'Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.'Mengikut Imam Syafi'i yang menentukan standard halalnya haiwan dengan prinsip bahawa segala haiwan hukumnya halal kecuali ada dalil dalam Al-Quran atau hadis yang melarangnya, ditambah dengan pertimbangan apakah makanan tersebut dianggap menjijikkan atau tidak'. Ini bermakna burung termasuk haiwan halal namun tidak semua jenis burung halal dan boleh dimakan sebab ada beberapa ciri burung yang boleh dimakan. Ciri-ciri burung yang halal adalah setiap burung yang punya lingkaran di lehernya, sedangkan ciri-ciri burung yang haram adalah setiap burung yang mempunyai kuku atau cakar untuk melukakan mangsanya. Burung bercakar antara lain Burung Helang, Rajawali, Burung hantu dan burung yang memangsa daging haiwan lain. Sementara jenis burung seperti burung dara, merpati, belibis ataupun burung pipit boleh dan halal dimakan. Jadi bagi umat muslim yang ingin makan daging burung pastikan makan yang hukumnya halal.


BURONG PUYOH PEDAGING
(Cortunix japonica) atau Quail (English) merupakan sejenis burung yang boleh diternak. Burung ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyoh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan burung. Pengeluaran daging puyoh di Malaysia sebanyak 3,260 metrik tan pada tahun 2013 dan pengeluaaran telur puyoh pula direkodkan sebanyak 1,760 mt pada tahun yang sama. Kajian JPV juga mendapati kadar penggunaan daging puyoh sebanyak 0.104 kg seorang setahun dan penggunaan telur puyoh sebanyak 0.063 kg pada tahun 2013. Rekod JPV juga ada menunjukkan terdapat seramai 82 orang penternak burung puyoh daging dan 22 orang penternak puyoh telur di Malaysia. Kebanyakan penternak berada di sekitar Melaka, Selangor, Perak dan Johor. Negeri-negeri lain agak kurang bilangan penternak puyoh. Kajian juga mendapati terdapat 12 usahawan atau syarikat yang mengeluarkan dan menjual anak puyoh daging dan seorang pengeluar telur baka. Ada kepercayaan orang ramai menyatakan telur dan daging burung puyoh mengendungi kolesterol yang tinggi tetapi kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Verterinar menyatakan sebaliknya. Daging puyoh mendapat permintaan yang tinggi dar semasa kesemasa dan mengandungi kandungan lemak yang rendah. Hidangan daging puyoh goreng ada dijial di Pasar Tani, Pasar Malam, Restoren, Hotel-hotel dan banyak lokasi lagi. Lazimnya daging puyoh berempah akan dijual pada harga ladang RM 4.00 - RM5.00 seekor bergantung kepada saiz dan premis jualan. Sila baca penternakan puyoh dalam blog ini dengan pautan (Sila klik disini) untuk mendapat info lain. 
Bagi menternak puyoh ia perlukan rumah atau reban khas. Keperluan bangsal atau reban puyoh adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Saya dapati bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan buah atau lapan bangunan. Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi keperluan kawasan untuk mendirikan bangsal atau reban puyoh semestinya mencukupi. Saiz rumah bangsal puyoh untuk mengisi sebanyak 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak 210 cm persegi.


Makan daging burung memang enak termasuk jenis burung puyoh. Penulis blog dapati memang ada banyak cara menikmati daging burung puyoh tetapi yang paling lazim dimakan dan sesuai untuk dikongsikan akan RESEPI PUYUH GORENG BEREMPAH yang menjadi kegemaran penulis blog untuk memakannya sama ada disediakan sendiri di rumah atau meenikmatinya di Restoren Tomyam di mana-mana sahaja (Sila lihat foto disebelah). Burung puyuh liar memang tidak boleh terbang manjadikan peribahasa 'Burung Terbang di pipiskan lada' kurang sesuai digunakan untuk burung seperti ini. Apa lagi sekarng untuk mendapatkan burung puyuh siap proses sejuk beku memang mudah diperolehi daripada pasaraya atau mana-mana kedai mart yang menyediakan daging burung puyoh ini. Bagi menyediakan sendiri kuliner ini perlua ada bahan-bahan seperti 3 ekor burung puyuh ynang sesuai dikerat kepada dua (Saiz seorang sahaja makan), 1 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, 1 inci halia, 1 inci lengkuas, 2 batang serai dimana ia perlu di hiris, 1 tangkai daun kari, 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin), 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar, 1/2 sudu kecil serbuk cili, garam secukup rasa serta bahan minyak masak untuk mengoreng. Jangan lupa sediakan satu (1) tangkai daun kari yang akan diletak masa semasa hendak menggoreng. Cara memasak dengan mengisar semua bahan diatas kecuali minyak dengan pengisar kering (jangan letak air). Kemudian dilumurkan ramuan tersebut kepada seluruh puyuh (kalau ada masa boleh juga diperap dulu untuk lebih sebati). Panaskan minyak didalam kuali dengan api sederhana dan kemudian dimasukkan puyuh kedalam kuali dan digreng. Sebaiknya setelah minyak panas di masukkan bersama daun kari hingga masak dikedua bahagian puyuh dengan api sederhana. Sentiasa dijaga dan diterbalikan agar tidak terlalu hangus yang mengurangkan kelembutan dagingnya dan ditoskan. Enak dimakan begitu sahaja atai dijadukan lauk dimakan bersama dengan nasi putih. Peribahasa 'Burung puyuh dipipiskan lada' adalah lebih tepat digunakan kali ini. 
Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!
BURUNG TERABANG... DIPIPISKAN LADA...
MEMANG TIDAK DAPAT... UNTUK MAKANNYA...
JANGAN DIHARAP... BELUM PASTI PUNCANYA...
TERUSKAN USAHA...BAGI MENDAPATKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
(13 Rabiulakhir 1445H).
Posted from:
Taman Cendana, Melaka.

Wednesday, December 6, 2023

TEKNOLOGI TANAM LABU MANIS UNTUNG (Pt 1)

TEKNOLOGI TANAMAN LABU MANIS
 (Cucurbita moschata) yang betul membolehkan petani akan mendapat untung jika sesuai dengan perancangan yang dibuat. Bagaimanakah cara untuk tanam pokok labu untuk menghasilkan buah yang berkualiti dan mendapat harga pasaran baik?. Tanaman Labu tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae dan genus Cucurbita. Buah Labu telah digunakan sebagai makanan penting dan dalam pelbagai ubat tradisional digunakan untuk merawat beberapa penyakit (antidiabetik, antihipertensi, antitumour, antibakteria, anti-radang) dan sebagainya. Labu Manis adalah buah kaya jumlah asid amino (AA) yang tinggi (Fujita and Hossain, 2003), asid lemak, kainotenoid, mineral dan vitamin E (Ching and Mohamed, 2001). Ia biasanya digunakan dalam perubatan tradisional Sudan untuk mengawal virus hepatitis C (HCV) (Hussein et al., 2000). Dari rekod penulis merujuk kepada pihak Jabatan Pertanian dimana dilaporkan seluas 1,965 hektar labu manis ditanam pada tahun 2022 dengan menghasilkan sebanyak 23,391 metrik tan (Sumber: Booklet statistik keluasan tanaman makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Negeri Kelantan dilaporkan paling luas menanam labu manis dengan seluas 561 ha) menghasilkan sebanyak 9,820 mt diikuti dengan Johor (150 ha) dan Negeri Sembilan (103 ha). Biji labu mempunyai kandungan nutrien yang banyak yang boleh digunakan untuk manusia. Kandungan minyak biji labu dikatakan mempunyai 40-50% vitamin E dan asid linoleik yang tinggi (Murkovic et al., 1999). Labu dijadikan pilihan petani komersial di Malaysia kerana jangkamasa buahnya matang boleh dimasak dan dikeringkan supaya boleh disimpan lebih lama. Penulis blog dapati daunnya boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran. Dalam pada itu bijinya di panggang dan dimasinkan dijadikan sebagai snek dan ada laporan dimana dinegera tertentu bijinya juga boleh digunakan sebagai sumber bahan api. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya mempaparkan teknologi penanaman labu secara konvensional agar menguntungkan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Paling asas bagi pembaca adalah mengenali j
enis atau vareiti labu. Labu tergolong dalam keluarga Cucurbits yang mana ia juga merupakan jenis sayur-sayuran yang tergolong sama dengan labu adalah tembikai, timun, peria dan skuasy. Apa pun dari pengalaman penulis blog kaedah pengurusan atau pun cara teknologi seperti pengurusan serangga perosak dan kawalan penyakit adalah sama di kalangan sayur-sayuran ini. Di Malaysia antara contoh varieti labu yang selalu ditanam termasuk jenis Howden, Magic Lantern, Autumn Gold, Baby Bear dan sebagainya. Pemilihan varieti labu manis ini adalah bergantung kepada ciri-ciri labu tersebut. Selalunya labu diklasifikasikan mengikut saiz (labu kecil hingga labu yang terbesar), warna, bentuk, saiz batang labu, dan ciri benih. Apa pun di Malaysia terdapat dua varieti labu yang paling banyak ditanam iaitu Cucurbita moschata dan Cucurbita moschata Duchesne. Buah labu yang segar dijual dipasaran mengikut kualitinya. Selain dibuat sayuran dan kuih muih dimana labu juga boleh dijadikan Tepung atau Serbuk labu. Selalunya produk serbuk labu dihasilkan daripada labu matang (Cucurbita moschata Duchesne). Serbuknya yang murah untuk dihasilkan dimana ia mempunyai kualiti yang baik dan boleh digunakan sebagai suplemen beta-kaotena dalam produk makanan. Paling lazim adalah biji labu boleh dijadikan sebagai produk makanan ringan dan permintaan pasaran yang semakin meningkat dikenbali sebagai Biji KUACI. Dalam pada itu labu sesuai dijadikan makanan binatang ternakan kerana ia kaya dengan protein untuk industri ayam bagi tujuan untuk meningkatkan penghasilan telur. Paling terkini dimana sudah ada produk dari labu yang dijadikan sebagai Makanan kesihatan. Kini ada makanan tambahan berasaskan labu mungkin mempunyai fungsi anti-radang yang dilaporkan ia bermanfaat untuk artritis (Yadav et al., 2010). Bagaimana pun semuanya bergantung kepada bahan asas membuat produk berasaskan labu.


Penanaman Labu Manis secara biasa atau konvensional (Kini ia boleh di tanam dengan teknik fertigasi) perlu memenuhi pakej amalan teknologi terbaik untuk penghasilan maksima dan kualiti terbaik. Ia bermula dengan penyediaan tanah dan keperluan infra dan diikuti dengan menyediakan anakbenih, menanam, penjagaan sehinggalah menuai dalam masa 3 - 4 bulan sahaja. Tanaman labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana labu boleh ditanam di pelbagai tanah akan tetapi jenis tanah liat tidak digalakkan. Ini adalah kerana tanah liat mempunyai sistem pengudaraan yang lemah dan saliran air yang terhad dimana ia akan memudaratkan pertumbuhan akar dan meningkatkan reput buah. Memang tanaman labu sensitif terhadap tanah berasid dimana pH tanah yang optimum diperlukan oleh labu adalah tanah yang sedikit berasid (pH 6.8) kepada tanah alkali sederhana (pH 8.0). Kerja persediaan tanah di ladang adalah untuk memastikan labu mempunyai pertumbuhan yang lebih sekata. Tanah perlu dirotor beberapa kali iaiitu beberapa bulan sebelum ditanam. Penyediaan tanah memberi masa untuk biji benih untuk bercambah. Benih labu akan ditanam di atas tapak semaian yang mempunyai ketinggian antara 15 - 20 cm tinggi. Pasangan sungkupan seperti rumput diletakkan di atas biji benih untuk mengekalkan kelembapan tanah. Biji benih boleh disemai terus ataupun melalui pemindahan dari tray semaian. Benih akan ditanam dengan kedalaman antara 2 hingga 4 cm. Biji benih akan disemai antara dua hingga tiga biji dalam satu lubang dan akan dinipiskan (thinning) untuk tujuan bagi mendapatkan anak pokok yang seragam dan sihat. Untuk penanaman komersial, beji benih akan disemai empat biji setiap 30 cm. Jarak tanaman disyorkan bagi labu manis adalah 1m x 1m dengan bubuh 3 biji benih pada lubang tanaman (mengekalkan satu anak pokok selepas 14 hari selepas penanaman) memberikan kepadatan 1,376 seekar (0.4 ha). Bagaimana pun ia masih boleh disesuaikan dengan keadaan kesuburan tanah dan pengurusan jika ingin menanam pada kepadatan berlainan.


Sebaik menanam anakbenih labu maka proses penjagaan tanaman seperti aktiviti penyiraman, pembajaan, kawalan penyakit, kawalan perosak perlu sentiasa dijalankan. 
Program pembajaan dibuat bagi menyuburkan tanaman dan untuk mengelakkan labu dijangkiti penyakit dari tanah dan masalah nematode sebaiknya labu perlu ditanam di tanah pernah ditanam dengan tembikai, timun, muskmelon (cantaloupes), zuchini, atau cucurbit yang lain dalam tempoh 2 hingga 3 tahun sebelumnya. Elakkan kawasan kebun yang berhampiran daripada ada tanaman tersebut juga. Baja unsur Nitrogen (N) adalah baja yang paling diperlukan untuk tanaman ini walaupun fosforus (P) kadang-kadang diperlukan untuk menggalakkan akar benih yang baik. Baja fosforus biasanya diletakkan dalam di antara barisan tanaman dengan jarak 15 cm x 15 sebelum ditanam. Program atau jadual pembajaan untuk labu perlu dilakukan seawal pagi iaitu  sebelum jam 9 pagi lewat petang. Unsur baja Copper (Cu) and Zinc (Zn) sesuai digunakan untuk mengawal serangan penyakit dimana caranya dengan lakukan semburan pada kadar 50 ml per pokok. Sebaiknya ikuti Jadual Program pembajaan labu manis seperti rajah dibawah:-


Tamanan labu perlukan suhu minimum, optimum dan suhu maksimum tanah untuk percambahan benih masing-masing adalah 18, 35 dan 38°C. Percambahan benih menjadi perlahan dan tidak konsisten apabila suhu tanah di bawah 20°C. Buah labu yang matang mempunyai kualiti yang rendah apabila suhu udara min harian adalah di bawah 21°C. Buah labu mempunyai hasil yang tinggi apabila cuaca adalah panas, tetapi suhu adalah tidak terlalu tinggi (43-46°C), kerana boleh menyebabkan buah terbakar terkena matahari (sunburn) dan isi buah labu akan menjadi lembik. Jika tanam labu manis dengan jarak tanaman adalah 1.0 x 1.0 meter terbaik kerana  saiz buah labu boleh diubahsuai dengan jarak tanaman. Jika anda inginkan buah labu yang besar maka diperlukan jarak yang lebih luas. Petani yang amalkan input yang rendah maka jangkaan hasilnya adalah sekitar 5 t/ha, manakala dengan penjagaan yang baik dan baja cukup ia mampu menghasilkan sebanyak 15 mt  sehektar. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
TANAM LABU MANIS... BAGAIMANA...
AMALAN TEKNOLOGI.. AMALKANNYA...
HASIL BANYAK... BERKUALITI PULA..
MEMANG UNTUNG... PETANI GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Rejab 1444H).
Posted from:
Hotel 101, JB.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...